On the way ke Kintamani kami singgah turun di Tegalalang bergambar. Ini memang kemestian bagi orang yang pertama kali ke Kintamani, sebab pemandangan sawah padi di cerun bukit memang sangat cantik. Rugi kalau tidak bergambar. Ada juga gerai-gerai souvernir tapi kami tidaklah membeli apa-apa disini. Sampai di Kintamani kami turun di restoran Sari Batur untuk makan tengahari. Di sini pengunjung boleh memilih duduk di dalam restoran atau diluar. Kalau diluar boleh pilih duduk di barisan meja menghadap pemandangan gunung berapi Batur atau di pondok-pondok yang terletak di belakang barisan meja. Dari kawasan pondok pun masih boleh tengok gunung berapi, oleh kerana cahaya matahari sangat panas kami memilih duduk di pondok. Makanan disini okey sajalah, tiada yang istimewa sangat melainkan pemandangan. Harga pun agak mahal, buffet 80k Rp per person. Lepas makan kami terpaksa bertempur dengan penjaja yang sedia menanti di luar restoran. Kalau yang tidak tahan pujuk rayu habislah dikerumuni penjaja, unless memang betul-betul nak beli.. buat tidak tahu saja. Tapi saya sarankan supaya jangan membeli disini, bukan sebab saya ni kejam atau kedekut. Tapi once anda sudah melayan seorang penjaja, semua penjaja lain akan mengerumuni anda dan memaksa anda membeli jualan mereka juga. So, lebih baik beli di pasar atau art market, harga pun murah dan tak perlu hadapi situasi begini.
Selepas makan tengahari kami menuju ke Kebun Kopi Argo Wisata. Mulanya aku sangka kebun kopi biasa tapi aku silap. Pokok kopinya tidak sama dengan yang mama tanam di kebun belakang rumah. Di sini pokok kopinya besar-besar. Di sini jugalah pertama kali aku nampak pokok vanilla dan buah salak yang masih di pokok. Ala lagi buah kepayas yang berbentuk diamond. Beberapa minit berjalan kami sampai di sebuah kawasan yang pokok kopinya dipagari dawai. Setelah melawat-lawat kebun kopi kami di bawa ke kawasan rehat, di mana pengunjung boleh duduk berehat dan minum sambil melihat pemandangan kawasan bukit. Aku dan si Yah order koko panas, tapi si Faye telah menyahut cabaran dengan mengorder kopi Luwak.
Kopi Luwak ni bukan sebarang kopi. Cara pemprosesan biji kopi ini pun sangat istimewa dan bukan dilakukan oleh manusia tapi seekor haiwan yang di panggil Luwak. Luwak ini suka makan buah kopi, tapi bukan sebarang kopi tapi hanya kopi yang betul-betul berkualiti dan masak di pohon saja akan dimakan oleh Luwak ni. Nanti selang beberapa lama Luwak ini akan membuang najis yang merupakan biji kopi yang terbaik. Biji kopi ini nanti akan dicuci, dibakar atas api dan ditumbuk hingga menjadi serbuk dan dipanggil kopi Luwak! Hah! Anda ada berani? Kata si Faye kopi ni memang power!! Lepas minum petang, kami singgah di sourvernir shop kebun kopi ni. Disini ada bukan saja ada jual kopi biasa dan kopi Luwak, serbuk coklat koko pun ada dijual. Minyak kayu putih asli, dan lain-lain minyak urut dan aromatheraphy pun ada. Di sini minyaknya memang berkualiti, kalau tidak percaya cubalah beli minyak aromatheraphy di tempat lain.. bukan saja warna minyak tapi baunya pun tidak tahan lama.
Setelah membeli barang-barang keinginan masing-masing kami singgah di pasar Sukawati. Disini kami tidaklah ada apa-apa sangat yang mahu di beli, cuma berjalan-jalan saja. Masa ni ada ramai pelancong tempatan dari Jakarta memborong kaos bercetak tulisan Bali, mesti untuk dihadiahkan kepada teman masing-masing. Biasalah kami dulu pun begitu juga, berbakul-bakul kaos kami beli untuk diberi para sahabat. Hehehe..
Sebelum pulang ke hotel kami singgah sebentar di Discovery Mall, duduk dan melihat ragam orang sambil minum kopi... aku biasalah, strawberry blended la...
3hb Dec 2008Hari ini tiada sebarang perancangan, hanya berjalan santai ke Kuta Square. Si Yah mau belikan anak-anaknya baju dan kasut baru. Aku pula, kecewa lagi sebab kasut tiada saiz yang sesuai. Lepas dari Kuta Square kami singgah di Discovery Mall sebelum pulang ke hotel. Hari ini kami pulang awal kerana perlu pack barang untuk pulang semula ke tanahair besok.
4hb Dec 2008Hari ini aku bertolak awal ke airport sekitar jam 3.30 pagi seorang diri, penerbangan si Yah dan si Faye masih lewat dan mereka akan bertolak ke Jakarta sebelum ke Sabah sementara aku terus bertolak ke Kuala Lumpur. Walaupun begitu jalan Legian macet kerana ada banyak pemandu teksi berhenti di tengah jalan. Menurut pemandu hotel memang pemandu teksi tu sengaja berbuat begitu untuk mendapatkan penumpang yang baru keluar dari pub dan sebagainya. Di sepanjang jalan ada ramai kelihatan ramai gadis cantik berpotongan seksi seperti model. Tiba-tiba pemandu aku kata "yang itu cowok semua itu mbak tapi ia kelihatannya lebih cantik dari cewek benar.." Terbeliak mata aku, lelaki rupanya tapi alamak lawa pula.. macam cewek dalam kaca la... hehehe..
Aku sampai di airport lebih kurang jam 4.45 pagi tapi pintu hanya akan dibuka jam 5.30 pagi jadi terpaksalah aku menunggu di ruang legar. Ada beberapa orang European, semua sedang menunggu pintu masuk di buka. Ada yang terbaring, ada juga yang macam aku tidak sabar-sabar sampai sanggup berdiri di depan pintu. Aku tu bukan apa, tak kan la aku join pula orang-orang tu tidur-tidur lebih baik aku join yang beratur berdiri. Hehehe..
Kali ini cuaca agak buruk, buat kedua kali dalam hidup aku ketakutan naik kapal terbang, manakan tidak kali terakhir aku terkena turbulance yang teruk macam ni masa aku form 4. Waktu tu ada orang sampai terpaksa di usung ke hospital bila kapal terbang mendarat kerana sakit jantung. Waktu tu ada ramai orang menangis2 dan berdoa ikut agama masing2 aku. Aku waktu tu masih rileks walaupun kepala aku terantuk sana sini. Kali ni tiada orang berdoa kuat-kuat mungkin masih lagi
karas lidah telamapau aramaitii.. hihihi..... cuma menjerit2 ketakutan ... Kopi yang sudah hampir habis aku minum pun boleh tumpah keluar akibat kuatnya gegaran!... Ish! Masa tu aku tepikir, alamak terhempas la aku di laut sama-sama dengan lelaki gay yang baru kahwin di depan ni... hehehe... bukan aku judgemental tapi dari mulai kami berlepas sampailah time turbulance masih juga dia tidak pandai berhenti bercakap... bak kata orang sabah '
'tumpis"! Tak rela aku jatuh terhempas di laut dan terbuang di pulau yang sama dengan dia ni.. mati kebisingan nanti aku..
Jadi seperti yang tuan dan puan maklum sekarang ni saya sedang menulis catatan pengembaraan saya di rumah, maknanya tiada apa-apa pun yang berlaku pada kami. Semua selamat pulang ke rumah masing-masing. Maka tamatlah kisah perjalanan kami. Sepanjang catatan ini saya harap anda semua terhibur membaca 'ramblings' saya ni... hehehe.. Kalau ada salah silap dan tersinggung tu mohon maaf. Kalau berminat membaca ramblings saya yang lain atau yang sama tapi dalam bahasa English (yang lintang pukang) bolehlah melayari blog baru saya
Been There... Done That! Until then, have a good life ;)