Saturday, August 30, 2008

Villa, Rumah, Hotel zaman moderen..

Siapa pernah tengok cerita Harry Potter? Mesti pernah kan? masih ingat tangga dia yang beputar2 tu? Ini lagi hebat, dan bukan ciptaan fantasy pun tapi nyata. Ciptaan yang bakal dibina tidak lama lagi di Dubai, di reka oleh David Fisher, bangunan yang beputar2 ni dikenali sebagai Rotating Tower (pasal dia beputar2 la..) David Fisher ni pereka dari Itali, kununnya design dia ni akan siap dibina pada tahun 2010. Itupun kalau tiada bencana alam la kan, atau kiamat ka...

Kononnya bangunan ni hampir2 sama tinggi sama Petronas Twin Tower dengan ketinggian 420m, ada 80 tingkat. 10 tingkat teratas adalah luxury villa style apartment, 35 tingkat ke bawah seterusnya adalah residential suites, 15 tingkat ke bawah seterusnya adalah hotel, dan 20 tingkat kebawah seterusnya adalah ruang pejabat dan pameran. Ada siapa2 minat mo beli? ehehe..




Kononnya building ni ada center yang boleh control putaran dan speed bagi setiap tingkat. Jadi kalau orang atas tu mo pusing laju2 dia sampai pening macam main cawan2 di carnival game tu dia punya pasal la orang bawah dan diatasnya tiada effect kunun. Kalau tidak susahlah kan semua orang pun terikut beputar ni. Bukan tu ja, kononnya ada lift untuk kenderaan (kereta sahaja ya, boat, sampan, kapalterbang atau helicopter tidak boleh la... basikal sama motorsikal boleh...) sampai la pigi tingkat 80.



Seperti yang boleh dilihat dari ini gambar, bangunan ni mengunakan sistem turbine untuk setiap 77 tingkat. Aku rasa 3 tingkat terbawah tu tidak la berputar2 kalau nda susah pula mo masuk ni sebab pindah2 jak pintu utama ni nda sempat2 pula mo masuk. Hehehehe.. Samada berjaya atau tidak diaorang buat ni building exactly seperti yang diplan marilah kita sama2 tunggu dan lihat.

Friday, August 29, 2008

Congratulations Kee Sabariah!

Pada hari Khamis si Yah dan family selamat tiba di KLCT, itu budak2 mabuk naik kapal terbang lang c Yah pasal teruk betul turbulence. Kami naik van pi Grand Pacific, alamak aku ingat aku book di Seri Pacific. Kami pun meround jalan Ipoh adess.... Apalah kawan si Yah ni, mo kena ketuk pala dia recommend tampat tu. Aku kestau c Faye sama c Dang (c Din dan K. Pah pigi Indonesia jadi aku nda kasitau la pasal teda juga dorang sini), jadi berabis la kami ni mencari hotel lain tapi semua sudah full. Marah c Dang sama ku, "tulah ko nda mendengar cakap" dia blang. Hehehehe... Malam tu juga si Faye sms aku suruh bawak c Yah pindah di tempat dia awal2 pagi. Tetapi apa buli buat aku ada interview (buang karan jak aku pigi tapi kawan rekemen kan so tidak apa la, apa2 pun tima kasih sama dia sebab selalu rekemen aku! Heheheh). Jadi dorang c Yah ma c Charles dan anak2 pigi sendiri. Kesian dorang. Aku pun lepas interview terus jak pi jumpa dorang di Aquaria. Dorang si Adik pun ada. Time ni budak2 la paling gembira. Satu hari kami di KLCC saja, masa mau pulang pi apartment hujan tidak berhenti2 nasib baik ada d.Neng datang ambil. Sampai sana mula2 tu aku ingat mo pulang juga di rumah tau2 satu minggu aku nda pulang2 sana saja tu di KL sama rombongan dari K6 dan Damai.

C Yah selamat terima Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang IT pada hari Isnin. Jan main2, terrer ni urang nih! Masa tu aku ada pigi tengok dia terima ijazah, punyalah ramai orang, dan yang kelakar tu aku pi sana kaki ayam (cam britney spears pula tapi aku nda butak dan mereng la hehehe...) pastu ada pula penerima sijil yang jatuh tergulik atas stage, terpeluk cancelor kunun dei... macam aneh2 jak. Apa2 pun, kami semua mengucapkan tahniah atas kejayaan si Yah. Tahun depan giliran si Charles pula konvo. Kalau dengar cerita susah payah dorang untuk menimba ilmu tu memang terharu aku, berbeza betul dengan aku yang bersusah payah memonteng kelas dulu2. Sampai kadang2 terpaksa tidur dalam kereta bah dorang ni pasal terlalu jauh perjalanan pigi uni. Bukan cam aku masa di ITM, sudahlah tinggal asrama, lagi tinggal 5 minit mo mula kelas baru kelangkabut mo bangun, sampai nyaris2 terpigi kelas pakai baju teda kain. Insaf sekejap... Bah anak2 Kee yang masih belajar tu, contohilah ini pasangan yang rajin menimba ilmu. Usaha tangga kejayaan bilang orang, asal jak yang diusaha tu yang baik2 la..

Selepas sudah selamat upacara, kami pun bergambar2 dan pi celebrate di Sari Ratu (c Charles belanja ni). Ramai2 kami ni, aku tinguk happy berabis si Huzaifah. Dia suka betul main sama si Kakak. Aku diarahkan mengorder lauk tapi ni la bah silap pula aku order, tu sayur jak lupa tu rendang yang diminta khas, pastu terlebih2 ayam goreng sampai terpaksa pula di bawa pulang, sori maam. Pastu petang2 kami lepak di Starbucks jak, terjumpa pula abang HInd misai tebal melenting menjeling2 sama si Faye. Ahahha...

Besoknya last day ingatkan mo bawak budak2 pi Sunway Lagoon, apakan daya hujan nda la pandai berenti last2 kami pigi Melaka di A Famosa Resort jak. Tapi rasanya lebih best dari Sunway Lagoon pasal ada emcee yang sporting, walaupun aku nda faham apa dia cakap most of the time tapi sporting abis nih, dari pagi sampai malam dia jak jadi emcee untuk semua acara. Baru kami ni terpigi masa Middle East Season, apalagi semua lagu pun lagu arabbbbbbb jak. Burung gagak jak keliling nih. Penutup programnya memang best, ada larian ayam bah disusuli bunga api. Bila tu emcee tanya 'are you happy??!!!' berteriakan barang arab menjawab "NOOO!". Nda puas ati lagi tu arab2, pa lagi tu emcee bilang ok, kalau masih nda puas ati mari countdown lagi sama dia "9 8 7 6 5 4 3 2 1..." Tup menyala semua lampu, "Come back again tomorrow!!!" bilang tu emcee... kwakwakwa.. Kami pun pulang ke KL.


Piratas+Fastasmas+11.jpg (image)

Piratas+Fastasmas+11.jpb(image)

Wednesday, August 13, 2008

Tema Kaler Baju untuk Kee Reunion

Salam,

Kepada semua Kee Heritage Clan, memang kompom la tu reunion. Ramai ni yang kompom pigi ni termasuk juga aku ni yahoooooooooo~!!!! Bak kata si Yah, kalau aku nda pigi ni siapa la mo jadi tukang ambil gambar? Cewah, aku kan pemberita Kee Heritage.

Anyway, let's put that aside, bagi wakil ahli keluarga Arwah Kee Abdul Jalil tema pakaian adalah warna lavender. So take note, jangan pula kamurang pi pakai baju oren segala, pakai purple la...

Ini lah lavender kalau tidak tau jugak tu payah la mo cakap...


Nada duit sudah mo beli baju kaler lavender? Aku ada tips murah dan gerenti dapat. Beli la baju kemeja putih, baju kurung sekolah putih atau apa2 jaklah yang putih untuk di pakai (singlet pagoda pun putih juga tapi mesti kamurang nda sanggup pakai pi reunion ni bikin malu jak...nampak bulu ketiak). Kalau sudah ada pakaian putih, beli la nila.. rendam pakaian putih tu satu hari satu malam besok jemur dapat sudah kamurang baju nyaris nyaris kaler lavender... kwakwakwa...

Jangan marah gurau jak.

Monday, August 11, 2008

Pesta Konvo Open Uni

Seperti yang pernah sudah aku post dulu, ada dua orang akan konvo pada hujung bulan Ogos ni, si Yah (Kee Sabariah) dan suami si Kam (Kee Kamariah Yusof), Rosli pun akan konvo tapi pada hari yang berbeza. Suami si Kam, si Rosli akan konvo pada 23 Ogos pagi sementara si Yah pula pada pagi 25hb Ogos. Tidak sama rupanya, apa2 pun kalau ada jodoh berjumpa juga bah kita ni.

Si Yus (Kee Rosli) pula akan pigi ke Johor sebagai wakil bowling lagi (kalau tidak silap). Kalau silap apa buli buat. Buat masa ini, cuma ini saja berita yang aku ada, jadi kalau sesiapa ada berita mo postkan, silakan jangan segan2, yang mana belum dapat invitation untuk contribute news di blog ini boleh kirimkan alamat emel kepada aku supaya boleh di invite.

~Ciao

Tahniah Atas Pernikahan Erin


Berita terkini, pada 09 August 2008 anak bongsu kak Zizah, Erin sudah selamat bernikah. Kak Zizah ni anak sulung adik beradik Kak Pah (isteri Kee Zainal). Majlis bersanding diadakan di Dewan Siti Hasmah pada 10 October 2008. Marilah kita sama2 doakan moga perkahwinannya berkekalan, bahagia dan aman hingga ke anak cucu.

Masih lagi aku ingat masa kecik2, time si Din masih tinggal di Ulu Kelang, dekat dengan rumah Kak Zizah. Time cuti sekolah selalu lah kami pi sana ikut dorang c faye. Masa tu lah kami kenal ngan si Ita sama si Erin. Pagi2 mesti si Ita sampai dulu ngan patung barbie doll pastu nda lama Erin pun sampai. Masa tu ada si baby, leon, neil, sama si adik. Nda sangka pejam celik pejam celik Erin pun sudah selamat jadi isteri orang. Mudah2an cepatlah kak Zizah ngan abg. Yusof dapat cucu kedua ^^

~Amin

Monday, August 4, 2008

Surat Jemputan Rasmi Jejak Kasih Keluarga KEE 2008

Seperti yang sudah saya janjikan, ini dia salinan surat jemputan rasmi jemputan ke acara Jejak Kasih Keluarga KEE pada 04 October 2008.

Please note: semua phone number sudah saya erase untuk mengelakkan daripada orang yang tidak bertanggung jawab membuat prank calls atau sebagainya.

Saturday, August 2, 2008

Sumbangan Khas Minima RM100

Kepada semua anak cucu cicit KEE,

Pada hari ini saya telah menerima salinan surat dan minit mesyuarat Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE. Antara isi kandungan surat dan minit mesyuarat adalah seperti berikut:

Ahli Jawatankuasa Keluarga KEE telah mengadakan mesyuarat pada 19 April 2008 dan antara yang dibincangkan ialah bagaimana mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam majlis perhimpunan sebelum, semasa dan selepas yang akan diadakan pada 4 October 2008.

Mengikut surat yang diedarkan, perbelanjaan mengurus dan menjalankan aktiviti-aktiviti majlis perhimpunan yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM30,000. Oleh yang demikian, Ahli Jawatan Kuasa telah sebulat suara untuk memohon sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM100, diharapkan bagi yang sudah berkeluarga (bagi yang telah beristeri / bersuami) bolehlah membuat sumbangan yang lebih dari itu, mengikut kemampuan masing-masing.

Semua hasil kutipan akan diserahkan keapda AJK untuk diaudit sebelum dan selepas majlis perhimpunan.

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam Alliance Bank (No Akaun: 600520010015539) atau diserahkan terus kepada:

  1. Tn. Hj. Kee Abd. Hamid Hj. Kee Sulaiman
  2. Datuk K.Y Mustapa Kee Mohd Yusuf
  3. Hjh. K.Y Salmah Kee Mohd Yusuf
  4. En. Kee Kahar Hj. Kee Sulaiman
  5. En. Kee Yacob Kee Ali
  6. Hj. Kee Jamal Hj. Kee Sulaiman

Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan anda mudah-mudahan majlis ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

**salinan surat dan minit mesyuarat akan saya upload pada hari Isnin.

Aturcara Majlis Jejak Kasih Keluarga Kee

Pada semua anak cucu cicit Kee Kim Sui dan / atau extended family,

Adalah dengan sukacita dimaklumkan satu perjumpaan keluarga akan diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan juga untuk saling berkenalan terutamanya pagi generasi yang ke-3 dan ke-4.

Tarikh : 04 October 2008 (tertakluk kepada perubahan)
Masa : 8.00 am - 2.30pm
Tempat : Dewan Masyarakat Tawau


Aturcara Majlis :

1. Acara perasmian PJKKKEE (Perhimpunan Jejak Kasih Keluarga KEE)

  • Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
  • Ucapan perasmian - YB Datuk Hj. Tawfiq
  • Penyampaian penghargaan cenderahati kepada 10 warga tertua KEE
  • Persembahan video klip keluarga KEE

2. Sesi suai kenal keluarga ahli keluarga KEE

3. Persembahan tarian tradisi (tarian Egal-Egal dan tarian Darling-Darling)

4. Pameran alat-alat antik keturunan KEE

5. Pameran carta keluarga (Family Tree) dan gambar keluarga

6. Cabutan bertuah

7. Pelancaran Buku dan pameran Buku Keluarga Kee

** Untuk cabutan bertuah, amatlah berbesar hati sekiranya sudi membuat sumbangan untuk acara ini.