Showing posts with label Jelajah Indonesia 2008 - Jakarta Yogyakarta Surabaya Bali. Show all posts
Showing posts with label Jelajah Indonesia 2008 - Jakarta Yogyakarta Surabaya Bali. Show all posts

Saturday, January 17, 2009

Bali - Catatan 3 Kee bersaudara Final

Selamat petang semua, apa khabar? Harap semua sihat. Hari ini saya akan sambung kisah perjalanan kami. Seperti yang saya tulis, kami sudah beberapa kali berkunjung ke Bali sampaikan kalau si Faye orang kata Bali ni her second home. Satu tahun paling kurang dua kali mesti pergi ke Bali, itu tidak termasuk ke tempat-tempat lain di Indonesia. Mungkin kalau Indonesia buat perancangan 'My Second Home' macam yang dibuat di negara kita sekarang, sudah lama dia apply.. heheh.. gurau saja Faye jangan marah, kalau betul-betul pun apa salahnya.

2hb Dec 2008

Hari ini kami bertolak jam 8.30 pagi dari perkarangan hotel Legian Paradiso. Kami sampai di Ubud lebih kuran jam 10.30 pagi. Kami turun di Jalan Monkey Forest sebelum pasar Ubud. Sementara si Faye membelek-belek handbag kiriman orang, aku dan si Yah menyusur jalan Monkey Forest. Mula-mula kami singgah di Era 21 Music Station, masih lagi belum berputus asa mahu cari lagu-lagu carta top 5 malangnya tidak ada. Akhirnya akuu beli cd musik kumpulan Wali dan cd Sundanese Instrumentalia - Degung Sapi Lulungan. Haaa... kalau kamu sering ke spa di Bali, inilah lagu-lagu yang diputarkan tu. Best tau... bila dengar terasa nyaman dan rileks.. Tapi harga cd musik di sini mahal dua kali ganda daripada di Legian, jadi saya nasihatkan tuan / puan kalau di Ubud janganlah membeli cd lagu atau movie disini. Ini kerana tidak ada banyak saingan dan hanya ada sebuah sahaja toko jadi tentulah harganya lebih mahal bukan? Lebih baik membeli di dalam mal di kawasan bandar.

Alang-alang sudah sampai di Ubud dan barang yang dipesan pun sudah dapat dicari, kami singgah minum di Tropical Bar. Aku dan si Faye order Strawberry Blush dan si Yah minum Jus Alpokat (Avocado). Sedap betul Strawberry Blush, lepas itu memang tiada air lain lagi aku pesan mesti strawberry saja... Selepas minum, aku dan si Yah terus menyusur jalan menuju ke butik Just Jeans, kononnya mahu beli sepasang dua tapi tidak ada yang berkenan di hati. Tidak berapa lama si Faye telefon suruh kami kembali ke van sebab kami akan meneruskan perjalanan ke Kintamani. Masa berjalan pergi ke butik Just Jeans tu rasa ok tapi bila patah balik ke van.. alamak, terpaksa mendaki bukit... nasib baik tidak terlalu cerun tapi aku rasa muscle betis aku tu pun jadi kencang macam betis juara lumba basikal!! Bila kami sampai di van, si Faye beritahu pemandu kami sudah dua kali turun naik mencari kami tapi dia tak jumpa, dia risau kami di kidnap orang. Hehehe.... Rileklah.. paling dashyat pun kami sesat di celahan timbunan baju saja.


On the way ke Kintamani kami singgah turun di Tegalalang bergambar. Ini memang kemestian bagi orang yang pertama kali ke Kintamani, sebab pemandangan sawah padi di cerun bukit memang sangat cantik. Rugi kalau tidak bergambar. Ada juga gerai-gerai souvernir tapi kami tidaklah membeli apa-apa disini. Sampai di Kintamani kami turun di restoran Sari Batur untuk makan tengahari. Di sini pengunjung boleh memilih duduk di dalam restoran atau diluar. Kalau diluar boleh pilih duduk di barisan meja menghadap pemandangan gunung berapi Batur atau di pondok-pondok yang terletak di belakang barisan meja. Dari kawasan pondok pun masih boleh tengok gunung berapi, oleh kerana cahaya matahari sangat panas kami memilih duduk di pondok. Makanan disini okey sajalah, tiada yang istimewa sangat melainkan pemandangan. Harga pun agak mahal, buffet 80k Rp per person. Lepas makan kami terpaksa bertempur dengan penjaja yang sedia menanti di luar restoran. Kalau yang tidak tahan pujuk rayu habislah dikerumuni penjaja, unless memang betul-betul nak beli.. buat tidak tahu saja. Tapi saya sarankan supaya jangan membeli disini, bukan sebab saya ni kejam atau kedekut. Tapi once anda sudah melayan seorang penjaja, semua penjaja lain akan mengerumuni anda dan memaksa anda membeli jualan mereka juga. So, lebih baik beli di pasar atau art market, harga pun murah dan tak perlu hadapi situasi begini.


Selepas makan tengahari kami menuju ke Kebun Kopi Argo Wisata. Mulanya aku sangka kebun kopi biasa tapi aku silap. Pokok kopinya tidak sama dengan yang mama tanam di kebun belakang rumah. Di sini pokok kopinya besar-besar. Di sini jugalah pertama kali aku nampak pokok vanilla dan buah salak yang masih di pokok. Ala lagi buah kepayas yang berbentuk diamond. Beberapa minit berjalan kami sampai di sebuah kawasan yang pokok kopinya dipagari dawai. Setelah melawat-lawat kebun kopi kami di bawa ke kawasan rehat, di mana pengunjung boleh duduk berehat dan minum sambil melihat pemandangan kawasan bukit. Aku dan si Yah order koko panas, tapi si Faye telah menyahut cabaran dengan mengorder kopi Luwak.

Kopi Luwak ni bukan sebarang kopi. Cara pemprosesan biji kopi ini pun sangat istimewa dan bukan dilakukan oleh manusia tapi seekor haiwan yang di panggil Luwak. Luwak ini suka makan buah kopi, tapi bukan sebarang kopi tapi hanya kopi yang betul-betul berkualiti dan masak di pohon saja akan dimakan oleh Luwak ni. Nanti selang beberapa lama Luwak ini akan membuang najis yang merupakan biji kopi yang terbaik. Biji kopi ini nanti akan dicuci, dibakar atas api dan ditumbuk hingga menjadi serbuk dan dipanggil kopi Luwak! Hah! Anda ada berani? Kata si Faye kopi ni memang power!! Lepas minum petang, kami singgah di sourvernir shop kebun kopi ni. Disini ada bukan saja ada jual kopi biasa dan kopi Luwak, serbuk coklat koko pun ada dijual. Minyak kayu putih asli, dan lain-lain minyak urut dan aromatheraphy pun ada. Di sini minyaknya memang berkualiti, kalau tidak percaya cubalah beli minyak aromatheraphy di tempat lain.. bukan saja warna minyak tapi baunya pun tidak tahan lama.

Setelah membeli barang-barang keinginan masing-masing kami singgah di pasar Sukawati. Disini kami tidaklah ada apa-apa sangat yang mahu di beli, cuma berjalan-jalan saja. Masa ni ada ramai pelancong tempatan dari Jakarta memborong kaos bercetak tulisan Bali, mesti untuk dihadiahkan kepada teman masing-masing. Biasalah kami dulu pun begitu juga, berbakul-bakul kaos kami beli untuk diberi para sahabat. Hehehe..

Sebelum pulang ke hotel kami singgah sebentar di Discovery Mall, duduk dan melihat ragam orang sambil minum kopi... aku biasalah, strawberry blended la...

3hb Dec 2008

Hari ini tiada sebarang perancangan, hanya berjalan santai ke Kuta Square. Si Yah mau belikan anak-anaknya baju dan kasut baru. Aku pula, kecewa lagi sebab kasut tiada saiz yang sesuai. Lepas dari Kuta Square kami singgah di Discovery Mall sebelum pulang ke hotel. Hari ini kami pulang awal kerana perlu pack barang untuk pulang semula ke tanahair besok.

4hb Dec 2008

Hari ini aku bertolak awal ke airport sekitar jam 3.30 pagi seorang diri, penerbangan si Yah dan si Faye masih lewat dan mereka akan bertolak ke Jakarta sebelum ke Sabah sementara aku terus bertolak ke Kuala Lumpur. Walaupun begitu jalan Legian macet kerana ada banyak pemandu teksi berhenti di tengah jalan. Menurut pemandu hotel memang pemandu teksi tu sengaja berbuat begitu untuk mendapatkan penumpang yang baru keluar dari pub dan sebagainya. Di sepanjang jalan ada ramai kelihatan ramai gadis cantik berpotongan seksi seperti model. Tiba-tiba pemandu aku kata "yang itu cowok semua itu mbak tapi ia kelihatannya lebih cantik dari cewek benar.." Terbeliak mata aku, lelaki rupanya tapi alamak lawa pula.. macam cewek dalam kaca la... hehehe..

Aku sampai di airport lebih kurang jam 4.45 pagi tapi pintu hanya akan dibuka jam 5.30 pagi jadi terpaksalah aku menunggu di ruang legar. Ada beberapa orang European, semua sedang menunggu pintu masuk di buka. Ada yang terbaring, ada juga yang macam aku tidak sabar-sabar sampai sanggup berdiri di depan pintu. Aku tu bukan apa, tak kan la aku join pula orang-orang tu tidur-tidur lebih baik aku join yang beratur berdiri. Hehehe..

Kali ini cuaca agak buruk, buat kedua kali dalam hidup aku ketakutan naik kapal terbang, manakan tidak kali terakhir aku terkena turbulance yang teruk macam ni masa aku form 4. Waktu tu ada orang sampai terpaksa di usung ke hospital bila kapal terbang mendarat kerana sakit jantung. Waktu tu ada ramai orang menangis2 dan berdoa ikut agama masing2 aku. Aku waktu tu masih rileks walaupun kepala aku terantuk sana sini. Kali ni tiada orang berdoa kuat-kuat mungkin masih lagi karas lidah telamapau aramaitii.. hihihi..... cuma menjerit2 ketakutan ... Kopi yang sudah hampir habis aku minum pun boleh tumpah keluar akibat kuatnya gegaran!... Ish! Masa tu aku tepikir, alamak terhempas la aku di laut sama-sama dengan lelaki gay yang baru kahwin di depan ni... hehehe... bukan aku judgemental tapi dari mulai kami berlepas sampailah time turbulance masih juga dia tidak pandai berhenti bercakap... bak kata orang sabah ''tumpis"! Tak rela aku jatuh terhempas di laut dan terbuang di pulau yang sama dengan dia ni.. mati kebisingan nanti aku..

Jadi seperti yang tuan dan puan maklum sekarang ni saya sedang menulis catatan pengembaraan saya di rumah, maknanya tiada apa-apa pun yang berlaku pada kami. Semua selamat pulang ke rumah masing-masing. Maka tamatlah kisah perjalanan kami. Sepanjang catatan ini saya harap anda semua terhibur membaca 'ramblings' saya ni... hehehe.. Kalau ada salah silap dan tersinggung tu mohon maaf. Kalau berminat membaca ramblings saya yang lain atau yang sama tapi dalam bahasa English (yang lintang pukang) bolehlah melayari blog baru saya Been There... Done That! Until then, have a good life ;)


Sunday, January 11, 2009

Jelajah Bali - Catatan 3 Kee Part 8

Salam, selamat petang, apa khabar? Saya? Macam tidak berapa sihat la... Itulah kalau malas bersenam, walaupun luaran kelihatan sihat muda remaja... opss perasan... maksud saya walaupun luaran kelihatan sihat dan muda (masih perasan... tapi tidak apalah memang hakikat heheheh....) tapi dalaman tu sudah berkarat, cepat lemas dan kurang cergas. Jadi mungkin terpaksalah saya membuat azam tahun baru iaitu rajin-rajin bersenam... hahaha... Saya juga nak ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ni, maaflah kalau saya belum lagi masukkan link blog kamu dalam blogroll saya, hari ini saya akan update dan masukkan link blog anda. Tapi saya akan limitkan display kepada beberapa blog sahaja jadi hanya blog yang ada posting terkini akan terpapar, bukan saya tak letak dalam list tau... hehe..

Dalam lemas-lemas ni saya masih juga ada energy untuk melanjutkan kisah pengembaraan kami 3 Kee bersaudara menjelajah Indonesia. Kali ini sambungan setelah beberapa hari di Bali. Perancangan kami pada awalnya cuma bersantai-santai saja di Bali tapi bila difikir-fikirkan semula, walaupun sering ke Bali banyak juga tempat yang belum kami terokai. Akhirnya kami teruskan penjelajahan kami dengan gembira!!! Bacalah laporan saya... maaf kalau Bahasa Malaysia (atau mungkin sekarang sudah dipanggil Bahasa Melayu??) tidak begitu baik, almaklum saya sudah terbiasa menggunakan bahasa pasar slang sabahan... tidak juga fasih Bahasa English, tetapi kalau Manglish tu kamu boleh sudah berguru dengan saya ni... kalau bahasa Melayu tahap STPM kamu bergurulah dari si Kyro.. heheh.. oooops.. melalut lagi.. mari baca sambungan pengembaraan...

1hb December 2008 Jalan Gaja Mada, Bali

Hari ini kami sewa van menuju ke jalan Gaja Mada, Denpasar untuk meneruskan usaha mencari tudung untuk si Kyro. Manalah tau ada tersesat satu dua helai, tapi disini adalah pusat jualan textile jadi tidak nampak pun ada tudung. Ada bermacam jenis kain yang dijual disini, daripada batik, kain bersulam (kerawang), sutera dan macam-macam lagi. Kalau pandai tawar-menawar harganya boleh tahan dan kalau pandai memilih boleh dapat sepersalinan kain/baju yang cantik, kalau yang macam tu mestilah mahal tapi memang berbaloi kerana designnya memang unik dan terbaru. Kebanyakkan perniagaan adalah warisan turun temurun daripada peniaga terdahulu yang berketurunan Gujarti atau Parsi (tapi kalau orang kita ni semua pun dipanggil bangsa Arab saja padahal mungkin dia orang Iran ka... Iraq ka .. senang2 saja kita label orang kan? Kalau mau tau orang Iran tidak suka digelar Arab sebab mereka tu kan bukan bangsa Arab, tetapi pernah dijajah oleh bangsa Arab ... Panjang kalau nak cerita lain kali sajalah hehehe.....)

Sementara si Faye dan si Yah meninjau-ninjau gedung-gedung textile aku pula sibuk meninjau pasar pagi diseberang jalan, kalau tidak silap dipanggil Pasar Badung. Nampak ada banyak orang berjualan bunga-bunga sembahyang dan juga buah-buahan. Memang teramat cantik pemandangan bunga-bunga yang bermacam-macam jenis. Disini juga merupakan pusat perhentian pengangkutan tempatan mini van berwarna biru macam dalam sinetron Angkat Cinta. Ada juga perkhidmatan sewa kereta kuda yang dihias cantik, kereta kuda ni akan melalui Jalan Sulawesi dan seterusnya ke mana, aku pun kurang pasti sebab tak naik pun. Cukuplah dulu sudah pernah naik sampai ke Jalan Popis, hahaha tapi itu cerita lain...

Bali Art Center

Selepas selesai mencari kain kami singgah di pasar membeli buah sebelum meneruskan perjalan menuju ke Bali Art Center. Di sini ada banyak bangunan-bangunan lama dan pengunjung boleh bergambar sepuas hati. Kalau datang pada masa yang tertentu ada persembahan kebudayaan di sini. Masa kami sampai matahari sudah tegak di kepala jadi si Faye duduk berteduh di bawah pokok sementara aku dan si Yah berjalan kaki melawat kawasan sekitar sambil bergambar dengan aksi-aksi tersendiri.. hehehe.. Sedang kami seronok bergambar ternampak pasangan pengantin sedang mengambil foto. Wah! Cantiknya pengantin perempuan tu, kalau aku kurus teringin pula nak ambil gambar studio pakai baju tradisional Bali. Aku sudah pernah ambil dulu tapi time tu aku gemuk jadi gambar aku macam nangka kena bungkus jer. Malas aku pikirkan... Gambar tu aku tak sanggup pun upload di mana-mana biarlah jadi simpanan dan tatapan aku seorang dan orang-orang yang ada ikut pergi studio pada hari kejadian tu... ahaha... Sebelum pulang sempat lagi kami bergambar di replika besar diluar entrance.

Garuda Wisnu Kencana Cultural Park, Bali

Lepas dari melawat Bali Art Center, kami meneruskan pula lawatan ke Garuda Wisnu Kencana Cultural Park. Masa kami melawat ni, tangan patung gergasi Wisnu belum siap dipasang tapi takpe masih puas hati. Tiket masuk ke GWK Cultural Park ni berharga 20k Rp seorang dan terletak di Jalan Raya Uluwatu, di atas bukit. Ketibaan kami disambut oleh Barongan, sebenarnya selain dari melawat patung gergasi Wisnu dan Garuda pengunjung juga boleh melihat persembahan tarian Barongan secara percuma disini pada waktu malam. Cuaca disini sangat panas walaupun di atas bukit, mujur ada sebuah cafe jadi kami boleh berhenti rehat, berlindung dan makan sebelum meneruskan pendakian puluhan, atau mungkin ratusan anak tangga menuju ke puncak di mana letaknya patung gergasi Wisnu. Bila sampai di atas ni terpaksalah tunggu giliran bergambar sebab ada ramai pengunjung. Dibelakang patung Wisnu ada anak tangga turun ke tempat patung Garuda. Semasa kami turun belum ada pengunjung disini, apalagi kami ambil kesempatan beraksi. Sudah puas bergambar kami pun mendaki turun semula, sempat pula bergambar dengan Barongan yang sporting sebelum meneruskan perjalanan kami ke Temple Uluwatu.

Pura Uluwatu

Sampai di sini, aku diminta memakai kain yang disediakan khas untuk pengunjung yang memakai seluar capri macam aku. Maklumlah Pura Uluwatu ni tempat sembahyang jadi kena lah hormat, betul tak. Disini kami mengambil perkhidmatan tour guide, agak mahal juga tetapi sebabkan takut monyet kami tak kisahlah. Ya disini ada banyak monyet liar, jadi berhati-hati dengan kamera, tas dan terutama sekali dengan kacamata anda. Ada seorang pengunjung lelaki Korea menjerit-jerit sebab ada monyet naik atas kepalanya, tapi bila aku rakam dia cepat-cepat beraksi selamba macam tiada apa-apa. Padahal sebelum tu kamu patut tengok rupa cemas dia... Ada juga pengunjung yang kacamatanya dicuri oleh monyet hehehe.. Mujur tiada apa kejadian berlaku pada kami. Cuma sempat mengambil gambar anak monyet yang bulu kepalanya menurut si Faye, macam fesyen rambut kebanyakkan anak-anak remaja lelaki di KK sekarang... Hahaah...

Pemandangan disini memang sangat cantik, bukan sahaja melihat lautan luas tapi pukulan ombak yang sangat cantik buat kami teruja hinggakan aku yang ada penyakit takut jatuh pun ikut bergambar. Aku tak takut naik tempat tinggi2 aku cuma takut terjatuh... asalkan aku tak terfikir perkataan jatuh aku okey tapi sepanjang masa di sini itu sahajalah yang ada dalam kepala aku... JATUH TERHEMPAS KE BATU.. hahaha...

Lepas puas bergambar kami singgah membeli jagung bakar, kebetulan penjualnya datang dari Lombok. Apalagi beracu-acu kami menyoal tentang adat orang Lombok dan mengambil kesempatan menggunakan perkataan Merari. Ialah sebut Merari dengan orang yang tidak tahu manalah ada erti... Macam perbualan ayam dengan itik pula nanti, sama spesis tapi lain bahasa... hahaha..

Jimbaran

Lepas melawat pura kami bercadang untuk makan malam di tepi pantai Jimbaran, tapi sejak dari lawatan kami pada awal pertengahan tahun tempat ini sudah berubah. Bukan itu sahaja aku rasa lokasi yang kami lawati kali ini adalah berlainan dari yang pernah kami lawati walaupun kedua-duanya terletak di Jimbaran. Ini kerana kedudukan matahari terbenam dan pemandangan airport terletak di kedudukan yang berbeza. Apa pun tidak rugi juga sebab kami dilayan dengan mesra, malangnya cuaca agak mendung jadi kali ini kami tidak dapat menghayati pemandangan matahari terbenam yang cantik seperti dulu.

Pelayan yang melayan kami tu (entah siapa namanya aku sudah lupa) memang ramah tamah, malahan sepanjang waktu makan dia tolong kipaskan meja kami. Sambil dia melayan kami makan dia pun bercerita dengan kami. Emak dia asalnya orang Lombok sementara bapanya tu memang orang Bali, mereka ni tinggal di Lovina. Banyak juga dia mendapat tawaran bekerja di tempat lain, tetapi dia tidak sanggup meninggalkan emaknya yang sudah tua. Katanya biarlah dia menjaga emaknya. Anak yang baik, spesis yang jarang ada pada zaman sekarang terutamanya anak-anak yang membesar di kota besar. Silap haribulan kena hantar di rumah orang-orang tua. Bukan semua la, bergangtung dengan pendidikan ibu bapa juga. Cuma satu perkara buat aku terkejut! Dia kata umurnya sudah mencecah 30 tahun... ish! Kami sangka baru awal 20-an, apalagi sibuk la kami menanya macam mana dia menjaga kulit mukanya manalah tau ada rahsia penjagaan tradisional turun temurun.. hahah.. Sekali dia jawab, dia cuci muka pakai Ponds saja. Adeh.. memanglah dia tu keturunan awet muda kot.

Sebelum kami pulang si Faye beri dia tips, beria-ia juga dia menolak. Dia kata segan, aik? Ni juga first time aku jumpa. Kalau terus masuk poket tu biasalah kan. Hahaha... Si Faye kata ambil sajalah, tapi mesti jaga emak dia baik-baik. Ialah kalau kamu dengar cerita dia mesti terharu biru lah, anak yang baik. Dia pun ia-ia menjemput kami melawat emak dia kalau kami pergi ke Lovina. Acara program asalnya memang kami ada plan mahu pergi ke Lovina tengok dolphin di tepi laut tapi sudah bertukar. Okaylah, cukuplah kisah pengembaraan kami buat kali ini. Seterusnya adalah siri terakhir kami di Bali sebelum berangkat pulang ke tanahair. Until then, bye~

Friday, January 9, 2009

Bali oh Bali - Catatan Jelajah 3 Kee part 7

Salam semua apa khabar? Maaf sebab lama berhenti menulis kisah pengembaraan 3 Kee bersaudara menjelajah Indonesia, saya agak sibuk sikit. Kali ni saya tidak akan menulis dalam 'slang' Sabah yang teramat macam dulu kerana ada antara pembaca yang memberi komen tidak dapat memahami apa cerita yang saya cuba sampaikan. Sebenarnya pada asalnya tujuan saya sekadar bercerita kepada rakan-rakan dan keluarga saja. Atas cadangan "orang-orang kuat belakang tabir blog Kee Heritage" saya akan mula menulis semua rencana pengembaraan saya di dalam bahasa English di blog baru saya nanti (belum mula lagi.. masih dalam perancangan... bila free nanti saya mula hehehe..)

Okay bersambung kepada kisah pengembaraan kami 3 bersaudara, kalau masih ingat posting saya yang terakhir ialah kami sudah pun selamat tiba di pulau Bali setelah beberapa jam menaiki kereta (keretapi) dan bis (bas) dari Surabaya sampailah di Denpasar. Seterusnya ialah kisah pengembaraan kami pada keesokan harinya. Oh btw gambar tu cuma ada dalam simpanan si Yah, jadi selagi dia tidak upload saya pun tidak dapat selitkan di dalam blog.. buat sementara ni terpaksalah membaca tulisan saja..

29th November 2008
Legian, Bali

Hari ni kami bangun agak lewat, breakfast pun sudah habis... maklumlah seharian perjalanan kami mana tidak letih. Kerana dah terlewat terpaksalah kami breakfast ala carte di restoran hotel. Bezanya bila breakfast free pagi-pagi dan main order makan ni, yang kena bayar tentulah lagi sedap kan hehehe..

Lepas breakfast kami tidak ada acara special, sekadar berjalan santai dari Legian sampai ke Kuta Square.. Kononnya mahu carikan tudung untuk si akibaragon tapi di Bali ni manalah ada jual tudung, kalau beach wear tu banyak la.. Hehehe.. Sejak tertengok video klip top 5 lagu Indonesia di dalam train Argo Willis, aku dan si Yah pun asyik tercari-cari album kompilasi top 5 tapi tak berjaya. Maklumlah kalau baru saja masuk carta top 5 tak mungkin la sudah ada jual album kompilasi, yang ada pun cuma album lagu lama saja. Lagipun kalau nak cari album lagu artis local memang susah la kalau di sekitar Legian dan Kuta ni, kalau ada pun album lama. Kebanyakkan album yang dijual adalah album artis dari luar negara dan koleksi dvd. Si Yah memborong movie semua yang belum dia tengok dan yang baru keluar pun dia beli. Menyesal pula aku tidak ikut membeli... tapi tidak apalah yang online pun aku belum dapat habiskan tengok hehehe...

Lepas tu untuk pertama kali aku dan si Yah sibuk bergambar di Tugu Peringatan mangsa bom di Bali. Entahlah apa mimpi, dulu kami buat tak nampak je tugu tu. Dah lah panas, posisi bergambar pun tak betul... akhirnya si Faye panggil kami kat satu spot yang bagus untuk bergambar, malangnya agak gelap sebab terlindung oleh bangunan so nampak muka hitam berlatarbelakang tugu yang putih dan gede (besar)... hahaha...

Sudah berpanas2 kami singgah makan ais krim, wah! Bukan aku tak pernah makan ais krim tapi kalau dah panas semua jenis ais krim pun jadi extra special. Lagipun ais krim buah yang macam ni kalau di KL mahal harganya... Baru setakat juice pun dah nak mencapai RM8 segelas ini kan pula ais krim.. Kalau ais krim potong tu lain la cerita... tak hairan la...

Sampai di Kuta Square masing-masing pun mulai mencari barang samada kiriman orang atau untuk diri sendiri. Tapi kebanyakkan store masih belum mula sale lagi, tapi ada juga yang sedang sale... kadang-kadang kami rasa curiga sebab macam dari tahun lepas lagi kedai tu asyik Sale... betul ke ni? Hahaha... tak apa yang penting harganya tak la mahal dan ada design baru sudah cukup puas hati. Selepas membeli belah lebih kurang kami singgah makan di restoran kebab, lepas tu balik semula ke hotel berehat. Aku ambil kesempatan untuk menonton program televisyen tempatan. Ada satu drama yang menjadi kegemaran aku di SCTV iaitu Melati Untuk Marvel, memang lucu drama ni sampaikan aku asyik menonton lulpa pula mau berjalan-jalan... Hahaha... Malamnya si Faye bawa kami pergi makan malam di restoran Malioboro, memang sedap tambah lagi kalau order makan bebek atau ayam tulang lunak...

30hb November 2008
Bali

Aturcara program hari ini adalah ke Pulau Penyu. Kami naik mobil ke Nusa Dua, dari sana kami naik bot pelancong yang ada kaca di lantai untuk tengok ikan. Selepas beberapa minit bot kami berhenti di tengah laut antara Pulau Penyu dan Nusa Dua untuk tengok ikan. Tapi lain pula halnya dengan aku, bila aku cuba tengok ikan dari kaca tu apa pun aku tak nampak tapi menjadi pening adalah. Jadi kami taburkan roti untuk menarik minat ikan, wah! Memang banyak dan cantik-cantik.. ada tiger fish dan macam-macam jenis lagilah. Selepas lebih kurang beberapa minit kami meneruskan perjalanan ke Pulau Penyu. Pemandu bot kami bagi chance pada aku untuk memandu bot sendiri... waaa.... bestnya!

Sebaik saja menjejakkan kaki di Pulau Penyu ada tour guide menyambut kami berjalan-jalan di sekitar kawasan pembiakan penyu. Memang menarik, bukan saja kami dapat bergambar dengan penyu dari yang kecil sampai yang besar, tapi segala binatang lain pun ada. Kami pun ambil kesempatan bergambar dengan iguana, helang (sampaikan si Yah dipatuk tangan oleh helang ni. Ada rakaman bagaimana si Yah yang pada mulanya steady dan berani bergambar dengan eagle ni dengan gembira menjadi takut hinggakan terbeliak-beliak matanya menjeling burung tu.. tapi masih juga mahu bergambar.. hehehe...). Ingatkan si Yah serik lah mahu bergambar dengan burung-burung helang yang bermacam jenis ni tapi tidak juga, masih juga dia berani bergambar dan sempat beraksi dengan ular sawa. Pertama kali aku pegang ular, sebelum ni cuma setakat tengok dari jauh... Rupanya kulit ular ni sejuk dan lembut.. macam handbag kulit jenama mahal hahaha.. Selepas puas bergambar kami pun singgah minum air kelapa muda sebelum balik semula ke Nusa Dua. On the way balik ke Nusa Dua aku ambil kesempatan nyetir bot kami, tapi bila sampai di perairan Nusa Dua aku jadi cemas manakan tidak ada banyak orang bermain jetski dan perairannya sangat sibuk dengan bot-bot pelancong dan lain-lain akitiviti sukan air.. Takut pula aku terlanggar orang, kan buat naya diri sendiri..

Sementara tunggu mobil kami untuk balik ke hotel sampai, kami di sapa oleh seoarang wanita pertengahan usia menawarkan perkhidmatan berurut. Ada seramai tiga orang tukang urut wanita, kami disuruh bebaring menghadap pemandangan pantai yang cantik sambil di urut. Kos urutan bahu kaki dan tangan ni cuma 50k Rp. Selepas berurut mobil kami pun sampai, kami berkongsi mobil dengan sepasang penumpang dari Jepun yang tinggal di All Season Hotel. Aku terdengar dari perbualan mereka sewaktu kami menunggu kenderaan sampai, menurut pasangan ni mereka datang dari Malaysia... mungkin bercuti di Malaysia sebelum menyambung ke Bali.

Sesampai di hotel, kami berjalan kaki ke sebuah restoran nasi padang yang baru buka di Jalan Legian. Masakannya biasanya saja tiada yang istimewa tapi sudah cukup bagus untuk mengisi perut yang kosong. Selepas makan kami balik semula berehat di hotel, si Yah dan si Faye tertidur kepenatan. Aku pada mulanya teringin duduk di patio bersantai minum kopi sambil baca majalah, tapi alamak panasnya haba matahari aku pun cancel terus masuk ke dalam bilik menonton tv. Kebetulan ada sebuah program tempatan yang menarik ala rancangan Nona kalau di Malaysia. Rancangan ni membuat liputan tentang adat perkahwinan orang Lombok. Selepas menonton rancangan ni barulah aku faham serba sedikit kes wanita Malaysia yang lari ikut teman lelaki dan berkahwin di Lombok. Rupa-rupanya ini adat dan budaya orang Lombok.

Mengikut adat orang-orang tempatan di Lombok, bila seorang jejaka sudah berminat kepada seorang gadis untuk di jadikan isteri, dia mesti menjalankan acara Merari. Haaa... Jejaka ni mestilah membawa lari anak dara orang pada waktu malam di bawa pulang ke rumah orang tua sebelah lelaki. Kemudian kepala keluarga (bapa kepada bakal pengantin lelaki) akan memanggil ketua kampung dan orang-orang yang berwajib untuk mengkahwinkan anak lelakinya dengan anak dara yang sudah di bawa Merari tu. Kalau sudah di bawa Merari adalah wajib berkahwin. Kalau di Lombok, upacara meminang di anggap perbuatan yang menghina dan perlu membayar denda kalau mahu meminang. So sekarang aku pun pahamlah dengan kes beberapa wanita Malaysia yang ikut teman lelakinya lari ke Lombok kemudian berkahwin.

Bukan itu saja, ada sesetengah tempat di Lombok yang mewajibkan anak-anak gadisnya mempunyai kebolehan menenun. Kalau tidak boleh menenun anak-anak gadis ini tidak akan di bawa Merari oleh mana-mana jejaka di Lombok sekali pun. Begitulah hebatnya kepentingan living skill menenun di Lombok ni. Hehehe... Kalau macam aku ni susahlah, kalau suruh aku buat kerja technical atau video editing boleh la.. hahahah...

Okeylah, cukup untuk hari ini. Saya akan sambung kisah pengembaraan kami di posting yang seterusnya dengan secepat mungkin. Bye~

Friday, December 19, 2008

Dari Surabaya ke Bali - Catatan Jelajah 3 Kee part 6

House of Sampoerna, Surabaya

Salam semua, apa khabar? Macam laama sudah aku nda sambung ceta pengembaraan kami ni, sampai aku sendiri nyaris2 terlupa aku cerita sudah sampai mana. Terpaksa baca posting sendiri pula.. hehehe.. Bila aku buka blog aku tengok banyak sudah posting baru di blog geng2 karas ni.. (atau mengkali juga lama ... sebab lama sudah nda buka blog..) dan ada juga blog baru buka. Antara blog yang menarik perhatian aku adalah blog DUIT-MAYA yang mengajar cara-cara buat bisnes online. Nah kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan tu boleh la baca artikel di blog ini. Klik sini untuk akses blog atau cari link di blogroll. Oh ya.. gambar2 pengembaraan kami pun ada juga aku upload di previous post, tapi tidak semua gambar la... Okay berbalik kepada kisah sambungan cerita pengembaraan kami 3 Kee bersaudara, cerita lanjutan kali ni adalah pada keesokan hari selepas kami pigi Sidoarjo. So here goes..



27th November 2008
Surabaya

Hari ni kami mau pigi tengok Komodo Dragon iaitu sejenis biawak yang amatlah besar dan ada di certain tempat saja di dunia ni, unless kamu rela tengok yang patung nda bergerak2 bah memang ada la. Memandangkan zoo di Surabaya ada terdapat Komodo Dragon bagus ambil peluang yang ada ni kan? Jadi pagi ni kami pergi ke zoo atau kalau di Indonesia dipanggil kebun binatang. Sampai sana si Faye suruh si Bakrul tanya dulu kalau Komodo Dragon tu masih ada sebab kalau setakat binatang lain semua zoo pun ada. Jadi si Bakrul pun turun pergi menanya di kaunter, tidak lama kemudian dia confirm.. masih hidup lagi. Kami pun masuk la. First time aku nampak ni binatang aa.. punyalah besar, tapi tensen sikit aku mulanya. Manakan tidak, membawa handycam tapi komodonya sit/stand? still. Nanti orang bilang aku temberang jak mengambar patung. Mujurlah ada satu orang pakcik lalu di tepi kami buat bunyi2an untuk menarik perhatian komodo ni. Barulah komodo ni keluar dari sarang dan berjalan dekat2 tempat kami berdiri. Sudah puas menggambar kami pun keluar, memang itu jak tujuan kami masuk.

Lepas tu kami pergi ke stesen keretapi Stasiun Gubeng, untuk membeli tiket menuju ke Denpasar, Bali. Berbeza dari station di Yogyakarta, walaupun masih lagi mesti mengisi borang tapi kali ni tidak perlu ambil nombor cuma beratur seperti biasa. Aku ni kebaru2an, walaupun kali kedua membeli tiket kereta masih lagi aku excited... Di Indonesia kereta bermaksud keretapi, mobil barulah kereta so jangan kamu silap cakap mo sewa kereta.. bingung pula nanti orang lokal ingat kamu mo sewa train, belum lagi dibuat orang.. hahahaha... Dengan semangat kebaru2an aku tu, aku pun merakam2 aksi kami membeli tiket apalagi orang pun keheran2an juga meningu aku ni.. pemberita ka? teda juga tag.. pelancong ka? loghat macam orang lokal.. sakai ka? ada handycam la pula dan smart begaya lagi kami ni.. masuk bakul sekejap.. apa pun aku dengan jujurnya tetap rasa kami lagi smart dan outstanding dari orang lain di dalam stesen tu... hihihih...

Lepas membeli tiket kami singgah lagi ke Masjid Muhammad Cheng Ho yang ada di kota Surabaya ni. Wah kali ni masjidnya lebih kecil sikit tapi lebih comel dan cantik la. Masih ada beduk besar di tepi masjid ni. Lepas melawat masjid kami pigi melawat House of Sampoerna. Ia Sampeorna rokok tu.. Ini kira macam muzium kejayaan founder Sampoerna, rumah ni aduih memang cantik dan klasik.. Ada ramai pengunjung selain daripada kami, masing2 pun gila2 begambar.. sampai ada pula yang bergambar dalam tandas (ini no komen aku tinguk di friendster tu ramai saja remaja suka begambar di toilet.. x paham x paham...). Lepas melawat2 di tingkat satu kami naik ke tingkat atas, wow naik2 jak aku nampak satu bilik kaca kecil disebelah tangga. Ada tiga orang pekerja di dalam membuat rokok secara manual. Yang bikin aku tambah kagum2 ni punyalah laju tangan dorang buat kerja macam kena fast foward... macam Charlie Chaplin la pula. Tengah aku masih keheran2an si Faye panggil aku, rupanya kalau dari atas boleh tengok satu dewan besar di mana ada beratus pekerja Sampoerna membuat rokok secara manual menggunakan mesin lama, dan laju gila gila la... kagum aku kagum.. Lepas tu kami pigi makan di kafe milik House of Sampoerna juga, hmm.. aku order ginger ale.. aiya memang la kalau di Indonesia ni manis semua. First time pula aku minum ginger ale rasa manis cam gini, tapi sedap pula pasal dia taruh lime sikit lagipun kurang sikit gas, oo misti dibuat ni.. Lepas isi perut kami pigi kedai sourvernir di sebelah beli T-shirt terhad Sempeorna. Mahal juga la harga T-Shirtnya tapi sebab jenama Sampoerna tu aku nda kisah.. kapan lagi aku mau kemari bili tshirt Sempeorna original kan? kan? kan?

Lepas tu kami pun sambung perjalanan untuk menuju ke sebuah mall yang berhampiran dengan hotel kami iaitu Jambatan Merah. Mall ni famous dikalangan tourist sebab disini ada banyak berjualan kain2 yang sudah siap berkerawang dan bersulaman, tinggal untuk jahit saja. Tudung pun banyak di sini dan cantik2.. Harga pun murah meriah la. Lama juga kami disini dan nda pasal2 aku terbeli sepasang persalinan kebaya yang cantik.. sekarang aku confuse ntah bila masa aku mo pakai pakaian yang grand cam gitu... bila la tu aa??? tunggu siapa kawen? nanti out of date la pula.. bah siapa2 capatlah kamu kawen supaya aku ada alasan mo pakai mengasi kalah dato siti.. hahaha...

Lepas bershopping kami pun balik hotel untuk pack barang2. Ialah besok mau bertolak sudah ke Bali naik kereta atau dalam BI train... ini latihan untuk kamu yang ada pasang angan2 mo pigi Indonesia.. mesti angan2 mo pigi Surabaya.. betul kan?! bah praktis capat, kereta = keretapi, mobil =kereta.. heheehe..

28th November 2008
Surabaya - Denpasar


Hari ni kami pigi Stasiun Gubeng awal iaitu jam 7.30 pagi walaupun jadual perjalanan keretapi kami bertolak jam 9.45 pagi, ni kerna kami mo check kalau ada coach untuk simpan barang2. Hmm... kami pun pigi tanya pekerja di station, ooo memang ada dia bilang tapi harus dibayar ikut kilo dan lagi dia tidak rekemen sebab takut barangan kami ada yang hilang. Jadi kami pun terpaksalah mengusung beg2 kami yang maha berat ni.. hihihih...

Lepas mengucapkan selamat tinggal sama si Bakrul, kami pun pigi ke executive lounge.. alamak ini executive lounge macam bukan executive la pula, tiada aircond pula tu nasib ada kipas tapi nda apa yang penting tempat duduknya masih juga sofa walaupun sudah tua. Mula2 kami ingat mo order makanan di lounge tapi rupanya mesti order di cafe jadi aku ma si Yah pun pigi lah cafe mo order makanan konon, sekali tengok belum ada makanan lagi jadi terpaksa kami pigi cafe sebelah iaitu Fresh Cafe. Tapi cafe sebelah pula bilang dia orang nda boleh hantar makanan masuk pi executive lounge dan mesti makan di cafe dorang saja. Jadi kami terpaksalah makan bergilir2. Sementara tunggu train kami sampai, aku terdengar macam ada orang menyanyi diluar jadi aku pun pi pintu lounge untuk meningu. Aku kestau si Faye aku mo pigi jalan diluar, sambil tu aku seluk poket baju kemeja aku.. aiks? mana duit aku? aku seluk2 lagi.. aik teda pun? Berabis aku cari di kerusi mana tau tecicir masa aku taruh di poket, sambil mencari sambil aku membebel aku bilang duit aku jatuh. Tidak, biilang si Faye.. dalam poket mu. Aku seluk2 teda juga. Dalam poket mu.. bilang juga si Faye.. Tiada aku bilang juga sambil menyeluk2 poket dan meningu lantai. Ada... ko taru di poket seluar mu.. Tiada aku bilang juga tapi aku pun seluk juga poket jeans aku.. eits... ada pula! Kan aku bilang.. nda percaya! Bilang si Faye, hihihii aku ketawa... bagus kalau banyak duit yang aku sangkat hilang tu sampai ribut2 mencari di lantai.. 20k Rp jak.. huahahaha.. aisehmen kin malu jak. Lepas kejadian tu aku pun berjalan di sekitar station ambil rakaman video. Station ni boleh tahan, ada pula kerusi urut entahlah jenama apa.. Oseam barangkali hehehe.. Lepas tu ada pula band jalanan menyanyi, tengah aku sibuk2 merakam ni ada pula satu orang ni macam sengaja limpas2 dua tiga kali mana2 saja aku pigi buat rakaman. Ish, dia ingat masuk tv kali..

Sampai masa kami pun boarding naik keretapi Mutiara Timur (Pagi) di executive coach nombor 3. Kali ni train dia lebih tua dari Argo Wilis, table tray pun banyak yang rosak dan ada cermin yang ada retak. Tapi sama macam Argo Wilis, ada stewards juga. Mula2 dorang kasi kami bantal2 kecil, kami memang gembira sebab menyangka ni layanan istimewa untuk executive class. Tapi kali ni kami tidak di serve makanan tapi memandangkan kami pun baru saja breakfast berat2 di cafe sebelum jalan jadi perut kami tidak juga lapar. Sepanjang jalan pemandangan memang cantik, kadang2 nampak orang mandi di tepi sawah lepas penat bekerja seharian. Kali ni perjalanan kami memang teramat-amat lama daripada trip keretapi yang sebelum. Train Mutiara Timur tidak ada tv jadi selain pemandangan tiada apa sudah visual lain yang buli cuci mata, cuma kalau lapar tu memang tiada masalah sebab selang setiap 45 minit juga steward keretapi ni akan keluar membawa juadah makanan panas2 untuk di jual. Kira kami ni beruntung juga sebab aku ada terbaca orang komplen makanan dan minuman yang dia terima di executive coach keretapi ni sudah sejuk. Hmm... mengkali time tu stove dorang rosak kahkahkah.. Anyway, seperti biasalah train memang ada banyak station hentian, sampai salah satu station tu tiba2 staff keretapi Mutiara Timur ni menjerit2. Aku pun heran2 bila aku perhati pekerja2 keretapi ni macam ribut2 memegang satu benda hitam besar dan panjang sampai menyentuh siling keretapi, aku pun pura2 pigi toilet untuk lihat sendiri apa ka benda yang hitam2 panjang tu. Rupanya salah satu frame keretapi ni tercabut.. mujurlah nda kritikal dan tidak ada effect kepada kelancaran perjalanan keretapi. Sudah lama duduk dalam keretapi rasa lapar la pula, kami pun order steak ma nasi rames malangnya sudah habis tinggal nasi goreng saja. Nasi goreng pun nasi goreng la yang penting makanan.

Naik ferry dari Pelabuhan Ketapang menuju ke Gilimanuk, Bali

Lebih kurang jam 4.20 petang kami sampai di Stasiun Banyuwangi Baru. Di sini tiada perkhidmatan porter, nasib baik aku pigi tanya pakcik petugas dalam train kalau tidak tiada orang mo angkat barang kami yang betimbun2 tu. Pakcik tu tolong kasi turun beg2 kami dan letak dekat dengan pintu train, sementara aku tunggu beg aku tanya petugas keretapi di mana mo ambil bas kami untuk naik ferry. Petugas tu bilang bas kami tu namanya Keretapi dan memang sudah sedia menunggu di luar station. Sampai saja di Stasiun Banyuwangi Baru, pakcik yang angkat barang2 kami tu panggil satu penarik beca untuk tolong angkat barang, tapi tu penarik beca sibuk2 pula angkat barang orang Perancis dibelakang kami tu.. mungkin dia target tips besar kali. Mujur pakcik tu sound2 dia suruh angkat beg kami, jadi dengan hebatnya dua orang pakcik dan penarik beca ni mengangkat barang2 kami dan barang orang Perancis tu, nasib ada satu troley kecil hahaha.. Lepas pastikan barang kami sudah masuk dalam bas, aku bayar tip untuk dua orang.. pakcik tu aku kasi lebih la sikit sebab dia tukang kasi turun beg kami di dalam train dan tolong cari orang angkat beg. Besar tu jasa dia hihihi.. Itu orang Perancis? Hmph macam teda pun dia kasi tips, lepas jak barang2 dia di kasi masuk terus dia masuk duduk di belakang.. Aku tingu jak diam2, maklumlah berabis dia mengarah2 penarik beca tu kasi simpan barang2 dia duluan macam dia saja mo naik bas. Nda pun dia sengaja sebab dia target orang last kasi tips.. Cis!

Lepas beberapa minit bas kami pun bergerak menuju ke pelabuhan Ketapang, sampai di pelabuhan bas kami terpaksa parking lebih kurang setengah jam juga tunggu ferry sampai. Sementara menunggu ramai penjaja turun naik bas menjual nasi bungkus, kacang, air mineral dan macam2 lagilah.. bukan setakat makanan sunglass pun dijual. Perjalanan menaiki ferry ke Gilimanuk makan masa lebih kurang 45 minit saja, tidak lama. Sampai di Gilimanuk kami mesti turun dari bas dan berjalan kaki melalui pos pengawal. Setiap orang mesti menunjukkan KPT atau Pasport bagi orang asing cam kami. Sedar nda sedar kami pula orang last lalu post pengawal dan naik bas. Masa kami sampai sudah gelap gelita, apa pun nda nampak. Bas ni bukan ambil penumpang keretapi saja, ada juga penumpang lain yang naik bas ni jadi banyak stop jadi perjalanan kami pun bertambah2 lama. Sampai satu masa waktu naik bukit bas terpaksa matikan aircond, aduih panasnya.. macam mo pi toilet pun ada.. ades ades.. oleh kerana sudah terlewat dari jadual asal bukan main laju lagi bas kami. Aku tengok jam, waiseh sudah pukul 10 malam.. Nda ka dia orang dua orang ni gastrik? Aku pula yang susah hati ni, baru si Yah tu lain kalau gastrik serious.. jadi balik2 la aku tanya dia nda gastrik ka? Si Faye macam tidur jak di depan jadi aku nda kacau, mesti dia penat tu punya lama perjalanan kami. Bepikir2 aku sendiri, begini lewat masih ada teksi ka? Eh! Ini Bali la lagipun selagi masih ada bas sampai, kemungkinan besar teksi pun masih ada menunggu penumpang yang desperate tiada kenderaan cam kami. Hihihi... Relaks.. tapi adeih panas dan mo pi toilet ni.. Lama2 aku pun tanya pakcik konduktor bas tu.. berapa lama lagi baru sampai Denpasar, mujur dia jawab lagi 30 menit. Syukur....

Jam 10.30 malam kami sampai di Denpasar. Lepas pastikan semua beg ada kami naik teksi, ajaibnya boleh juga beg kami yang besar dan banyak tu muat tu teksi termasuk kami tiga orang! Tapi bukan main lagi driver teksi tu charge mau juga 100k Rp. Kami sampai di Hotel Legian Paradiso lebih kurang jam 11 lebih. Si Yah sejak kami naik keretapi dari Gubeng sampailah kami tiba di Denpasar langsung nda tidur. Hebat juga kakak aku dua orang ni, boleh tahan adventure! Akhirnya sampai juga di Bali, termasuk kali ni aku rasa cam empat kali sudah aku pigi Bali ooo... Bila si Faye tanya banyak2 tempat yang sudah kami pigi mana satu paling best, aku jawab semua.. si Yah bilang Yogyakarta. Tapi dorang suruh aku pilih satu saja jadi setelah mempertimbangkan dua perkara aku pilih Bali. Kenapa? Sebab di Bali senang mo berjalan di town, santai dan shopping heaven. Dari jenama antarabangsa sampai local semua ada, cantik2.. dari yang murah meriah sampai mahal ya amat pun ada.. semua bergantung kepada diri sendiri. Gunung, tasik, laut.. semua ada... hehehe.. Jadi apa pula cerita seterusnya? Haaa.. Nanti aku cerita! Memang best! Btw, masa kami sampai di Bali kami sudah hitam legam dan terlebih makan jadi aku plan mo diet sebab nda tepakai sudah skinny jeans aku..isk.. si Dewi gelar ni jeans senapang.. hahah..



Saturday, December 13, 2008

Surabaya, Batu, Malang - Catatan Pengembaraan 3 Kee part 5

Salam dan selamat pagi semua. Apa khabar? Harap semua sihat. Hari ni saya akan sambung kisah perjalanan kami tiga bersaudara Kee menjelajah Indonesia. Dalam catatan terdahulu kami sudah sampai di Surabaya, bandaraya metropolitan kedua terbesar selepas Jakarta. Kali ni trip kami meliputi banyak tempat menarik, dari Surabaya sampai ke Malang di mana aku betul2 malang sehingga terpaksa berurut di sini...


25th November 2008
Surabaya, Indonesia

Hari ni aku bangun cam biasalah agak lewat iaitu jam 5.30 pagi. Kenapa aku cakap lewat, lupa pula aku memberitahu kamurang, matahari terbit di Yogyakarta dan Surabaya ni lebih awal. Jam 5.30 tu sudah terang benderang umpama jam 8.00 pagi. Breakfast di Ibis ni start jam 4 pagi, hehehe.. Lepas bersiap2 si Faye mencadangkan kami breakfast di luar, maklumlah sudah berapa hari ni breakfast di hotel saja.. mana2 hotel pun lebih kurang saja menunya bilang si Faye. Sudah boring. Jadi si Faye request si Bakrul bawa kami tempat yang ada jual Roti Mariam. Kesian si Bakrul, punyalah dia terkejut sebab belum pernah lagi ada guest dia minta bawa makan Roti Mariam. Jadi si Faye pun cadangkan kami pigi ke Arab district di Jalan Ampel (kalau tidak silap la aku pun lupa nama jalan tu... ehehe..) Kelangkabut si Bakrul menelepon kawannya menanya di mana ada jual Roti Mariam, apalagi restoran pertama dia nampak terus dia stop. Kami terkejut2 jugalah sebab kawasan pasar. Hmm.. Tapi si Faye relaks jak seberang jalan pigi restoran kecil tu. Si Faye biasalah order kopi Jahe, dan of coz Roti Mariam. Owh... Roti Mariam ni rupa dia (bagi aku la) macam roti canai segera tapi dibuat pakai minyak sapi. Rupa dia la tapi bila makan lain pula sket rasa dia. Si Faye pun cerita family di Tawau pun selalu buat roti ni tapi namanya bukan Roti Mariam. Dia pun cerita proses membuat roti tu sambil kami makan satay kambing. Hmm.. First time pula aku makan satay kambing yang sedap cam gini, tiada bau hanyir langsung maknanya memang pandai orang yang sembeli kambing ni. Roti Mariam ni di makan sama Gulai Kari Daging, dan si Faye tambah satu menu iaitu Gulai Kacang Ijo, basically kari daging yang ada bercampur kacang hijau.. yakah tu Faye? Aku mengantam satay kambing jak, maklumlah bukan selalu aku buli makan satay kambing ni. Selalunya lepas jak aku makan kambing mesti aku rasa panas yang amat dan pusing kepala.. Ini kali tiada apa pula terjadi sama aku. Alhamdullilah.. Lagipun enak banget sih!

Roti Mariam

Lepas makan breakfast kami menuju ke Sidoarjo. Mcm biasalah aku ni mesti tertidur punya, sedar-sedar jak sampai sudah kami. Wah! Aku sukalah Sidoarjo ni, sebab bersih dan teratur.. seingat aku town di Malaysia pun aku belum jumpa yang bersih macam ni. Cantik betul tempat ni. Di sini kami membeli kain2 untuk dibuat baju kebaya atau kurung. Kain2nya cantik ya amat dan kualiti memang pas! Khabarnya sinilah Dato Siti beli kain2 dia yang mewah dan cantik tu. Tapi harga kain Dato' Siti beli tu mahal la.. Kami nda pun beli yang gituan. Mau beli pun pakai pigi mana juga? Lainlah kalau celebrity. Kami di dalam toko adalah lebih kurang 2 jam juga. Sebelum pulang aku singgah membeli baju t-shirt di toko sebelah. Bajunya murah2, kainnya agak nipis sikit la tapi design memang cute berabis. Menyasal pula aku nda memborong T-Shirt ni sebab boleh tahan juga printingnya tidak cepat rosak walaupun ku cuci pakai washing machine. Aku sangka nda lama tercabut la tu segala glitters hahaha.. rupanya nda juga. Isk isk.. Menyasal! Aku tu bukan apa, aku takut abis duit awal pasal target konon mo beli T-Shirt Mooks pebret ku.. Nama kedai? hehehe.. rahsia!

Lepas tu kami ke kawasan perusahaan pembuatan kulit di Permata Tangulangin. Sempat juga kami bergambar di sini. Hehehe. Sini kami nda lama, aku beli beg besar sebab masa aku datang aku bawa beg kicil konon... Lepas dari Sidoarjo kami singgah di Tunjungan Plaza. Aku nda tau la kenapa malang nasib aku apa yang aku mo cari aku tiada berjumpa. Bukan apa juga aku tau sedia aku nda dapat membeli kasut kalau di Indonesia ni sebab kaki aku telampau kecil. Saiz paling kecil dorang saiz 36 sedangkan kaki aku saiz 34 yang jarang jarang ada. Jadi aku round2 sajalah mall. Lepas berjalan2 di Tunjungan Plaza kami sempat menengok panorama malam di kota Surabaya ni, tapi bersiar2 dalam kereta sajalah dan merakam dengan video aktiviti manusia di waktu malam.


26th November 2008
Batu & Malang (Jawa Timur) Indonesia

Hari ni kami breakfast awal di hotel, nampaknya ada ramai orang beruniform turun breakfast macam peserta kursus. Lepas breakfast kami menuju ke Malang, tempat si Faye belajar menanam epal 28 tahun yang lampau. On the way, kami singgah menengok Lumpur Lapindo. Cuma aku dan si Yah yang turun. Kami terpaksa melintas landasan keretapi sebelum memanjat tebing tinggi yang dibina untuk menghalang air banjir lumpur dari keluar memutuskan jalan. Jalan-jalan di sekitar ni sudah dua kali terputus kalau nda silap aku. Masa hari raya Eidulfitri yang baru lalu pun terputus lagi tapi area mana aku pun nda tau la. Banjir lumpur ni dianggarkan melibatkan 14 buah perkampungan, ada yang musnah ditimbus lumpur dan ada yang diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa kerana bimbang atas dua kemungkinan. Kemungkinan pertama lumpur tu akan terus melimpah keluar dari benteng yang dibina, kemungkinan kedua dikhuatiri akibat banjjir lumpur, tanah disekeliling takungan tu akan menyebabkan tanah menjadi mendap dan runtuh akhirnya membinasakan kawasan kampung di sekitarnya.


Lumpur Lapindo yang memusnahkan beberapa perkampungan di area Sidoarjo



Semasa kami sampai kami nampak asap berkepul2 dari jauh, menurut bekas penduduk kampung, disitulah letaknya ledakan lumpur utama dan juga yang pertama. Menurut mereka lagi lumpur ni bukan saja panas malahan juga berminyak. Tidak jauh dari tempat kami berdiri muncul satu lagi titik luapan lumpur yang sedang membuak2 dalam ukuran yang bagi aku cukup besar, tapi kata penduduk tempatan itu cuma luapan kecil berbanding dengan luapan yang pertama yang ada asap berkepul2 tu. Oleh kerana hilang pekerjaan penduduk kampung ini menjual dvd tragedi letusan lumpur untuk menjadi sumber pendapatan. Menurut mereka lagi sebelum kami pun ada sekumpulan tourist dari Malaysia yang singgah menengok kawasan tragedi. Memang dalam betul lumpur tu, sampaikan kami cuma boleh nampak hujung bumbung tinggalan rumah yang setinggi dua tingkat yang musnah akibat banjir. Infact di sepanjang perjalanan banyak toko dan kawasan perumahan yang sudah dikosongkan kerana bimbang lumpur akan melepasi tembok. Menurut si Bakrul, walaupun ada kawasan yang boleh dikatakan agak selamat tapi tidak ada orang sanggup menyewa toko2 tu kerana bimbang keselamatan dan kerugian kalau terjadi malapetaka.

Setelah beberapa jam perjalanan kami akhirnya sampai di kota Batu. Kami menuju ke kebun epal Kusuma Agro Wisata. Di sini ada sebuah hotel & resort yang menghadap pemandangan kaki bukit dan kota Malang. Memang cantik dan kiut2 cottagenya, kos satu malam aku baca dalam 1 juta RP. Waduih kalau aku tu mahal tu tapi si Faye bilang kalau cottage tu sudah kira murah. Hmm betul juga kan sebab cottage kan rumah. Masa kami sampai di kebun epal cuaca sudah mendung macam mo hujan. Bila kami sampai, pengunjung sudah dilimitkan hanya boleh memetik dua biji buah epal seorang sahaja tidak macam sebelumnya. Musnah impian aku mo petik satu bakul (aiya lagaknya). Tapi bagus jugalah sebab nda juga aku termakan kalau ambil banyak2 pun, membazir saja. Kami mengambil pakej tour termasuk sewa mobil dan makan tengahari. Aku sengaja pilih nasi goreng epal sebagai menu, yalah bila lagi dan di mana lagi mo makan ini barang? Hehehe.. Di sini mainly dorang tanam epal hijau, walaupun bilang guide kami "yaa... lumayan kecil tapi lumayan manis!!" Nasib baik kami ambil pakej bermobil, sebab kebun tu di lereng bukit.. turun nda apa kan tapi kalau time naik tu pamacam??? Selain epal ada juga di tanam pokok Buah Naga (Pitaya), buah Markisa sama pokok Jeruk (limau la... hehehe). Pakej ni kamu boleh pilih sebenarnya mo petik epal ka limau? tapi isk aku membesar disekeliling rumah yang punya la banyak pokok limau, bermacam jenis lagi. Limau manis, limau kasturi, limau purut, limau gajah.. apa lagi..jangankan putik aku panjat lagi. Lebih baiklah putik epal sebab nda pernah kan? hehehe....

Kebun Epal Kusuma Agro Wisata di Batu, Indonesia


Yang uniknya ini kebun epal, ada juga mini zoo di sepanjang jalan. Tapi bukan semua binatang ada, yang paling banyak ayam la. Macam2 jenis ayam ada, dalam hidup aku cuma pernah nampak ayam kampung, ayam karan ma ayam serama jak. First time aku nampak ayam2 yang bermacam2 rupa ni. Kelawar pun ada. Memang aku sudah pernah nampak kelawar, malahan aku pernah digigit kelawar di bibir lagi gara2 buat kerja bodoh time aku skula rendah, adakah menyuluh pokok ciku waktu malam.. manalah nda kena gigit heheheh. Tapi ini kelawar besar la, pastu mana2 aku pusing dia pun ikut juga pusing2 tengok aku. Aik, kenal ka?

Di dalam kebun epal ni ada juga kebun bunga, aaaaa inilah kegemaran dua orang kakak aku ni. Apa lagi punya lama dorang di dalam, membeli bibit bunga dalam botol. Memang bunga2 di sini cantik2 la.. puas ku gambar2 walaupun aku nda tau bunga apa kecuali yang basic. Masing2 dorang ni membeli empat botol bibit bunga anggerik bermacam2 jenis dan warna. Memang la kalau dorang dua ni, kalau kamu pigi rumah dorang masing2 ada taman bunga. Dua2 rumah ni aku suka pigi sebab buli duduk2 di luar meningu taman. Dorang tu risau juga takut kena tahan di imigresen bibit bunga tu. Ialah mana boleh bawa tanaman masuk sesuka hati ooo. Jadi pada masa aku menaip ini dengarnya dorang sudah pun menanam bibit2 bunga dorang tu dan berjaya juga membawa pulang bunga kesayangan dorang...

Lepas beli bibit bunga, barulah kami makan di restoran kecil yang ada kami tiga orang saja. Ialah restoran ni khas untuk pengunjung kebun epal saja jadi manalah ramai orang. Tapi ada satu lagi keistimewaan restoran ni, ada menu Nasi Goreng BATU... mana mau cari ooo. Ooo tidak2 bukan juga dia gorang batu tapi sebab nama kawasan ni adalah BATU jadi nasi goreng tempatan la tu. Hehehe..Lepas makan2 kami pun bertolak ke Malang. Si Faye balik2 sudah sebut bakso special yang dia selalu makan masa dia belajar di hantar KPD di sini. Bila kami sampai, tiadalah sudah gerai bakso tu, yalah imagine sajalah kalau yang menjual tu adalah seorang pakcik tua pada 28 thn yang lampau. Si Faye ketawa jak bila kami cakap jangan2 pakcik tu arwah sudah, dia bilang mana tau anak dia sambung menjual.. Kami pun pusing2 area Malang sambil si Faye bercerita.

Pada zaman dulu2 semasa penjajahan Belanda ada satu jalan di Malang ni di bahagi kepada dua bahagian. Satu jalan hanya boleh digunakan oleh orang Belanda. Wah! Jalan pun ada kasta, kami pigi juga melawat jalan tu tapi sekarang zaman modern semua orang pun guna jalan tu. Di sepanjang jalan boleh lihat rumah2 lama dari zaman Belanda. Besar2 dan kaya raya dorang ni. Kagum2.. Dulu2 cuaca di Malang ni sejuk, sepanjang jalan tu di tanam bermacam berjenis2 bungaan dan pemandangan sama macam waktu spring saja, bilang si Faye. Sebab tu Malang ni digelar Kota Bunga. Tapi sekarang cuacanya nda lagi sesejuk dulu dan bunga2 pun sudah ditukar mengikut cuaca yang lebih sesuai jadi nda la banyak bunga sangat. Selain tu di Malang ni masih ada banyak bangunan2 lama yang cantik2. Memang puas hati la dapat pigi Malang walaupun pigi balik saja.

Sudah meronda2 si Bakrul bawa kami cari makan bakso. Wah! Mula2 terkejut juga ingatkan dia mo hantar kami makan bakso di gerai2 kecil di tepi jalan, rupanya dibelakang tu ada satu restoran namanya Basko Presiden. Ada ramai artis2 popular makan di sini. Tapi yang paling menarik ialah restoran ni betul2 disebelah landasan keretapi. Memang unik, si Yah pun apalagi cepat2 sms si Yus. Si Yus bilang dia pernah nampak di tv pasal restoran bakso tepi jalan tu dalam rancangan Wisata Kuliner (macam Jalan2 Cari Makan la). Oleh kerana terlampau excited, tulang belakang aku terslip menyebabkan aku punya belakang adoi mak tuan sakitnya. Ini juga kesalahan sendiri la sebab posture duduk dan berdiri aku ni nda betul. Ini kali kedua la terkena, pertama kali masa awal tahun 2002 kali. Ntah lupa sudah. Jadi lepas makan si Bakrul pun tanya orang2 tempatan tempat berurut. Nasib baik dekat2 situ ada orang memang pandai mengurut. Aku ni mana pernah berurut jadi ada sikit blur procedure apa yang patut aku buat, abis aku kena ketawa oleh dorang si Yah ma si Faye! Aku nda mo cerita apa.. Anyway tukang urut ni memang mewarisi skill mengurut dari datuk dia, kadang2 dia dipanggil orang untuk berurut juga. Bagus juga sebab baik pula aku punya belakang beransur2. Memang terel la dia mengadjust balik tulang aku yang terslip tu. Hehehe tapi aaa sakit ooo...

Lepas tu kami pun bertolak pulang ke Surabaya, on the way pulang kami singgah2 di tiga tempat. Pertama kami singgah bergambar di KFC... hah! Memang la banyak KFC tempat kita tapi ini KFC special, satu2 nya design yang paling unik dan tidak ada di tempat lain. Kamu pigilah di mana sekali pun di dunia ni cuma di sini saja kamu buli jumpa KFC yang special ni. Unik habis! Rupanya bukan KFC saja, mall disebelah pun ada rekabentuk yang hampir sama. Cantik2!!!! Lepas menggambar bangunan KFC tu, kami singgah pigi makan durian di tepi jalan. Kalau di sini musim durian baru saja mau mula jadi harga durian masih mahal lagi. Aku pula nda tau la apa kes samada kesedapan makan durian ka atau kes lagak saja.. buli aku terantuk buah durian yang bergantung2 tu dua kali. Nasib nda berdarah kepala aku kena duri durian yang karaaas dan tajam tu. Kalau luka sikit pun aku nda perasan dan nda peduli, tetutup juga oleh rambut. Isk ketara kaki durian, tapi nda juga telawan si Faye ma si Yah bah... Salute salute! Si Faye lagi nda la buli ternampak gerai durian mesti dia mo mention kuat2 dan teringat si JJ.. Sampaikan terjatuh lagi dia gara2 durian nasib baik nda ada kecederaan serious. Hehehe.. Lepas tu kami singgah lagi di sebuah masjid yang unik bermotifkan seni bina yang sangat menarik, iaitu Masjid Muhammad Cheng Ho. Apa lagi kami pun bergambar2 di perkarangan masjid. Mula2 tu aku sangka laksamana Cheng Ho yang punya masjid tua rupanya masjid baru. Yalah manalah tau, Laksamana Cheng Ho kan merantau seluruh Asea mengembangkan agama Islam. Yang membawa ajaran Islam di Melaka tu adalah Laksamana Cheng Ho la, kalau belum tau pi kaji sejarah Melaka pula. Heheheeh...

Masjid Muhammad Cheng Ho di Sidoarjo, ada satu masjid Muhammad Cheng Ho lagi di bandaraya Surabaya dan lebih cantik dan comel. Masjid2 ni dibina oleh kumpulan penganut Tionghua Islam di Indonesia. Hmm... decendants of the great man?

On the way balik, hujan la pula jadi jalan jam teruk so si Bakrul pun propose supaya ikut jalan alternatif. Jalan alternatif yang kami ikut ni melalui kawasan perkampungan, tapi mo masuk kampung kena bayar tol juga. Bukan tol kerajaan tapi tol yang diadakan sendiri oleh belia kampung kepada orang luar yang mau menggunakan jalan kampung dorang. Best juga dapat masuk kampung ni, dapat tengok sawah padi dan dari jauh boleh juga nampak kepulan asap lumpur Lapindo. Bila sampai Surabaya jalan ada banjir kilat tapi tidak la terlalu dalam. Itupun kami masih juga sempat menyingah di Galaxy Mall. Di sini aku ditimpa malang kali kedua, sebab tengah aku ma si Yah bercerita2 di dalam toko Zara boleh pula aku mo terbalik terjatuh dan teteriak, sempat konon aku balance badan aku tapi sandal aku terpelanting pigi dua arah berbeza. Apa lagi ketawa la orang di dalam Zara. Nasib baik si Faye sudah siap membayar jadi buli la kami chow cepat2. Ish malunya aku. Hehehehe. Sebelum pulang kami singgah minum di Coffee Beans, itu pelayan asyik senyum2 saja tengok aku dari kami duduk sampailah kami mo pulang, dia babai lagi aku sambil senyum2. Adakah dia ternampak atau terdengar berita aksi akrobatik aku di dalam kedai Zara tu? Almaklumlah Coffee Bean tu di luar kedai Zara jak. Tidak apalah, mudah2an dia senyum2 bukan sebab tu tapi sebab ada duri durian tercucuk di kepala aku. Hehehe..


Tuesday, December 9, 2008

Keretapi Argo Willis... Catatan Pengembaraan 3 Kee part 4


Kee dan Ina di keretapi Argo Willis menuju ke Surabaya

Salam semua, mari kita sambung kisah pengembaraan kami 3 Kee bersaudara menjelajah Indonesia.

23hb November 2008
Yogyakarta

Hari ni kami memang tiada specific plan jadi kami (aku sebenarnya huahahahah...) bangun lewat. Lepas bersiap2 kami duduk2 di patio menghirup udara segar nyaman... mmm. Tiba2 datang staff Duta Garden menanya kalau kami mo breakfast di hotel pagi ni. Rupanya cuma kami jak guest yang belum lagi pigi breakfast. Kalau hotel lain mana la dia peduli, kalau lepas jam 10 tidak pi makan pagi alamat babai breakfast. Tapi disini layanan amat istimewa kerana hotel ni comel betul jadi dia dapat memberi layanan mesra kepada setiap guest hotel.


Lepas hujan reda kami bertolak ke mall terbaru di kota Jogja ni iaitu Plaza Ambarukmo. Wah hebat juga mall ni, ada macam2 jenama ada di jual di sini. Ada yang sale tapi banyak juga yang belum start sale. Maklum masih lagi bulan November, aku rasa dekat2 christmas Sale la tu besar2an. Oleh kerana kami ni sudah kesiangan alang2breakfast bagus makan tengahari terus. Mula-mula konon kami ke Taman Sari Food Court di atas mall ni, tapi telampau banyak menu bah bikin bingung last last kami makan di restoran di luar food court. Hahaha.. Sambil2 menunggu makanan sampai aku duduk di tepi dinding cermin restoran, bukan apa aku seronok tengok pesen pakaian orang2 di Jogja ni. Jangan main2 memang hebat2, sambil2 tu aku notice dorang punya jeans ni lawa2 la. Aku mentioned sama si Faye jadi dia pun explain, jeans yang smart2 tu local brand. Diorang disini lebih suka lawa nda macam orang kita lebih minat brand. Hehehehe... Oh aku ni asal lawa dan aku suka semua pun boleh. Yang penting aku nampak lawa bila pakai! Eceh..

Lepas round2 mall kami ingat mau pigi beach naik kuda sambil tengok nelayan pulang di waktu senja berlatarbelakangkan sunset yang indah. Ooo... bestnya kalau tercapai tapi cuaca mendung saja terus kami cancel.. nda kah sandi kalau berujan di pantai nanti sia-sia jak dapat demam, akhirnya kami duduk2 saja di Starbucks sambil bercerita. Sampai si Faye terlupa yang kami ni melancong di Jogja, terasa macam di kk dia bilang. Hahaha... Bagus juga lah kami relaks sebab besok kami ada pengembaraan menaiki keretapi ke Surabaya.

Sebelum pulang kami menapau makanan dari restoran Wang Solo Cobek.. sampai hotel barulah kami makan di patio bertemankan bintang2 dan nyanyian cengkerik sambil menghidup udara nyaman. Walaooo barulah aku termakan Ikan Goreng Gurame Bakar Cobek bukan main sadap!!! sampai tergeleng2 kepala kesedapan ooo, ketawa si Faye tengok aku. Sampai kalau buli semua part ikan tu pun aku makan... aduih sedap hingga ke tulang ooo.. Jangankan bintang.. apa pun nda sudah aku nampak selain ku punya makanan sendiri. Nyam nyam nyam... Simbuti kamurang hehehe..

24th November 2008
Yogyakarta - Surabaya

Hari ni kami check out dari Duta Garden, sementara tunggu teksi sempat juga aku tetidur di katil. Nasib si Yah kasi bangun aku.. dengan rambut yang nda terurus (kwakwakwa...) aku cepat2 naik teksi yang sedia menunggu kami untuk menuju ke Stasiun Tugu. Sampai sana kami duduk di ruang legar yang ada banyak bangku kayu, rupanya ada executive lounge tapi nda apalah. Masa kami sampai orang sekeliling macam ada sikit heran heran menengok kami, kami pun heran2 menengok beberapa orang di sekeliling kami. Kami heran pasal di hari yang panas ya amat tu masih juga ada orang yang mau berjaket2 atau bersweater. Bagi pihak dorang pula aku rasa dorang heran tengok kami sebab mungkin pasal walaupun kami tiga orang sahaja, tapi bagasi kami macam 5 orang hahaha... Nasib baiklah di station ini ada perkhidmatan portir untuk tolong angkat barang kalau tidak susah wooo...

Bergambar kenangan di Stasiun Tugu, Yogyakarta


Tengah duduk2 tiba-tiba ada satu pakcik yang agak berumur datang menegur kami. Pakcik ni namanya aku sudah terlupa, tapi dia bukan saja pandai berbahasa English tapi pengetahuan semasa dia memang boleh tahan. Menurut pakcik ni dulu dia bekerja sebagai translator sebelum menceburkan diri dia dalam bidang pelancongan. Dia bilang dia ada hotel sendiri di Yogyakarta. Dia di stesen tu menunggu tamu. Aku tanya juga kenapa dia masih mau kerja pada usia dia yang agak lanjut tu, dia bilang dia bosan duduk diam2 di rumah. Ooo.. Pakcik ni peramah betul tapi telampau la ramah bingung aku dibuatnya. Aku bingung bukan pasal dia cerita politik sama aku, tapi sebab dia pi cubit pula telinga aku. Adess... pakcik!!! Dia bilang aku ni macam cucunya sendiri, malahan dia mo introduce pula aku sama cucunya bernama Hendra. Balik2 dia promo cucunya, ganteng konon. Adededee... Si Yah berabis menahan ketawa digambarnya lagi aku sama pakcik tu. Isk. Lama-lama aku pun tidak tau lagi apa mo cakap sama tu pakcik, keretapi kami pula delay sebab mungkin kerana cuaca buruk.. hujan beguntur2 lagi aiya.. Tetidur2 pakcik tu di kerusi.

Akhirnya keretapi kami sampai juga, kami naik di coach terakhir iaitu executive coach. Boleh tahan juga servis, portir tolong angkat barang2 kami dengan bayaran tips 20k rupiah seorang. Belum panas duduk di kerusi, sudah ada steward datang menghidang makanan tenghari. Wow, macam naik MAS pula ni ada makan2. Cuma lain sikit la, kalau MAS lepas makan dorang akan angkat tray kita, tapi di keretapi ni selagi tu tray di atas meja dorang tidak akan angkat2. Mungkin dorang takut penumpang masih mau makan lagi.. walaupun piring aku tu licin tiada tinggal apa2 tatap juga dorang nda mau angkat. Last2 baru aku perasan lepas makan tray makanan tu mesti di letak di lantai di bawah kerusi, barulah dorang akan kutip. OOooo itu macam ka.. Nda lama pula tu selang setiap 30 atau 45 minit akan keluar staff membawa makanan panas2 untuk dijual. Macam2 menu ada, daripada nasi goreng sampailah steak! Air pun ada macam2! Walamak Air Asia pun kalah ooo... Di saku kerusi pula ada juga brochure penjualan cenderamata dalam train. Hebat la walaupun train ni sudah tua tapi memang buli tahan. Ada tv jadi sepanjang jalan tu dapat aku tengok video klip lagu2 terkini di Indonesia.

Train kami berhenti di beberapa stesen tapi ada satu station yang aku kira paling glamor dikalangan penumpang keretapi sebab ada orang berjualan nasi bungkus. Nama station ni Stasiun Madiun. Aku kira mesti ni nasi sangat la sedap sebab beratur orang mo beli, si Faye pun mau juga membeli mulanya tapi q panjang dia pun give up. Tempoh perjalanan kami memakan masa lebih kurang 6 jam juga la. Kami sampai Surabaya lebih kurang jam 9.30 malam. Kami sepatutnya turun di Station Kota tapi menurut salah satu penumpang train ini semua orang biasanya turun di Station sebelumnya. Mungkin sebab di station ini saja yang ada perkhidmatan teksi dan portir. Terpaksalah si Bakrul datang mengambil kami di sini. Sementara menunggu dia sampai, si Yah meround2 di station mencari kalau ada berjualan isi ulang pulsa tapi kesian, tiada la pula. Si Faye pula sibuk membaca jadual perjalanan keretapi. Akhirnya nda lama kemudian sampailah si Bakrul, wahsai terkejut aku.. muka dia macaaam abang aku si Ly. Cermin mata dia pun sama macam cermin mata si Ly. Cara dia bercakap intonasi dia yang palan2 dan lembut tu pun sama macam si Ly. Terus aku bilang sama dorang, rupa si Bakrul macam si Ly!!!

Aku memang la excited sepanjang trip ni, maklum walaupun aku sudah beberapa kali pi Indonesia ikut si Faye ma si Din tapi ini kali pertama aku ke Yogyakarta ma Surabaya. Aku selalu terbaca saja dan nonton di tv manatau hari ni aku jejak kaki sendiri. Surabaya ni bandaraya terbesar kedua selepas Jakarta (untuk pengetahuan anda Jakarta adalah bandaraya yang sangat besar, KL tu kecik jak...) Cuma Surabaya ni aman sikit nda la teruk traffic jam cam di Jakarta! Terpusing2 kepala aku, bukan apa2 yang aku tinguk tapi mall! mall! mall lagi!!! walaooo...

Malam itu kami check in di hotel Ibis, Surabaya. Kami order room service ja sebab sudah penat duduk dalam keretapi, manatau sekali sampai makanan macam satu piring untuk 2 orang makan. Aiyayaya.. Aku baru mo plan diet ni tapi hmm... susahlah godaan! Okaylah, catatan pengembaraan kami seterusnya di Surabaya akan aku tulis di lain hari. Stop dulu buat hari ni.. Sebelum tu aku mo kasi tau aku ma si Yah memang salute ma si Faye sepanjang trip ni, sebab dia ni ada banyak kenalan dan kenalan dia pun orang baik2 belaka. Lepas tu dia ni seorang yang sporting dan advanterous! Kalau nda percaya baca la catatan pengembaraan kami yang seterusnya nanti! da~!

Sunday, December 7, 2008

Mendut Temple, Merapi & Prambanan - Catatan Pengembaraan 3 Kee Part 3

Candi Prambanan - Yogyakarta, Indonesia

Salam semua. Orait hari ini saya akan menyambung lagi kisah pengembaraan kami menjelajah di Indonesia. Di post yang terdahulu cerita saya sampai makan tengahari di Moro Lejar selepas kami melawat candi Borobudur, one of the eight wonders of the world. Seterusnya pada hari yang sama iaitu 22hb November 2008, kami meneruskan perjalanan menuju ke candi Prambanan. Tapi sebelum itu saya mau buat pembetulan, sebelum kami pergi makan di Moro Lejar, kami singgah di Temple Mendut.



22hb November 2008
Yogyakarta, Indonesia

Candi Mendut (Mendut Temple.. sama la baitu..)


Candi Mendut, pintu masuk dan tangganya mengadap ke barat.

Candi Mendut terletak lebih kurang 3 kilometer dari Candi Borobudur. ni adalah sebuah candi kecil yang cuma boleh dinaiki oleh seramai maximum 20 orang sahaja pada satu masa. Di sepanjang jalan menuju ke Temple Mendut ni samalah seperti candi2 yang lain, mesti ada gerai berjualan souvernir. Ada satu kedai menarik hati kami, mini stupa yang ada lampu di dalam. Mula2 tu aku ingat mo beli kasi si Aiso, boleh la kalau dia kelangkabut mo pi kerja dia taru tu lampu lip lap stupa macam kereta polis.. tinggal buat bunyi nenonenoneno saja hahahaha... gurau jak Aiso jan marah. Tapi kan masa kami sampai tu uncle sudah memasang dinding di tokonya, tutup sudah la pula... punyalah awal lagi. Jadi nda la dapat dibeli tu lampu stupa yang unik tu pasal tiada pula di jual di mana2 tempat lain cuma ada di satu kedai itu saja di Mendut. Tempat lain pun teda jual... aiseh Aiso, teda rejeki ko belampu stupa.. hahahaks..

Kali ini si Faye nda mo masuk, panas dia bilang. Dia duduk dalam mobil saja. Tinggal la aku ma si Yah jak yang sibuk2 masuk meningu Temple Mendut yang kicil ini. Kami masuk juga, semasa kami masuk ada tourist dari Jepun sedang dengar penjelasan.


Pembinaan 3 candi dalam satu garisan lurus iaitu Borobudur, Pawon dan Mendut.

Memandangkan kami tiada tour guide kami pun nda berapa tau apa tu cerita. Paling pun yang ku sibuk curi2 dengar bilang tour guide orang Jepang tu cakap ceritanya begini, ada tiga candi yang berkaitan dibina dalam satu garisan lurus iaitu Borobudur, Pawon ditengah dan Mendut yang sedang kami lawat tu, Mendut adalah yang paling tua antara tiga candi ni. Terus aku teringat cerita si Aiso pasal tiga piramid yang dibina dalam satu garisan. Hmmm... macam ada kaitan saja ni. Memang sepanjang aku melawat2 candi ni aku cuba mengaitkan dengan ancient civilazation lain yang aku sedang study sekarang ni. Inilah hobi aku hehehe, aku paling suka part2 misterious begini dan aku mau tau jawapannya, sebab tu lah masa aku buat wish di Borobudur aku buat wish "the answer to everything". Waiseh telampau ka tu permintaan? Hehehe....


Bergambar di pintu masuk candi Mendut

Pintu masuk candi ni adalah dari barat dan ada 3 patung buddha di dalamnya. Tapi inilah yang aku tidak tahan, masa aku buat rakaman video tu aku rasa mo terketawa... Memang nda patut, tapi aku tahan saja perasaan geli hati dan pikiran aku yang nda2 tu. Tidak bagus bah kalau ketawa, tidak hormat.. lagipun kena ketuk pula aku dengan orang2 Jepun yang sibuk buat wish di dalam. Lepas menengok2 dalam temple yang kecil ni kami pun keluar, begambar2, kayu ara di tepi tu pun aku gambar... untuk mencuci pikiran aku yang nda2 tu. Tapi masih juga aku tidak dapat lupa. Tapi aku diam saja. Aku sangka aku saja bepikir begitu tapi rupanya si Yah pun ada tepikir tapi lain sikiiiiiiit dari aku. Ni semua salah tu pengukir la, gara2 ukiran yang nda berapa ngam (pada pendapat aku) menyebabkan aku punya ilmu pencerahan di Borobudur terbatal...Kuang3x. Dua tiga kali bah aku study tu ukiran patung sebab keheranan. Bila sudah lama aku pun tunjuk sama si Yah tu rakaman video dan luahkan pikiran aku barulah dia berabis ketawa macam mo pecah perut. Hehehe... Rupanya tu ukiran tu lipatan kain yang nipis, aku sangka ukiran aliran air. Itulah kalau nda mo pakai spek mata, imej kabur lain2 yang otak aku pi translate tu data imej. Eceh... Aku malas la mo cerita apa yang aku sangka tu, biarlah menjadi rahsia kami bertiga. Kuang3x.


Antara ukiran patung di dalam candi Mendut


Bergambar kenangan di Mendut Monastery

Lepas tu aku ma si Yah pi pula bergambar di Mendut Monastery. Saja ja pasal cantik untuk bergambar. Kami tinguk anak2 kecil tempatan dengan gembiranya bermain2 di kawasan monastery tu. Oh ya, untuk makluman semua... saya asyik lupa saja mo kestau. Jangan memanggil kanak2 atau orang lain budak di Indonesia ya sebab perkataan budak tu bermaksud hamba. Haruslah menggunakan perkataan anak2. Orait, tamat kelas bahasa Indonesia.

Selepas melawat candi Mendut barulah kami menyantap makanan tengahari di Moro Lejar, ni barulah urutan pengembaraan yang betul. Lepas bersantapan tengahari di Moro Lejar, kami menuju ke candi Prambanan (kami tidak singgah di candi Pawon). Tapi on the way ke candi Prambanan kami singgah di satu tempat yang tidak ada dalam perancangan asal kami.

Merapi Ruins

Nama kampung ni aku tidak berapa pasti jadi aku gelar dia Merapi ruins sajalah pasal banyak terdapat puing kesan tinggalan kampung yang musnah akibat letusan gunung Merapi pada tahun 2006. Dari jauh boleh lihat kesan aliran lava yang sudah kering mengalir dari gunung Merapi, melalui celahan bukit bukau hingga ke perkampungan tersebut. Aku pun sibuk la ke sana sini menggambar puing2 tinggalan perkampungan yang sudah musnah ni. Ada penjaja berjualan sourvernir, gambar sebelum dan sesudah tragedi pun ada di jual. Boleh tahan rupa kampung ni sebelum musnah, cantik juga. Menurut mbak yang menjaja gambar tu, kalau cuaca bagus kami masih boleh lihat kepulan asap gunung Merapi. Kalau waktu malam kami boleh lihat cahaya merah lava. Wow. Apakan daya, cuaca macam mendung la pula. Sejuk pula tu, orang2 tempatan pun bersweater kami saja lenggang2 pakai t-shirt hahahaha..

Antara puing kesan letusan gunung Merapi yang memusnahkan kampung ini.

Sekarang, puing2 nya pun sudah diconteng2 oleh orang tidak bertanggungjawab. Aku tengok banyak couple ABG (anak baru gede) berjalan berpegang2 tangan dari belakang area deretan rumah. Ntah apalah dorang buat di sana tu? Dorang tidak tau ka kesan lava ni beracun? Duduk lama2 lagi sana mental baru tau.. Aku pun lama2 situ pening2 kepala aku. Mungkin juga bukan pasal tu tanah lava, mungkin juga pasal pemandangan telampau luas pening kepala aku. Mungkin juga kekurangan oksigen.. banyak kemungkinan. Kononnya ada dua penduduk terkorban, masa amaran gunung Merapi mau meletus orang2 kampung sibuk melarikan diri ke tempat lain tapi yang dua orang ni bersembunyi di dalam bunker, jadi bila lava mengalir dorang ni terperangkap di dalam. Pada pandangan aku bunker nda berapa sesuai untuk menyelamatkan diri dari bencana alam seperti letupan gunung berapi, sebab lava ni terlalu panas dan sejenis bendalir, lagipun asap gunung berapi kan beracun. Tapi kalau puting beliung tu memang ngam la, tapi kalau banjir lagilah nda ngam, sia2 jak lemas dalam bunker.

Sebelum beredar kami sempat bergambar dengan anak pokok yang baru mau tumbuh semula. Semua gambar2 kami ada sama si Yah. Yah, bila yah mo upload tu gambar? Nanti orang ingat aku temberang jak ni sbb teda gambar. Hahahah...

Candi Prambanan

Haaa, lepas dari tengok puing kesan letusan gunung Merapi kami pun akhirnya sampai juga ke Candi Prambanan. Kalau candi Mendut dan Borobudur ni candi agama Buddha, Prambanan ni candi agama Hindu. Di sini kami ambil tour guide untuk bercerita pasal candi ni, namanya Pak Sukirman. Setakat ni aku paling suka Pak Sukirman jadi tour guide kami pasal dia ni orangnya lucu, sampai aku rakam aksi dia bercerita kisah Loro Jongrang sama si Yah dan si Faye. Aku tidak la sibuk mendengar sebab aku sudah tau kisah tu. Awal2 lagi bila aku tau plan dibuat untuk kami melawat tempat2 ni aku sudah study sikit supaya aku tau apa bendanya yang aku pigi tingu tu hehehe.. barulah ada feel kan. Tapi memang best la lawatan kami sebab kami boleh tanya apa saja sama Pak Sukirman, dia cuba jawab sebaik mungkin dengan cerita yang diselit dengan lawak jenaka. Jadi nda la serious sangat macam kelas sejarah.

Candi Prambanan, Yogyakarta

Waktu kami melawat ni pun Candi Prambanan sedang dalam baik pulih, banyak kerosakan kesan gempa bumi. Sayang betul, kami cuma boleh masuk candi Wisnu saja. Sama macam candi2 lain, di dinding candi Prambanan pun ada banyak panel yang berukir dan bercerita. Antara panel yang aku tertarik ialah panel ukiran pohon Kalpataru (pokok hayat atau pokok hidupan), pokok ni diapit oleh dua ekor singa yang sedang duduk. Memang ukiran inilah antara historical carvings yang aku cari2, bukan apa kan aku sudah bilang tadi aku mo cari perkaitan antara ancient civilizations yang ada di dunia ni. Sebenarnya di candi Borobudur pun ada ukiran seperti ini juga. Pernahkah kamu terpikir dalam agama apa sekali pun pasti ada menyebut pokok hayat walaupun dalam nama yang berbeza? Permulaannya kisah hidup manusia mesti berlaku bersama wujudnya pokok ni. Mana sudah tu pokok sekarang? Mana? Mana? Aku pernah tanya si Aiso ni soalan sebelum aku menjelajah Indonesia ni, si Aiso bilang sama aku lupakan saja sebab tu pokok sudah kena tapuk oleh Annunaki.. Huahahaha. Okeylah aku tidak mau bincang itu disini, itu aku punya personal research for fun, tiada kena mengena dengan kisah trip ini. Hehehe.. Sedang aku siok2 menghayati ukiran2 kisah di dinding candi Prambanan ni tiba-tiba si Faye teriak, "yai.. ada ukiran kamasutra!!" Apalagi penghayatan aku pun terus hilang dan pindah ke tempat si Faye. Hahaha. Puas la juga aku mencari tapi teda pula aku terjumpa. Hmm... Mungkin aku ni 'baik' sangat. Aku kan Ishtar, Ishtar mana buli tingu benda2 macam tu.. kuang3x.


Bergambar di luar candi Siwa di kompleks Candi Prambanan

Ada banyak lagi kisah menarik disini, cerita Pak Sukirman pasal arca2 disini antaranya arca Ganesha dan kenapa Ganesha berkepala gajah. Ada dua kisah. Kisahnya yang pertama, ketika Durga ni mengandungkan Ganesha, dia sedang tidur2an. Tiba-tiba ada seekor gajah lalu jadi Durga ni sangat marah sebab tidurnya tergannggu. Oleh kerana terlampau marah Durga asyik teringat Gajah itu saja, jadi bila anaknya Ganesha lahir dia dilahirkan berkepala gajah. Kisa kedua pula seperti ini. Ganesha ni anak kepada Durga dan. Siwa. Pada suatu hari Durga ni mau pigi mandi jadi di berpesan sama anaknya Ganesha supaya menjaga agar tiada siapa pun dibenarkan masuk ke dalam rumah. Oleh kerana Siwa ni sudah pergi berburu dengan sangat lama maka anaknya Ganesha pun sudah besar dan tidak kenal dia. Tiba-tiba pada hari itu Siwa pulang, jadi Ganesha tidak benarkan dia masuk walaupun balik2 si Siwa kasitau dialah bapa kepada Ganesha. Tapi si Ganesha ni nda juga mo percaya, jadi oleh kerana marah Siwa potong kepala Ganesha. Tapi oleh kerana Ganesha ni berketurunan dewa (Siwa kan dewa), jadi dia tidak juga mati. Jadi Siwa pun bilang, apa saja binatang yang lalu kepala binatang itulah yang menjadi kepala Ganesha. Kebetulan pula gajah yang lalu sebab itulah Ganesha berkepala gajah.

Ada banyak lagilah cerita, kisah naga ada, rusa berkaki 6 ada.. macam2 lah. Yang paling famous kisah Loro Jongrang la. Aku rasa aku sudah pernah cerita pun di posting yang terdahulu. Teerlampau banyak pula kalau mo cerita sini. Mendingan lho liat candinya sendiri, bilang orang Jakarta.

Ketika kami meninggalkan candi Prambanan hari sudah senja, kami sempat bergambar berlatarbelakangkan candi Prambanan di waktu sunset yang aaaaaaaaaaaaamat lah cantik ini, thx to Pak Sukirman yang pandai ambil gambar, memang terer dia ambil gambar. Cantik2 gambar kami.

Bergambar waktu sunset berlatarbelakangkan Candi Prambanan dari taman.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke station keretapi iaitu Stasiun Tugu untuk membeli tiket keretapi Argo Willis kelas Eksekutif menuju ke Surabaya untuk tanggal 24 Nov. Memang lain cara membeli tiket disini, kami mesti mengisi borang terlebih dahulu. Mesti mengisi nama penumpang, nama keretapi, destinasi, jam bertolak dan jenis coach samada bisnes atau eksekutif. Sudah diisi semua barulah boleh mengambil nombor giliran untuk membuat pembelian di kaunter. Inilah rupa tiket saya... hehehe... (gambar nanti aku kasi masuk, scanner aku pula buat hal... cis..) Lepas beli tiket kami singgah di sebuah convenient store untuk beli makanan ringan. Pastu kembali semula ke hotel.

Macam biasalah, lepas balik hotel yang comel ni kami pun bersantai2 sambil minum kopi/teh dan makan swiss roll di laman kamar yang menghadap swimming pool. Malam tu aku ma si Yah continue bercerita di luar sambil makan kui dan minum kopi..

Okey cukup sampai ni, pengembaraan seterusnya aku akan cerita lagi di lain post. Hehehe..