News update regarding family events, travel and tours, interest, family recipes etc. To the rest of family members who wish to be part of the Kee Heritage Team, please leave your email at the message box so I will be able to send invitation for you to join the team. Hopefully each team member will contribute to the blog and post stories they wish to share here as well. Thank you.
Tuesday, September 2, 2008
Monday, September 1, 2008
Kota Derbent, berlindung dari serangan Ya'juj dan Ma'juj dibalik tembok yang tinggi

Caspian Gates (atau juga dikenali sebagai Alexander Great Wall) ini terletak di Derbent. Selain dari itu ia turut dikenali dengan nama Darban di dalam bahasa Parsi. Ia merupakan bandar tertua di Russia dan telah wujud sebelum adanya 'bandar abadi' Rome. Umur bandar ini sudah melebihi 5000 tahun lamanya. Tarikan utamanya merupakan kompleks kubunya, selain daripada bangunan-bangunan bersejarah, pemandangan gunung dan alam sekitarnya yang cantik.
Ramai pengkaji berpendapat Caspians Gates adalah merupakan dinding batu yang di bina oleh Alexander The Great, seperti yang tercatat dalam Alexander Romance. Mengikut catatan tersebut, Alexander telah memburu musuhnya Bessus; seorang bangsawan Persia dan bergelar Satrap bagi Bactria. Pada masa itu Bactria lebih dikenali sebagai Balika di Arab dan India, sementara di China ia dikenali sebagai Daxia. Pada masa kini, Bactria merupakan sebahagian dari Utara Afganistan dan dikenali sebagai Balkh. (Satrap adalah gelaran bagi pemerintah di wilayah jajahan empayar Median dan Persian di zaman kuno). Siapakah Bessus ini? Dia ialah pengkhianat yang menyebabkan kematian Darius III kerana takut dengan kekuatan tentera Alexander dan ingin menyerah kalah.
Kononnya Alexander telah mengejar musuhnya sehinggalah tiba di laluan antara dua puncak pergunungan di banjaran Caucacus. Di sini Alexander telah bertemu satu kaum yang tidak bertamadun iaitu kaum yang sering menyerang penduduk di sebelah selatan lembah tersebut. Alexander kemudiannya membina sebuah dinding yang dibuat daripada besi yang memisahkan kedua-dua lembah dan menghalang kaum itu daripada terus menyerang.
Gambar dipinjam dari Iranian Backpackers
Kisah yang sama ada diceritakan di dalam Al-Quran, di catatkan bahawa ianya dibina oleh Zul-karnain untuk menghalang kaum Yakyuj dan Makjuj. Bagaimanapun para ulama Islam menolak kemungkinan Alexander dan Zulkarnain adalah orang yang sama. Mengikut para ulama Islam ciri-ciri Zulkarnain lebih serupa kepada Kursy al-Farisi, Raja dari Parsi (Iran) yang juga dikenali sebagai Cyrus II The Great yang memerintah selama 30 tahun dari 559 SM hingga 529 SM.
Caspian Gates terletak di antara sempadan Russia dan Georgia. Terdapat satu laluan yang sempit yang terletak di antara dua gunung dan dikenali dengan nama Daryal Pass atau Dariel Gorge.
Di dalam surah Al-Kahfi ada mengisahkan tentang kisah Zul-Karnain di masa lampau. Di dalam surah Al-Kahf, Nabi Muhammad S.A.W berasa duka cita kerana orang-orang musyrik yang tidak mahu beriman. Maka Allah S.W.T menyuruh Rasulullah menceritakan kisah-kisah yang sudah lepas sebagai peringatan kepada manusia bahawa Allah Maha Mengetahui. Di dalam surah ini kaum Ya'juj dan Ma'juj yang dijelaskan sebagai kaum membuat bencana.
Zul-Karnain dikatakan menemui satu kaum di antara dua gunung yang bahasanya tidak di fahami. Kaum ini membuat aduan tentang kaum Ya'juj dan Ma'juj yang sering datang membuat bencana. Mereka menawarkan bayaran kepada Zul-Karnain supaya membina satu tembok supaya dapat menghalang kaumYa'juj dan Ma'juj.
Mereka berkata: "Wahai Zul-Karnain, sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan di bumi, maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?"
-(Surah Al-Kahf 18:94)
dia berkata : "Apa yang Pemeliharaku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik, maka bantulah aku dengan kekuatan, dan aku akan membuatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka"
-(Surah Al-Kahf 18:95)
"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila dia telah membuat separas antara dua tebing tinggi, dia berkata: "Tiuplah!" sehingga apabila dia telah membuatnya api, berkatalah dia: "Bawalah, supaya aku tuangkan leburan tembaga kuning di atasnya".
-(Surah Al-Kahf 18:96)
Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya.
-(Surah Al-Kahf 18:97)
dia berkata: "Ini ialah suatu rahmat dari Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang, Dia menjadikannya debu dan janji Pemeliharaku adalah benar."
-(Surah Al-Kahf 18:98)
Dan pada hari itu, Kami membiarkan mereka menyerbu antara satu sama lain, dan trompet ditiupkan, dan Kami mengumpulkan mereka berkumpul-kumpul.
-(Surah Al-Kahf 18:99)
Dan pada hari itu kami mengemukakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya dan berpaling dengan jelas.
-(Surah Al-Kahf 18:100)
Yang mata mereka ditudung dari peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.
-(Surah Al-Kahf 18:101)
Apa, adakah orang-orang yang tidak percaya menyangka bahawa mereka boleh mengambil hamba-hambaKu sebagai pelindung, selain daripada Aku? Kami menyediakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya.
-(Surah Al-Kahf 18:102)
Jikalau menurut pendapat Jehan de Mandeville, Ya'juj dan Ma'juj ialah Gog dan Magog merupakan sebahagian daripada sepuluh kaum Israel yang lenyap selepas kejatuhan Kingdom of Israel akibat serangan Assyria. Gog dikatakan merupakan seorang anak raja, atau kaum, sementara Magog merupakan tanah asal atau tanah jajahannya. Bagaimanapun ada yang berpendapat Ya'juj dan Ma'juj merupakan bangsa Tartar dan Mongol yang terkenal sebagai bangsa yang kuat dalam peperangan dan suka menjajah.
Bagaimanapun mengikut catatan sejarah, pada masa lampau Derbent memang selalu diserang oleh pelbagai pihak pada tahun-tahun yang berbeza antaranya kaum Scythian, Sarmats, Hun, Alans, Avars, Khazar, Tartar dan lain-lain. Malahan ia juga pernah berada dibawah pemerintahan Empayar yang berbeza.
Jika dilihat dari sudut sejarah, kaum Hun merupakan sebahagian dari suku kaum proto-Turk dan sering berperang dan menjajah sebelum bersatu dengan suku kaum Turk yang lain di dalam Empayar Mongol. Selain itu terdapat pula suku kaum Tartar yang bermastautin di antara pergunungan Derbent dan Circaffia. Tetapi ada pula sejarahwan yang bependapat Ya'yuj dan Ma'juj merupakan kaum Scythian. Jadi siapakah pula sebenarnya kaum Ya'yuj dan Ma'juj ini?
Kaum Ya'juj dan Ma'juj disebut dua kali di dalam Al-Quran, pertama di dalam surah Al-Kahf, dan kedua kali di dalam surah Al-Anbiya'. Surah Al-Anbiya' merupakan ingatan bahawa manusia masih lalai dan berpaling daripadaNya. Di dalam surah ini banyak disebut kisah-kisah masa lepas seperti kisah Nabi Ibrahim A.S, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S. sebagai peringatan kepada umat selepasnya dan menegaskan Nabi Muhammad merupakan Rasul yang diutus memberikan rahmat serta memberi peringatan kepada umat manusia. Di dalam surah ini Ya'juj dan Ma'juj akhirnya berjaya melewati benteng yang menghalang mereka.
Satu pengharaman bagi penduduk suatu negeri yang telah Kami binasakan, mereka tidak akan kembali.
-(Surah Al-Anbiya' 21:95)
Sehingga, apabila dibukakan Ya'juj dan Ma'juj, sedang mereka melongsor turun dari tiap lereng-lereng
-(Surah Al-Anbiya' 21:96)
Dan telah hampir janji yang benar, dan tiba-tiba mata orang yang tidak percaya menatap dengan tajam, "Celakalah kami, kami lalai dari yang ini, tidak, kami adalah orang-orang yang zalim.
-(Surah Al-Anbiya' 21:97)
Mengikut catatan sejarah Dagestant, Russia, Derbent pernah dijajah oleh tentera Empayar Mongolia yang terdiri daripada kaum Goturks dan Tartar yang bergabung dibawah pemerintahan Borjigin Temüjin, atau lebih terkenal dengan gelaran Genghis Khan, pada 1239.
Berbalik dengan Caspian Gates (The Great Wall), pada tahun 1971 satu carigali purba (archaeological excavation) telah dijalankan dan satu penemuan yang mengejutkan dimana wujudnya asas kepada bandar Derbent seawal abad ke-3 dan akhir abad yang ke-4 SM iaitu lebih 5000 tahun dahulu. Jadi boleh juga diandaikan kewujudan tembok ini adalah berada di dalam tempah yang sama dengan pemerintahan Alexander (356-323 SM). Jadi memanglah tidak mustahil jika mengandaikan bahawa Alenxander juga merupakan orang yang datang membina dinding batu seperti yang tersurat di dalam Al-Quran.
Antara pemerintah Derbent yang berpengaruh pada awal kurun ke-8 ialah seorang komander militari Arab, Maslama ibn Abd al-Malik, yang digelar 'bapa kedua Derbent' di atas kejayaannya dari segi town planning dan menjadikan Derbent sebagai pusat ketenteraan dan politik yang mashyur. Maslama ibn Abd al-Malik adalah anak kepada Khalifah bani Umaiyah iaitu Abd al-Malik ibn Marwan.
**Ada banyak lagi kisah2 menarik mengenai kota Derbent ini dan juag Caspien gate serta kaitannya dengan tembok batu terpanjang dan tertua di dunia iaitu Red Snake. Mungkin saya akan menulis di dalam entri yang lain. Terima kasih.
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
Kepada semua ahli keluarga Kee yang beragama Islam, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan puasa yang yuk pula dan jangan terlebih membazir duit dan makanan gara2 nafsu buka puasa. Mentang2lah lapar, bila beli juadah berbuka yang ada bermacam jenis semua pun dibeli hehehe..
Masa ni kepada yang suka memasak tu mesti mau cuba bermacam2 resepi yang sedap kan? Ini ada satu blog Resipi.my yang boleh kamurang check, ada banyak resepi best best jadi bolehlah kamu cuba try test, ataupun boleh juga kamurang share resipi special kamu sendiri, nanti raya aku pulang try makan hehehehe...
Apa2 pun, selamat menunaikan kewajipan anda ^^
Masa ni kepada yang suka memasak tu mesti mau cuba bermacam2 resepi yang sedap kan? Ini ada satu blog Resipi.my yang boleh kamurang check, ada banyak resepi best best jadi bolehlah kamu cuba try test, ataupun boleh juga kamurang share resipi special kamu sendiri, nanti raya aku pulang try makan hehehehe...
Apa2 pun, selamat menunaikan kewajipan anda ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)