Sunday, January 11, 2009

Jelajah Bali - Catatan 3 Kee Part 8

Salam, selamat petang, apa khabar? Saya? Macam tidak berapa sihat la... Itulah kalau malas bersenam, walaupun luaran kelihatan sihat muda remaja... opss perasan... maksud saya walaupun luaran kelihatan sihat dan muda (masih perasan... tapi tidak apalah memang hakikat heheheh....) tapi dalaman tu sudah berkarat, cepat lemas dan kurang cergas. Jadi mungkin terpaksalah saya membuat azam tahun baru iaitu rajin-rajin bersenam... hahaha... Saya juga nak ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ni, maaflah kalau saya belum lagi masukkan link blog kamu dalam blogroll saya, hari ini saya akan update dan masukkan link blog anda. Tapi saya akan limitkan display kepada beberapa blog sahaja jadi hanya blog yang ada posting terkini akan terpapar, bukan saya tak letak dalam list tau... hehe..

Dalam lemas-lemas ni saya masih juga ada energy untuk melanjutkan kisah pengembaraan kami 3 Kee bersaudara menjelajah Indonesia. Kali ini sambungan setelah beberapa hari di Bali. Perancangan kami pada awalnya cuma bersantai-santai saja di Bali tapi bila difikir-fikirkan semula, walaupun sering ke Bali banyak juga tempat yang belum kami terokai. Akhirnya kami teruskan penjelajahan kami dengan gembira!!! Bacalah laporan saya... maaf kalau Bahasa Malaysia (atau mungkin sekarang sudah dipanggil Bahasa Melayu??) tidak begitu baik, almaklum saya sudah terbiasa menggunakan bahasa pasar slang sabahan... tidak juga fasih Bahasa English, tetapi kalau Manglish tu kamu boleh sudah berguru dengan saya ni... kalau bahasa Melayu tahap STPM kamu bergurulah dari si Kyro.. heheh.. oooops.. melalut lagi.. mari baca sambungan pengembaraan...

1hb December 2008 Jalan Gaja Mada, Bali

Hari ini kami sewa van menuju ke jalan Gaja Mada, Denpasar untuk meneruskan usaha mencari tudung untuk si Kyro. Manalah tau ada tersesat satu dua helai, tapi disini adalah pusat jualan textile jadi tidak nampak pun ada tudung. Ada bermacam jenis kain yang dijual disini, daripada batik, kain bersulam (kerawang), sutera dan macam-macam lagi. Kalau pandai tawar-menawar harganya boleh tahan dan kalau pandai memilih boleh dapat sepersalinan kain/baju yang cantik, kalau yang macam tu mestilah mahal tapi memang berbaloi kerana designnya memang unik dan terbaru. Kebanyakkan perniagaan adalah warisan turun temurun daripada peniaga terdahulu yang berketurunan Gujarti atau Parsi (tapi kalau orang kita ni semua pun dipanggil bangsa Arab saja padahal mungkin dia orang Iran ka... Iraq ka .. senang2 saja kita label orang kan? Kalau mau tau orang Iran tidak suka digelar Arab sebab mereka tu kan bukan bangsa Arab, tetapi pernah dijajah oleh bangsa Arab ... Panjang kalau nak cerita lain kali sajalah hehehe.....)

Sementara si Faye dan si Yah meninjau-ninjau gedung-gedung textile aku pula sibuk meninjau pasar pagi diseberang jalan, kalau tidak silap dipanggil Pasar Badung. Nampak ada banyak orang berjualan bunga-bunga sembahyang dan juga buah-buahan. Memang teramat cantik pemandangan bunga-bunga yang bermacam-macam jenis. Disini juga merupakan pusat perhentian pengangkutan tempatan mini van berwarna biru macam dalam sinetron Angkat Cinta. Ada juga perkhidmatan sewa kereta kuda yang dihias cantik, kereta kuda ni akan melalui Jalan Sulawesi dan seterusnya ke mana, aku pun kurang pasti sebab tak naik pun. Cukuplah dulu sudah pernah naik sampai ke Jalan Popis, hahaha tapi itu cerita lain...

Bali Art Center

Selepas selesai mencari kain kami singgah di pasar membeli buah sebelum meneruskan perjalan menuju ke Bali Art Center. Di sini ada banyak bangunan-bangunan lama dan pengunjung boleh bergambar sepuas hati. Kalau datang pada masa yang tertentu ada persembahan kebudayaan di sini. Masa kami sampai matahari sudah tegak di kepala jadi si Faye duduk berteduh di bawah pokok sementara aku dan si Yah berjalan kaki melawat kawasan sekitar sambil bergambar dengan aksi-aksi tersendiri.. hehehe.. Sedang kami seronok bergambar ternampak pasangan pengantin sedang mengambil foto. Wah! Cantiknya pengantin perempuan tu, kalau aku kurus teringin pula nak ambil gambar studio pakai baju tradisional Bali. Aku sudah pernah ambil dulu tapi time tu aku gemuk jadi gambar aku macam nangka kena bungkus jer. Malas aku pikirkan... Gambar tu aku tak sanggup pun upload di mana-mana biarlah jadi simpanan dan tatapan aku seorang dan orang-orang yang ada ikut pergi studio pada hari kejadian tu... ahaha... Sebelum pulang sempat lagi kami bergambar di replika besar diluar entrance.

Garuda Wisnu Kencana Cultural Park, Bali

Lepas dari melawat Bali Art Center, kami meneruskan pula lawatan ke Garuda Wisnu Kencana Cultural Park. Masa kami melawat ni, tangan patung gergasi Wisnu belum siap dipasang tapi takpe masih puas hati. Tiket masuk ke GWK Cultural Park ni berharga 20k Rp seorang dan terletak di Jalan Raya Uluwatu, di atas bukit. Ketibaan kami disambut oleh Barongan, sebenarnya selain dari melawat patung gergasi Wisnu dan Garuda pengunjung juga boleh melihat persembahan tarian Barongan secara percuma disini pada waktu malam. Cuaca disini sangat panas walaupun di atas bukit, mujur ada sebuah cafe jadi kami boleh berhenti rehat, berlindung dan makan sebelum meneruskan pendakian puluhan, atau mungkin ratusan anak tangga menuju ke puncak di mana letaknya patung gergasi Wisnu. Bila sampai di atas ni terpaksalah tunggu giliran bergambar sebab ada ramai pengunjung. Dibelakang patung Wisnu ada anak tangga turun ke tempat patung Garuda. Semasa kami turun belum ada pengunjung disini, apalagi kami ambil kesempatan beraksi. Sudah puas bergambar kami pun mendaki turun semula, sempat pula bergambar dengan Barongan yang sporting sebelum meneruskan perjalanan kami ke Temple Uluwatu.

Pura Uluwatu

Sampai di sini, aku diminta memakai kain yang disediakan khas untuk pengunjung yang memakai seluar capri macam aku. Maklumlah Pura Uluwatu ni tempat sembahyang jadi kena lah hormat, betul tak. Disini kami mengambil perkhidmatan tour guide, agak mahal juga tetapi sebabkan takut monyet kami tak kisahlah. Ya disini ada banyak monyet liar, jadi berhati-hati dengan kamera, tas dan terutama sekali dengan kacamata anda. Ada seorang pengunjung lelaki Korea menjerit-jerit sebab ada monyet naik atas kepalanya, tapi bila aku rakam dia cepat-cepat beraksi selamba macam tiada apa-apa. Padahal sebelum tu kamu patut tengok rupa cemas dia... Ada juga pengunjung yang kacamatanya dicuri oleh monyet hehehe.. Mujur tiada apa kejadian berlaku pada kami. Cuma sempat mengambil gambar anak monyet yang bulu kepalanya menurut si Faye, macam fesyen rambut kebanyakkan anak-anak remaja lelaki di KK sekarang... Hahaah...

Pemandangan disini memang sangat cantik, bukan sahaja melihat lautan luas tapi pukulan ombak yang sangat cantik buat kami teruja hinggakan aku yang ada penyakit takut jatuh pun ikut bergambar. Aku tak takut naik tempat tinggi2 aku cuma takut terjatuh... asalkan aku tak terfikir perkataan jatuh aku okey tapi sepanjang masa di sini itu sahajalah yang ada dalam kepala aku... JATUH TERHEMPAS KE BATU.. hahaha...

Lepas puas bergambar kami singgah membeli jagung bakar, kebetulan penjualnya datang dari Lombok. Apalagi beracu-acu kami menyoal tentang adat orang Lombok dan mengambil kesempatan menggunakan perkataan Merari. Ialah sebut Merari dengan orang yang tidak tahu manalah ada erti... Macam perbualan ayam dengan itik pula nanti, sama spesis tapi lain bahasa... hahaha..

Jimbaran

Lepas melawat pura kami bercadang untuk makan malam di tepi pantai Jimbaran, tapi sejak dari lawatan kami pada awal pertengahan tahun tempat ini sudah berubah. Bukan itu sahaja aku rasa lokasi yang kami lawati kali ini adalah berlainan dari yang pernah kami lawati walaupun kedua-duanya terletak di Jimbaran. Ini kerana kedudukan matahari terbenam dan pemandangan airport terletak di kedudukan yang berbeza. Apa pun tidak rugi juga sebab kami dilayan dengan mesra, malangnya cuaca agak mendung jadi kali ini kami tidak dapat menghayati pemandangan matahari terbenam yang cantik seperti dulu.

Pelayan yang melayan kami tu (entah siapa namanya aku sudah lupa) memang ramah tamah, malahan sepanjang waktu makan dia tolong kipaskan meja kami. Sambil dia melayan kami makan dia pun bercerita dengan kami. Emak dia asalnya orang Lombok sementara bapanya tu memang orang Bali, mereka ni tinggal di Lovina. Banyak juga dia mendapat tawaran bekerja di tempat lain, tetapi dia tidak sanggup meninggalkan emaknya yang sudah tua. Katanya biarlah dia menjaga emaknya. Anak yang baik, spesis yang jarang ada pada zaman sekarang terutamanya anak-anak yang membesar di kota besar. Silap haribulan kena hantar di rumah orang-orang tua. Bukan semua la, bergangtung dengan pendidikan ibu bapa juga. Cuma satu perkara buat aku terkejut! Dia kata umurnya sudah mencecah 30 tahun... ish! Kami sangka baru awal 20-an, apalagi sibuk la kami menanya macam mana dia menjaga kulit mukanya manalah tau ada rahsia penjagaan tradisional turun temurun.. hahah.. Sekali dia jawab, dia cuci muka pakai Ponds saja. Adeh.. memanglah dia tu keturunan awet muda kot.

Sebelum kami pulang si Faye beri dia tips, beria-ia juga dia menolak. Dia kata segan, aik? Ni juga first time aku jumpa. Kalau terus masuk poket tu biasalah kan. Hahaha... Si Faye kata ambil sajalah, tapi mesti jaga emak dia baik-baik. Ialah kalau kamu dengar cerita dia mesti terharu biru lah, anak yang baik. Dia pun ia-ia menjemput kami melawat emak dia kalau kami pergi ke Lovina. Acara program asalnya memang kami ada plan mahu pergi ke Lovina tengok dolphin di tepi laut tapi sudah bertukar. Okaylah, cukuplah kisah pengembaraan kami buat kali ini. Seterusnya adalah siri terakhir kami di Bali sebelum berangkat pulang ke tanahair. Until then, bye~

6 comments:

Om Yus said...

bikin jelos kamu ni eh. ooo, waktu aku p sana dulu yg aku nda puas tinguk ialah penari perempuan yang waktu maghrib tu. Yang menari di api. Tarian kecak kaitu namanya? Masa tu aku main berani saja pigi belakang kuil untuk tinguk itu bomoh sembayang, dan penari2 kecak tu bersolek. Tekejut dorang semua sekalia ku tepacak menggambar hahaha. Aku pun tekejut pasal aku tinguk dorang tergamam bah. dalam hati aku, inda buli mungkinaku pigi situ. dgn muka panik, aku pun signal sori dan mundur. Terus ada satu org datang ckp tiada apa2, tinguk saja dan ambil gambar. It's ok dia bilang hehehe. Jadi aku nampak itu perempuan yang menari kecak tu. Fuyooo... macam aku mau balik sana tinguk dia lagi. hahahahahaha....

Cherry Sansita de Falconi said...

aik ada juga ka yang cantik tu? macam gomoooks seja kalau aku nampak? lagipun telampau berabis mengira urang nda cukup seratus heheheh...

kyro said...

oohhh.....rupa2nya $ifu p bali tengok penari kecak ya....Di kudat pun apa kurangnya...ada juga penari rungus yang cantik2 putih pula tu....apa lagi $ifu,terpaksalah belajar tarian mongigol ni....kwang3x.Tapi best lah pengembaraan kamu ni...lain kali kita p sama2 lah.

Anonymous said...

c aki jelos oo sama kamu.berani2 lagi tu konon bergambar di atas tebing begitu punya tinggi....c datin ingat itu tempat dia main terjun american ka waktu dia kecil....adehhhhh

Anonymous said...

Aik $ifu, minat jga pla ko tgok cewek Bali menari. Lain kali klu ke Bali pastikan pi dinner di Diwangkara Htl, certain nites ada pertunjukan tarian asli Bali & penari2 ceweknya blh tahan cantik oo...

Anonymous said...

Hi Kyro, aku klu tempat tgi2 ni ndak jga pdai gayat (maklum masa kecil biasa terjun amarikan dri tebing sungai Tandik) jdi ambil chance la ambil gambar hehe.. C Yah la paling penakut !!