Showing posts with label Family Gathering and Events. Show all posts
Showing posts with label Family Gathering and Events. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Bila adik-beradik sudah berkumpul...

Salam, apa khabar semua. Selamat menyambut tahun baru. Bagaimana kamu menyambut kedatangan tahun baru 2011? Ada yang ber 'bbq'... ada yang pergi tengok 'fireworks', ada yang keluar makan satu keluarga. Aku tahun ni duduk rumah batuk2 jak, kejangkitan si Otok masa tinggal di Casa Tiara. Lagipun tiada mood juga mo sambut2 New Year... bak kata kakak ku yang sulung Kee Nur : "tahun baru, perangai lama, tiada kelainan..." macam tu ka tu? hahahahaaa... apa pun aku mau mengambil kesempatan pada hari ini 2.1.2011 untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. hmm... aku gerenti tarikh 20.11.2011 nanti banyak orang mo kahwin... hahahaaa...lari topik sekejap..

 si Adik bilang dia takut nengok gambar ni, cam Chucky bilangnya... hahahahaa... 

Kalau difikir2 kan sambutan tahun baru kalau ramai-ramai berkumpul tu mungkin meriah laaa, tapi kalau keluarga sudah berkumpul tiada sambutan pun rasa meriah juga.  Sebab bila berkumpul cerita2 kenangan masa zaman kanak-kanak yang mencuit hati pun terkeluar. Baru-baru ini, adik-beradik anak-anak Kee Abdul Jalil berkumpul tinggal bersama2 dalam satu apartment sederhana beramai-ramai. Yang lelaki tidur di luar, yang perempuan tidur dalam bilik, ada 3 bilik semuanya. Mujur juga dorang ni sabar bila ku sumbat tinggal di sana, ipar2 pun sporting saja.  Apa lagi yang suami isteri bah tidur terpisah2 le pulak, cian... Bukan juga aku nda terfikir mo tempah 2 unit tapi apa boleh buat, ada tinggal satu unit saja yang kosong, kalau ikutkan pun aku sebenarnya mo tempah di Subang Avenue nampak cam lebih bagus sikit tapi awal2 lagi sudah tiada kosong... jadi, terimalah seadanyaaa... kih kih kih... Kepada yang kaum lelaki, sorry la kamu terpaksa tidur di luar, jangan mareeee... 

Andu bah cian... tidur di luar....

Sebenarnya tujuan kami tinggal di sini pun bukan untuk bercuti, tapi untuk memberi moral support kepada abang kami Kee Zainal Abidin yang menjalankan pembedahan 'open heart surgery' baru-baru ni. Lokasi apartment tu dekat dengan hospital, boleh jalan kaki. Tu lah tujuan sebenarnya... Syukurlah pembedahan abang kami berjalan lancar dan selamat, dan kini keadaan abang kami semakin pulih, mudah-mudahan Allah berikan dia kesihatan yang baik, pulih sepenuhnya, kekal sihat, bahagia, panjang umur dan rezeki yang berpanjangan. Amin



  
Antara beberapa gambar kenangan ketika sanak saudara berkunjung di rumah Dtk Hj Kee Zainal Abidin, dua hari sebelum tarikh pembedahannya.
 
Ada kelebihan juga bila tinggal sama2 di apartment begini, kalau duduk bercerita berjam2 pun boleh, tidak perlu bayar minuman. Paling2 pun hint yang paling best bila minta bikin kan kopi, "aaaik... apa ko minum tu? cam sedap....." heheheheee... paham2 sudah laitu mo kena bikin kopi satu jug. Lepas tu senang bila kami mau duduk ramai-ramai baca Yasin. Kalau di hotel bukan tidak boleh, tapi agak sukar sikit la mo buat beramai-ramai serentak. Kelemahannya, bila saturang sakit semua terjangkit... ini lah gara2 si Otok ni satu unit tekena demam selesma, dia bawa virusnya dari Kota Marudu tau...hahaha...
.
si Yah bercerita dengan penuh semangat dan aksi


 Kasut para penghuni B-11, semua orang simpan kasut dalam rumah takut kena curi konon...

Kami semua dalam unit tu seramai 13 orang tau, termasuk si Ashraf kecik sudah 14 orang!!! Hahahaha... hebatkan boleh juga kami tidur begitu. Teringat kalau raya di kampung masa aku kecik2, bila semua adik-beradik balik ke kampung dengan keluarga, masing-masing tidur berhamburan di luar di atas lantai.. sofa semua tolak pigi luar supaya luas living room tu... memang best. Memang kebiasaan mesti ada yang tidur lewat atau nda tidur sampai pagi sebab jual temberang... berlawan2 cerita lawak siapa paling lucu di dapur sambil minum kopi tumbuk kaw kaw punya...Di sini pun sama juga, tidur lambat bangun awal. Bangun2 jak sambung cerita... maklumlah jarang dapat berkumpul bergini, masing2 pun sudah punya komitmen.


Masa tinggal di apartment ni kami masak sendiri...ehem.. pembetulan, kami di masakan makanan masakan sendiri taukeh Aeza Cafe yang memanglah terer masak, orang kata kalau dia rebus batu pun buli jadi sadap.. Bertuahnya kami ni...


Aku tau apa kamu fikir, aku ni dari tadi menggambar seja, aku nda tolong ka? wui wui... tolong sikit, ni aku tulung potong sayur... hahahahahaaa... hmm... aku suruh si Yah gambar aku cuci piring tapi dia nda mau, ceh... kalau nda buli aku buat skrip lagi...

 
tadaaaaaaaaaa... sudah siap masak ni... yummm yumm.... Ikan masak suami isteri atau pun masam manis, keh keh keh... sedap ni...


 Ini sup ikan belanak, sedaaaaaaaaaaaaap nya...

Masa makan la paling best, memang ngam la kalau ada darah Cina tu masih juga mo makan dalam mangkuk... yang silapnya ada kah makan pakai sinduk, sia sia jak aku beli tu chopstik... jadi kayu reput laitu... hehehehe... orang Korea yang makan nasi dalam mangkuk pakai sinduk... betul ka kita ni berdarah cina ni? Darah Kimaragang lebih kuat kali, tapi kalau gitu mesti mo makan linopot baru ngaaaaaaamm... hehehe...




Oklah tamat cerita untuk kali ni, kepada semua penghuni B-11, aku meminta maaf atas segala salah dan silap aku. Biasalah aku ni bukan perfect, manusia biasa yang ada banyak kelemahan.  Di campur lagi perasaan semua orang pada ketika ini bercampur-baur, penuh kerisauan dan tekanan, jadi ada yang cepat marah ada juga yang cepat merajuk kan? hehehehe.... Di harap kamu semua sudi la memaafkan aku. Kepada yang singgah membaca coretan aku ni, tima kaceh banyak2, inshallah nanti aku tulis lagi kisah2 yang lain.  Aku minta maaf la kalau cerita aku ni nda best sampai pembaca tertidur atas keyboard.. Akhir sekali, saya ingin mengakhiri kisah kali ini dengan ucapan salam hormat, salam sejahtera dan salam sayang... bye~ Selamat Tahun Baru!!! ....;-)

P/S tahun ni tahun apa? bluuuuuuuuurrr.....

Friday, December 18, 2009

Selamat Pengantin Baru Sarah Jane & Jumat

Saya bagi pihak team Kee Heritage ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Sarah Jane dan juga pasangannya Md Jumat yang telah melangsungkan majlis pernikahan pada malam 18 Dec bertempat di K6 Likas Jaya. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke anak cucu dengan penuh kebahagiaan. Amin.




Pictures credit to Rozlee Idris

Friday, August 7, 2009

Congratulation to Fauzi Leon Harrison Gregory & Riney Gabriel

Tahniah kepada Leon Fauzi Gregory dan Riney Gabriel yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 7hb August 2009. Semoga berkekalan dan berbahagia selalu. Amin.

Thursday, November 20, 2008

congrats....congrats...




selamat pengantin baru kepada angah n azhar....n to azhar welkam to da kee's family...ermmm ntah lah maw ckp apa bha kunun nie ok lah...di sini adalah jugak kunu sikit2 pic yang sempat di amik waktu majlis akad nikah..sikit jak lah cuz,hp teda bateri muahahahaha...so kepada sesepa yang ada lg byk pic c angah and azhar...post lah g blog nie...aku maw!!!

Saturday, October 11, 2008

More Photographs From JKKKEE 2008 Events



More photos will be added soon, when I have the time *hehehe... I hope other team member can contribute photographs from the event as well. Thx.

If the picture takes too long to upload you may view the photo collection in the photo album in the JKKKEE 2008 Photo Album link on the top of this page or click here to view photo collection.

Wednesday, October 8, 2008

JKKKee 2008 Photostream





Seperti yang kita semua maklum, pada tanggal 4 October 2008 yang baru lalu telah belangsung majlis Jejak Kasih Keluarga Kee di Dewan Masyarakat Tawau. Memang besar ahli keluarga Kee, saya tidak pernah menyangka ada begitu ramai sekali descendant Kee Abdullah. Gambar-gambar sepanjang reunion ini berlangsung boleh dilihat di Album JKKKee 2008. Buat masa ini saya belum ada kesempatan untuk upload kesemua gambar pada hari tersebut, hanya sebilangan kecil sahaja. Saya akan cuba upload kesemua gambar dalam masa terdekat ini. Di atas adalah antara gambar-gambar yang terdapat di dalam album ini.

Ucapan tahniah kepada para AJK yang telah menjayakan majlis ini kerana bukan mudah untuk mebuat acara sebegini, tambahan pula acara ini merupakan benchmark kepada acara reunion yang seterusnya. Kalau mengikut persetujuan, acara ini akan diadakan setiap dua tahun sekali. Tahniah juga diucapkan kepada Kee Faridah kerana berjaya mengumpulkan gambar-gambar lama dan sedikit biodata anak-anak Kee Abdullah, saya difahamkan dia sudah mula mengumpul segala maklumat sejak lapan tahun yang lalu.

Tidak ada banyak komen dari pihak saya, cuma beberapa perkara yang boleh diperbaiki lagi di majlis akan datang. Feedback yang saya terima daripada ahli keluarga yang menyertai acara ni rata-ratanya berharap diadakan aktiviti suai kenal supaya dapat berkenalan antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang mengadu masih terdapat banyak kesilapan didalam buku yang telah ditulis. Bagi saya dia (Kee Faridah) sudah melakukan sebaik yang mungkin, tambahan lagi kesuntukkan masa untuk menyediakan mock-up untuk tatapan ahli keluarga menyulitkan dia untuk memeriksa setiap dokumen. Saya difahamkan bahawa buku ini belum lagi siap 100%, masih ada lagi yang perlu diubah dan diperbetulkan. Menurut Kee Faridah sendiri buku ini mungkin hanya dapat dikeluarkan pada Hari Raya Haji nanti.

Bagaimanapun saya mendapati sedikit percanggahan maklumat tentang ibu kepada Kee Kim Swee, mengikut apa yang tercatat didalam buku catatan arwah bapa saya Hj Kee Abdul Jalil (anak lelaki bongsu Kee Abdullah), Kipas bukanlah ibu kandung kepada Kee Kim Swee. Selain daripada itu, saya juga difahamkan bahawa Jumatiah bukanlah isteri pertama Kee Kim Swee, beliau sudah pernah beristeri sebelum itu dan mempunyai zuriat dari isteri sebelumnya. Ini juga pernah dimaklumkan kepada saya oleh arwah ayah saya Hj. Kee Abdul Jalil bahawa dia mempunyai saudara lain yang bukan beragama Islam. Mungkin di reunion yang akan datang boleh menjemput mereka bersama sekiranya mereka berminat? Itupun kalau dapat dicari la..

Saya juga berharap cerita berkaitan nenek saya Jumaatiah turut dimasukkan ke dalam buku ini kerana tanpa nenek Jumaatiah, tidaklah wujud generasi kita yang ada sekarang. Saya paling suka mendengar arwah bapa saya bercerita tentang ibunya Jumatiah, saya berasa kerugian sekiranya cerita tentang nenek tidak disertakan sekali.

Apa sekali pun, saya berharap keluarga Kee dan generasi seterusnya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada ahli keluarga Kee yang sudah pun meninggal dunia, semoga roh mereka sentiasa di rahmati Allah S.W.T.


Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri untuk semua ahli keluarga, rakan dan taulan Kee Heritage


Di kesempatan ini saya Kee Salmiah Kee Abdul Jalil, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua umat Islam yang merayakan hari yang mulia ini. Harapan saya moga-moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan keselamatan. Kalau sepanjang tempoh saya menulis di blog ini ada menyinggung perasaan, atau kalau ada perbuatan saya yang salah saya memohon ampun dan maaf. Wasalam.

Friday, September 26, 2008

JKKKEE News Update

Blogger Kee Rock said...

Ini maklumat terbaru yang saya terima dari Faridah Abu Bakar dan Kee Kamariah.

1. AJK telah bersetuju Warna Tema bagi perhimpunan tersebut ialah Lavender Purple.

Hmmm baju Lavender purple cantik juga. tu warna. Lembut, manis dan membawa ketenangan. Hmmm mau lagi pergi Kamdar beli kain. Baju raya pulak warna kelabu asap niiii.

2. Semua yang berkaitan silalah hantar SMS kepada mana-mana AJK untuk memaklumkan sama ada akan hadir atau tidak ke majlis tersebut. Adalah diharapkan agar kita dapat hadir dan di samping itu sumbangan kewangan amatlah dialu-alukan.
Bagi ahli keluarga yang sudah jawab SMS pada saya tidak perlu mengulang sms. Data sudah dikumpul.

3. Kakak Kee Salmah ada menyebut tentang Cabutan hadiah. Adalah dicadangkan setiap keluarga menyumbangkan juga satu bentuk HADIAH yang siap dibungkus dan disumbangkan kepada tabung hadiah pada hari majlis. Tidak ada yang compulsory statement tentang apa kandungan hadiah asal munasabah dan logik. Hmmm dengar kata ada yang menyumbangkan alat elektrik macam blender, toaster.. dsb. Bagus juga tapi janganlah hendaknya terlupa memasukkan sekali guarantee cardnya di dalam yaa. manaaa laaa tauu.

Namun yang penting tu hadiah yang logik tak semestinya mahal. Hmm yang ini kena lah melawat Alpha Angle kah Carrefour kahhhhhh...
Tesco agak jauh pulak.

Teringat aku perpatah pengetua sekolah menengah "HADIAH - bukan harga tapi PENGHARGAAN".

HARAP MAKLUM sekian dan Wassalam.
"Masa untuk kembali ke Meja Jahitan"

Wednesday, September 24, 2008

Newspaper Clipping from NST, issue 23 Sept 2008.

2008/09/23
Kee family gathers for Hari Raya
BERNAMA
Email to friend Print article



TAWAU: The first gathering of the Kees, a large family synonymous with Tawau, will be held at the Tawau community hall here on Oct 4.

The Kee family were descendants of Chinese national Kee Kim Swee, who embraced Islam using the name Kee Abdullah, and became the first civil servant in Tawau in 1894.

Many descendants of Kee Abdullah rose to prominence, including Sabah state Secretary Datuk K.Y. Mustafa and Assistant Finance Minister Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, who is also the assemblyman for Apas.

Tawau district chief OKK Kee Mohd Ayub Kee Abu Bakar was a great-grandson of Kee Abdullah. His father, Kee Abu Bakar, was Tawau's first district chief.

Gathering chairman Kee Hamid Kee Sulaiman said the event was aimed at giving the Kee family the opportunity to meet.
He was hopeful that all descendants of the family would return to attend the historic occasion. -- Bernama

Friday, September 5, 2008

Congratulation kepada si Rosli dan keluarga

Tahniah, moga rezeki bertambah dengan adanya gulungan ijazah.

-cebisan dari emel si Rock hehehe..


Hmmm ini gambar kami di Bukit Malawati Kuala Selangor , Kakak ku Mang dan si Kam dan familynya waktu suami si Kam konvo di OUM tu. Hehehe sibuknya aku dan si Ojima jadi tourist guide. Siap pinjam trooper Om Din lagi. 2 minggu kami kemut kereta tu.. bawa dorang cuti-cuti Malaysia. Budak yang berdiri dan yang pakai tudung merah tu anak si Kam. Tudung Biru si Kam, tudung peach Mang dan yang Ba wau ta Kaf (botak) suami si Kam yang konvo. Yang penat letih lesu dekat Mariam tembaga tu yang berbahagia Kee rock hehehe.

Rock

Friday, August 29, 2008

Congratulations Kee Sabariah!

Pada hari Khamis si Yah dan family selamat tiba di KLCT, itu budak2 mabuk naik kapal terbang lang c Yah pasal teruk betul turbulence. Kami naik van pi Grand Pacific, alamak aku ingat aku book di Seri Pacific. Kami pun meround jalan Ipoh adess.... Apalah kawan si Yah ni, mo kena ketuk pala dia recommend tampat tu. Aku kestau c Faye sama c Dang (c Din dan K. Pah pigi Indonesia jadi aku nda kasitau la pasal teda juga dorang sini), jadi berabis la kami ni mencari hotel lain tapi semua sudah full. Marah c Dang sama ku, "tulah ko nda mendengar cakap" dia blang. Hehehehe... Malam tu juga si Faye sms aku suruh bawak c Yah pindah di tempat dia awal2 pagi. Tetapi apa buli buat aku ada interview (buang karan jak aku pigi tapi kawan rekemen kan so tidak apa la, apa2 pun tima kasih sama dia sebab selalu rekemen aku! Heheheh). Jadi dorang c Yah ma c Charles dan anak2 pigi sendiri. Kesian dorang. Aku pun lepas interview terus jak pi jumpa dorang di Aquaria. Dorang si Adik pun ada. Time ni budak2 la paling gembira. Satu hari kami di KLCC saja, masa mau pulang pi apartment hujan tidak berhenti2 nasib baik ada d.Neng datang ambil. Sampai sana mula2 tu aku ingat mo pulang juga di rumah tau2 satu minggu aku nda pulang2 sana saja tu di KL sama rombongan dari K6 dan Damai.

C Yah selamat terima Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang IT pada hari Isnin. Jan main2, terrer ni urang nih! Masa tu aku ada pigi tengok dia terima ijazah, punyalah ramai orang, dan yang kelakar tu aku pi sana kaki ayam (cam britney spears pula tapi aku nda butak dan mereng la hehehe...) pastu ada pula penerima sijil yang jatuh tergulik atas stage, terpeluk cancelor kunun dei... macam aneh2 jak. Apa2 pun, kami semua mengucapkan tahniah atas kejayaan si Yah. Tahun depan giliran si Charles pula konvo. Kalau dengar cerita susah payah dorang untuk menimba ilmu tu memang terharu aku, berbeza betul dengan aku yang bersusah payah memonteng kelas dulu2. Sampai kadang2 terpaksa tidur dalam kereta bah dorang ni pasal terlalu jauh perjalanan pigi uni. Bukan cam aku masa di ITM, sudahlah tinggal asrama, lagi tinggal 5 minit mo mula kelas baru kelangkabut mo bangun, sampai nyaris2 terpigi kelas pakai baju teda kain. Insaf sekejap... Bah anak2 Kee yang masih belajar tu, contohilah ini pasangan yang rajin menimba ilmu. Usaha tangga kejayaan bilang orang, asal jak yang diusaha tu yang baik2 la..

Selepas sudah selamat upacara, kami pun bergambar2 dan pi celebrate di Sari Ratu (c Charles belanja ni). Ramai2 kami ni, aku tinguk happy berabis si Huzaifah. Dia suka betul main sama si Kakak. Aku diarahkan mengorder lauk tapi ni la bah silap pula aku order, tu sayur jak lupa tu rendang yang diminta khas, pastu terlebih2 ayam goreng sampai terpaksa pula di bawa pulang, sori maam. Pastu petang2 kami lepak di Starbucks jak, terjumpa pula abang HInd misai tebal melenting menjeling2 sama si Faye. Ahahha...

Besoknya last day ingatkan mo bawak budak2 pi Sunway Lagoon, apakan daya hujan nda la pandai berenti last2 kami pigi Melaka di A Famosa Resort jak. Tapi rasanya lebih best dari Sunway Lagoon pasal ada emcee yang sporting, walaupun aku nda faham apa dia cakap most of the time tapi sporting abis nih, dari pagi sampai malam dia jak jadi emcee untuk semua acara. Baru kami ni terpigi masa Middle East Season, apalagi semua lagu pun lagu arabbbbbbb jak. Burung gagak jak keliling nih. Penutup programnya memang best, ada larian ayam bah disusuli bunga api. Bila tu emcee tanya 'are you happy??!!!' berteriakan barang arab menjawab "NOOO!". Nda puas ati lagi tu arab2, pa lagi tu emcee bilang ok, kalau masih nda puas ati mari countdown lagi sama dia "9 8 7 6 5 4 3 2 1..." Tup menyala semua lampu, "Come back again tomorrow!!!" bilang tu emcee... kwakwakwa.. Kami pun pulang ke KL.


Wednesday, August 13, 2008

Tema Kaler Baju untuk Kee Reunion

Salam,

Kepada semua Kee Heritage Clan, memang kompom la tu reunion. Ramai ni yang kompom pigi ni termasuk juga aku ni yahoooooooooo~!!!! Bak kata si Yah, kalau aku nda pigi ni siapa la mo jadi tukang ambil gambar? Cewah, aku kan pemberita Kee Heritage.

Anyway, let's put that aside, bagi wakil ahli keluarga Arwah Kee Abdul Jalil tema pakaian adalah warna lavender. So take note, jangan pula kamurang pi pakai baju oren segala, pakai purple la...

Ini lah lavender kalau tidak tau jugak tu payah la mo cakap...


Nada duit sudah mo beli baju kaler lavender? Aku ada tips murah dan gerenti dapat. Beli la baju kemeja putih, baju kurung sekolah putih atau apa2 jaklah yang putih untuk di pakai (singlet pagoda pun putih juga tapi mesti kamurang nda sanggup pakai pi reunion ni bikin malu jak...nampak bulu ketiak). Kalau sudah ada pakaian putih, beli la nila.. rendam pakaian putih tu satu hari satu malam besok jemur dapat sudah kamurang baju nyaris nyaris kaler lavender... kwakwakwa...

Jangan marah gurau jak.

Monday, August 11, 2008

Pesta Konvo Open Uni

Seperti yang pernah sudah aku post dulu, ada dua orang akan konvo pada hujung bulan Ogos ni, si Yah (Kee Sabariah) dan suami si Kam (Kee Kamariah Yusof), Rosli pun akan konvo tapi pada hari yang berbeza. Suami si Kam, si Rosli akan konvo pada 23 Ogos pagi sementara si Yah pula pada pagi 25hb Ogos. Tidak sama rupanya, apa2 pun kalau ada jodoh berjumpa juga bah kita ni.

Si Yus (Kee Rosli) pula akan pigi ke Johor sebagai wakil bowling lagi (kalau tidak silap). Kalau silap apa buli buat. Buat masa ini, cuma ini saja berita yang aku ada, jadi kalau sesiapa ada berita mo postkan, silakan jangan segan2, yang mana belum dapat invitation untuk contribute news di blog ini boleh kirimkan alamat emel kepada aku supaya boleh di invite.

~Ciao

Tahniah Atas Pernikahan Erin


Berita terkini, pada 09 August 2008 anak bongsu kak Zizah, Erin sudah selamat bernikah. Kak Zizah ni anak sulung adik beradik Kak Pah (isteri Kee Zainal). Majlis bersanding diadakan di Dewan Siti Hasmah pada 10 October 2008. Marilah kita sama2 doakan moga perkahwinannya berkekalan, bahagia dan aman hingga ke anak cucu.

Masih lagi aku ingat masa kecik2, time si Din masih tinggal di Ulu Kelang, dekat dengan rumah Kak Zizah. Time cuti sekolah selalu lah kami pi sana ikut dorang c faye. Masa tu lah kami kenal ngan si Ita sama si Erin. Pagi2 mesti si Ita sampai dulu ngan patung barbie doll pastu nda lama Erin pun sampai. Masa tu ada si baby, leon, neil, sama si adik. Nda sangka pejam celik pejam celik Erin pun sudah selamat jadi isteri orang. Mudah2an cepatlah kak Zizah ngan abg. Yusof dapat cucu kedua ^^

~Amin

Monday, August 4, 2008

Surat Jemputan Rasmi Jejak Kasih Keluarga KEE 2008

Seperti yang sudah saya janjikan, ini dia salinan surat jemputan rasmi jemputan ke acara Jejak Kasih Keluarga KEE pada 04 October 2008.

Please note: semua phone number sudah saya erase untuk mengelakkan daripada orang yang tidak bertanggung jawab membuat prank calls atau sebagainya.

Saturday, August 2, 2008

Sumbangan Khas Minima RM100

Kepada semua anak cucu cicit KEE,

Pada hari ini saya telah menerima salinan surat dan minit mesyuarat Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE. Antara isi kandungan surat dan minit mesyuarat adalah seperti berikut:

Ahli Jawatankuasa Keluarga KEE telah mengadakan mesyuarat pada 19 April 2008 dan antara yang dibincangkan ialah bagaimana mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam majlis perhimpunan sebelum, semasa dan selepas yang akan diadakan pada 4 October 2008.

Mengikut surat yang diedarkan, perbelanjaan mengurus dan menjalankan aktiviti-aktiviti majlis perhimpunan yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM30,000. Oleh yang demikian, Ahli Jawatan Kuasa telah sebulat suara untuk memohon sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM100, diharapkan bagi yang sudah berkeluarga (bagi yang telah beristeri / bersuami) bolehlah membuat sumbangan yang lebih dari itu, mengikut kemampuan masing-masing.

Semua hasil kutipan akan diserahkan keapda AJK untuk diaudit sebelum dan selepas majlis perhimpunan.

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Alliance Bank (No Akaun: 600520010015539) atau diserahkan terus kepada:

  1. Tn. Hj. Kee Abd. Hamid Hj. Kee Sulaiman
  2. Datuk K.Y Mustapa Kee Mohd Yusuf
  3. Hjh. K.Y Salmah Kee Mohd Yusuf
  4. En. Kee Kahar Hj. Kee Sulaiman
  5. En. Kee Yacob Kee Ali
  6. Hj. Kee Jamal Hj. Kee Sulaiman

Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan anda mudah-mudahan majlis ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

**salinan surat dan minit mesyuarat akan saya upload pada hari Isnin.

Aturcara Majlis Jejak Kasih Keluarga Kee

Pada semua anak cucu cicit Kee Kim Sui dan / atau extended family,

Adalah dengan sukacita dimaklumkan satu perjumpaan keluarga akan diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan juga untuk saling berkenalan terutamanya pagi generasi yang ke-3 dan ke-4.

Tarikh : 04 October 2008 (tertakluk kepada perubahan)
Masa : 8.00 am - 2.30pm
Tempat : Dewan Masyarakat Tawau


Aturcara Majlis :

1. Acara perasmian PJKKKEE (Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE)

  • Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
  • Ucapan perasmian - YB Datuk Hj. Tawfiq
  • Penyampaian penghargaan cenderahati kepada 10 warga tertua KEE
  • Persembahan video klip keluarga KEE

2. Sesi suai kenal keluarga ahli keluarga KEE

3. Persembahan tarian tradisi (tarian Egal-Egal dan tarian Darling-Darling)

4. Pameran alat-alat antik keturunan KEE

5. Pameran carta keluarga (Family Tree) dan gambar keluarga

6. Cabutan bertuah

7. Pelancaran Buku dan pameran Buku Keluarga Kee

** Untuk cabutan bertuah, amatlah berbesar hati sekiranya sudi membuat sumbangan untuk acara ini.

Wednesday, July 30, 2008

Majlis Konvo Sabariah Kee

Dear family members,
Si Yah akan berada di KL selama satu minggu untuk majlis konvokesyen di PWTC. Kepada sesiapa yang ada masa free bolehlah datang. Si Yah, Charles and family akan berada di KL mulai 21 - 27 August 2008. Masa itu aku pun akan bawa dorang ni jalan2 round KL. Kalau berminat mau join marilah jalan2 sama ^^

Lagi satu news, si Erin akan bernikah pada 10 August 2008. Marilah kita ucapkan tahniah dan doakan semoga majlis berjalan dengan lancar dan dia bahagia dan dimurahkan rezeki. ^^

Friday, July 18, 2008

Kee Heritage Mencari Saudara

EDITED:

K. Norliah akan pergi reunion sebagai wakil our side of family, jadi mari kita tunggu updates dari dia ^^

C Din dan C Dang pernah mention nanti ada family gathering untuk semua keturunan Kee. Asalnya bulan September, dengar lagi bulan Disember dan terbaru ku dengar bulan October, semua ini akan diadakan di Tawau. Mungkin kerana asal usul bermulanya keturunan Kee adalah dari Tawau.

Rasanya tidak semua pun tahu kerana sampai hari ini saya sendiri pun tidak pernah di inform secara rasmi. Ini kerana acara ini baru pertama kali mau di buat secara besar-besaran, lagipun people on top of the hierarchy la yang lebih kenal antara satu sama lain jadi biarlah dorang buat benchmark dulu. Bila everything sudah sort out barulah boleh jadi annual gathering, silap haribulan kalah bon odori festival hahaha..

Anyway, kalau berminat untuk join pigi saja nanti tiada menjadi masalah, inilah masanya kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Saya sendiri pun belum tau berita yang detail, kalau sudah ada info rasmi nanti saya umum dan kalau ada ongkos saya pergi buat liputan. Marilah kita sama2 tunggu dan lihat yeah!

Hopefully sesiapa yang ada info lebih detail boleh lah inform saya di Keeiz@hotmail.com atau Kee SAJKA@yahoo.com.

Selamat Berkenalan ^^~