ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Wednesday, December 29, 2010

Selamat pulang ke rumah abang Dtk Hj Kee Zainal Abidin Kee Abdul Jalil :)


Salamunalaikum semua, syukur kepada Allah, abang saya Dtk Hj Kee Zainal Abidin Hj Kee Abdul Jalil telah dibenarkan pulang dan selamat tiba dirumahnya lebih kurang jam 2 petang tadi. Hari Isnin ini dia akan ke hospital untuk membuka bekas jahitan pembedahan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang jauh dan dekat, kerana mendoakan kesihatannya. Marilah kita semua terus mendoakannya supaya kembali pulih dengan sepenuhnya, kekal sihat dan bahagia disamping isteri dan anak-anak serta cucu-cucunya, serta keluarga dan sahabat handai yang menyayanginya. Semoga dia panjang umur dan dikurniakan rezeki yang berpanjangan. Amin.

Saturday, December 25, 2010

Syukur kepada Allah, Dtk Kee Zainal Abidin telah selamat menjalani pembedahan dan telah dipindahkan ke wad biasa petang tadi.

Salam kepada para penderma darah, ahli keluarga, dan para sahabat yang datang membantu, ucapan ribuan terima kasih atas bantuan dan doa yang diberikan kepada Datuk Kee Zainal Abidin yang telah selamat menjalankan pembedahan pada 21hb Disember 2010. Sukacita saya ingin maklumkan kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat taulan bahawa abang saya telah dipindahkan keluar dari ICU (Intensive Care Unit) ke wad biasa pada petang tadi. Dia dipindahkan ke wad biasa di bangunan Menara Selatan, Tingkat 2. Segala jasa anda sekalian tidak akan dilupakan, semoga Allah memberikan balasan atas budi baik anda sekalian dengan lebih besar. Segala budi dan jasa anda sekalian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda, saya bersyukur kerana diberi peluang mengenali anda sekalian. Ucapan terima kasih tidak dapat untuk menggambarkan betapa saya amat menghargai atas segala budi baik anda semua, terima kasih tidak terhingga.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan maaf jikalau disepanjang tempoh ini ada kata-kata dan perbuatan saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mungkin kerana perasaan saya agak terganggu, jadi dengan tidak sengaja kesabaran saya pun agak kurang, dan penjelasan tentang prosedur lawatan pun tidak berapa jelas. Kepada mana-mana pihak yang terasa hati, saya memohon maaf sekali lagi. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh ini pengurusan yang saya buat tidak memuaskan hati dan ada cacat celanya. Tidak ada alasan yang dapat saya berikan, cuma saya harap anda sekalian dapat memaafkan segala kesilapan saya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. Saya bersyukur kepada Allah kerana membantu abang saya dan keluarganya. Saya juga ingin merakamkan kesyukuran ke atas keputusan pemeriksaan jantung abang saya Kee Nordin pada 21hb Disember 2010,  abang saya Kee Nordin tidak perlu menjalankan angioplasty dan doktor sudah memberhentikan pengambilan ubatnya. Saya berharap kesihatan kedua-dua abang saya ini akan bertambah baik pulih seperti semula dan kekal sihat, panjang umur, bahagia, dan rezeki yang berpanjangan. Inshallah.

Friday, December 24, 2010

Ayat Penunduk dan Ayat Pengasih

Assallamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera Keluarga dan Kawan-kawan Yang Dikasihi ...

Ini sajalah mo sharing al kesah yang kontroversial ni. Tapi ini kesah benar tau bukan rekaan semata-mata.

Kisahnya begini.. beberapa rakan sa mengamalkan ayat pengasih dan ayat penunduk ni. Ayat pengasih dan Ayat Penunduk ni adalah ayat-ayat dari Quran yang dibaca dan diamalkan. Punca rakan-rakan sa mengamalkan ayat ni adalah gara-gara takut kena marah boss bha ... Dari pemerhatian sa memang Ayat Penunduk dan Ayat Pengasih ni berkesan. Orang first time jumpa tak fasal-fasal jatuh cinta tergolek dog dan Boss pun tak dapat nak marah kat rakan-rakan sa. Fuh .. begitulah ganazz nya ayat -ayat ni.

Tapi sa tak setuju sebenarnya dengan tindakan rakan-rakan sa sebab itu bagi sa dah mengganggu 'freewill' orang. Sa pun risau juga, mesti ada ramai lagi yang mengamalkan ayat-ayat ni. kuang3x. Sebab ayat-ayat ini ada ditulis dalam buku-buku doa pastu uztaz akan maklumkan bahawa ayat-ayat ini tak boleh diamalkan bagi perkara-perkara yang melanggar hukum syarak ... hmmm ..

Jadi sa rasa terpanggil untuk menasihatkan kawan-kawan yang mengamalkan ayat ni berhentilah. Sebab sa rasa ini adalah seperti sihir menggunakan ayat-ayat Quran ja. Tak taulah itu pendapat sa saja.

Sebenarnya, pengamalan ayat-ayat ini memakan diri juga. sebab klu kita amalkan ayat-ayat ni sebab takut kena marah boss ke apa ke .. macam mana kita nak build self confidence. In the long run, kita akan jadi orang yang penakut...wuakakaka.. macam terer la pula sa. (Pendapat ni sa plagam pendapat orang lain). Biar ja lah boss marah, mungkin kita memang patut kena marah pun kan ... so experience kena marah boss ni mungkin laa.. boleh meningkatkan daya tahan diri dan ada banyak hikmah-hikmah lain ..kuang3x.

Di sini Sa rasa terpanggil untuk share doa yang baik untuk diamalkan:

1) La Hau La Walla Quwata Illa Billa - Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
2) La Illaha Illalah - Tiada tuhan selain Allah
3) Hasbunallah hi Wa ni'mal wakil - Cukuplah Allah sahaja sebagai penolong ku
4) Bismillahi Wa Tawakaltu - Dengan nama Allah aku bertawakal.

Pada pendapat sa, jika kita amalkan doa yang sa cadangkan di atas. Insha'allah kita akan menjadi orang yang berani dan berkeyakinan tinggi. Kita tak kisahpun kena marah dengan Boss sebab kita tahu benda tu tak bawa apa-apa mudarat pun. Bonus satu lagi, insha'allah ayat pengasih dan ayat penunduk pun tak akan dapat menguasai kita. Wallahuallam.

p.s.
1)Semak semula doa yang sa tulis tu sebab doa-doa tu sa main hafal ja tak pernah semak ejaan tajwid dan sebutannya .. kuang3x
2)Doa yang sa cadang di atas sebenarnya asas pegangan kita orang islam. Kalau kita menghayati doa -doa tersebut, kita adalah orang yang paling kuat rasa sa .. ( yang ini pendapat sa)
3) Jangan try-try sa aa.. sa tak terer pun . Saja nak sharing ja. Klu sapa-sapa marah kamu tumbuk ja tu pokok kelapa .... hehehe

Thursday, December 2, 2010

Looking for blood donors for my brother Kee Zainal Abidin Kee Abd Jalil who will undergo an open heart surgery

UPDATE :

* Abang saya telah selamat menjalankan pembedahan dan telah dipindahkan keluar dari ICU ke wad biasa pada 25 Disember 2010. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah sudi membantu kami, para penderma darah, ahli keluarga, sahabat handai dan para pembaca. Segala budi baik anda doa anda sekalian tidak akan kami lupakan, semoga Allah membalas jasa dan budi baik anda semua.

**My brother has undergone the surgery, today he has moved from the ICU to the ordinary ward. God's willing he will be able to go home soon. I would like to thank all the donors, family members, friends and readers for all your help and prayers. May you'll be repaid for your good deeds by Allah SWT in this world and in the Day after. Amin. 


Salam, dear family, friends and readers, we are currently looking for blood donors for our beloved brother Kee Zainal Abidin Kee Abdul Jalil who will undergo an open heart surgery on the 21st of December 2010.  If your blood type is O+ and willing to donate, please contact us for blood screening which is ongoing from the 2nd until 20th of December 2010. On behalf of my brother and family, we would like to thank you in advance, your kind gesture is greatly appreciated.


The requirements for donors  are as follow:

i. Age : Above 18 yrs
ii. Wt. : Not less than 45 kg
iii. In good health and not on medicationiv. Not pregnant or nursing (menyusu anak)
v. Have not undergone any surgery within the last 6 months
vi. Have exceeded 3 months from the last donation date
vii. Have not received a blood transfusion within the past 1 year
viii. Free from disease such as Hep B, Hep C, HIV and Syphilisix. Not involved in sexually active homosexual
x. Must be same blood group with patient
xi. Donors to come twice - first for screening test and second to donate blood.

B. Blood Bank Details:
i. 5th Floor, North Tower, SDMC (Previously SJMC),Subang Jaya,Selangor.
ii. Operating HrsMon - Fri : 08:30am- 1730pm Sat : 08:30am - 12:30pmThe centre is also open during lunch hours.
iii. Contact No. : 03 - 5639 1575

Note :
1. Donate Date is same as Operation Date i.e.21/12/2010; Time : 08:30am
2. Screening can be done starting  2/12/2010 until 20/12/2010 not later than 3pm. Those who want to check their blood group can do so at the Blood Bank Centre and once confirmed your type is O (+/-) , you can proceed to do screening. No charges will be incurred for blood group check and screening.
i. Last date to do screening : 20/12/2010 not later than 1500hrs (3pm).
ii. Those who drive can get their parking tickets stamp at the Blood Bank Counter to get free parking.
iii. Pse mention patient's name and MRN No.when enquiring/registering.

C. Patient's Details :
Name : Datuk K. Zainal Abidin bin A Jalil 
 MRN : 349269
Donate Date : 21/12/2010 (Date of Operation)
Time : 8:30am
Contact No Patient's Fmly members : 019 - 230 5051, 019 - 221 2718, 016 - 296 2431

Patient and immediate family members wish to thank to all to-be donors and appreciate this
kind gesture.May you'll be repaid for your good deeds by Allah swt in this world and in the
Day after. Amin.


Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI AIDIL ADHA



kEPADA SEMUA Kaum Keluarga saya sekaluarga ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil adha, Maaf Zahir dan Batin. Uik macam nda ada apa2 ni rancangan.

Teringat lagu P Ramlee sesese

BERKORBAN apa saja
Harta ataupun Nyawa
Itulah kasih mesera
Sejati dan Mulia mmmmmm

Selamat Menunaikan Ibadah Korban - semoga kita semua diberkati dan dirahmati
Allah subhanawatallah. Amin.

Thursday, September 23, 2010

betulkah 2012 matahari mengamuk dan hari pun kiamat?

Salam semua, apa khabar? Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua warga Kee serta pengunjung blog ini. Posting saya ini tidak akan berkongsi kisah hari raya saya, mungkin di posting akan datang kalau ada masa. Hari ini saya mau cerita sikit tentang matahari. Sikit saja sebab saya pun bukan saintis, cuma ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ada. Kalau apa yang saya tulis ini salah harap jangan segan2 betulkan, terima kasih.

Saya ingatkan isu kiamat dan 2012 ni sudah basi tapi masih ada juga orang ingin mengembar-gemburkannya lagi. Terbaru isu tentang solar storm yang mungkin akan berlaku pada 2012 pula menjadi mangsa dan dikaitkan dengan hari kiamat. Dulu sudah sebut tapi sebab sudah lama saya kira orang sudah lupa, mana tau boleh timbul balik. Sebenarnya saya sudah jangkakan ini akan berlaku. Saya tahu ramai pembaca yang sudah tahu kebenaran isu solar storm dan kiamat itu tapi saya pikir tidak juga salah kalau saya tulis di blog berkenaan isu ni lagipun lama sudah ini blog terbiar... anduuu...


gambar solar burst pada pandangan saya sangat cantik

Sebenarnya gambar yang dipaparkan di atas adalah aktiviti kebiasaan matahari yang dipanggil solar burst atau solar flares. Memang biasa la matahari tu begitu jadi tiada apa yang mo ditakut dengan meninguk gambar tu. Sebenarnya walaupun matahari ni radiasinya sangat tinggi tapi sangat cantik bah... tidak percaya kamu tengok saja la video yang NASA paparkan. Solar flares tu memang selalu bah  'melawat' bumi dan bila 'berinteraksi' dengan earth magnetic field dan 'terserap' dalam atmosphere bumi, ia akan membentuk suatu pemandangan yang amatlah cantik dan dipanggil aurora. Untuk membuktikan kata2 saya yang solar flares sudah biasa 'melawat' bumi, pada 1st hingga 5th August tahun ini saja satu siri 'lawatan' solar flares yang berterusan telah berlaku. Seperti biasalah boleh nampak aurora dan kesannya pada waktu ni ada la gangguan ke atas electronic device yang sensitif dengan magnetic energy.

As for how the solar flares or sun burst or whichever u wish to call it bertindak balas dengan atmosphere bumi dan menyebabkan berlakunya aurora tu, nda la aku mau explain detail2 ya sebab nanti orang kata aku temberang jak. Lagipun aku rasa penerangan yang ringkas dan mudah dari program Nasa Connect ni lebih menarik :)


Apa macam? Menarik kan? Memang begitu la dari dulu dan sekarang, bukan sesuatu yang mengejutkan dan menakutkan. Every 11 years USUALLY the solar flares are more intense sehingga digelar solar storm, kebetulan complete solar cycle yang ke-11 tahun jatuh pada 2012. Maka ramai la orang mengaitkannya dengan kalendar Maya dan kiamat. Padahal masa 2001 dulu tiada pula orang ribut2 pasal ni solar storm... atau pun setiap 11 tahun sebelumnya. Jadi mengapa ribut2 sekarang? Adakah kerana pengumuman yang dibuat oleh NASA. 

Apa sebenarnya diumumkan oleh NASA? well, they predict that in 2012 the solar flares/burst/storm will be more intense than what they expected. Why do they issue the alert now? Because of our life styles today. Sekarang kita bergantung kepada satelit dalam kehidupan harian kita... navigation system, communication system - tv, internet, etc. In the past there are not that many satelites up there, so para saintis advice is to REINFORCE THE SATELITES and BUILDING BACKUP SYSTEMS. The damages of these satelites will cost billions of economic activities. Dianggarkan sekiranya tiada tindakan persediaan diambil kesan daripada solar storm ni boleh menelan belanja sebanjak USD2 trillion setahun. fuiyo... Jadi sebenarnya amaran dibuat bukan lah pasal the end of life di muka bumi, tapi supaya membuat persediaan supaya sistem komunikasi dan ekonomi kita tidak terjejas.

As for the people on earth, we have our earth magnetic field to protect us, even if some of it reaches mother earth it will only affect the power grid so mati karan laaaa... gangguan terhadap barangan elektronik pun bisa berlaku, ini pun bukan sesuatu yang baru dan sudah banyak kali berlaku. Tiada pula orang bising2 kaitkan kejadian tu dengan kiamat.....So jangan panik bah...Cuma ada sesetengah pihak yang bimbang siri lawatan 'solar flares' ini agak lama jadi lama la juga gangguan magnetic energy yang berlaku. Boleh mengganggu kehidupan harian dan urusan kerajaan dan perniagaan dan lain2. Apa juga bah, kalau kita ni biasa sudah tu tiada karan masih lagi boleh survive bah. Nda sia2 juga aku join pengakap masa kecil2 boleh bah aku survive. Kalau nda pun anggap sajalah hari Nyepi di Bali. Kalau penggila facebook kebosanan la dia tu, baru slow internet pun sudah komplen... hahahaha... aku pun bah kalau internet slow aku complain juga... heheheheeee...tetapi perlu diingat bukan semua kawasan akan mengalami 'lawatan' solar flares ni so jangan risau la. Biasanya kalau mau tengok aurora kesan dari solar flares adalah di kawasan sebelah utara je seperti Canada, Norway, Alaska, Greenland, Iceland, Russia, Sweden dsbg. Sebagai penutup cerita, marilah kita sama2 menengok Aurora Borealis, kalau dapat pigi tinguk di Norway kan best :P



Now lets take a look at our sun :)


Peace~

Thursday, August 5, 2010

AL-FATIHAH

Assalamualaikum Sdra/Sdri sekalian,

Untuk makluman seluruh ahli keluarga, ayahanda saya yang dikasihi, Mohd Shakir B. Datuk Hj Pg Abdullah, yg juga suami kepada bonda Noriah Bte Datuk Hj Abu Bakar Titingan telah kembali kerahmahtullah pada Sabtu 31 Julai 2010 bersamaan 19 Sya'ban 1431H. Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Utara Tawau.

Kepada yang berada di Tawau, sukacita kami menjemput sdra/sdri untuk bersama-sama menghadiri majlis tahlil malam ke7 yang akan diadakan pada Jumaat 6 Ogos 2010 bersamaan 25 Sya'ban 1431H selepas solat fardhu Is'ya di Wisma Keluarga, 1601 Jalan Banyan Drive Tawau..

Marilah kita sama-sama sedekahkan AL-Fatihah dan berdoa agar Roh Allahyarham mendapat limpah rahmat dan tempat disisi Allah swt.

AL-Fatihah...

Sunday, July 25, 2010

One Thousand Million Smiles

I dedicate this song to everyone all over the world. Have a wonderful and beautiful day with lots of love and don't forget to smile :)




There's a gift I'd like to give you
That can't be bought or sold
A ray of sunshine across the waters
That comes straight from the soul
Let us join our hands together
To bind the colours of our skin
A rainbow under GOD's Great heaven
A sign that love will always win
One thousand million smiles
I bring to you across the miles
In my land of sunshine
Or in your land of snow
Makes no difference where you are
If you let your feeling show
One thousand million ways
To love each other every day
For the poet and the old man
For the mother and the child
These One thousand million smiles
If the world is full of sorrow
Then what's the meaning of life
If war's the master of the house
And hunger is his wife...
But a shining bridge of lovin' smiles
And tender helping hands
Will bind all men on earth together
And will forever stand
So here! Stand with heart in hand
I bring this gift from my homeland
So take these smiles and sweets hellos
Keep then in your heart where ever you may go

Song & Lyrics by Sudirman Hj Arshad

Saturday, July 17, 2010

Israeli Refusenik : Don't be afraid to say NO TO WAR CRIMES!!



Young Israelis and soldiers refuse to serve the occupation. They say that they dont want to take part in war crimes and they are willing to go to jail for it. In the Israeli society its really hard to refuse cause you may loose all your friends, get in big trouble with the family or get problems at the workplace. What would you do if you would be born today in Tel Aviv or Gaza!? It's time for you to wake up! Have the Courage To Refuse!

The horror for Palestinians grow over the decades and Israel became safer from year to year. Its time that the Palestinians get a right to exits. One day Palestine will be free.

Tuesday, July 6, 2010

Benarkah poligami sebagai kebajikan? Yang pasti ia bukan kewajipan juga amalan, malahan bukanlah hak seorang lelaki beristeri ramai.


Salamun Alaikum dan selamat sejahtera teman-teman Kee Heritage yang masih sudi datang melawat dan membaca nukilan saya. Apa khabar? Harap semuanya sihat dan gembira. Hari ini saya nak mendebatkan topik yang sensitif bagi kaum wanita, para isteri terutamanya, iaitu poligami. Bila sebut poligami ramai wanita akan masam mencuka dan menjadi emosi tetapi lelaki pula akan tersenyum simpul atau lebar sampai ke telinga.  Tetapi adakah anda benar-benar memahami tujuan berpoligami? Benarkah poligami digalakkan di dalam Islam? Ramai lelaki  terutamanya rakan-rakan saya kalau ditanya kebiasaan jawapannya : "...ikut kemampuan, kalau mampu sampai empat pun boleh. Macam saya ni gaji dah la kecik, satu  pun belum tentu..."  Dari segi jawapan, kelihatannya terdapat salah faham. Ramai di kalangan lelaki muslim di negara kita ni yang bijak menggunakan alasan untuk  berkahwin lebih dari satu sama ada  2, 3 atau 4, mereka kata mengikut sunnah nabi. Biasanya mereka ni suka meminjam sebahagian daripada ayat ke-3 surah An-Nisa' (Perempuan).

"..maka kahwinkanlah olehmu perempuan-perempuan yang nampak baik bagimu, berdua, bertiga, atau berempat orang.."

Malahan mereka juga sanggup menggunakan alasan mengikut contoh bahawa Rasulullah S.A.W sendiri mempunyai lebih dari seorang isteri. Tapi benarkah Rasulullah beristeri ramai, saya akan menyentuh tentang subjek itu di catatan yang lain dimana saya akan senaraikan siapakah yang benar-benar diambil isteri oleh Rasulullah dan senarai wanita-wanita yang tidak ada kepastian sebagai isteri Muhammad melainkan andaian semata-mata.

"..tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau  apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya."

Kedua-dua baris ayat tersebut diatas merupakan hanya sebahagian daripada ayat ke-3 surah An-Nisa'. Jika membaca keseluruhan ayat maka kita mendapat penjelasan siapakah perempuan-perempuan yang dibenarkan untuk dikahwinkan berdua, bertiga dan berempat orang itu.

Sebenarnya ayat ke-3 surah An-Nisa adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan berlaku adil kepada anak-anak yatim seperti yang sering dibahaskan oleh orang yang benar-benar faham. Bagaimanapun apabila ditanya pendapat Mufti Terengganu, Ismail Yahya beliau berkata ada kekeliruan di kalangan umat Islam mengenai poligami. Beliau melihat bahawa teks-teks agama yang sering digunakan untuk membahaskan tentang poligami selalu telah disalahtafsirkan.

“Saya tidak kata tidak boleh langsung berpoligami kerana ia ada dalam Islam cumanya ia tidak digalakkan. Dalam keadaan tertentu yang boleh, memang ia dibolehkan,” katanya, sambil berharap pandangannya itu tidak disalahertikan. “Poligami itu bukannya satu hak bagi suami,” kata Ismail, yang turut mengingatkan bagaimana Rasulullah sendiri tidak memberikan persetujuan anaknya Fatimah az-Zahra dimadu ketika Saidina Ali Abi Talib menyatakan hasrat mahu berpoligami. - dipetik dari akhbar Utusan Malaysia

Seringkali alasan berpoligami di kalangan umat Islam sering mengguna pakai Surah An-Nisa' ayat ke-3, bagaimanapun ayat ini  hanya merupakan sebahagian daripada 176 ayat. Ia dipanggil surah An-Nisa' (Perempuan) kerana ia banyak menyentuh tentang isu kaum perempuan (wanita). Surah lain yang juga banyak menyebut tentang perempuan ialah surah At-Thalaq. Rangkuman ayat 2 hingga 10 lebih banyak menyentuh tentang amalan sikap berlaku adil terhadap anak-anak yatim dan perempuan, malahan ayat ke-3 yang lengkap merupakan ayat yang bertujuan untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Firman Allah SWT:

Jika kamu takut, bahwa kamu tak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinkanlah olehmu perempuan-perempuan yang nampak baik bagimu, berdua, bertiga, atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya. -(Surah An-Nisa' 4:3)


Menurut pendapat Maulana Muhammad Ali (The Holy Qur’an - Lahore 1973 : nota kaki 535, dipetik dalam Asghar Ali Engineer The Rights of Women in Islam, ms 156), adalah diakui bahawa surah ini telah diturunkan untuk memberi panduan kepada orang-orang Islam dalam keadaan selepas peperangan Uhud, dalam pertempuran tersebut, 70 orang lelaki Islam daripada bilangan 700 orang telah terkorban dan dengan itu bilangan kaum lelaki telah berkurangan dengan banyaknya, dan kaum lelaki itu merupakan golongan yang menyara kaum perempuan. Bilangan kaum lelaki mungkin akan berkurangan lagi di dalam pertempuran yang akan dihadapi selepas itu. Dengan demikian, ramai anak yatim menjadi tanggungan perempuan-perempuan balu yang menghadapi kesulitan untuk menyara diri mereka.Oleh itu,dibolehkan lelaki beristeri lebih dari seorang supaya janda-janda yang kematian suami itu dapat bantuan daripada suami barunya. Benarkah begitu? Hanya Allah yang mengetahui.

Sebelum turunnya ayat-ayat ini terdapat ramai lelaki bangsa Arab yang mempunyai isteri yang sangat ramai kadangkala mencapai sehingga 10 orang. Lelaki beristeri ramai menggambarkan kekayaan dan kekuasaannya. Kesan peperangan juga menyebabkan ramai wanita menjadi balu atau menjadi anak yatim, dan mereka ini sering diambil sebagai isteri dalam jumlah yang ramai sekali. Melihat fenomena ini, Rasulullah menyuruh mereka menceraikan isteri-isteri mereka yang terlalu ramai kerana bimbang tidak dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri dan anak-anak mereka. Malahan dapat mengelakkan penganiayaan terhadap mereka. Ini kerana terdapat lelaki yang mengahwini janda-janda atau anak-anak yatim yang berharta dengan alasan untuk menyara hidup mereka tetapi sebaiknya pula yang berlaku.

Seperti yang kita sedia maklum ayat (4:3) adalah lanjutan kepada ayat sebelumnya dan sering diguna pakai untuk membenarkan poligami walhal sudah jelas dan terperinci di dalam Quran bahawa ianya ditujukan untuk kebajikan anak-anak yatim apabila penjaganya tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak yatim dibawah jagaannya. Tetapi adakah ayat ini membenarkan poligami? Mari kita lihat ayat ini sekali lagi.

Fankihuu bermaksud oleh itu kahwinkanlah mereka atau thus marry them off.

Maathaaba bermaksud mereka yang nampak baik atau those who seem good.

Lakum bermaksud kepadamu atau to you.

Minannisaa : dari kalangan perempuan atau from the women

matsnaa, wathulaatha warubaa : berdua, bertiga atau berempat atau twos, threes and fours.

**matsnaa, wathulaatha warubaa adalah kata bilangan yang berpasangan, jadi yang dimaksudkan disini ialah berdua pasang, bertiga pasang atau berempat pasang.

Maka dapat disimpulkan disini ayat ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim sama ada menikahkan mereka (anak-anak yatim), berdua, bertiga dan berempat orang atau mengikut jumlah yang ada dalam penjagaan mereka apabila mereka mencapai usia yang sesuai untuk berkahwin (usia matang). Bagaimanapun sekiranya bimbang ia menyebabkan penganiayaan maka cukuplah dikahwinkan seorang sahaja.

Firman Allah SWT:

Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang ditetapkan untuk mereka tetapi kamu ingin mengkahwinkan mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."-(Surah An-Nisa' 4:127)

Jelaslah disini Allah S.W.T sangat mementingkan kebajikan anak-anak yatim. Secara tidak langsung ayat ini memberi penjelasan dengan lebih mendalam apakah yang dimaksudkan dengan berlaku adil terhadap anak-anak yatim seperti yang disebut di dalam ayat yang ketiga Surah An-Nisa'.

Sesungguhnya untuk bersikap adil itu adalah sangat sukar. Rasulullah sering berpesan supaya banyakkan bersabar dan menjaga hati perempuan.

Firman Allah SWT:

Kamu tidak akan boleh berbuat adil antara isteri-isteri kamu walaupun kamu ingin sekali, maka janganlah kamu condong sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung. Jika kamu membetulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.-(Surah An-Nisa' 4:129)

Sekali lagi Allah mengingatkan bahawa adalah mustahil untuk berlaku adil kepada lebih dari seorang isteri, jelaslah Allah tidak menggalakkan poligami di dalam ajaranNya.

bersambung...



Wednesday, June 30, 2010

Peace, Propaganda and the Promised Land: Media & the Israel-Palestine Conflict

**Please take note that not all Jewish and Israeli support their Zionist corrupted government policy. There are the military refusenik such as the Ometz LeSarev and Yesh Gvul who refused to serve in the occupation. There are also “Combatants for Peace” movement by both Palestinians and Israelis, who have decided to put down their guns, and to fight for peace. Please watch the video till the end.



Peace, Propaganda & the Promised Land provides a striking comparison of U.S. and international media coverage of the crisis in the Middle East, zeroing in on how structural distortions in U.S. coverage have reinforced false perceptions of the Israeli-Palestinian conflict. This pivotal documentary exposes how the foreign policy interests of American political elites--oil, and a need to have a secure military base in the region, among others--work in combination with Israeli public relations strategies to exercise a powerful influence over how news from the region is reported.

Friday, June 25, 2010

OPINION : United Nation for the United States - US foreign policy, the P5 and their abusive veto power

The five permanent member a.k.a. the P5 (United States, United Kingdom, France, China and Russia) hold veto power over substantive but not procedure resolutions allowing a permanent member to block adoption but not to block the debate of a resolution unacceptable to it. The other 10 are non-permanent whose temporary seats are held for two years terms with member states voted in by the General Assembly on a regional basis. Currently they are Austria, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Gabon, Japan, Lebanon, Mexico, Nigeria, Turkey and Uganda. The presidency of the Security Council is rotated alphabetically each month, and is currently held by Mexico for the month of June 2010.

As the main and largest contributors to the organization, United States hold great influence to the decision making of the Council, and through strong lobbying and economic pressure, it can often sway the vote of the non-permanent members. In many cases, the P5 have often abused their veto power, The Soviets used Cold War political logic to bar Italy from the United Nations by casting their vetoes at least six times and against Japan four times. The United States, on the other hand, used its veto seven times barring Vietnam from the world body, and cast it once against post-independent Angola (both countries with political or military ties to the Soviet Union). Having said that, recent events has show the world that the US has used its veto on far more often than any other country on occasions when the vote would have gone against them, a clear sign of power without influence. The war in Iraq is a good example, although the UN security council did not vote to proceed with military action in Iraq, the United States work on its own and attacked Iraq in 2003 without the mandate of the international organization. In my opinion the UN did not try too hard to do so because US, being the chief financier of the organization, might have come down hard on them and cut back some of its funding.

The governance of the United States however doesn't solely reflect on the wishes of its citizen but strongly by the influence of the pro-Israel lobby, the AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) and CUFI (Christian United for Israel). AIPAC and CUFI are Christian Zionist organization who collaborated with the Jewish Zionist and its Zionist government or bureaucracy. Each of these entities have their own different understanding for both long and short term goals, but in order to achieve it, they have to go through a process that each of them share in common, the invasion of the Middle East. Please take note that not all Jewish and Christians are Zionist, and not all Israeli support their Zionist government policy. There are the military refusenik such as the Ometz LeSarev  and Yesh Gvul who refused to serve in the occupation, independent groups like Women And Peace Coalition, Dai LaKibush and also WCC (World Churches Council). These are some examples of those who are opposing the State of Israel government policy. Refer to my article the Freedom Movement for the Palestinian and Israeli in and outside The States of Israel.

Under a deal proposed by the UN, Iran was urge to accept International Atomic Energy Plan to ship 1,200 kg (2,646 lb) of its low-enriched uranium (LEU) with European nations. Which in return shall provide Iran with more highly enriched uranium in a form that can only be used in medical reactor. Iran was to swap its low-enriched uranium (LEU) for fuel made in Russia and France for a medical reactor in Tehran. The proposal, backed by the United States, Russia and France, was aimed at giving time for diplomatic talks with Iran. However, the failure of the first proposal resulting a new deal with Turkey and Brazil to revive a fuel swap plan drafted by the United Nations with the aim of keeping Tehran's nuclear activities in check. However, as soon as the deal was decided, the United States went on with its predetermined draft resolution against all political costs which were involved.

With the urge from of AIPAC and CUFI, the United States with the support of United Kingdom, France, Russia, China and Germany, negotiated the final draft of Resolution 1929 and put forth for a vote at the United Nation Security Council.  AIPAC and CUFI are the biggest non-government organization in the United States that have the biggest influence over the United States foreign policy and governance. With the support of AIPAC, more than three-quarters of the House and Senate signed letters to President Obama urging him to impose "crippling sanctions" on Iran. The letters further urge the president to sanction Iran's Islamic Revolutionary Guard Corps, Iran's banking system, and Iran's ability to import refined petroleum. The bipartisan House letter was spearheaded by Reps. Jesse Jackson Jr. and Mike Pence, while the bipartisan Senate letter was led by Sens. Charles Schumer and Lindsey Graham.

On 9th June 2010, the resolution passed with 12 affirmative votes, 2 dissenting votes from Brazil and Turkey, and an abstention from Lebanon. Speaking before the vote, the representatives of Brazil and Turkey said they had voted against the text because it ran against their efforts to bring about a negotiated solution through the agreement on the Tehran Research Reactor and the related Tehran Declaration of 17 May, which provided a new opportunity for diplomacy. Following the vote, Lebanon’s representative said Iran had a right to the peaceful use of nuclear energy as well as an obligation to adhere to the safeguards regime, adding that the fuel swap deal it had negotiated with Brazil and Turkey provided a way towards a resolution of the problems that had arisen.  The sanctions regime, on the other hand, represented a painful failure of diplomatic efforts, he added.

The new sanctions aim to curtail Iranian military capabilities by restricting missile investment and testing, enforcing a conventional arms ban, suggesting a cargo inspections regime, and targeting sanctions at new individuals and entities. These targeted sanctions impose an asset freeze on 40 entities and one individual, and a travel ban on 36 new individuals allegedly involved in Iran's nuclear program.

Maria Luiza Ribeiro Viotti, Brazilian Ambassador to the UN, announced that Brazil would vote against the draft resolution on the grounds that it was just one more event in a spiral of threats and isolation. She said she was very concerned that the letter of the Vienna Group had only arrived hours before the meeting and no time had been given for Iran to react to its opinion, including its call for a technical group meeting on details.  Also of concern was the fact that the Council’s permanent members (P5) together with a state that was not a member (Germany), had negotiated behind closed doors for a month.

Describing the Tehran Declaration as a unique opportunity that should not be missed, she went on to point out that it had been approved by the highest Iranian officials as well as Parliament. The Declaration provided for the use of nuclear energy and set out ways to verify fully its peaceful purposes. The only possible way to further that collective goal was to achieve Iran’s cooperation through dialogue and negotiations. Indeed, the Declaration showed that dialogue could do more than sanctions, she said, expressing the Brazilian Government’s deep regret that the document had neither received the recognition it deserved, nor been given time to bear fruit. Brazil reaffirmed the imperative to carry out all nuclear activity under the safeguards of the International Atomic Energy Agency (IAEA), and Iran’s activities were no exception, she emphasized, adding that the Tehran Declaration was “sound policy” that should be pursued.  The resolution would delay rather than accelerate or ensure progress, and concerns about Iran’s nuclear programme would not be resolved until dialogue began.  By adopting sanctions the Council was adopting one of two tracks to solving the question, and in Brazil’s opinion, it had chosen the wrong track.

In response to the 1929 UN resolution, Iran’s National Security Council announced that the draft makes no reference to the eleven suggestions put forth by the Islamic Republic at the NPT meeting and insists that the resolution is based on “unfounded accusations.” They claim that not only have these charges never been proved, in the report of the head of the IAEA, published two days before the passing of the resolution, “for the 22nd time it is confirmed that Iran’s nuclear activities show no deviation from peaceful goals.” The statement goes on to emphasize that the Tehran Agreement, between Iran, Turkey and Brazil highlights “peaceful nuclear cooperation” and “avoidance of transgressions against the rights

Following the vote, Lebanon’s representative said Iran had a right to the peaceful use of nuclear energy as well as an obligation to adhere to the safeguards regime. He added that the fuel swap deal it had negotiated with Brazil and Turkey provided a way towards a resolution of the problems that had arisen. The sanctions regime, on the other hand, represented a painful failure of diplomatic efforts, he added.

As reported by Haaretz on 16th May 2010, Iranian President Mahmoud Ahmadinejad called on six major world, the five permanent UN Security Council members and Germany, which have been discussing further UN sanctions on the major oil producer, for fresh talks on Iran's nuclear program after the fuel exchange agreement. It is interesting how the Security Council perceives without question that the Iran’s peaceful nuclear program is more hazardous than of a country that possesses 200 nuclear warheads and was never allowed of inspection of its nuclear facilities.

In my opinion, this shows the double standards attitude adopt by the P5 which suggest that they might not have the interest of the international peace and security at heart but of a different agenda. One must never forget that Iran have been under pressures and sanctions by many decades including preventing Iran’s nationalization of its own oil. The Council was showing its political biases by its reaction to the deal on the Tehran Research Reactor, and its lack of action on Israeli violations of the Treaty on the Non-Proliferation of Nuclear Weapons and the threats made against Iran by that country and the United States.


Reference :
Security Council SC/9948 / 6335th Meeting (AM) : Security Coucil Imposes Additional Sanction on Iran
Tehran Declaration : Declaration on INPIM 10th seminar on PIM and 4th Regional Asian Conference, 2-5 May 2007, Tehran, Iran
Hareetz : Iran to ship uranium to Turkey in nuclear swap  by News Agencies
Reuters : Turkey, Brazill, seal deal on Iran nuclear fuel swap by Parisa Hafezi
Bloomberg : Iran May Agree to Brazil’s Plan for Nuclear-Fuel Swap
Earth Times : US Veto Kills a UN Resolution by Michael Littlejohns 

My other articles :
- Freedom Movement for the Palestinian and Israeli in and outside The States of Israel.
-The Twisted Ideology :  English Reformation and Christian Zionist.
-Zionism  and the creation of the State of Israel, the history that shaped it's political policy today.
-AIPAC, CUFI and the United States foreign policy : Peace, Propaganda and the Promised Land
-United Nation for the United States : looking back through timeline
-The Runaway General?? : The Rolling Stone and the contradicting speech in (IISS) London

Saturday, June 19, 2010

Fakta atau konspirasi?? Media zaman sekarang...

Salam semua, apa khabar? Saya okay saja, masih suka membaca buku2 sejarah, jurnal sains dan arkeologi. Bestnya. Ada masa terluang menonton dokumentari2 menarik. Ada setengah tu tidak layak dipanggil dokumentari pun sebab menyebar fakta separuh2 untuk mengelirukan orang.. oh mujurlah saya banyak membaca kalau tidak saya pun tertipu sama. Contohnya ada satu dokumentari Doomsday : 2012.. oiii bengangnya saya menonton rancangan tu, dia ambil fakta sikit2 saja untuk kaitkan dengan isu panas ramalan kiamat 2012. Lepas tu balik2 lagi mewar2kan kononnya ramalan2 ni semua kata kiamat 2012 padahal tak ada pun ramalan2 yang dibuat tu pernah sebut tahun 2012, dan lagi ramalan2 tu tak cakap pun nak kiamat. Lepas tu rancangan ni jemput orang2 yang tidak bertauliah untuk ditemuramah, segala psychedelic writers yang pandai2 buat kesimpulan sendiri tanpa merujuk kepada orang2 yang pakar dalam bidang yang dorang bincangkan. Ada pula diselit nama seorang yang agak popular dengan teori I-Ching nya tapi sikit pun rancangan ni tidak sebut yang orang ni psyechedelic writer yang menggunakan dadah sebagai medium inspirasi, dan lagi dia sendiri pun nda pernah pun cakap kiamat 2012. Tambah lagi orang ni dah mati kena kanser otak, kalau dia mau betulkan pembohongan orang yang menggunakan nama dia pun tidak boleh. Mujur saya pernah menonton interview orang ni berkaitan teori I-Ching dia tu. Lain yang dia cakap tapi pandai2 pula rancangan TV ni ubah suai!  Argh!! Kenapa la zaman sekarang ni banyak media massa yang suka menyebarkan cerita tidak tepat dan lebih bersifat conspiracy theory semata2? Cuma pentingkan rating penonton daripada menyampaikan maklumat sebenar!!! Mujur channel ni sudah tiada di Astro kalau tidak saya tulis surat komplen!!! Channel ni memang sudah pernah kena saman pun sebab menyebarkan dokumentari berunsur fitnah... ish! Habis tu kalau sudah tau kenapa la saya pergi tengok kan? Kerna mungkin perangai saya suka menonton apa saja, bezanya saya tidak percaya terus.. oh sori ya, saya suka menonton, kemudian mencari segala buku2, artikel2 yang di tulis oleh sejarahwan ka.. saintis ka... orang yang bertauliah baru saya pertimbangkan dengan akal. Inilah masalah generasi zaman sekarang ni, macam kena kejutan media. Terus saja percaya membuta tuli... sedihnya saya. Pernah saya mau tulis artikel membetulkan salah faham tentang satu isu yang serious tapi kawan saya bilang, "janganlah... nanti orang marah sama kau sebab orang paling benci dikasi tau dia salah!" Bengang betul saya sama kawan saya tu, saya dalam hati masih tidak puas sebab saya tidak suka orang sebar2 cerita bohong... aaaaaaaargh!!! Pada pendapat anda, perlu kah saya tulis saja walaupun saya tahu akibatnya saya akan dipulaukan orang? atau saya diam2 saja? Saya rasa diamkan diri tu sikap orang yang tidak bertanggung jawab langsung. Sebab tu kehidupan di zaman sekarang ni semakin teruk, ganas dan tiada toleransi sesama sendiri... Okaylah, tarik nafas dan banyak kan bersabar.... fuuuuuh...

Sebenarnya ada banyak cerita saya mau sampaikan, dari kisah zaman firaun sampailah kisah perang dunia pertama. Jangan risau kalau saya cerita mesti nda boring, cewah perasan. Tapi sekarang tiada masa nanti lain kali sajalah ya. Kalau rasa bosan sangat boleh la baca jurnal Martha Stewart yang melawat Malaysia baru2 ni. Bukan main lagi dia dapat jumpa permaisuri dan juga orang utan di sabah. Brunch sama Datin Rosmah lagi. Okaylah saya mau sambung balik melukis, sejak musim World Cup ni tambah saya kesuntukan masa mana tidak telampau banyak benda mau di buat. Jadi kalau boleh saya sangat berharap kepada sesiapa yang juga admin atau penulis blog Kee Heritage ini boleh menyumbangkan sebarang artikel menarik atau cerita untuk dikongsi. Terima kasih. Kalau ada sesiapa yang ingin menyertai pun boleh cuma perlu hantarkan email pada saya di keeheritage@gmail.com. Cuma kenalkan diri anda dan saya akan hantarkan jemputan jadi penulis. 

Sampai jumpa lagi, bye :)

Wednesday, June 16, 2010

Apa jadi...???

apa kejadian dah dengan forum "Kee Heritage" sunyi ja ni, mana family member yg lain.

Thursday, April 8, 2010

DEMI MASA

DEMI MASA semuanya merugi kecuali yang beriman. Apakah maksud ungkapan itu. Apakah 'iman' itu?

Seperti blog ini jika diukur dengan masa maka sangat lama sudah tiada orang datang berkunjung atau membuat apa-apa terbitan disini? 'Kenapakah kau berubah haluan?' Semua pun sudah beralih ke Face Book. Kesian rumah ini sudah seperti rumah terbiar tiada bepenghuni - untunglah masih juga ada beberapa ahli keluarganya yang masih setia yang masih sudi menghantar berita melaluinya. Mari kita semarakkan kembali rumah ini seperti dahulu kala.

Akhir-akhir ini aku terasa semacam 'kekeciwaan' dengan keadaan. Bulihkah ni keciwa dengan keadaan?

Di dada akhbar terpampang kisah-kisah seram dan menyedihkan. Manusia hilang pertimbangan. Sampah saraf merata-rata menjijikkan. Kecurian bahkan kes rompakan menjadikan kita rasa ketakutan. Kemanakah sudah rasa peri kemanusiaan? Inikah harga pembangunan?

Thursday, January 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH & TAHUN BARU 2010

Salam kpd Saudara & Saudari di family KEE Heritage,..

Saya & famili di WISMA KELUARGA 1233 JALAN BANYAN DRIVE TAWAU, mengucapkan "Salam Maal Hijrah 1431 & Tahun Baru 2010".

Semoga Allah swt akan sentiasa memberi rahmat & hidayahNya, dizahirkan kemurahan rezeki, kesihatan yg afiat serta kebahagian dunia akhirat...

Astalavista !!!

Saturday, January 2, 2010

Produk Ajaib NONI - Mengkudu Menyembuh Penyakit

To All Kees

To all of you out there who are having symptoms or have been diagnosed with diseases such as diabetes, high blood pressure, skin disease, heart blockage, high cholesterol and many many more diseases , there is still hope to heal by natural sources. One of the revolutionary products marketed by B-Swan is called Noni Fed.

Hereby I would like to quote a story by a patient who are using this Noni Fed in his daily life now.

This story is written in Malay language to preserve the originality of the testimonial:

Tuan/Puan,

Ini ada berita baik bagi yang pentingkan kesihatan.
Bagi yang berpenyakit seperti saya (Anuar - admin Noni-B-Swan), jantung block, darah tinggi (180/110), diabetis (Glucose : 9 keatas), kolestrol (Triglycerides : 12 keatas).. cukup berisiko tinggi.
Kalau dah mencuba berbagai produk dan masih tak berpuas hati dgn keputusannya atau tak mendatangkan kesan langsung, saya syorkan tuan/puan cuba produk ni. Kesannya cukup menakjubkan.
Boleh rujuk lampiran keputusan saya di web (www.noni-b-swan.com/testimoni.html) dari Hospital Lam Wah Ee, Penang.
- Jantung block - clear,
- darah tinggi (130/80-maintain),
- diabetes (Glucose : 6.4-),
- kolesterol ( Triglycerides : 2.10 )...


Perubahan baik ini sehingga membuatkan doktor pakar sendiri terkejut dengan keputusan tersebut. Kalau diikutkan pengambilan ubat yang diberi ianya ambil masa 3 bulan utk keputusan macam ni.. tapi Alhamdulillah dgn izin Allah saya menggunakan produk ni hanya 3 minggu saja, tanpa side effect. Pertanyaan anda boleh email ke - anotmb@hotmail.com atau 013-4886891 - Anuar.

Utk keterangan lanjut sila klik link kat bawah:


The following are some pictures taken from the above site:






===============================================================
Kenali diri dan potensi diri serta RAHSIA KEJAYAAN MELALUI TAHUN LAHIR di http://rahsiatahunlahir.blogspot.com