Wednesday, December 29, 2010

Selamat pulang ke rumah abang Dtk Hj Kee Zainal Abidin Kee Abdul Jalil :)


Salamunalaikum semua, syukur kepada Allah, abang saya Dtk Hj Kee Zainal Abidin Hj Kee Abdul Jalil telah dibenarkan pulang dan selamat tiba dirumahnya lebih kurang jam 2 petang tadi. Hari Isnin ini dia akan ke hospital untuk membuka bekas jahitan pembedahan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang jauh dan dekat, kerana mendoakan kesihatannya. Marilah kita semua terus mendoakannya supaya kembali pulih dengan sepenuhnya, kekal sihat dan bahagia disamping isteri dan anak-anak serta cucu-cucunya, serta keluarga dan sahabat handai yang menyayanginya. Semoga dia panjang umur dan dikurniakan rezeki yang berpanjangan. Amin.

No comments: