Saturday, February 21, 2009

Ragam ahli politik berkempen...

Salam semua, apa khabar? Aku hari ni awal2 pagi sudah kena pergi meeting.. Ada pencalonan wakil penduduk. Hmmm... Aku tidak kenal satu orang pun yang datang hari ini.. Ini meeting pertama wakil penduduk Kristal dan pihak pemaju, dan meeting ni pun pasal baru mo tubuhkan jawatankuasa bersama (joint management). Best jugalah meeting ni walaupun pada mulanya aku tensen sebab terpaksa bangun pagi-pagi. Itu pun nyaris aku nda terbangun dan terlajak tidur gara-gara meningu tv sampai lewat semalam. Tapi meeting hari ni aku terpaksa pergi juga, bila time buat aduan dan komplen tu gemuruh betul aku sampai sakit dada...

Anyway, seronok juga aku dengar la kisah penduduk ni. Kebanyakkan komplen pasal student yang bersikap 'rude' dan suka curi parking orang. Ada yang kisah orang buang sampah dirumahnya. Kesian juga tu.. Tapi paling ramai komplen pasal kunci pintu yang tidak berkualiti, sampaikan ramai orang yang pigi meeting tu kata dorang semua pernah terkunci di dalam tandas! Aisehmen, nasib baik aku nda pernah terkunci.. kalau terkunci sama siapalah aku mo minta tolong. Anyway, ada satu benda aku mau komplen, masa perlantikan presiden dan setiausaha. Pengerusi majlis ni macam tidak pernah buat meeting saja. Tiada sesi suai kenal macam mana mau mengundi dan buat pencalonan. Tak kan undi dan buat pencalonan sebarangan saja. Aku ingat time belajar dulu, pilih perwakilan pelajar pun ada berkempen.. tapi kami tadi dua jam saja sudah dapat president. Nasib baiklah macam okay sija. Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya tapi setakat ni penuh semangat dia mo buat lanjutan meeting untuk ajk penduduk. Baru naik takhta la katakan... hihihihi...

Aku rasa zaman sekarang ni mana ada orang tidak berkempen promote diri untuk menjadi wakil apa-apa persatuan, parti dan lain-lain. Kena promote dulu bah.. tidak promote mana siaorang tau apa ko boleh offer??! Mo jadi idol pun pakai sms voting juga ooo... Ini lagi kalau pilih wakil penduduk. Betul tidak... di Indonesia tidak lama lagi musim pemilihan wakil rakyat. Masing-masing calon buat poster yang beraneka ragam untuk promote diri sendiri sebab mo ambil hati pengundi. Macam tu la baru orang ramai dapat pilih calon yang dirasakan betul2 layak sebagai wakil rakyat. Tapi bila tengok poster dorang ni, aku pun confuse sebab kadang-kadang macam promote orang lain pun ada... sungguh konfius... konfius betul ni sampai tiga kali sebut perkataan konfius.. Susah-susah kamu tinguk la gambar ini sendiri. Walaupun macam tidak masuk akal tapi ini lah ragam ahli politik berkempen...

Hmm... aku rasa memang selama ni semua orang makan pakai tangan kanan...


Ejaan saja sudah ada yang salah... Kalau betul2 serious mesti dia tidak terima typo error macam ini...


Sudah almahrum, mukanya dikasi putih saja.. lepas tu gantung pula banner ni dilokasi yang menakutkan... ada pokok pisang segala..

Ini siapa? Barrack Obama punya long lost brother...


Lebih besar gambar David Beckham dari gambar calonnya. Yang mau diundi siapa?

Wuish seram!!! Belum apa-apa lagi sudah bawa golok (parang)


Macam iklan jamu...


Wah... ayat manis...


Step aside batman or cicakman... ini aku harimau jadian man...


hmm... no komen..


Sebetulnya ini poster apa? Ada underground gig ka nanti malam?


David Beckham lagi... berapa dia bayar royalti ni?


Macam album lagu kanak-kanak...


Macam jual anak pula...


Tidak takut anaknya kena culik...


Ini macam muka Ahmad Dhani....


Akhir sekali... salam metal pak!!!!


Nah kan? Apa ku bilang? Kalau betul mau menang atau jadi perwakilan mesti mau kempen dulu. Ini gambar-gambar aku terima dari teman aku di Jakarta. Hehehe... Anyway pengajarannya, kalau mo jadi calon mesti mau ambil hati pengundi. Sebab tu aku tidak hairan sangat bila ada wakil rakyat di Malaysia yang ambil gambar menjuluk mataku. Itu semua hanyalah taktik kempen dia, bukan dicuri gambar dari lubang kunci. Ialah zaman moden ni mana sudah ada pintu yang ada lubang kunci boleh tembus ke sebelah dinding. Lubang kunci grill adalah. Mungkin kalau di kampung2 yang jauh dari pembangunan ada kut tapi itu pun aku rasa adalah dalam dua tiga saja... Jadi aku rasa tiada siapa curi gambar dia melainkan dia sendiri beraksi dalam pose yang menarik hati untuk kempen terbarunya, "berbakti sepenuh jiwa dan raga kepada rakyat. Tiada gunting dalam lipatan, tiada musuh dalam selimut dan tiada niat terselindung. Segalanya ikhlas... jelas dan nyata". Jadi apa lagi, undilah dia atas kejujuran dan keihlasannya... Jadi jangan kutuk2 dia. Anda ada berani ka macam dia?



Monday, February 9, 2009

Amalan Minum Teh Untuk Kesihatan

Salam semua, apa khabar? Harap sihat selalu. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang amalan minum teh. Pada ratusan tahun dahulu, amalan meminum teh bermula di negara China dan merupakan preskripsi ubatan. Bagaimanapun pihak maharajah telah menjatuhkan titah hanya golongan diraja sahaja yang layak minum teh. Tapi itu peristiwa pada masa dahulu, pada masa kini siapa yang tidak pernah minum teh. Tapi adakah anda benar-benar minum teh dan mendapatkan khasiatnya?

Walaupun secara amnya ramai yang tahu kebaikan minum teh untuk kesihatan tapi cara meminum teh yang diamalkan adalah tidak berkesan secara 100%, ini kerana kebanyakkan daripada kita seringkali menambah gula, susu, madu atau lain-lain ke dalam teh menyebabkan ianya lebih menjurus kepada kesan yang tidak baik untuk kesihatan dalam jangka panjang. Cara minum teh yang sebaiknya ialah dengan tanpa membubuh apa-apa perasa tambahan. Sebelum saya menceritakan cara terbaik untuk amalan minum teh, biarlah saya terangkan dahulu apakah kelebihan minum teh berbanding dengan minuman lain.

Menurut kajian kesihatan, amalan minum teh bukan saja baik untuk menghalang pembentukan kaviti gigi atau gigi berlubang, tetapi juga dapat mengurangkan risiko penyakit seperti Parkinson, malahan dapat meningkatkan daya ingatan (memory). Hasil kajian di Jepun mendapati golongan emas yang mengamalkan minum teh hijau (green tea) mempunyai daya ingatan yang lebih baik secara purata berbanding dengan golongan yang jarang minum teh.

Selain daripada itu amalan minum teh juga dikatakan baik untuk jantung, mengawal tekanan darah dan mengelakkan kanser. Ini kerana di dalam kandungan teh terdapat banyak flavonoids. Secara amnya ia berfungsi menghasilkan pigmentasi warna merah dan biru dan bertindak sebagai penghalang serangan serangga dan kuman. Selain daripada itu, flavonoids juga mempunyai kadar toxin paling rendah berbanding kandungan tumbuhan yang lain. Walaupun ramai yang mendakwa bahawa flavonoids merupakan sejenis anti-oksida semula jadi, tetapi mengikut kajian yang dibuat oleh Linus Pauling Institute, kesan kandungan flavonoids di dalam tubuh badan manusia adalah sangat sedikit dan tidak bertindak sebagai anti-oksida secara langsung. Hanya lebih kurang 5% kandungan flavonoids diserap ke dalam tubuh. Apabila seseorang mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan flavonoids yang tinggi, ia akan menyebabkan berlakunya proses anti-oksida di dalam darah. Tetapi ini bukanlah kesan tindak balas secara langsung yang diakibatkan oleh flavonoids itu sendiri. Ia berlaku apabila terdapat peningkatan uric acid dalam tubuh manusia ketika berlaku proses penyingkirkan flavonoids dari dalam tubuh. Aktiviti penyingkiran ini meransang proses Phase II Enzymes yang boleh menghapuskan aktiviti mutagens dan carcinogens iaitu punca kepada barah (cancer).

Secara ringkasnya, apabila seseorang meminum teh dengan cara dan kuantiti yang betul, akan berlaku proses pembersihan darah dalam tubuh anda dan secara tidak langsung dan ini akan membantu melancarkan perjalanan darah. Ia juga baik untuk jantung kerana amalan minum teh dapat mengurangkan tekanan atau mengawal tekanan darah dan menghilangkan perasaan berdebar. Selain daripada itu ia dapat mengawal kandungan lemak di dalam salur darah, dan menghalang berlakunya proses pembentukan barah.

Menurut kajian Pr. Christine Wu dari University of Illinois, kandungan polyphenols di dalam teh boleh mengurangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan gigi berlubang dan jangkitan gusi. Secara tidak langsung ia juga boleh mengurangkan masalah nafas berbau. Bagaimanapun ia tidak akan berhasil sekiranya anda gemar minum teh ditambah gula, susu atau sebarang perisa tambahan. Bagaimanapun anda haruslah meneruskan amalan memberus gigi setiap hari, walaupun amalan minum teh dapat menghapuskan bakteria di dalam mulut, ia tidak dapat membantu masalah kesan kotoran pada gigi yang diakibatkan oleh merokok, meminum kopi dan teh yang berlebihan.

Cara meminum teh yang baik ialah tanpa mencampurkan sebarang bahan perisa tambahan samada gula, susu dan sebagainya. Jangan minum teh terlalu panas kerana ia tidak baik untuk proses pencernaan, meminum teh sejuk pula menyebabkan kahak. Minumlah teh dalam suhu 56 atau 62 darjah celcius, iaitu dalam keadaan hangat atau suam.

Selain daripada itu, apabila anda membuat teh jangan masak / rendam teh anda terlalu lama kerana ia bukan sahaja mengubah kandungan khasiat teh tersebut dan menjadi kan rasa yang pahit, tetapi turut membahayakan kesihatan anggota pencernaan anda. Teh yang terlalu pekat juga memberikan kesan yang tidak baik, ini kerana ia mengandungi caffeine and polyphenols. Apabila kandungan ini diambil berlebihan akan menyebabkan masalah tidak dapat tidur (insomnia) dan menggalakkan penghasilan gastric acid dan mencederakan perut anda.

Ramai kenalan yang saya dapati suka menyimpan uncang teh (tea bag) untuk diguna semula, tolong hentikan tabiat ini. Ini kerana bakteria akan berkumpul di dalam uncang ini setelah dibiarkan beberapa lama. Begitu juga dengan teh yang sudah siap dimasak, jangan minum teh yang telah dibiarkan terlalu lama atau semalaman kerana ia sudah dipenuhi dengan bakteria. Segala nutrisi di dalam teh seperti Catechins, Theanine, dan vitamins C dan B akan hilang setelah dibiarkan beberapa lama. Maka tidak ada gunanya anda simpan teh / uncang yang sudah dipakai atau disimpan lama, bukan sahaja tidak berkhasiat tetapi sudah dipenuhi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.

Jangan minum teh bersama sebarang ubat-ubatan kerana kandungan teh boleh mengubah isi kandungan ubat yang anda perlu ambil. Jarakkan sekurang-kurangnya dua jam selepas mengambil ubat-ubatan sebelum meminum teh. Jangan mengambil teh bersama alkohol kerana campuran teh dan alkohol akan membahayakan sistem pencernaan buah pinggang. Bagaimanapun meminum teh Oolong dapat menghapuskan kesan alcohol terhadap tubuh (hangover), tapi tidak boleh diminum bersama (dicampur) atau berselang dalam jarak waktu yang pendek.

Minum teh baik untuk menurunkan suhu badan bagaimanapun jika diminun dengan perut kosong, akan menyebabkan paru-paru anda terdedah kepada 'kedinginan' kerana kekurangan haba. Bagaimanapun minum teh selepas atau waktu makan hidangan utama (makan malam atau siang) juga tidak baik. Ini kerana kandungan teh boleh menghalang serapan zat besi di dalam makanan, seperti yang kita maklum kekurangnan zat besi boleh menyebabkan anemia. Selain itu ia juga menghalang serapan Thiamine, dan kekurangan Thiamine dalam tubuh akan menyebabkan penyakit BeriBeri. Selain daripada itu, elakkan meminum teh ketika anda mengalami PMS (premenstrual symptom), mengandung, menyusukan anak atau ketika demam.

Bagaimanapun kesan teh adalah bergantung kepada tindak balas tubuh badan seseorang individu. Setiap individu mempunyai tidak balas yang berbeza terhadap kandungan teh, jadi ambilah pada kadar yang sesuai dengan anda. Bagaimanapun anda dilarang mengambil teh berlebihan iaitu melebih 6 cawan sehari.

Bagi saya sendiri saya lebih gemar minum Oolong Tea, Green Tea, Chrysanthemum Tea dan Sabah Tea, dan tentulah tanpa dibubuh sebarang gula ataupun susu. Kepada yang baru hendak mencuba minum teh asli tanpa campuran gula, cubalah minum Sabah Tea, rasanya tidak terlalu pekat dan sedap diminum. Oolong Tea adalah agak pahit kepada orang yang tidak biasa, dan Green Tea lebih banyak khasiat berbanding teh lain. Selamat mencuba minum teh original.

Bagaimanapun janganlah bergantung kepada teh semata-mata kerana kajian masih dijalankan dan belum dibuktikan keberkesanan teh secara 100%, senaman dan cara pemakanan sihat merupakan pencegah penyakit yang terbaik. Akhir kata, semoga anda semua sentiasa sihat dan gembira disamping keluarga dan rakan-rakan.

Bahan Rujukan:
  1. Studies force new view on biology, Nutritional Action of Flavonoids by David Stauth- Linus Pauling Institute
  2. Tea Side Effects - Seven habits to effective drinking
  3. Science Daily

Wednesday, February 4, 2009

Robofair Exhibition 2009


Location: Cineleisure Mall, Mutiara Damansara
Time : 6 until 8 February 2009

For more info please log on to the official website.

Activities :

1. Robot Exhibition & Demonstration
2. Workshops & Seminars
3. Robodance Competitions
4. Launching of Aziz M. Osman latest robotic film CE1


Robodance Competition - How to enter?
1. Age 12 - 35 years old
2. A group or solo performance. Group members must not exceed 6 people.
3. Entry fee of RM20.00
4. Dance routine should not be more than 2 minutes 30 seconds for the preliminary round, and 4 minutes for the Final.
5. Participants should include robotic and futuristic movements in their dance routine.
2. Send in your details (name/team members, IC and contact numbers) to herne@robofair2009.com
3.Preliminary round will be at 6th February 2009, 8pm in Cineleisure Mall, Mutiara Damansara

Have fun!