Showing posts with label Cerita Politik. Show all posts
Showing posts with label Cerita Politik. Show all posts

Friday, March 20, 2009

Wang adalah segalanya...


Saya pasti pembaca-pembaca  blog ini  bukan hidup berpaksikan wang  atau pun wang itu adalah segalanya.

Jika seseorang itu  hendak  menjadi  seorang peniaga  samada berniaga kecil-kecilan atau pun besar-besaran,  seseorang itu pasti pentingkan keuntungan .  Kalau tidak buat apa berniaga. Lebih banyak untung lebih bagus. Jika peniaga itu mempunyai syarikatnya sendiri dan mempunyai ramai pekerja beliau perlu membayar gaji. Perlu membayar sewa pejabat ( jika ada pejabat) dan membayar bil letrik dan air. Perlu juga membayar cukai, jika ada untung diakhir tahun kewangan. 

Jika seseorang itu hendak menjadi ahli parti politik, apakah tujuan dan objektifnya?
Adakah  hanya ingin jadi ahli biasa seumur hidup?
Adakah  mempunyai hemah untuk menjawat sesuatu jawatan tinggi dalam parti tersebut?
Jika sudah menjawat suatu jawatan yang  tinggi , bermakna sudah ada peningkatan dalam hidup. Memang pun dalam Islam,  menggalakkan  kita  mempertingkatkan diri dengan  ilmu dan mengecapi kejayaan.

Tetapi sebaliknya jika perjuangan kita dalam politik hanya untuk kepentingan diri sendiri maka ini adalah dilarang oleh ugama . Mentelah lagi si empunya diri adalah seorang yang berugama Islam. 

Maka persoalan  kepada  cerita ini adalah, mengapa seorang ini,   katalah si A ,  yang sudah pun memegang jawatan tinggi sanggup menjual maruahnya semata-mata untuk melindungi seorang , katalah si B ,  juga menjawat  jawatan tinggi dalam parti,  yang semua orang  tahu mengamalkan politik wang dan menerima habuan dengan menipu duit rakyat. Memaksa sebuah bank besar di Malaysia membeli Bank diluar negara dengan harga yang lebih tinggi semata-mata untuk mendapat "kick-back"( mengaup untung) didalam urusan jual beli tersebut. Si B  ini  bercita-cita untuk menjadi PM Malaysia pada umur 40 tahun. 

Cita-cita si B  munkin akan menjadi kenyataan  hanya kerana si A  melindungi keaiban si B. Hukuman kepada si A telah dijatuhkan dan beliau digantung keahliannya selama 3 tahun.  Walau pun si B  didapati bersalah tapi diberi amaran  saja kerana bukti tidak kuat. Si B  masih lagi boleh bertanding dalam pemilihan parti dalam masa beberapa hari lagi. Tidak hairanlah  kalau si A telah menerima habuan yang lumayan  daripada si B. 
Kalau otak pembaca tangkas berfikir munkin anda kenal atau pun tahu siapa yang saya maksudkan  si A ini.  Si B  ini juga termasyhur orangnya dan saya pasti anda semua tahu  siapa saya maksudkan. 

Saya ingin memajukan kemusykilan saya  kepada pembaca-pembaca sekelian . 
1.   Bolehkah si A tidur nyenyak setiap malam?  
2.  Apakah yang dilihat  pada wajahnya setiap kali dia bercermin?

Akhir sekali yang saya  amat sedih dan kesal ialah kerana  si A ini adalah senegeri dengan suami saya. Maaf jika ada yang terguris.