Friday, December 24, 2010

Ayat Penunduk dan Ayat Pengasih

Assallamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera Keluarga dan Kawan-kawan Yang Dikasihi ...

Ini sajalah mo sharing al kesah yang kontroversial ni. Tapi ini kesah benar tau bukan rekaan semata-mata.

Kisahnya begini.. beberapa rakan sa mengamalkan ayat pengasih dan ayat penunduk ni. Ayat pengasih dan Ayat Penunduk ni adalah ayat-ayat dari Quran yang dibaca dan diamalkan. Punca rakan-rakan sa mengamalkan ayat ni adalah gara-gara takut kena marah boss bha ... Dari pemerhatian sa memang Ayat Penunduk dan Ayat Pengasih ni berkesan. Orang first time jumpa tak fasal-fasal jatuh cinta tergolek dog dan Boss pun tak dapat nak marah kat rakan-rakan sa. Fuh .. begitulah ganazz nya ayat -ayat ni.

Tapi sa tak setuju sebenarnya dengan tindakan rakan-rakan sa sebab itu bagi sa dah mengganggu 'freewill' orang. Sa pun risau juga, mesti ada ramai lagi yang mengamalkan ayat-ayat ni. kuang3x. Sebab ayat-ayat ini ada ditulis dalam buku-buku doa pastu uztaz akan maklumkan bahawa ayat-ayat ini tak boleh diamalkan bagi perkara-perkara yang melanggar hukum syarak ... hmmm ..

Jadi sa rasa terpanggil untuk menasihatkan kawan-kawan yang mengamalkan ayat ni berhentilah. Sebab sa rasa ini adalah seperti sihir menggunakan ayat-ayat Quran ja. Tak taulah itu pendapat sa saja.

Sebenarnya, pengamalan ayat-ayat ini memakan diri juga. sebab klu kita amalkan ayat-ayat ni sebab takut kena marah boss ke apa ke .. macam mana kita nak build self confidence. In the long run, kita akan jadi orang yang penakut...wuakakaka.. macam terer la pula sa. (Pendapat ni sa plagam pendapat orang lain). Biar ja lah boss marah, mungkin kita memang patut kena marah pun kan ... so experience kena marah boss ni mungkin laa.. boleh meningkatkan daya tahan diri dan ada banyak hikmah-hikmah lain ..kuang3x.

Di sini Sa rasa terpanggil untuk share doa yang baik untuk diamalkan:

1) La Hau La Walla Quwata Illa Billa - Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
2) La Illaha Illalah - Tiada tuhan selain Allah
3) Hasbunallah hi Wa ni'mal wakil - Cukuplah Allah sahaja sebagai penolong ku
4) Bismillahi Wa Tawakaltu - Dengan nama Allah aku bertawakal.

Pada pendapat sa, jika kita amalkan doa yang sa cadangkan di atas. Insha'allah kita akan menjadi orang yang berani dan berkeyakinan tinggi. Kita tak kisahpun kena marah dengan Boss sebab kita tahu benda tu tak bawa apa-apa mudarat pun. Bonus satu lagi, insha'allah ayat pengasih dan ayat penunduk pun tak akan dapat menguasai kita. Wallahuallam.

p.s.
1)Semak semula doa yang sa tulis tu sebab doa-doa tu sa main hafal ja tak pernah semak ejaan tajwid dan sebutannya .. kuang3x
2)Doa yang sa cadang di atas sebenarnya asas pegangan kita orang islam. Kalau kita menghayati doa -doa tersebut, kita adalah orang yang paling kuat rasa sa .. ( yang ini pendapat sa)
3) Jangan try-try sa aa.. sa tak terer pun . Saja nak sharing ja. Klu sapa-sapa marah kamu tumbuk ja tu pokok kelapa .... hehehe

3 comments:

Kee Heritage said...

hahaha... Dang, ko belum dengar ayat tilik mato si L..

Keeaida said...

Adede .. Panat aku tulis oo .. Satu ja komen. Meng ayat tilik mato tu aku nda risau. Sbb sah2 nda berkesan punya hehehe ..

Anonymous said...

buy ativan ativan and alcohol side effects - ativan medicine