Salam ukhwah dan terima kasih kepada semua famili Kee dan Unggut yang sudi menjemput saya secara rasmi menjadi keluarga ' Kee Heritage ' . Saya kira ini permulaan yang baik untuk kita bersatu fikiran dan tenaga membangunkan tamadun keluarga yang selama ini terpisah oleh keadaan dan masa. Pada mulanya, saya memang buta dan tidak tahu serba serbi tentang blog kerana tidak pernah belajar mahupun meneroka tentangnya. Namun, seorang kawan dari Semenanjung memberi cadangan agar saya membuat blog sekali gus menunjukkan saya cara berblog...Hehe Osian boh, tulun kampung...Saya berbesar hati mencuba dan saya pun mulalah berkari-kari....mencuba dan terus mencuba hingga akhirnya, alhamdulillah, bolehlah jadi-jadi sikit urang bilang. Episod bongkar membongkar pun terjadi dan akhirnya saya terjumpa Blog Kee dan Unggut . Bila jumpa blog ni, memori zaman silam satu demi satu pula muncul. Antaranya, hubungan saya dengan si Oto ( Kee Maidin ). Dia ni kalau berjumpa orang bilang macam kucing dengan anjing . Selalu saja tidak ngam kepala sebab ada saja isu yang kami debat. Tidak kira tempat pula tu, di kedai kopi atau di rumah ... Hehehe tapi, apapun kejadiannya, di hujung debat terbuka itu saya biasa tutup dengan kata-kata " apa-apa pun kita keluarga dan kau adalah abang ku ", lepas tu, kami sama-sama ketawa sambil mengantam rokok Benson. Kadang-kadang sampai kepala naik pening, mabuk rokok ... Satu perkara lagi yang paling tidak boleh saya lupa pasal Si Oto ni... Saya rasa, sampai nafas terakhir pun, benda ni memang saya betul-betul ingat... Masa tu, awal pagi lagi saya sampai di rumahnya. Masa tu saja-saja datang mau ziarah. Entah apa instinc Si Oto, macam tau pulak dia saya punya poket ni betul-betul tinggal angin... Dia hulur pulak duit masa mau balik...masa tu, saya lihat dunia terang benderang...Adui...mudah-mudahan Allah murahkan rezeki Si Oto sebab dia memang orang pemurah. Sampai sekarang belum lagi terbalas budi dia....banyak lagi sebenarnya kisah-kisah menarik saya dengan keluarga ni... tapi, biarlah, simpan-simpan dulu yang lain tu..Milem tu' owunes...kekekekek.
6 comments:
Salam. Hehehe... welcome to the family, eh apa lagi mo welkam kalau memang family. Welkame to the blog? hehehe...
Terima kasih kerana sudi bekongsi ilmu.
gembira sebab dapat mengenali seorang lagi ahli keluarga melalui blog... moga2 kalau ada kesempatan dapatlah kita semua berkumpul2 mengeratkan kekeluargaan...
Ia, terima kasih kerana sudi join.
aragangtandik, e'odu om kee heritage, itulah kita harapkan agar rumpun yg kian subur ini terus mencipta sejarahnya d mana2. awasi ong hari raya haji diti mijumpa2 tokou..... milangar todung tokou pun silap2 amu kopikanal .... heheh
Bulan Syawal sudah pun pergi, kini muncul musim orang mau bersiap untuk menunaikan Fardhu Haji. in simple words musim Haji. Kepada semua saudara mara yang berkenan kami ucapkan selamat berangkat dan semoga selamat sempurna menunaikan semua kewajiban Fardu Hajj Baitullah.
hmmm as for myself... Raya tahun ini agak ganjil.....orang raya dengan kuih, aku raya dengan kotak mengemas barang bersiap untuk pindah. as I speak aku sudah ada di KK dan akan terbang ke Tawau Sunday 9th November. hmmm KUcing masih tinggal di Karantina di Jab. Haiwan Kinarut. I am coming Home, Cik Liau, your kemenakan is coming home. Untuk pengetahuan semua, Macik Liau adalah orang yang memimpin tangan dan menghantar saya hari pertama ke sekolah Kindergarten Holy Trinity 1965 sebab Arwah Mama tidak sihat. Cik Liau you are always my Idol and Pop star.
Post a Comment