ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Friday, September 5, 2008

SLS dalam shampoo bikin botak?

Hemmm.. sebenarnya sudah balik2 ku terima emel yang kawan2 ku foward, cuma amarannya lebih keras, buli dapat kanser konon. Bukannya aku tidak setuju dengan emel2 tu tapi aku rasa kurang yakin kalau percaya emel ni. Musti mo baca sendiri article yang sohih orang bilang. Jangan main percaya jak.

Actually apa2 pun boleh dapat kanser bah bukan shampoo saja, sebenarnya cara penggunaan dan pemakanan kita kalau nda betul memang boleh menyebabkan kita ni dapat banyak penyakit. Tapi biasalah manusia banyak nafsu kan, tambah2 lagi part makan2 ni. Hehehehe. Okay sebelum aku tambah melalut biarkan aku terangkan sikit la apa tu SLS dan mitosnya membotakkan kepala atau menyebabkan kanser.

First of all SLS ni nama penuhnya Sodium Laureth Sulfate / Sodium Lauryl Sulfate. SLS ni ada dalam majoriti semua shampoo komersil (yang kamu tinguk2 di tv tu lah). Setakat ni aku belum lagi terjumpa shampoo yang tiada SLS. Jadi sebab tu aku pun nda peduli juga aku pakai jak lah, susah pula kalau nda bershampoo ni tapi aku nda la kerap bershampoo cam masa aku kecik2 dulu, tiap2 hari aku bershampoo sampai kering rambut ku cam sabut kelapa. Heheheh..

SLS ni biasanya bukan saja terdapat dalam shampoo, tapi ada juga dalam agen pencuci lantai, ubat gigi, ointment dan selalunya dalam bahan kosmetik. Kegunaannya untuk menghasilkan buih2 yang memerangkap kotoran. Alamak!!! Bahayalah ni adakah bahan pencuci taruh dikepala!!! Des kalau pikir begini susahlah, memang pun tujuan kita mo cuci kepala pun kan? Tahukah anda ada banyak lagi bahan2 chemical yang digunakan untuk industrial dan juga kegunaan harian dalam pemakanan atau kosmetik? Contohnya, baking soda. Baking soda ni kandungannya juga ada dalam bahan2 pencuci tapi kita guna untuk buat kek dan makan.

Bagaimana SLS boleh menyebabkan botak atau rambut gugur? Naturally SLS adalah acidic. Manusia yang normal mengalami keguguran rambut sekurang-kurangnya 100 helai setiap hari. Jadi bila ada folicle yang terdedah kepada residue SLS (ini gara2 bilas kepala nda bersih lah ni main jirus2 jak. Nda boleh ooo.. mesti cuci bersih tu sabun). Jadi SLS residue ni boleh tinggalkan dua kemungkinan, irritation (gatal2 kepala tapi ndada kutu tu dia lah tu) dan menyebabkan inflammatory. Jadi matai la segala sel2 rambut dan ehm... butakz la.

Kenapa macam tidak logik? Sudah lebih 50 tahun jutaan orang pakai shampoo yang ada SLS tapi bukan semua orang botak pun dan tidak pula dengar kes orang kena kanser gara2 shampoo. Penyebab botak tidak semestinya kerana SLS, mungkin jawapannya adalah salah satu berikut atau semua:

1. Well setiap orang kan berbeza, mungkin kalau anda mengalami keguguran rambut sekarang ni, mesti anda kalau pakai shampoo mau nya banyak2 pastu cuci di shower sekejap, rasa rasa cam teda buih sudahlah kira bersih konon. Salah tu, itu yang banyak tinggal residue tu dan menyebabkan kegatalan kulit kepala, gugur rambut dan lama2 butaks. Lagi satu suka bleach rambut, kalau sudah ditulis pakai 30 minit saja jangan pula sengaja kasi lama2. Tu yang bikin masalah tu dan kanser kulit kepala. Bah kah?!! Ada pula orang suka bersampoo pastu berendam2 dalam bathtub kepala masih beshampoo. Nah, hentikanlah.

2. Faktor genetik, keturunan botak tidak dapat tolong. Des, adakah???!! Jan marah gurau jak. Tabiat suka meramas rambut sendiri atau pakai sisir yang sudah berabuk. Habuk2 di tangan atau disisir ni melekat di rambut dan kena kulit kepala menyebabkan kegatalan, garuk2 kepala rosak kulit kepala dan akhirannya folicle pun terbuka cam pintu pasaraya dan rambut pun cabut la. Hahahaha...

3. Stress dan pemakanan. Hmm.. ni aku belum habis buat research lagi ni. Kalau ada sesiapa yang lain tau punca2 selain yang sudah ku sebut boleh la tambah.

Orait, sekian. Kepada sesiapa yang pernah menerima foward emel shampoo SLS, jangan takut jangan bimbang. Kurangkan penggunaannya, dan bilas bersih2 sampai tiada residue. Kalau tidak yakin cukup bersih rendam kepala dalam besen hahahaha.

3 comments:

norlia@liau said...

SHAMPOO TRADISI KELUARGA

1/2 biji kelapa tua
1 biji limau buaya

Kelapa tua bukan yang muda diparut atau dikukur buli juga di beli yang sudah di parut yg ada jual di pasar, peras dan ambil santan pekat.

Mandi basakan rambut dengan santan. Ramas-ramas itu rambut sampai kulit kepala. Bilas dengan air suam. Kalu di sungai berandam saja ba. Lepas itu gusuk-guruk itu limau di rambut. Belah dua la dulu itu limau bukan bulatbulat. Gerenti rambut jadi bekilat nda ada kakas.

KeeHeritage said...

kalau si Ly dia taruk lagi telur dalam tu santan..

shampoo clairol yang baru macam tiada sls, ada tengok iklan dia? yang mamat berambut gondrong pigi hypermarket minta balik duitnya sebab rosak rambutnya pakai clairol, dari kerinting om jadi lurus macam rebonding.. hahahaha

Anonymous said...

I've been surfing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours. It's pretty worth enough for me.
In my view, if all website owners and bloggers made good content as you did, the internet will be a lot more useful than ever before.
Also visit my website ... fastloanshub.com