ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri untuk semua ahli keluarga, rakan dan taulan Kee Heritage


Di kesempatan ini saya Kee Salmiah Kee Abdul Jalil, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan semua umat Islam yang merayakan hari yang mulia ini. Harapan saya moga-moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan keselamatan. Kalau sepanjang tempoh saya menulis di blog ini ada menyinggung perasaan, atau kalau ada perbuatan saya yang salah saya memohon ampun dan maaf. Wasalam.

Friday, September 26, 2008

JKKKEE News Update

Blogger Kee Rock said...

Ini maklumat terbaru yang saya terima dari Faridah Abu Bakar dan Kee Kamariah.

1. AJK telah bersetuju Warna Tema bagi perhimpunan tersebut ialah Lavender Purple.

Hmmm baju Lavender purple cantik juga. tu warna. Lembut, manis dan membawa ketenangan. Hmmm mau lagi pergi Kamdar beli kain. Baju raya pulak warna kelabu asap niiii.

2. Semua yang berkaitan silalah hantar SMS kepada mana-mana AJK untuk memaklumkan sama ada akan hadir atau tidak ke majlis tersebut. Adalah diharapkan agar kita dapat hadir dan di samping itu sumbangan kewangan amatlah dialu-alukan.
Bagi ahli keluarga yang sudah jawab SMS pada saya tidak perlu mengulang sms. Data sudah dikumpul.

3. Kakak Kee Salmah ada menyebut tentang Cabutan hadiah. Adalah dicadangkan setiap keluarga menyumbangkan juga satu bentuk HADIAH yang siap dibungkus dan disumbangkan kepada tabung hadiah pada hari majlis. Tidak ada yang compulsory statement tentang apa kandungan hadiah asal munasabah dan logik. Hmmm dengar kata ada yang menyumbangkan alat elektrik macam blender, toaster.. dsb. Bagus juga tapi janganlah hendaknya terlupa memasukkan sekali guarantee cardnya di dalam yaa. manaaa laaa tauu.

Namun yang penting tu hadiah yang logik tak semestinya mahal. Hmm yang ini kena lah melawat Alpha Angle kah Carrefour kahhhhhh...
Tesco agak jauh pulak.

Teringat aku perpatah pengetua sekolah menengah "HADIAH - bukan harga tapi PENGHARGAAN".

HARAP MAKLUM sekian dan Wassalam.
"Masa untuk kembali ke Meja Jahitan"

Thursday, September 25, 2008

Melamine Issues Affecting My Mail Box Too!

Hmmm... ini email yang kawan saya foward, menyemak
mailbox aku jak tapi apa2
pun baca la buat kesimpulan
sendiri. Sohih ka tidak ni?


Tolong sebarkan email ini jika anda sayangkan rakan-rakan dan keluarga anda!!

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripadaMELAMINE yang
mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada
kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya
digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation'
wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia.
Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan,
batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing
dankerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan
jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti
pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang
diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini
tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di
Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan
tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling
berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk
tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya
jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk
plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan
besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan
bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu
melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca
yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu
kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit
buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007
juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang
mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus
binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam
pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia
termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk
keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana
bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat,
dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang
diperbuat daripada melamine.

Baca lagi tentang melamine di sini:
Melamine-tainted milk seized from China factory:
http://www.nst. com.my/Current_ News/NST/Monday/ NewsBreak/
20080915125202/ Article/index_ html

Melamine plates a health hazard
http://archive. gulfnews. com/ articles/07/ 05/14/10125274. html

FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday .com/money/ industries/food/ 2008-09-11-
tainted-formula_ N.htm

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
http://www.fda. gov/oc/opacom/ hottopics/petfood. html


Wednesday, September 24, 2008

Newspaper Clipping from NST, issue 23 Sept 2008.

2008/09/23
Kee family gathers for Hari Raya
BERNAMA
Email to friend Print article



TAWAU: The first gathering of the Kees, a large family synonymous with Tawau, will be held at the Tawau community hall here on Oct 4.

The Kee family were descendants of Chinese national Kee Kim Swee, who embraced Islam using the name Kee Abdullah, and became the first civil servant in Tawau in 1894.

Many descendants of Kee Abdullah rose to prominence, including Sabah state Secretary Datuk K.Y. Mustafa and Assistant Finance Minister Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, who is also the assemblyman for Apas.

Tawau district chief OKK Kee Mohd Ayub Kee Abu Bakar was a great-grandson of Kee Abdullah. His father, Kee Abu Bakar, was Tawau's first district chief.

Gathering chairman Kee Hamid Kee Sulaiman said the event was aimed at giving the Kee family the opportunity to meet.
He was hopeful that all descendants of the family would return to attend the historic occasion. -- Bernama

Tuesday, September 23, 2008

Cicakman 2



hahaha... walaupun ntah apa2 movie yang first, tapi aku curious jugak yang 2nd ni macam mana.. ada improvement ka? nampak cam ada improvement dari segi cgi ngan cinematography. boleh la daripada yang mula2 tu. Mo kana tinguk juga ni, curious... hahahahahaha...

p/s kamu tau ka kes lrt nyaris2 terpelanting dari landasan? Kecoh betul satu KL masa tu mana nda nyaris2 orang ko bah... nasib baik nda sempat jatuh, mungkin ada cicak man buat stunt cam spenderman selamatkan keretapi di muvi.. kwakwakwa..

Monday, September 22, 2008

Hantu2 di Malaysia..

click image for a larger view

Tadi aku browse internet mo cari info pasal orang bunian untuk komik aku, mana tau temasuk la senarai hantu di wikipidea, rupanya ada orang tambah satu spesis hantu hidup di sana.. jahat betul dorang ni, ni yang aku malas refer wiki ni sebab yang taru info ni siapa2 pun boleh asal ada akaun..
hati2 refer wiki, nanti macam kes ini hahaha...

Countdown to EIDUL-FITRI



Click here!

Sunday, September 21, 2008

BUDGET RAYA

Eh eeeee.............kenapa mahal betul bil letrik ni sampai RM353.70 ? Ai ai ai......... tarif letrik sudah naik kah? Atau ada pembaziran dirumah ni? Aik kalau begini mesti tutup suis-suis. C Pais ndak buli telampau baa aikon tu. Nah kan mahal betul sudah ni bil. Sudahlah minyak kereta mahal .......... Sekarang ni kerja ku asyik2 pereksa suis, mana lampu, kipas aikon yang bepasang tapi nda ada orang disana, terus je ditutup. Masak air pun bagus guna gas ndak payah la guna letrik, tapi.............. gas pun mahal juga lo. Ah........ pakai gas la. Heater di kamar mandi? Nda mau juga? Aik sejuk ba pula kalau nda ada air panas. Biarlah itu ba pula aku sendiri nda tahan mandi air sejuk he he he aku juga yang bayar bil ndapa la kan? kan? Kan? Hey, budget untuk Hari Raya ni kena kurang la nampaknya.

BUDGET RAYA
Baju satu pasang seorang untuk sekeluarga - RM350.00
Kasut/Selipar satu pasang seorang untuk sekeluarga - RM250.00
Kueh/Biskut - RM150.00
Tambang Kapal Terbang - RM700.00
Kenderaan dan Penginapan - RM350.00
Duit Raya budak-budak - RM250.00
Sedekah Orang Tua2 dan Balu2 - RM300.00
Juadah Raya - RM150.00
Yuran - RM300.00
Lain-lain (Makan2 dijalan) - RM500.00
Jumlah RM3,300.00

Aik bukan pula bekurang ni betambah pula - defisit budget lagi. Pendapatan baru RM2,000.00 perbelanjaan sudah RM3,300.00 - kurang RM1,300.00. Mana yang buli di kasi kurang ni ah? Paling-paling duit budak-budak dan orang tua-tua/balu-balu kan? Ah kasi kurangla ba duit budak-budak tu .............last-last nda paya kasila, tapi yang tua-tua di kampung tu? Kesian ba pula kan. Harap-harap ada 'bonus' kalau nda da nampaknya itu budak2 silap-silap dapat 50 je. Anda bagaimana?

Wednesday, September 17, 2008

AL-QU'RAN - KALAMULLAH









Sabda Nabi saw. : " Yang terbaik diantara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain".






Tempat bersejarah , Gua Hira'



Ulama' bahasa Arab berselisih pendapat mengenai kata asal al-Qur'an. Setengah pendapat berkata ia berasal daripada al-qar'u dan seerti dengan al-jam'u yang bermaksud "himpunan."

Ada pula pendapat ia berasal daripada kata qira'ah yang bermaksud " bacaan." Pendapat inilah yang paling masyhur dikalangan ulama' bahasa Arab.
Definasi Al-Qur'an daripada sudut syara' juga mempunyai berbagai-bagai pendapat. Walaupun begitu ulama' usul al-din, usul al-fiqh, fiqh dan ulama' bahasa Arab bersetuju bahawa definasi al-Qur'an itu adalah Kalamullah.

Al-Qur'an telah diturunkan ke dunia melalui wahyu yang di sampaikan kepada Nabi Muhammad secara berperengkat-perengkat.
Adalah sukar untuk mengesahkan bagaimana pengalaman Muhammad bin Abdullah yang sebenar ketika pertama kali menerima wahyu. Banyak terdapat kisah-kisah yang samar dan bercanggah. Walaubagaimana pun yang penting ialah beliau telah menerima wahyu yang pertama ketika berada dalam Gua Hira' . (Sila lihat gambar).

Sudah menjadi tradisi keterunan Ismail iaitu terdapat seorang atau dua daripada setiap jenerasi Ismail akan pergi ke Gua Hira' untuk bersendirian dan beribadah. Perkara ini dilakukan pada setiap tahun dibulan Ramadhan. Muhammad juga turut melakukan ibadah ini
seperti keterunan-keterunan Ismail yang sebelumnya.

Muhammad telah bersendirian dan beribadah di gua ini sebelum dilantik menjadi Rasul lagi. Setiap kali Muhamad pergi ke gua ini , beliau akan membawa bekalan makanan dan keperluan-keperluan lain.
Seperti boleh dilihat dalam gambar, gua ini hanya boleh muat satu atau pun dua orang. Gua Hira' ini terletak di puncak bukit , di luar kota Mekah. Gua ini mempunyai dua lubang iaitu satu untuk keluar dan masuk dan satu lagi hanya setakat dapat melihat Kaabah.

Tiapkali Muhammad berulang alik dari rumahnya ke gua tersebut beliau akan terdengar satu suara memberi salam kepadanya. Apabila beliau berpaling kearah suara itu , yang kelihatan hanyalah batu-batu bukit dan pokok-pokok yang berada dipersekitarannya. Kejadian ini berlaku selama beberapa tahun setiap kali dalam perjalanan dari rumahnya ke gua tersebut pada setiap bulan Ramadhan.

Pada tahun 610 Masehi, tatkala umur Muhammad sudah mencapai 40 tahun, beliau merasakan satu tekanan didalam jiwanya untuk mencari kebenaran. Perasaan ini menjadi lebih kuat lagi apabila melihat kaumnya iaitu orang-orang Quraisy telah menyempang dengan menyembah
berhala dan patong.

Akhirnya sampailah pada hari yang bersejarah , dimana berlaku satu perubahan besar kepada dunia dan juga sejarah manusia. Mengikut pandangan ulama', tarikh kejadian yang bersejarah itu adalah pada malam 27 Ramadhan pada tahun 610 Masehi.

Mengikut apa yang diriwayatkan oleh al-Tabari, ketika itu Muhammad sedang berdiri didalam gua Hira' apabila datangnya wahyu buat pertama kali. Ini telah menyebabkan Muhammad terkejut terus jatuh melutut dan merangkak keluar.

Menurut Ibn Hisham pula, wahyu datang dalam mimpinya tatkala Muhammad sedang tidur didalam gua itu. Ada pula riwayat mengatakan Muhammad sedang duduk bertafakur dalam gua dengan tiba-tiba beliau merasakan suatu kehadiran yang tidak kelihatan telah menghampiri dan memeluknya dengan begitu erat. Muhammad cuba melepaskan dirinya daripada pelukan itu namun tidak berjaya. Muhammad merasakan dirinya tidak dapat bergerak. Beliau terasa terpegun dalam satu kegelapan.
Muhammad rasa dadanya sungguh sakit sehingga menyebabkan dia tidak dapat bernafas dan seakan hampir mati. Beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tatkala itu
satu cahaya dan suara yang mengemparkan memandi dirinya seumpama terbitnya fajar.

Suara itu pun menyuruh dia ," Iqra' ! " ( bacalah ).

Muhammad pun menjawab, " Aku tidak boleh membaca. "

Suara itu datang menghampiri Muhammad dan memeluknya lagi dengan erat sehingga membuat Muhammad tidak bernafas. Muhammad dilepaskan kedua kali.

Suara itu pun menyuruh lagi , " Iqra' !"

Muhammad pun menjawab lagi , " Aku tidak boleh membaca."

Sehingga selepas kali ketiga kejadian ini berulang maka suara itu pun berkata ..

" Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan ,
Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah. Tuhanmu Yang Maha Pemurah
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya....."
( surah Al-'Alaq , bermaksud segumpal darah
ayat 1-5 )


Kata-kata itu datangnya daripada suara yang telah menunjukkan dirinya sebagai seorang lelaki. Lelaki ini adalah malaikat Jibril.

Wahyu pertama ini menurunkan surah yang pertama ke dunia, iaitu surah Al-'Alaq.
Ada pun surah ini mengandungi sebanyak 19 ayat. Walau pun ianya surah
yang pertama diturunkan ke dunia tetapi mengikut penyusunan surah-surah dalam al-Qur'an ianya adalah surah yang ke 96.

Terdapat percanggahan pendapat mengenai tarikh datangnya wahyu pertama dimana surah ini diturunkan. Selain daripada setengah ulama mengatakan surah ini diturunkan pada 27 Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadr. Ada juga yang berpendapat bahawa kejadian ini berlaku samada pada 14, 17, 18, atau 24 hari bulan Ramadhan.

Bagi menghormati hari yang sejarah ini Malaysia menyambutnya pada 17 Ramadhan setiap tahun dan disebahagian negeri diistiharkan sebagai cuti umum. Pada bulan yang bersejarah lagi penuh rahmat ini umat islam digalak memperbanyakkan beribadah dengan membaca al-Qur'an selain daripada mengerjakan amal-amal ibadah yang lain.

Amin.



rujukan :
1. Biografi Muhammad bin Abdullah oleh Zulkifli Mohd Yusoff/Noor Naemah Abd.Rahman
2. Muhammad by Martin Lings
3. No God But God by Reza Aslan
4. Ringkasan Shahih Al-Bukhari
5. Al-Qur'an Mushaf Malaysia





RESIPI KELUARGA

KUEH RANGIN

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
2 biji kelapa (tidak tua tidak muda yang sedang-sedang saja) diparut
Gula Merah

Cara Membuatnya:
1. Tepung pulut dicampur dengan kelapa parut
2. Tabur bahan tadi dalam dulang pembakar setebal 1 1/2 inci tebal.
3. Tabur gula merah sesuka hati tebalnya.
4. Tabur lagi tepung pulut bercampur kelapa diatasnya setebal 1 1/2 inci tebal
5. Bakar dalam ketuhar sederhana panasnya sehingga masak kekuningan.

Resipi: Pemberian Kak Hang

p/s : Meng, Kak Hang ni pakar memasak tau. Agar-agar dan halwa papaya tu satu lagi resipi istimewa keluarga macam acar buah Mak Su. Malangnya kakakpun ndak tau buat. hehehe

Sunday, September 14, 2008

RESIPI KELUARGA

KUEH SARABAI

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras (kecil).
2 biji kelapa tua diparut dan ambil santan pekat.
sedikit garam.

Cara-cara Membuat Kueh:
Gaul tepung beras dengan santan pekat dan secubit garam - likat macam kueh terang bulan.Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak. Tuangkan adunan kira-kira 3/4 cawan, tutup hingga masak. Angkat dan taruh dalam pinggan.

Cara Membuat Kuahnya:
Masak santan dengan gula merah - likatnya macam kuah pengat. Tuang atas kueh bila hendak dimakan.

Nota: Kueh ini berlobang-lobang seperti sarang penyangat kalau jadi. Arwah bapa sangat suka makan kueh ini.
Resipi: Pemberian Kak Hang (Salleha Osman)

Thursday, September 11, 2008

Dried Flowers

Today is 11 September 2008. Does it ring a bell? The September 11 fiasco when the Twin Tower (USA) collapsed. To me it's too far away yet the significance was quite so so - as I remember it our economy slide down - the value of a few shares I had (just a small amount) were devalued, therefore I lost a bit of money but the lost were not as great as that of the lost of love ones.


It was Saturday night when we attended a ball (dancing parties were the order of the day way back in 1985). As we entered the hall a girl who happen to be my former classmate pinned a corsage on my lapel. It was made of an orchid flower and a few strand of fern leaves. It was the last time I danced with my hubby for the next day he and my youngest son died due to drowning. Today as I looked at the dried flowers which I had pressed in between the leaves of my diary, my prayer goes to them. May they rest in peace in God's heaven.

Friday, September 5, 2008

Congratulation kepada si Rosli dan keluarga

Tahniah, moga rezeki bertambah dengan adanya gulungan ijazah.

-cebisan dari emel si Rock hehehe..


Hmmm ini gambar kami di Bukit Malawati Kuala Selangor , Kakak ku Mang dan si Kam dan familynya waktu suami si Kam konvo di OUM tu. Hehehe sibuknya aku dan si Ojima jadi tourist guide. Siap pinjam trooper Om Din lagi. 2 minggu kami kemut kereta tu.. bawa dorang cuti-cuti Malaysia. Budak yang berdiri dan yang pakai tudung merah tu anak si Kam. Tudung Biru si Kam, tudung peach Mang dan yang Ba wau ta Kaf (botak) suami si Kam yang konvo. Yang penat letih lesu dekat Mariam tembaga tu yang berbahagia Kee rock hehehe.

Rock

SLS dalam shampoo bikin botak?

Hemmm.. sebenarnya sudah balik2 ku terima emel yang kawan2 ku foward, cuma amarannya lebih keras, buli dapat kanser konon. Bukannya aku tidak setuju dengan emel2 tu tapi aku rasa kurang yakin kalau percaya emel ni. Musti mo baca sendiri article yang sohih orang bilang. Jangan main percaya jak.

Actually apa2 pun boleh dapat kanser bah bukan shampoo saja, sebenarnya cara penggunaan dan pemakanan kita kalau nda betul memang boleh menyebabkan kita ni dapat banyak penyakit. Tapi biasalah manusia banyak nafsu kan, tambah2 lagi part makan2 ni. Hehehehe. Okay sebelum aku tambah melalut biarkan aku terangkan sikit la apa tu SLS dan mitosnya membotakkan kepala atau menyebabkan kanser.

First of all SLS ni nama penuhnya Sodium Laureth Sulfate / Sodium Lauryl Sulfate. SLS ni ada dalam majoriti semua shampoo komersil (yang kamu tinguk2 di tv tu lah). Setakat ni aku belum lagi terjumpa shampoo yang tiada SLS. Jadi sebab tu aku pun nda peduli juga aku pakai jak lah, susah pula kalau nda bershampoo ni tapi aku nda la kerap bershampoo cam masa aku kecik2 dulu, tiap2 hari aku bershampoo sampai kering rambut ku cam sabut kelapa. Heheheh..

SLS ni biasanya bukan saja terdapat dalam shampoo, tapi ada juga dalam agen pencuci lantai, ubat gigi, ointment dan selalunya dalam bahan kosmetik. Kegunaannya untuk menghasilkan buih2 yang memerangkap kotoran. Alamak!!! Bahayalah ni adakah bahan pencuci taruh dikepala!!! Des kalau pikir begini susahlah, memang pun tujuan kita mo cuci kepala pun kan? Tahukah anda ada banyak lagi bahan2 chemical yang digunakan untuk industrial dan juga kegunaan harian dalam pemakanan atau kosmetik? Contohnya, baking soda. Baking soda ni kandungannya juga ada dalam bahan2 pencuci tapi kita guna untuk buat kek dan makan.

Bagaimana SLS boleh menyebabkan botak atau rambut gugur? Naturally SLS adalah acidic. Manusia yang normal mengalami keguguran rambut sekurang-kurangnya 100 helai setiap hari. Jadi bila ada folicle yang terdedah kepada residue SLS (ini gara2 bilas kepala nda bersih lah ni main jirus2 jak. Nda boleh ooo.. mesti cuci bersih tu sabun). Jadi SLS residue ni boleh tinggalkan dua kemungkinan, irritation (gatal2 kepala tapi ndada kutu tu dia lah tu) dan menyebabkan inflammatory. Jadi matai la segala sel2 rambut dan ehm... butakz la.

Kenapa macam tidak logik? Sudah lebih 50 tahun jutaan orang pakai shampoo yang ada SLS tapi bukan semua orang botak pun dan tidak pula dengar kes orang kena kanser gara2 shampoo. Penyebab botak tidak semestinya kerana SLS, mungkin jawapannya adalah salah satu berikut atau semua:

1. Well setiap orang kan berbeza, mungkin kalau anda mengalami keguguran rambut sekarang ni, mesti anda kalau pakai shampoo mau nya banyak2 pastu cuci di shower sekejap, rasa rasa cam teda buih sudahlah kira bersih konon. Salah tu, itu yang banyak tinggal residue tu dan menyebabkan kegatalan kulit kepala, gugur rambut dan lama2 butaks. Lagi satu suka bleach rambut, kalau sudah ditulis pakai 30 minit saja jangan pula sengaja kasi lama2. Tu yang bikin masalah tu dan kanser kulit kepala. Bah kah?!! Ada pula orang suka bersampoo pastu berendam2 dalam bathtub kepala masih beshampoo. Nah, hentikanlah.

2. Faktor genetik, keturunan botak tidak dapat tolong. Des, adakah???!! Jan marah gurau jak. Tabiat suka meramas rambut sendiri atau pakai sisir yang sudah berabuk. Habuk2 di tangan atau disisir ni melekat di rambut dan kena kulit kepala menyebabkan kegatalan, garuk2 kepala rosak kulit kepala dan akhirannya folicle pun terbuka cam pintu pasaraya dan rambut pun cabut la. Hahahaha...

3. Stress dan pemakanan. Hmm.. ni aku belum habis buat research lagi ni. Kalau ada sesiapa yang lain tau punca2 selain yang sudah ku sebut boleh la tambah.

Orait, sekian. Kepada sesiapa yang pernah menerima foward emel shampoo SLS, jangan takut jangan bimbang. Kurangkan penggunaannya, dan bilas bersih2 sampai tiada residue. Kalau tidak yakin cukup bersih rendam kepala dalam besen hahahaha.

Kee Heritage: Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Kee Heritage: Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

SELAMAT BERPUASA DAN BERSUNGKAI - JANGAN PUASA IANG YUK SIANG MALAM BUKA PERIUK HEHEHE

Monday, September 1, 2008

Kota Derbent, berlindung dari serangan Ya'juj dan Ma'juj dibalik tembok yang tinggi

** Entri ini telah ditambahakan dengan beberapa fakta berikutan dengan perkembangan arkeologi terkini. Bersesuaian dengan perubahan isi kandungan yang kini telah disertakan dengan lebih banyak maklumat, saya menukar nama entri blog ini dari tajuk asalnya iaitu The Great Wall (Caspian Gates) dibina oleh Alexander atau Cyrus the Great? Isi kandungan entri asal ini tidak banyak berlaku perubahan tetapi lebih banyak ditambah maklumatnya. Terima kasih.

Caspian Gates (atau juga dikenali sebagai Alexander Great Wall) ini terletak di Derbent. Selain dari itu ia turut dikenali dengan nama Darban di dalam bahasa Parsi. Ia merupakan bandar tertua di Russia dan telah wujud sebelum adanya 'bandar abadi' Rome. Umur bandar ini sudah melebihi 5000 tahun lamanya. Tarikan utamanya merupakan kompleks kubunya, selain daripada bangunan-bangunan bersejarah, pemandangan gunung dan alam sekitarnya yang cantik.

Ramai pengkaji berpendapat Caspians Gates adalah merupakan dinding batu yang di bina oleh Alexander The Great, seperti yang tercatat dalam Alexander Romance. Mengikut catatan tersebut, Alexander telah memburu musuhnya Bessus; seorang bangsawan Persia dan bergelar Satrap bagi Bactria. Pada masa itu Bactria lebih dikenali sebagai Balika di Arab dan India, sementara di China ia dikenali sebagai Daxia. Pada masa kini, Bactria merupakan sebahagian dari Utara Afganistan dan dikenali sebagai Balkh. (Satrap adalah gelaran bagi pemerintah di wilayah jajahan empayar Median dan Persian di zaman kuno). Siapakah Bessus ini? Dia ialah pengkhianat yang menyebabkan kematian Darius III kerana takut dengan kekuatan tentera Alexander dan ingin menyerah kalah.

Kononnya Alexander telah mengejar musuhnya sehinggalah tiba di laluan antara dua puncak pergunungan di banjaran Caucacus. Di sini Alexander telah bertemu satu kaum yang tidak bertamadun iaitu kaum yang sering menyerang penduduk di sebelah selatan lembah tersebut. Alexander kemudiannya membina sebuah dinding yang dibuat daripada besi yang memisahkan kedua-dua lembah dan menghalang kaum itu daripada  terus menyerang.

Gambar dipinjam dari Iranian Backpackers

Kisah yang sama ada diceritakan di dalam Al-Quran, di catatkan bahawa ianya dibina oleh Zul-karnain untuk menghalang kaum Yakyuj dan Makjuj. Bagaimanapun para ulama Islam menolak kemungkinan Alexander dan Zulkarnain adalah orang yang sama. Mengikut para ulama Islam ciri-ciri Zulkarnain lebih serupa kepada Kursy al-Farisi, Raja dari Parsi (Iran) yang juga dikenali sebagai Cyrus II The Great yang memerintah selama 30 tahun dari 559 SM hingga 529 SM.

Caspian Gates terletak di antara sempadan Russia dan Georgia. Terdapat satu laluan yang sempit yang terletak di antara dua gunung dan dikenali dengan nama Daryal Pass atau Dariel Gorge. 

Di dalam surah Al-Kahfi ada mengisahkan tentang kisah Zul-Karnain di masa lampau. Di dalam surah Al-Kahf, Nabi Muhammad S.A.W berasa duka cita kerana orang-orang musyrik yang tidak mahu beriman. Maka Allah S.W.T menyuruh Rasulullah menceritakan kisah-kisah yang sudah lepas sebagai peringatan kepada manusia bahawa Allah Maha Mengetahui. Di dalam surah ini kaum Ya'juj dan Ma'juj yang dijelaskan sebagai kaum membuat bencana.

Zul-Karnain dikatakan menemui satu kaum di antara dua gunung yang bahasanya tidak di fahami. Kaum ini membuat aduan tentang kaum Ya'juj dan Ma'juj yang sering datang membuat bencana. Mereka menawarkan bayaran kepada Zul-Karnain supaya membina satu tembok supaya dapat menghalang kaumYa'juj dan Ma'juj.

Mereka berkata: "Wahai Zul-Karnain, sesungguhnya  kaum Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan di bumi, maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?"  
-(Surah Al-Kahf 18:94)

dia berkata : "Apa yang Pemeliharaku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik, maka bantulah aku dengan kekuatan, dan aku akan membuatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka"
 -(Surah Al-Kahf 18:95)





"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila dia telah membuat separas  antara dua tebing tinggi, dia berkata: "Tiuplah!" sehingga apabila dia telah membuatnya api, berkatalah dia: "Bawalah,  supaya aku tuangkan leburan tembaga kuning di atasnya".

 -(Surah Al-Kahf 18:96)



Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya.

-(Surah Al-Kahf 18:97)


dia berkata: "Ini ialah suatu rahmat dari Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang, Dia menjadikannya debu dan janji Pemeliharaku  adalah benar."
-(Surah Al-Kahf 18:98)

Dan pada hari itu, Kami membiarkan mereka menyerbu antara satu sama lain, dan trompet ditiupkan, dan Kami mengumpulkan mereka berkumpul-kumpul.
-(Surah Al-Kahf 18:99)


Dan pada hari itu kami mengemukakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya dan berpaling dengan jelas.
-(Surah Al-Kahf 18:100)


Yang mata mereka ditudung dari peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.
-(Surah Al-Kahf 18:101)


Apa, adakah orang-orang yang tidak percaya menyangka bahawa mereka boleh mengambil hamba-hambaKu sebagai pelindung, selain daripada Aku? Kami menyediakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya.
-(Surah Al-Kahf 18:102)


Jikalau menurut pendapat Jehan de Mandeville, Ya'juj dan Ma'juj ialah Gog dan Magog merupakan sebahagian daripada sepuluh kaum Israel yang lenyap selepas kejatuhan Kingdom of Israel akibat serangan Assyria. Gog dikatakan merupakan seorang anak raja, atau kaum, sementara Magog merupakan tanah asal atau tanah jajahannya. Bagaimanapun ada yang berpendapat Ya'juj dan Ma'juj merupakan bangsa Tartar dan Mongol yang terkenal sebagai bangsa yang kuat dalam peperangan dan suka menjajah. 

Bagaimanapun mengikut catatan sejarah, pada masa lampau Derbent memang selalu diserang oleh pelbagai pihak pada tahun-tahun yang berbeza antaranya kaum Scythian, Sarmats, Hun, Alans, Avars,  Khazar, Tartar dan lain-lain. Malahan ia juga pernah berada dibawah pemerintahan Empayar yang berbeza.

Jika dilihat dari sudut sejarah, kaum Hun merupakan sebahagian dari suku kaum proto-Turk  dan sering berperang dan menjajah sebelum bersatu dengan suku kaum Turk yang lain di dalam Empayar Mongol.  Selain itu  terdapat pula suku kaum Tartar yang bermastautin di antara pergunungan Derbent dan Circaffia. Tetapi ada pula sejarahwan yang bependapat Ya'yuj dan Ma'juj merupakan kaum Scythian. Jadi siapakah pula sebenarnya kaum Ya'yuj  dan Ma'juj ini? 



Kaum Ya'juj dan Ma'juj disebut dua kali di dalam Al-Quran, pertama di dalam surah Al-Kahf, dan kedua kali di dalam surah Al-Anbiya'.  Surah Al-Anbiya' merupakan ingatan bahawa manusia masih lalai dan berpaling daripadaNya. Di dalam surah ini banyak disebut kisah-kisah masa lepas seperti kisah Nabi Ibrahim A.S, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S. sebagai peringatan kepada umat selepasnya dan menegaskan Nabi Muhammad merupakan Rasul  yang diutus memberikan rahmat serta memberi peringatan kepada umat manusia. Di dalam surah ini Ya'juj dan Ma'juj akhirnya berjaya melewati benteng yang menghalang mereka.


Satu pengharaman bagi penduduk suatu negeri yang telah Kami binasakan, mereka tidak akan kembali.
-(Surah Al-Anbiya' 21:95) 


Sehingga, apabila dibukakan Ya'juj dan Ma'juj, sedang mereka melongsor turun dari tiap lereng-lereng
-(Surah Al-Anbiya' 21:96)  

Dan telah hampir janji yang benar, dan tiba-tiba mata orang yang tidak percaya menatap dengan tajam,  "Celakalah kami, kami lalai dari yang ini, tidak, kami adalah orang-orang yang zalim.
-(Surah Al-Anbiya' 21:97)  



Mengikut catatan sejarah Dagestant, Russia, Derbent pernah dijajah oleh tentera Empayar Mongolia yang terdiri daripada kaum Goturks dan Tartar yang bergabung dibawah pemerintahan Borjigin Temüjin, atau lebih terkenal dengan gelaran Genghis Khan, pada 1239.

Berbalik dengan Caspian Gates (The Great Wall), pada tahun 1971 satu carigali purba (archaeological excavation) telah dijalankan dan satu penemuan yang mengejutkan dimana wujudnya asas kepada bandar Derbent seawal abad ke-3 dan akhir abad yang ke-4 SM iaitu lebih 5000 tahun dahulu. Jadi boleh juga diandaikan kewujudan tembok ini adalah berada di dalam tempah yang sama dengan pemerintahan Alexander (356-323 SM). Jadi memanglah tidak mustahil jika mengandaikan bahawa Alenxander juga merupakan orang yang datang membina dinding batu seperti yang tersurat di dalam Al-Quran.

Antara pemerintah Derbent yang berpengaruh pada awal kurun ke-8 ialah seorang komander militari Arab, Maslama ibn Abd al-Malik, yang digelar 'bapa kedua Derbent' di atas kejayaannya dari segi town planning dan menjadikan Derbent sebagai pusat ketenteraan dan politik yang mashyur. Maslama ibn Abd al-Malik adalah anak kepada Khalifah bani Umaiyah iaitu Abd al-Malik ibn Marwan. 


**Ada banyak lagi kisah2 menarik mengenai kota Derbent ini dan juag Caspien gate serta kaitannya dengan tembok batu terpanjang dan tertua di dunia iaitu Red Snake. Mungkin saya akan menulis di dalam entri yang lain. Terima kasih.

All pictures are taken from a website called Small town of Russia

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Kepada semua ahli keluarga Kee yang beragama Islam, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan puasa yang yuk pula dan jangan terlebih membazir duit dan makanan gara2 nafsu buka puasa. Mentang2lah lapar, bila beli juadah berbuka yang ada bermacam jenis semua pun dibeli hehehe..

Masa ni kepada yang suka memasak tu mesti mau cuba bermacam2 resepi yang sedap kan? Ini ada satu blog Resipi.my yang boleh kamurang check, ada banyak resepi best best jadi bolehlah kamu cuba try test, ataupun boleh juga kamurang share resipi special kamu sendiri, nanti raya aku pulang try makan hehehehe...

Apa2 pun, selamat menunaikan kewajipan anda ^^