Monday, August 4, 2008

Surat Jemputan Rasmi Jejak Kasih Keluarga KEE 2008

Seperti yang sudah saya janjikan, ini dia salinan surat jemputan rasmi jemputan ke acara Jejak Kasih Keluarga KEE pada 04 October 2008.

Please note: semua phone number sudah saya erase untuk mengelakkan daripada orang yang tidak bertanggung jawab membuat prank calls atau sebagainya.

Saturday, August 2, 2008

Sumbangan Khas Minima RM100

Kepada semua anak cucu cicit KEE,

Pada hari ini saya telah menerima salinan surat dan minit mesyuarat Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE. Antara isi kandungan surat dan minit mesyuarat adalah seperti berikut:

Ahli Jawatankuasa Keluarga KEE telah mengadakan mesyuarat pada 19 April 2008 dan antara yang dibincangkan ialah bagaimana mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam majlis perhimpunan sebelum, semasa dan selepas yang akan diadakan pada 4 October 2008.

Mengikut surat yang diedarkan, perbelanjaan mengurus dan menjalankan aktiviti-aktiviti majlis perhimpunan yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM30,000. Oleh yang demikian, Ahli Jawatan Kuasa telah sebulat suara untuk memohon sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM100, diharapkan bagi yang sudah berkeluarga (bagi yang telah beristeri / bersuami) bolehlah membuat sumbangan yang lebih dari itu, mengikut kemampuan masing-masing.

Semua hasil kutipan akan diserahkan keapda AJK untuk diaudit sebelum dan selepas majlis perhimpunan.

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Alliance Bank (No Akaun: 600520010015539) atau diserahkan terus kepada:

  1. Tn. Hj. Kee Abd. Hamid Hj. Kee Sulaiman
  2. Datuk K.Y Mustapa Kee Mohd Yusuf
  3. Hjh. K.Y Salmah Kee Mohd Yusuf
  4. En. Kee Kahar Hj. Kee Sulaiman
  5. En. Kee Yacob Kee Ali
  6. Hj. Kee Jamal Hj. Kee Sulaiman

Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan anda mudah-mudahan majlis ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

**salinan surat dan minit mesyuarat akan saya upload pada hari Isnin.

Aturcara Majlis Jejak Kasih Keluarga Kee

Pada semua anak cucu cicit Kee Kim Sui dan / atau extended family,

Adalah dengan sukacita dimaklumkan satu perjumpaan keluarga akan diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan juga untuk saling berkenalan terutamanya pagi generasi yang ke-3 dan ke-4.

Tarikh : 04 October 2008 (tertakluk kepada perubahan)
Masa : 8.00 am - 2.30pm
Tempat : Dewan Masyarakat Tawau


Aturcara Majlis :

1. Acara perasmian PJKKKEE (Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE)

  • Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
  • Ucapan perasmian - YB Datuk Hj. Tawfiq
  • Penyampaian penghargaan cenderahati kepada 10 warga tertua KEE
  • Persembahan video klip keluarga KEE

2. Sesi suai kenal keluarga ahli keluarga KEE

3. Persembahan tarian tradisi (tarian Egal-Egal dan tarian Darling-Darling)

4. Pameran alat-alat antik keturunan KEE

5. Pameran carta keluarga (Family Tree) dan gambar keluarga

6. Cabutan bertuah

7. Pelancaran Buku dan pameran Buku Keluarga Kee

** Untuk cabutan bertuah, amatlah berbesar hati sekiranya sudi membuat sumbangan untuk acara ini.