Thursday, December 3, 2009

BERKHATAN

Anakku selamat di khatankan pada 1 Dec 2009 di Klinik Permai Poly Putatan. Mulanya aku bimbang juga, takut2 anakku kesakitan yang teruk - tapi Alhamdullilah nampaknya ok je dia. Hari tu ramai jugalah budak-budak yang berkhatan, maklumlah cuti sekolah.

Aku nda ikut masuk tempat berkhatan tu, takut bah aku menengok, aku duduk je diruang tempat menunggu bersama ibu-ibu dan anak-anak mereka yang sedang menunggu dikhatan. Aku dengar ada budak menjerit, mungkin ketakutan tu. Aku tanya budak yang sudah dikhatan, kalau sakit, dia bilang 'nda juga tapi geli' he he he. 'Bah baguslah tu kalu geli je nda juga sakit,' ku bilang.

Aku masih ingat lagi dulu adek2 dan anak2 buah ku berkhatan - mereka asyik terbaring berjijir bah diruang tamu sambil kain sarung diikat keatas. He he he sekarang ni nda sudah begitu, lepas khatan, budak-budak boleh bejalan-jalan pakai seluar lagi. Ada lagi teknik baru kunu nda paya dijahit - dikasi tutup macam orang afrika yang pakai buah bikin tutup 'loloi' dia he he he.

3 comments:

Anonymous said...

hahaha... teringat kenangan masa saya kerja part time di klinik, ada satu budak bapanya kelentong dia bawa pigi sembahyang jumaat konon tau2 bawa pigi berkhatan di klinik tempat aku bekerja. apa lagi tekejut bana budak tu bah, balik2 dia pujuk bapanya supaya berkhatan tahun depan tapi bapanya nda peduli.. mesti juga hari itu sebab anak kawannya sudah berkhatan konon. apalagi si anak yang ketakutan ni pun di kasi baring sedia2 untuk proses berkhatan, punya la dia ketakutan sampai aku pun kena tendang... doc pun dipanggil cigu. terus bapanya bilang, 'supaya nda sakit dan nda takut, kau baca la surah al ikhlas..' jadi anaknya pun dengan suara yang kuat2 membaca "allahumabariklana... fimarazaktana...." hahahahahaaa...

Bunga Negara said...

ha ha ha ada2 saja ba ko ni anon - lol

Bunga Negara said...

ha ha ha ada2 saja ba ko ni anon - lol