Showing posts with label Places I Want To See. Show all posts
Showing posts with label Places I Want To See. Show all posts

Monday, September 1, 2008

Kota Derbent, berlindung dari serangan Ya'juj dan Ma'juj dibalik tembok yang tinggi

** Entri ini telah ditambahakan dengan beberapa fakta berikutan dengan perkembangan arkeologi terkini. Bersesuaian dengan perubahan isi kandungan yang kini telah disertakan dengan lebih banyak maklumat, saya menukar nama entri blog ini dari tajuk asalnya iaitu The Great Wall (Caspian Gates) dibina oleh Alexander atau Cyrus the Great? Isi kandungan entri asal ini tidak banyak berlaku perubahan tetapi lebih banyak ditambah maklumatnya. Terima kasih.

Caspian Gates (atau juga dikenali sebagai Alexander Great Wall) ini terletak di Derbent. Selain dari itu ia turut dikenali dengan nama Darban di dalam bahasa Parsi. Ia merupakan bandar tertua di Russia dan telah wujud sebelum adanya 'bandar abadi' Rome. Umur bandar ini sudah melebihi 5000 tahun lamanya. Tarikan utamanya merupakan kompleks kubunya, selain daripada bangunan-bangunan bersejarah, pemandangan gunung dan alam sekitarnya yang cantik.

Ramai pengkaji berpendapat Caspians Gates adalah merupakan dinding batu yang di bina oleh Alexander The Great, seperti yang tercatat dalam Alexander Romance. Mengikut catatan tersebut, Alexander telah memburu musuhnya Bessus; seorang bangsawan Persia dan bergelar Satrap bagi Bactria. Pada masa itu Bactria lebih dikenali sebagai Balika di Arab dan India, sementara di China ia dikenali sebagai Daxia. Pada masa kini, Bactria merupakan sebahagian dari Utara Afganistan dan dikenali sebagai Balkh. (Satrap adalah gelaran bagi pemerintah di wilayah jajahan empayar Median dan Persian di zaman kuno). Siapakah Bessus ini? Dia ialah pengkhianat yang menyebabkan kematian Darius III kerana takut dengan kekuatan tentera Alexander dan ingin menyerah kalah.

Kononnya Alexander telah mengejar musuhnya sehinggalah tiba di laluan antara dua puncak pergunungan di banjaran Caucacus. Di sini Alexander telah bertemu satu kaum yang tidak bertamadun iaitu kaum yang sering menyerang penduduk di sebelah selatan lembah tersebut. Alexander kemudiannya membina sebuah dinding yang dibuat daripada besi yang memisahkan kedua-dua lembah dan menghalang kaum itu daripada  terus menyerang.

Gambar dipinjam dari Iranian Backpackers

Kisah yang sama ada diceritakan di dalam Al-Quran, di catatkan bahawa ianya dibina oleh Zul-karnain untuk menghalang kaum Yakyuj dan Makjuj. Bagaimanapun para ulama Islam menolak kemungkinan Alexander dan Zulkarnain adalah orang yang sama. Mengikut para ulama Islam ciri-ciri Zulkarnain lebih serupa kepada Kursy al-Farisi, Raja dari Parsi (Iran) yang juga dikenali sebagai Cyrus II The Great yang memerintah selama 30 tahun dari 559 SM hingga 529 SM.

Caspian Gates terletak di antara sempadan Russia dan Georgia. Terdapat satu laluan yang sempit yang terletak di antara dua gunung dan dikenali dengan nama Daryal Pass atau Dariel Gorge. 

Di dalam surah Al-Kahfi ada mengisahkan tentang kisah Zul-Karnain di masa lampau. Di dalam surah Al-Kahf, Nabi Muhammad S.A.W berasa duka cita kerana orang-orang musyrik yang tidak mahu beriman. Maka Allah S.W.T menyuruh Rasulullah menceritakan kisah-kisah yang sudah lepas sebagai peringatan kepada manusia bahawa Allah Maha Mengetahui. Di dalam surah ini kaum Ya'juj dan Ma'juj yang dijelaskan sebagai kaum membuat bencana.

Zul-Karnain dikatakan menemui satu kaum di antara dua gunung yang bahasanya tidak di fahami. Kaum ini membuat aduan tentang kaum Ya'juj dan Ma'juj yang sering datang membuat bencana. Mereka menawarkan bayaran kepada Zul-Karnain supaya membina satu tembok supaya dapat menghalang kaumYa'juj dan Ma'juj.

Mereka berkata: "Wahai Zul-Karnain, sesungguhnya  kaum Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan di bumi, maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?"  
-(Surah Al-Kahf 18:94)

dia berkata : "Apa yang Pemeliharaku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik, maka bantulah aku dengan kekuatan, dan aku akan membuatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka"
 -(Surah Al-Kahf 18:95)





"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila dia telah membuat separas  antara dua tebing tinggi, dia berkata: "Tiuplah!" sehingga apabila dia telah membuatnya api, berkatalah dia: "Bawalah,  supaya aku tuangkan leburan tembaga kuning di atasnya".

 -(Surah Al-Kahf 18:96)



Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya.

-(Surah Al-Kahf 18:97)


dia berkata: "Ini ialah suatu rahmat dari Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang, Dia menjadikannya debu dan janji Pemeliharaku  adalah benar."
-(Surah Al-Kahf 18:98)

Dan pada hari itu, Kami membiarkan mereka menyerbu antara satu sama lain, dan trompet ditiupkan, dan Kami mengumpulkan mereka berkumpul-kumpul.
-(Surah Al-Kahf 18:99)


Dan pada hari itu kami mengemukakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya dan berpaling dengan jelas.
-(Surah Al-Kahf 18:100)


Yang mata mereka ditudung dari peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.
-(Surah Al-Kahf 18:101)


Apa, adakah orang-orang yang tidak percaya menyangka bahawa mereka boleh mengambil hamba-hambaKu sebagai pelindung, selain daripada Aku? Kami menyediakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya.
-(Surah Al-Kahf 18:102)


Jikalau menurut pendapat Jehan de Mandeville, Ya'juj dan Ma'juj ialah Gog dan Magog merupakan sebahagian daripada sepuluh kaum Israel yang lenyap selepas kejatuhan Kingdom of Israel akibat serangan Assyria. Gog dikatakan merupakan seorang anak raja, atau kaum, sementara Magog merupakan tanah asal atau tanah jajahannya. Bagaimanapun ada yang berpendapat Ya'juj dan Ma'juj merupakan bangsa Tartar dan Mongol yang terkenal sebagai bangsa yang kuat dalam peperangan dan suka menjajah. 

Bagaimanapun mengikut catatan sejarah, pada masa lampau Derbent memang selalu diserang oleh pelbagai pihak pada tahun-tahun yang berbeza antaranya kaum Scythian, Sarmats, Hun, Alans, Avars,  Khazar, Tartar dan lain-lain. Malahan ia juga pernah berada dibawah pemerintahan Empayar yang berbeza.

Jika dilihat dari sudut sejarah, kaum Hun merupakan sebahagian dari suku kaum proto-Turk  dan sering berperang dan menjajah sebelum bersatu dengan suku kaum Turk yang lain di dalam Empayar Mongol.  Selain itu  terdapat pula suku kaum Tartar yang bermastautin di antara pergunungan Derbent dan Circaffia. Tetapi ada pula sejarahwan yang bependapat Ya'yuj dan Ma'juj merupakan kaum Scythian. Jadi siapakah pula sebenarnya kaum Ya'yuj  dan Ma'juj ini? 



Kaum Ya'juj dan Ma'juj disebut dua kali di dalam Al-Quran, pertama di dalam surah Al-Kahf, dan kedua kali di dalam surah Al-Anbiya'.  Surah Al-Anbiya' merupakan ingatan bahawa manusia masih lalai dan berpaling daripadaNya. Di dalam surah ini banyak disebut kisah-kisah masa lepas seperti kisah Nabi Ibrahim A.S, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S. sebagai peringatan kepada umat selepasnya dan menegaskan Nabi Muhammad merupakan Rasul  yang diutus memberikan rahmat serta memberi peringatan kepada umat manusia. Di dalam surah ini Ya'juj dan Ma'juj akhirnya berjaya melewati benteng yang menghalang mereka.


Satu pengharaman bagi penduduk suatu negeri yang telah Kami binasakan, mereka tidak akan kembali.
-(Surah Al-Anbiya' 21:95) 


Sehingga, apabila dibukakan Ya'juj dan Ma'juj, sedang mereka melongsor turun dari tiap lereng-lereng
-(Surah Al-Anbiya' 21:96)  

Dan telah hampir janji yang benar, dan tiba-tiba mata orang yang tidak percaya menatap dengan tajam,  "Celakalah kami, kami lalai dari yang ini, tidak, kami adalah orang-orang yang zalim.
-(Surah Al-Anbiya' 21:97)  



Mengikut catatan sejarah Dagestant, Russia, Derbent pernah dijajah oleh tentera Empayar Mongolia yang terdiri daripada kaum Goturks dan Tartar yang bergabung dibawah pemerintahan Borjigin Temüjin, atau lebih terkenal dengan gelaran Genghis Khan, pada 1239.

Berbalik dengan Caspian Gates (The Great Wall), pada tahun 1971 satu carigali purba (archaeological excavation) telah dijalankan dan satu penemuan yang mengejutkan dimana wujudnya asas kepada bandar Derbent seawal abad ke-3 dan akhir abad yang ke-4 SM iaitu lebih 5000 tahun dahulu. Jadi boleh juga diandaikan kewujudan tembok ini adalah berada di dalam tempah yang sama dengan pemerintahan Alexander (356-323 SM). Jadi memanglah tidak mustahil jika mengandaikan bahawa Alenxander juga merupakan orang yang datang membina dinding batu seperti yang tersurat di dalam Al-Quran.

Antara pemerintah Derbent yang berpengaruh pada awal kurun ke-8 ialah seorang komander militari Arab, Maslama ibn Abd al-Malik, yang digelar 'bapa kedua Derbent' di atas kejayaannya dari segi town planning dan menjadikan Derbent sebagai pusat ketenteraan dan politik yang mashyur. Maslama ibn Abd al-Malik adalah anak kepada Khalifah bani Umaiyah iaitu Abd al-Malik ibn Marwan. 


**Ada banyak lagi kisah2 menarik mengenai kota Derbent ini dan juag Caspien gate serta kaitannya dengan tembok batu terpanjang dan tertua di dunia iaitu Red Snake. Mungkin saya akan menulis di dalam entri yang lain. Terima kasih.

All pictures are taken from a website called Small town of Russia

Saturday, August 30, 2008

Villa, Rumah, Hotel zaman moderen..

Siapa pernah tengok cerita Harry Potter? Mesti pernah kan? masih ingat tangga dia yang beputar2 tu? Ini lagi hebat, dan bukan ciptaan fantasy pun tapi nyata. Ciptaan yang bakal dibina tidak lama lagi di Dubai, di reka oleh David Fisher, bangunan yang beputar2 ni dikenali sebagai Rotating Tower (pasal dia beputar2 la..) David Fisher ni pereka dari Itali, kununnya design dia ni akan siap dibina pada tahun 2010. Itupun kalau tiada bencana alam la kan, atau kiamat ka...

Kononnya bangunan ni hampir2 sama tinggi sama Petronas Twin Tower dengan ketinggian 420m, ada 80 tingkat. 10 tingkat teratas adalah luxury villa style apartment, 35 tingkat ke bawah seterusnya adalah residential suites, 15 tingkat ke bawah seterusnya adalah hotel, dan 20 tingkat kebawah seterusnya adalah ruang pejabat dan pameran. Ada siapa2 minat mo beli? ehehe..




Kononnya building ni ada center yang boleh control putaran dan speed bagi setiap tingkat. Jadi kalau orang atas tu mo pusing laju2 dia sampai pening macam main cawan2 di carnival game tu dia punya pasal la orang bawah dan diatasnya tiada effect kunun. Kalau tidak susahlah kan semua orang pun terikut beputar ni. Bukan tu ja, kononnya ada lift untuk kenderaan (kereta sahaja ya, boat, sampan, kapalterbang atau helicopter tidak boleh la... basikal sama motorsikal boleh...) sampai la pigi tingkat 80.



Seperti yang boleh dilihat dari ini gambar, bangunan ni mengunakan sistem turbine untuk setiap 77 tingkat. Aku rasa 3 tingkat terbawah tu tidak la berputar2 kalau nda susah pula mo masuk ni sebab pindah2 jak pintu utama ni nda sempat2 pula mo masuk. Hehehehe.. Samada berjaya atau tidak diaorang buat ni building exactly seperti yang diplan marilah kita sama2 tunggu dan lihat.

Tuesday, June 24, 2008

Secret Pleasure Room di Taman Sari?!

Okay, sebelum aku cerita tu benda yang aku sebut di tajuk aku cerita dulu pasal main castle dia iaitu Kraton bermaksud istana dan Kraton yang kita mo lawat ni dibina pada kurun ke 18 dan merupakan kediaman sultan di era pemerintahan Mataram. Kita boleh masuk di dalam istana ini dengan bayaran 3000 Rp dan extra 500Rp kalau bawa kamera (kalau aku tidak silap) dan ada guide yang akan bawak kita melawat istana, tetapi mestilah berpakaian yang bersopan (properly dressed) maklumlah masuk istana... Jangan la pula pakai yang bukan2 contohnya celana pindik singlit atau cawat tidak dibenarkan sama sekali!!!

Di dalam Keraton ni kita boleh lihat banyak display barang2 raja2 pemerintah yang gugulu termasuklah salasilah keturunan raja Mataram, jadi siapa yang perasan atau angan2 mo jadi raja tu check la tu salasilah manatau ada termasuk sikit2.. hahaha... Jangan lupa nenek kita ni memang keturunan diraja Sulu pun, cuma kingdomnya saja sudah tiada andu bah... jadi kalau dapat menyelit keturunan Mataram boleh lah menuntut periuk belanga sultan ke-9 Sri Sultan Hamengkubwono IX di Kraton kuang kuang kuang... Aik jan kamu main2 Sultan Hamengkubwono IX ni la yang memberikan kemerdekaan kepada Indonesia daripada jajahan Dutch. Jadi kalau dapat periuk pun sudah kira hebat tu!

Meja yang digunakan untuk sain dokumen kemerdekaan Indonesia pada 17 August 1945 pun masih ada disini. Apa?! Boring ko cakap? Apa mo heran barang meja? Bah kalau aku bilang itu pavilion dihiasi dengan emas apa macam? Chandelier nya pula dibuat dari Italian crystal! Baru ko tau!! Anyway kita akan spend 5H/5M di area ini sebab kita mo tengok perarakan dari istana pada hari raya Aidiladha. Ini mesti record di video semua ni baru lah "dikoboiri".

Di sebelah Kraton adalah Taman Sari (Water Castle), topik yang ditunggu2 dan aku pun nda sabar sudah mo kestau... Kalau Kraton istananya yang lebih kepada urusan formal, Taman Sari ni tempat raja berehat2 dan bersuka ria atau pun femes sebagai "pleasure palace". Pernah sudah aku cerita pasal itu 3 swimming pool besar, perempuan2 mandi dan raja menyubuk dan memilih teman tidur kan? Hehehe... Aku pun ada mention pasal secret underground passage yang dibina tembus pigi laut untuk escape dari serangan musuh. Nah ada satu benda aku lupa mention, architect Portugis yang mendesign Taman Sari ni di bunuh oleh sultan supaya tiada siapa dapat cari itu "secret pleasure room" di dalam istana ini. Aku wonder lah, apa dan dimana kah itu "secret pleasure room" itu dan apa yang ada di dalam? Adakah orang yang berjaya jumpa? Tiada lah ku rasa kalau ada musti tidak secret lagi namanya. Mungkin akibat kejadian gempa bumi hilang sudah jalan masuk ataupun orang jak yang nda tau macam mana mo unravel the mystery. Apa boleh buat si Yus sama si Sly nda jadi ikut, kalau tidak baru aku angan2 mo ajak dorang jadi Indiana Jones sekejap. Hehehe... Nda apa, siapa berani ikut aku cari "secret pleasure room"? angkat tangan?!! Kalau ada harta semua aku punya bukan Ahmad Albab yang punya... kuang kuang kuang!!!

Saturday, June 21, 2008

Apa kejadian di Candi Prambanan?

Satu lagi temple yang kita akan pigi tu namanya Candi Prambanan, kononnya kuil Hindu terbesar di Indonesia yang di bina dari 1918 dan belum siap2 lagi sampai sekarang. Kononnya ada 1000 statues di Candi ini. Mengikut hikayat ada seorang pemuda bernama Bandung Bondowoso yang jatuh cinta sama satu cewek bernama Roro Jonggrang. Roro Jonggrang ni mau menolak cinta si Bandung Bondowoso jadi dia bilang sama tu cowok, "ko bikinkan aku 1000 statues dalam tempoh satu malam saja". Jadi hebat juga si Bandung Bondowoso dapat pula dia bikin 999 biji, pakai ilmu apa nda tau la. Tapi panik la si Roro Jonggrang ni dia pun suruh orang2 kampung kasi marak api supaya nampak macam sudah mo pagi. Marah la si Bandung Bondowoso sekali dia kedapatan si Roro Jonggrang mo menipu dia, terus dia sumpah jadi patung!!! Jadi adalah cukup 1000 termasuk si Roro Jonggrang yang sudah jadi batu... Kesimpulannya mestilah si Bandung Bondowoso ni bidak dan banyak jerawat berabis sampai si Roro Jonggrang mintak yang bukan2 sampai main tipu lagi. Jadi marilah kita pigi meningu si Roro Jonggrang yang sudah jadi batu di sini, mari kita lihat cantik betul ka dia sampai si Bandung Bondowoso sanggup bikin 999 statues dalam tempoh satu malam. Cantik kah??? Tapi yang mana satu? Nda pun kita kira jak la patung tu cukup ka sampai 1000? Tapi apa kaitan ini cerita sama ni Candi yang tidak pandai siap2 sampai sekarang? Kononnya ada saja orang mencuri batu Candi tu, tapi kamu jangan la buat pula nanti marah si Bandung Bondowoso kena sumpah jadi si Batu Tunggang pula. Kalau batu berlian nda apa juga. Khahahaha.... Apa kejadian si Bandung Bondowoso? Tidak tau la... mungkin dia pigi Bandung lepas tu hehehe...

Oh satu lagi yang aku excited, Taman Sari (Water Castle). Kenapa? Sebab aku mo tinguk itu 3 swimming pool BEEEEEEEESAAAAARRRRRR di compound dia! Kononnya Raja suka duduk dan meningu dayang2nya mandi sambil memilih siapa mo jadi teman tidur. Kotoh!!! Lepas tu ada lorong pigi bawah tanah, di bawah tanah ada surau yang di bina oleh Raja, dan ada secret underground path yang tembus pigi laut, di bina untuk escape kalau diserang musuh. Originally Taman Sari ni kubu dan juga istana tempat raja2 bersantai menyubuk orang mandi. Hahahah..

Okaylah.. Itu saja dulu. Dengar cerita saja tidak best, pergi dan lihat sendiri baru ada thrill!!! Ada berani??

-Meng