ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Tuesday, July 6, 2010

Benarkah poligami sebagai kebajikan? Yang pasti ia bukan kewajipan juga amalan, malahan bukanlah hak seorang lelaki beristeri ramai.


Salamun Alaikum dan selamat sejahtera teman-teman Kee Heritage yang masih sudi datang melawat dan membaca nukilan saya. Apa khabar? Harap semuanya sihat dan gembira. Hari ini saya nak mendebatkan topik yang sensitif bagi kaum wanita, para isteri terutamanya, iaitu poligami. Bila sebut poligami ramai wanita akan masam mencuka dan menjadi emosi tetapi lelaki pula akan tersenyum simpul atau lebar sampai ke telinga.  Tetapi adakah anda benar-benar memahami tujuan berpoligami? Benarkah poligami digalakkan di dalam Islam? Ramai lelaki  terutamanya rakan-rakan saya kalau ditanya kebiasaan jawapannya : "...ikut kemampuan, kalau mampu sampai empat pun boleh. Macam saya ni gaji dah la kecik, satu  pun belum tentu..."  Dari segi jawapan, kelihatannya terdapat salah faham. Ramai di kalangan lelaki muslim di negara kita ni yang bijak menggunakan alasan untuk  berkahwin lebih dari satu sama ada  2, 3 atau 4, mereka kata mengikut sunnah nabi. Biasanya mereka ni suka meminjam sebahagian daripada ayat ke-3 surah An-Nisa' (Perempuan).

"..maka kahwinkanlah olehmu perempuan-perempuan yang nampak baik bagimu, berdua, bertiga, atau berempat orang.."

Malahan mereka juga sanggup menggunakan alasan mengikut contoh bahawa Rasulullah S.A.W sendiri mempunyai lebih dari seorang isteri. Tapi benarkah Rasulullah beristeri ramai, saya akan menyentuh tentang subjek itu di catatan yang lain dimana saya akan senaraikan siapakah yang benar-benar diambil isteri oleh Rasulullah dan senarai wanita-wanita yang tidak ada kepastian sebagai isteri Muhammad melainkan andaian semata-mata.

"..tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau  apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya."

Kedua-dua baris ayat tersebut diatas merupakan hanya sebahagian daripada ayat ke-3 surah An-Nisa'. Jika membaca keseluruhan ayat maka kita mendapat penjelasan siapakah perempuan-perempuan yang dibenarkan untuk dikahwinkan berdua, bertiga dan berempat orang itu.

Sebenarnya ayat ke-3 surah An-Nisa adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan berlaku adil kepada anak-anak yatim seperti yang sering dibahaskan oleh orang yang benar-benar faham. Bagaimanapun apabila ditanya pendapat Mufti Terengganu, Ismail Yahya beliau berkata ada kekeliruan di kalangan umat Islam mengenai poligami. Beliau melihat bahawa teks-teks agama yang sering digunakan untuk membahaskan tentang poligami selalu telah disalahtafsirkan.

“Saya tidak kata tidak boleh langsung berpoligami kerana ia ada dalam Islam cumanya ia tidak digalakkan. Dalam keadaan tertentu yang boleh, memang ia dibolehkan,” katanya, sambil berharap pandangannya itu tidak disalahertikan. “Poligami itu bukannya satu hak bagi suami,” kata Ismail, yang turut mengingatkan bagaimana Rasulullah sendiri tidak memberikan persetujuan anaknya Fatimah az-Zahra dimadu ketika Saidina Ali Abi Talib menyatakan hasrat mahu berpoligami. - dipetik dari akhbar Utusan Malaysia

Seringkali alasan berpoligami di kalangan umat Islam sering mengguna pakai Surah An-Nisa' ayat ke-3, bagaimanapun ayat ini  hanya merupakan sebahagian daripada 176 ayat. Ia dipanggil surah An-Nisa' (Perempuan) kerana ia banyak menyentuh tentang isu kaum perempuan (wanita). Surah lain yang juga banyak menyebut tentang perempuan ialah surah At-Thalaq. Rangkuman ayat 2 hingga 10 lebih banyak menyentuh tentang amalan sikap berlaku adil terhadap anak-anak yatim dan perempuan, malahan ayat ke-3 yang lengkap merupakan ayat yang bertujuan untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Firman Allah SWT:

Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinkanlah olehmu perempuan-perempuan yang nampak baik bagimu, berdua, bertiga, atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya. -(Surah An-Nisa' 4:3)


Menurut pendapat Maulana Muhammad Ali (The Holy Qur’an - Lahore 1973 : nota kaki 535, dipetik dalam Asghar Ali Engineer The Rights of Women in Islam, ms 156), adalah diakui bahawa surah ini telah diturunkan untuk memberi panduan kepada orang-orang Islam dalam keadaan selepas peperangan Uhud, dalam pertempuran tersebut, 70 orang lelaki Islam daripada bilangan 700 orang telah terkorban dan dengan itu bilangan kaum lelaki telah berkurangan dengan banyaknya, dan kaum lelaki itu merupakan golongan yang menyara kaum perempuan. Bilangan kaum lelaki mungkin akan berkurangan lagi di dalam pertempuran yang akan dihadapi selepas itu. Dengan demikian, ramai anak yatim menjadi tanggungan perempuan-perempuan balu yang menghadapi kesulitan untuk menyara diri mereka.Oleh itu,dibolehkan lelaki beristeri lebih dari seorang supaya janda-janda yang kematian suami itu dapat bantuan daripada suami barunya. Benarkah begitu? Hanya Allah yang mengetahui.

Sebelum turunnya ayat-ayat ini terdapat ramai lelaki bangsa Arab yang mempunyai isteri yang sangat ramai kadangkala mencapai sehingga 10 orang. Lelaki beristeri ramai menggambarkan kekayaan dan kekuasaannya. Kesan peperangan juga menyebabkan ramai wanita menjadi balu atau menjadi anak yatim, dan mereka ini sering diambil sebagai isteri dalam jumlah yang ramai sekali. Melihat fenomena ini, Rasulullah menyuruh mereka menceraikan isteri-isteri mereka yang terlalu ramai kerana bimbang tidak dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri dan anak-anak mereka. Malahan dapat mengelakkan penganiayaan terhadap mereka. Ini kerana terdapat lelaki yang mengahwini janda-janda atau anak-anak yatim yang berharta dengan alasan untuk menyara hidup mereka tetapi sebaiknya pula yang berlaku.

Seperti yang kita sedia maklum ayat (4:3) adalah lanjutan kepada ayat sebelumnya dan sering diguna pakai untuk membenarkan poligami walhal sudah jelas dan terperinci di dalam Quran bahawa ianya ditujukan untuk kebajikan anak-anak yatim apabila penjaganya tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak yatim dibawah jagaannya. Tetapi adakah ayat ini membenarkan poligami? Mari kita lihat ayat ini sekali lagi.

Fankihuu bermaksud oleh itu kahwinkanlah mereka atau thus marry them off.

Maathaaba bermaksud mereka yang nampak baik atau those who seem good.

Lakum bermaksud kepadamu atau to you.

Minannisaa : dari kalangan perempuan atau from the women

matsnaa, wathulaatha warubaa : berdua, bertiga atau berempat atau twos, threes and fours.

**matsnaa, wathulaatha warubaa adalah kata bilangan yang berpasangan, jadi yang dimaksudkan disini ialah berdua pasang, bertiga pasang atau berempat pasang.

Maka dapat disimpulkan disini ayat ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim sama ada menikahkan mereka (anak-anak yatim), berdua, bertiga dan berempat orang atau mengikut jumlah yang ada dalam penjagaan mereka apabila mereka mencapai usia yang sesuai untuk berkahwin (usia matang). Bagaimanapun sekiranya bimbang ia menyebabkan penganiayaan maka cukuplah dikahwinkan seorang sahaja.

Firman Allah SWT:

Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang ditetapkan untuk mereka tetapi kamu ingin mengkahwinkan mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."-(Surah An-Nisa' 4:127)

Jelaslah disini Allah S.W.T sangat mementingkan kebajikan anak-anak yatim. Secara tidak langsung ayat ini memberi penjelasan dengan lebih mendalam apakah yang dimaksudkan dengan berlaku adil terhadap anak-anak yatim seperti yang disebut di dalam ayat yang ketiga Surah An-Nisa'.

Sesungguhnya untuk bersikap adil itu adalah sangat sukar. Rasulullah sering berpesan supaya banyakkan bersabar dan menjaga hati perempuan.

Firman Allah SWT:

Kamu tidak akan boleh berbuat adil antara isteri-isteri kamu walaupun kamu ingin sekali, maka janganlah kamu condong sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung. Jika kamu membetulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.-(Surah An-Nisa' 4:129)

Sekali lagi Allah mengingatkan bahawa adalah mustahil untuk berlaku adil kepada lebih dari seorang isteri, jelaslah Allah tidak menggalakkan poligami di dalam ajaranNya.

bersambung...



2 comments:

Anonymous said...

I'm gone to inform my little brother, that he should also visit this web site on regular basis to obtain updated from latest news.
Here is my web site : quickloanscentre.com

Anonymous said...

order lorazepam ativan gluten free - ativan dosage time