Showing posts with label Jejak Kasih Keluarga KEE. Show all posts
Showing posts with label Jejak Kasih Keluarga KEE. Show all posts

Saturday, October 11, 2008

More Photographs From JKKKEE 2008 Events



More photos will be added soon, when I have the time *hehehe... I hope other team member can contribute photographs from the event as well. Thx.

If the picture takes too long to upload you may view the photo collection in the photo album in the JKKKEE 2008 Photo Album link on the top of this page or click here to view photo collection.

Wednesday, October 8, 2008

JKKKee 2008 Photostream





Seperti yang kita semua maklum, pada tanggal 4 October 2008 yang baru lalu telah belangsung majlis Jejak Kasih Keluarga Kee di Dewan Masyarakat Tawau. Memang besar ahli keluarga Kee, saya tidak pernah menyangka ada begitu ramai sekali descendant Kee Abdullah. Gambar-gambar sepanjang reunion ini berlangsung boleh dilihat di Album JKKKee 2008. Buat masa ini saya belum ada kesempatan untuk upload kesemua gambar pada hari tersebut, hanya sebilangan kecil sahaja. Saya akan cuba upload kesemua gambar dalam masa terdekat ini. Di atas adalah antara gambar-gambar yang terdapat di dalam album ini.

Ucapan tahniah kepada para AJK yang telah menjayakan majlis ini kerana bukan mudah untuk mebuat acara sebegini, tambahan pula acara ini merupakan benchmark kepada acara reunion yang seterusnya. Kalau mengikut persetujuan, acara ini akan diadakan setiap dua tahun sekali. Tahniah juga diucapkan kepada Kee Faridah kerana berjaya mengumpulkan gambar-gambar lama dan sedikit biodata anak-anak Kee Abdullah, saya difahamkan dia sudah mula mengumpul segala maklumat sejak lapan tahun yang lalu.

Tidak ada banyak komen dari pihak saya, cuma beberapa perkara yang boleh diperbaiki lagi di majlis akan datang. Feedback yang saya terima daripada ahli keluarga yang menyertai acara ni rata-ratanya berharap diadakan aktiviti suai kenal supaya dapat berkenalan antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang mengadu masih terdapat banyak kesilapan didalam buku yang telah ditulis. Bagi saya dia (Kee Faridah) sudah melakukan sebaik yang mungkin, tambahan lagi kesuntukkan masa untuk menyediakan mock-up untuk tatapan ahli keluarga menyulitkan dia untuk memeriksa setiap dokumen. Saya difahamkan bahawa buku ini belum lagi siap 100%, masih ada lagi yang perlu diubah dan diperbetulkan. Menurut Kee Faridah sendiri buku ini mungkin hanya dapat dikeluarkan pada Hari Raya Haji nanti.

Bagaimanapun saya mendapati sedikit percanggahan maklumat tentang ibu kepada Kee Kim Swee, mengikut apa yang tercatat didalam buku catatan arwah bapa saya Hj Kee Abdul Jalil (anak lelaki bongsu Kee Abdullah), Kipas bukanlah ibu kandung kepada Kee Kim Swee. Selain daripada itu, saya juga difahamkan bahawa Jumatiah bukanlah isteri pertama Kee Kim Swee, beliau sudah pernah beristeri sebelum itu dan mempunyai zuriat dari isteri sebelumnya. Ini juga pernah dimaklumkan kepada saya oleh arwah ayah saya Hj. Kee Abdul Jalil bahawa dia mempunyai saudara lain yang bukan beragama Islam. Mungkin di reunion yang akan datang boleh menjemput mereka bersama sekiranya mereka berminat? Itupun kalau dapat dicari la..

Saya juga berharap cerita berkaitan nenek saya Jumaatiah turut dimasukkan ke dalam buku ini kerana tanpa nenek Jumaatiah, tidaklah wujud generasi kita yang ada sekarang. Saya paling suka mendengar arwah bapa saya bercerita tentang ibunya Jumatiah, saya berasa kerugian sekiranya cerita tentang nenek tidak disertakan sekali.

Apa sekali pun, saya berharap keluarga Kee dan generasi seterusnya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada ahli keluarga Kee yang sudah pun meninggal dunia, semoga roh mereka sentiasa di rahmati Allah S.W.T.


Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri untuk semua ahli keluarga, rakan dan taulan Kee Heritage


Di kesempatan ini saya Kee Salmiah Kee Abdul Jalil, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua umat Islam yang merayakan hari yang mulia ini. Harapan saya moga-moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan keselamatan. Kalau sepanjang tempoh saya menulis di blog ini ada menyinggung perasaan, atau kalau ada perbuatan saya yang salah saya memohon ampun dan maaf. Wasalam.

Friday, September 26, 2008

JKKKEE News Update

Blogger Kee Rock said...

Ini maklumat terbaru yang saya terima dari Faridah Abu Bakar dan Kee Kamariah.

1. AJK telah bersetuju Warna Tema bagi perhimpunan tersebut ialah Lavender Purple.

Hmmm baju Lavender purple cantik juga. tu warna. Lembut, manis dan membawa ketenangan. Hmmm mau lagi pergi Kamdar beli kain. Baju raya pulak warna kelabu asap niiii.

2. Semua yang berkaitan silalah hantar SMS kepada mana-mana AJK untuk memaklumkan sama ada akan hadir atau tidak ke majlis tersebut. Adalah diharapkan agar kita dapat hadir dan di samping itu sumbangan kewangan amatlah dialu-alukan.
Bagi ahli keluarga yang sudah jawab SMS pada saya tidak perlu mengulang sms. Data sudah dikumpul.

3. Kakak Kee Salmah ada menyebut tentang Cabutan hadiah. Adalah dicadangkan setiap keluarga menyumbangkan juga satu bentuk HADIAH yang siap dibungkus dan disumbangkan kepada tabung hadiah pada hari majlis. Tidak ada yang compulsory statement tentang apa kandungan hadiah asal munasabah dan logik. Hmmm dengar kata ada yang menyumbangkan alat elektrik macam blender, toaster.. dsb. Bagus juga tapi janganlah hendaknya terlupa memasukkan sekali guarantee cardnya di dalam yaa. manaaa laaa tauu.

Namun yang penting tu hadiah yang logik tak semestinya mahal. Hmm yang ini kena lah melawat Alpha Angle kah Carrefour kahhhhhh...
Tesco agak jauh pulak.

Teringat aku perpatah pengetua sekolah menengah "HADIAH - bukan harga tapi PENGHARGAAN".

HARAP MAKLUM sekian dan Wassalam.
"Masa untuk kembali ke Meja Jahitan"

Wednesday, August 13, 2008

Tema Kaler Baju untuk Kee Reunion

Salam,

Kepada semua Kee Heritage Clan, memang kompom la tu reunion. Ramai ni yang kompom pigi ni termasuk juga aku ni yahoooooooooo~!!!! Bak kata si Yah, kalau aku nda pigi ni siapa la mo jadi tukang ambil gambar? Cewah, aku kan pemberita Kee Heritage.

Anyway, let's put that aside, bagi wakil ahli keluarga Arwah Kee Abdul Jalil tema pakaian adalah warna lavender. So take note, jangan pula kamurang pi pakai baju oren segala, pakai purple la...

Ini lah lavender kalau tidak tau jugak tu payah la mo cakap...


Nada duit sudah mo beli baju kaler lavender? Aku ada tips murah dan gerenti dapat. Beli la baju kemeja putih, baju kurung sekolah putih atau apa2 jaklah yang putih untuk di pakai (singlet pagoda pun putih juga tapi mesti kamurang nda sanggup pakai pi reunion ni bikin malu jak...nampak bulu ketiak). Kalau sudah ada pakaian putih, beli la nila.. rendam pakaian putih tu satu hari satu malam besok jemur dapat sudah kamurang baju nyaris nyaris kaler lavender... kwakwakwa...

Jangan marah gurau jak.

Monday, August 4, 2008

Surat Jemputan Rasmi Jejak Kasih Keluarga KEE 2008

Seperti yang sudah saya janjikan, ini dia salinan surat jemputan rasmi jemputan ke acara Jejak Kasih Keluarga KEE pada 04 October 2008.

Please note: semua phone number sudah saya erase untuk mengelakkan daripada orang yang tidak bertanggung jawab membuat prank calls atau sebagainya.

Saturday, August 2, 2008

Sumbangan Khas Minima RM100

Kepada semua anak cucu cicit KEE,

Pada hari ini saya telah menerima salinan surat dan minit mesyuarat Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE. Antara isi kandungan surat dan minit mesyuarat adalah seperti berikut:

Ahli Jawatankuasa Keluarga KEE telah mengadakan mesyuarat pada 19 April 2008 dan antara yang dibincangkan ialah bagaimana mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam majlis perhimpunan sebelum, semasa dan selepas yang akan diadakan pada 4 October 2008.

Mengikut surat yang diedarkan, perbelanjaan mengurus dan menjalankan aktiviti-aktiviti majlis perhimpunan yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM30,000. Oleh yang demikian, Ahli Jawatan Kuasa telah sebulat suara untuk memohon sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM100, diharapkan bagi yang sudah berkeluarga (bagi yang telah beristeri / bersuami) bolehlah membuat sumbangan yang lebih dari itu, mengikut kemampuan masing-masing.

Semua hasil kutipan akan diserahkan keapda AJK untuk diaudit sebelum dan selepas majlis perhimpunan.

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Alliance Bank (No Akaun: 600520010015539) atau diserahkan terus kepada:

  1. Tn. Hj. Kee Abd. Hamid Hj. Kee Sulaiman
  2. Datuk K.Y Mustapa Kee Mohd Yusuf
  3. Hjh. K.Y Salmah Kee Mohd Yusuf
  4. En. Kee Kahar Hj. Kee Sulaiman
  5. En. Kee Yacob Kee Ali
  6. Hj. Kee Jamal Hj. Kee Sulaiman

Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan anda mudah-mudahan majlis ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

**salinan surat dan minit mesyuarat akan saya upload pada hari Isnin.

Aturcara Majlis Jejak Kasih Keluarga Kee

Pada semua anak cucu cicit Kee Kim Sui dan / atau extended family,

Adalah dengan sukacita dimaklumkan satu perjumpaan keluarga akan diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan juga untuk saling berkenalan terutamanya pagi generasi yang ke-3 dan ke-4.

Tarikh : 04 October 2008 (tertakluk kepada perubahan)
Masa : 8.00 am - 2.30pm
Tempat : Dewan Masyarakat Tawau


Aturcara Majlis :

1. Acara perasmian PJKKKEE (Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE)

  • Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
  • Ucapan perasmian - YB Datuk Hj. Tawfiq
  • Penyampaian penghargaan cenderahati kepada 10 warga tertua KEE
  • Persembahan video klip keluarga KEE

2. Sesi suai kenal keluarga ahli keluarga KEE

3. Persembahan tarian tradisi (tarian Egal-Egal dan tarian Darling-Darling)

4. Pameran alat-alat antik keturunan KEE

5. Pameran carta keluarga (Family Tree) dan gambar keluarga

6. Cabutan bertuah

7. Pelancaran Buku dan pameran Buku Keluarga Kee

** Untuk cabutan bertuah, amatlah berbesar hati sekiranya sudi membuat sumbangan untuk acara ini.

Friday, July 18, 2008

Kee Heritage Mencari Saudara

EDITED:

K. Norliah akan pergi reunion sebagai wakil our side of family, jadi mari kita tunggu updates dari dia ^^

C Din dan C Dang pernah mention nanti ada family gathering untuk semua keturunan Kee. Asalnya bulan September, dengar lagi bulan Disember dan terbaru ku dengar bulan October, semua ini akan diadakan di Tawau. Mungkin kerana asal usul bermulanya keturunan Kee adalah dari Tawau.

Rasanya tidak semua pun tahu kerana sampai hari ini saya sendiri pun tidak pernah di inform secara rasmi. Ini kerana acara ini baru pertama kali mau di buat secara besar-besaran, lagipun people on top of the hierarchy la yang lebih kenal antara satu sama lain jadi biarlah dorang buat benchmark dulu. Bila everything sudah sort out barulah boleh jadi annual gathering, silap haribulan kalah bon odori festival hahaha..

Anyway, kalau berminat untuk join pigi saja nanti tiada menjadi masalah, inilah masanya kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Saya sendiri pun belum tau berita yang detail, kalau sudah ada info rasmi nanti saya umum dan kalau ada ongkos saya pergi buat liputan. Marilah kita sama2 tunggu dan lihat yeah!

Hopefully sesiapa yang ada info lebih detail boleh lah inform saya di Keeiz@hotmail.com atau Kee SAJKA@yahoo.com.

Selamat Berkenalan ^^~