ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Saturday, December 25, 2010

Syukur kepada Allah, Dtk Kee Zainal Abidin telah selamat menjalani pembedahan dan telah dipindahkan ke wad biasa petang tadi.

Salam kepada para penderma darah, ahli keluarga, dan para sahabat yang datang membantu, ucapan ribuan terima kasih atas bantuan dan doa yang diberikan kepada Datuk Kee Zainal Abidin yang telah selamat menjalankan pembedahan pada 21hb Disember 2010. Sukacita saya ingin maklumkan kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat taulan bahawa abang saya telah dipindahkan keluar dari ICU (Intensive Care Unit) ke wad biasa pada petang tadi. Dia dipindahkan ke wad biasa di bangunan Menara Selatan, Tingkat 2. Segala jasa anda sekalian tidak akan dilupakan, semoga Allah memberikan balasan atas budi baik anda sekalian dengan lebih besar. Segala budi dan jasa anda sekalian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda, saya bersyukur kerana diberi peluang mengenali anda sekalian. Ucapan terima kasih tidak dapat untuk menggambarkan betapa saya amat menghargai atas segala budi baik anda semua, terima kasih tidak terhingga.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan maaf jikalau disepanjang tempoh ini ada kata-kata dan perbuatan saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mungkin kerana perasaan saya agak terganggu, jadi dengan tidak sengaja kesabaran saya pun agak kurang, dan penjelasan tentang prosedur lawatan pun tidak berapa jelas. Kepada mana-mana pihak yang terasa hati, saya memohon maaf sekali lagi. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh ini pengurusan yang saya buat tidak memuaskan hati dan ada cacat celanya. Tidak ada alasan yang dapat saya berikan, cuma saya harap anda sekalian dapat memaafkan segala kesilapan saya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. Saya bersyukur kepada Allah kerana membantu abang saya dan keluarganya. Saya juga ingin merakamkan kesyukuran ke atas keputusan pemeriksaan jantung abang saya Kee Nordin pada 21hb Disember 2010,  abang saya Kee Nordin tidak perlu menjalankan angioplasty dan doktor sudah memberhentikan pengambilan ubatnya. Saya berharap kesihatan kedua-dua abang saya ini akan bertambah baik pulih seperti semula dan kekal sihat, panjang umur, bahagia, dan rezeki yang berpanjangan. Inshallah.

4 comments:

keeaida said...

Alhamdullilah

Bunga Negara said...

Alhamdulillah - segala puji bagi Allah.

KEE ROCK said...

Syukur Alhamdulillah kedua-dua mereka selamat. Kami ahli keluarga yang berada di Tawau akan terus mendoakan agar Pakcik Din akan pulih dengan sempurna. Teringat pula saya sewaktu Pakcik Din dan Makcik Tipah menjaga saya selepas pembedahan July 2007. Seminggu saya di rumah yang penuh dengan kasih sayang. Adik Raisah pula menjadi penghibur walau pun keadaan terasa pedih dan lemah, ada Raisah semua itu akan hilang. Saya dan Ojima amat berterima kasih tidak terhingga pada Pacik Din dan Makcik Tipah. Kini saya yang sudah berada di Tawau hanya mampu mendoakan agar Pakcik Din dikurniakan Allah dengan Rahmat dan HidayahNya semoga segera sembuh. Love always from Rock. Meng, Missed you lotttssss too... esp your cute antics and smile

Kee Heritage said...

Miss you too Rock, Inshallah nanti kan ku bawak kakak2 bercuti2 di rumah mu kih kih kih...