Saturday, May 16, 2009



SELAMAT HARI GURU
Kee Roslee Hj. Kee Abdul Jalil dan Kee Sabariah Hj Kee Abdul Jalil
Mohd. Zaini @ Charles Kuminding ; Zainun Sedian
dan Mohd. Reza @ Androd Sedian

Thursday, May 14, 2009

HARI IBU, 10 Mei 2009







Masyarakat di Amerika Syarikat telah menyambut HARI IBU pada 10 Mei yang lepas. Ini munkin juga berlaku kepada masyarakat di negara-negara yang lain, termasuklah masyarakat di Malaysia. Budaya menyambut HARI IBU ini adalah budaya barat. Bagi masyarakat Melayu yang berugama Islam, anak-anak sepatutnya menyanjong IBU mereka sepanjang masa.

Bagi kita yang berugama Islam mahu pun penganut ugama yang bukan Islam, IBU dianggap insan yang terpenting dan yang sangat mulia. Semestinyalah dia diberi penghormatan dan kasih sayang yang tiada noktah.

Sesungguhnya , sekira seorang IBU itu rasa tersinggong saja dihatinya oleh perbuatan atau kata-kata si anak , maka jauhlah bau syurga bagi si anak ini. Mentelah lagi jika perbuatan dan kata-kata si anak menyebabkan si IBU menitiskan air matanya.

Namun kasihnya IBU itu sampai ke syurga. Dia tidak sanggup melihat anaknya menjadi anak derhaka dan tidak dapat mencium syurga. Sifat IBU sentiasa memaafi segala kesalahan dan dosa anak-anak kepadanya.

Itulah yang dinamakan IBU......


(Sanjongan terhadap seorang IBU telah dizahirkan melalui dua buah lagu daripada seniman agung kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sila nikmati senikata lagu-lagu tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Allahyarham).








IBU.....


IBU .....IBU.......
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

IBU.....IBU........
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai IBU.....

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa kau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

IBU.....IBU........
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerah kasih
Wahai IBU.......







KASIHNYA IBU.....


Kasihnya IBU membawa ke syurga
Kasihnya saudara masa berada


Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya berkorban nyawa?

Biarlah jiwa akan terseksa
Ikhlas dan rela
Asalkan bahagia....