Sabtu 23 April 2011 lebih kurang jam 3.00 petang - Adik-adikku yang tersayang, Kee Ismail, Kee Zainal Abidin, Kee Salmiah dan anak buahku Kee Norhana berangkat menunaikan Umrah. Semoga mendapat barakah dan dipermudahkan segala urusan.
Hari Sabtu 23 April 2011 - juga aku bergegas pulang ke kampung untuk ziarah keluarga kerana ayah kepada sepupuku (Jainon) meninggal dunia. Takziah aku ucapkan pada keluarga sepupuku. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.
Hari Sabtu 23 April 2011- jam 5.00 petang - Heidi cucuku untuk kali pertama akan ke Kuala Lumpur bersama papamamanya. Heidi akan menyambut ulangtahun Pertamanya di Kuala Lumpur. Selamat Hari Lahir Heidi. Nenek sayang kamu.
Begitu banyak peristiwa manis - pahit - inilah kehidupan.
No comments:
Post a Comment