Saturday, August 2, 2008

Sumbangan Khas Minima RM100

Kepada semua anak cucu cicit KEE,

Pada hari ini saya telah menerima salinan surat dan minit mesyuarat Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE. Antara isi kandungan surat dan minit mesyuarat adalah seperti berikut:

Ahli Jawatankuasa Keluarga KEE telah mengadakan mesyuarat pada 19 April 2008 dan antara yang dibincangkan ialah bagaimana mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam majlis perhimpunan sebelum, semasa dan selepas yang akan diadakan pada 4 October 2008.

Mengikut surat yang diedarkan, perbelanjaan mengurus dan menjalankan aktiviti-aktiviti majlis perhimpunan yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM30,000. Oleh yang demikian, Ahli Jawatan Kuasa telah sebulat suara untuk memohon sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM100, diharapkan bagi yang sudah berkeluarga (bagi yang telah beristeri / bersuami) bolehlah membuat sumbangan yang lebih dari itu, mengikut kemampuan masing-masing.

Semua hasil kutipan akan diserahkan keapda AJK untuk diaudit sebelum dan selepas majlis perhimpunan.

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Alliance Bank (No Akaun: 600520010015539) atau diserahkan terus kepada:

  1. Tn. Hj. Kee Abd. Hamid Hj. Kee Sulaiman
  2. Datuk K.Y Mustapa Kee Mohd Yusuf
  3. Hjh. K.Y Salmah Kee Mohd Yusuf
  4. En. Kee Kahar Hj. Kee Sulaiman
  5. En. Kee Yacob Kee Ali
  6. Hj. Kee Jamal Hj. Kee Sulaiman

Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan anda mudah-mudahan majlis ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

**salinan surat dan minit mesyuarat akan saya upload pada hari Isnin.

No comments: