KUEH SARABAI
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras (kecil).
2 biji kelapa tua diparut dan ambil santan pekat.
sedikit garam.
Cara-cara Membuat Kueh:
Gaul tepung beras dengan santan pekat dan secubit garam - likat macam kueh terang bulan.Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak. Tuangkan adunan kira-kira 3/4 cawan, tutup hingga masak. Angkat dan taruh dalam pinggan.
Cara Membuat Kuahnya:
Masak santan dengan gula merah - likatnya macam kuah pengat. Tuang atas kueh bila hendak dimakan.
Nota: Kueh ini berlobang-lobang seperti sarang penyangat kalau jadi. Arwah bapa sangat suka makan kueh ini.
Resipi: Pemberian Kak Hang (Salleha Osman)
News update regarding family events, travel and tours, interest, family recipes etc. To the rest of family members who wish to be part of the Kee Heritage Team, please leave your email at the message box so I will be able to send invitation for you to join the team. Hopefully each team member will contribute to the blog and post stories they wish to share here as well. Thank you.
8 comments:
uih macam sadap ni... tiada ka orang mo buat ni sempena meng pulang berhari raya ^_^
Meng pigi rumala nanti kakak buatkan. Tapi kakakpun nda pernah buat ni. Baru juga kak ambil resipi dari Kak Hang. Menyesal kak nda belajar awal-awal dulu. Pernah bapa tanya kak kalu pandai buat kueh ni tapi kak ndak pandai. Tula dulu malas mau pigi dapur.
ok insyallah, meng datang khas mo makan tu kuih hehehe.. nda bah, mo jumpa kakak la kuih2 tu kalau ada boleh jugalah hehehe ^^
Wah Cik Liau, Kuih serabai ini boleh bawak airmata bagi saya. Arwah Bapa juga suka betul makan kuih ni. Bulan Puasa terakhir 1990 saya ambik cuti lebih satu bulan dan pulang Ranggu Tawau dan spent the time dengan bapa kami. Version serabai di rumah kami disesuaikan dengan diet for diabetic. jadi gula dan garam tidak digunakan dan santan hanya sedikit saja. Hampir tiap petang saya bikinkan serabai untuk bapa. October 1990 he passed on leaving memories and history. Kuih serabai memang kebanggaan keluarga. Oh! hmmm rasanya balik raya nanti kena juga mengadap Macik Hang mau minta resepi tradisi agar-agar kering dan halwa papaya.
wah.. resepi apa pula tu? macam sedap..
Ia Rock aku pun begitu, untung kau dapat lagi bikinkan bapamu kueh tu. Aku nda dapat sebab waktu tu aku ndak tau apa tu kueh sarabai. Tapi Arwah bapa bila balik ke Tawau Kak Hang mesti buatkan untuk dia. Arwah Bang Usup (bapa mu) Arwah Bang Simpul dan Arwah bapa memang berkawan baik sejak kecil.Ini menurut cerita bapa. Mari kita sama-sama sedekahkan 'Al-Fatiha' untuk mereka. Amin.
Al-fatihah.
Bonjour, keeheritage.blogspot.com!
[url=http://cialissexc.pun.pl/ ] cialis online[/url] [url=http://viagraginc.pun.pl/ ]Acheter viagra [/url] [url=http://cialispite.pun.pl/ ]Acheter du cialis en ligne[/url] [url=http://viagravalo.pun.pl/ ]Acheter du viagra en ligne[/url] [url=http://cialisanta.pun.pl/ ]Acheter cialis [/url] [url=http://viagrapeck.pun.pl/ ]Achat viagra online[/url]
Post a Comment