Salam semua... apa khabar? sihat? syukur... hari ni aku tidak tau mau buat apa, jadi aku selongkar koleksi cd simpanan aku... macam-macam ada daripada drama, movie, anime, game, software sampailah gambar... tiba-tiba aku terjumpa cd yang bertulis Europe - May 28. Wah! Ini gambar-gambar semasa kami melancong ke Eropah dulu... well to be exact bukan la the whole of Europe tapi kami menjelajah ke dari Switzerland sampailah ke Republic Czech. Oh yeah, masa di Czech tu aku angan-angan mahu cari Milan Baros bah tapi lain pula yang aku terjumpa, penjual t-shirt bola yang lebih hensem dan fasih berbahasa English... kekekeke... tapi aku terlampau terkejut tengok muka hensemnya aku tidak dapat bercakap.. terus aku keluar dari kedai... yang sebenarnya aku takut dia suruh aku beli... mahal la.. nanti sekali tengok made in India pula.. kenapa aku cakap macam tu? Adalah... nanti kalau aku rajin aku cerita...
Hari ni aku mahu cerita pengalaman kami iaitu si Faye, Apit, Din (Zainal), Kak Pah, Raisah, Rafiq, Sharmaine, Yoli dan juga aku; semasa melawat ke Jungfraujoch. Jungfraujoch ni juga dikenali sebagai Top of Europe... kenapa? sebab sinilah puncak tertinggi di seluruh Eropah.. Fuiyo punyalah semangat aku pada hari tersebut. Kami bertolak dari Interlaken naik keretapi. Keretapinya bersih dan selesa, pemandangan... fuiyo susah mo cakap.. punyalah cantik... Budak-budak pula sibuk bermain sendiri sambil menyanyi-nyanyi. Biasalah orang Asia kan.. aku pun terhibur, tapi yang buat spoil suasana dan buat aku temper adalah sebab dua orang American yang duduk tidak jauh dari kami. Sudahlah menjeling-jeling dia cakap pula kami ni Asian tidak bertamadun.. kurang ajar punya orang!! Dia ingat kami tidak faham ka? Nasib juga dorang tidak dengar.. Apa salah dia bagitau saja kalau suara budak-budak tu mengganggu.. memanglah dorang ni pun bah bising tapi tau la kan kalau budak-budak.. nasib baik tidak berlari sana sini, itu duduk menyanyi tu kira cukup baik sudah tu..
Tapi malas aku mahu peduli, daripada aku tensen dengan perangai orang putih tu bagus aku hayati pemandangan gunung yang cantik, air terjun yang berkilau... waaaaaaaah!!! Rasa macam mo buka jendela ja menghirup udara segar tapi nanti beku pula kami di dalam... hahaha.. Sampai di satu area aku lupa di mana, kami terpaksa turun dan tukar coach untuk ke puncak gunung. Dalam coach kami ada beberapa pelancong dari Jepun yang sudah berusia. Hebat juga dorang ni... Lepas tu sampai satu hentian dorang ni ribut-ribut sebab ada glacier... ish! buat aku pun terikut excited mahu tengok segala glacier... maklumlah aku kan kebaru-baruan nampak ais semula jadi yang bukan buatan peti sejuk... hahahaha..
Akhirnya kami sampai di puncak Jungfraujoch, pada mulanya kami punya plan mahu main sledge dog rides... rasanya anjing ni adalah baka Greenland atau Polar Colony... Di sini memang taman permainan snowboarding dan sledge.. Lepas tu ada terrace untuk tempat tengok pemandangan.. begitulah kira-kiranya plan kami tetapi cuaca tidak menyebelahi kami. Sudahlah sepanjang jalan hujan renyai-renyai, sampai di Jungfraujoch tiba-tiba pula blizzard! Orang ramai tidak dibenarkan keluar dari kawasan hentian, keluar pergi di balcony pun tidak boleh la.. Tapi ini saja peluang kami, entah bila dapat datang ke sini lagi... Jadi kami keluar juga ikut pintu tepi, bermain di salji dalam kawasan yang terhad! Belum puas bergambar blizzard pula tambah kencang habis ais kena ke muka.. sakit tau!! Kurang asam! Sudahlah aku beli kasut summer, habis basah stocking aku kena ais... sejuknya... Oh jangan hairan tengok gambar aku dan si Yoli pakai sunglass, sebenarnya di puncak ni disaran memakai sunglass sebab cahaya matahari terlalu terik... tapi lain pula jadinya cuaca dingin dan blizzard! Tapi berguna juga sunglass ni sebab selamat mata aku dari kena tembakan ais!!!
Ada banyak gambar lagi sebenarnya tapi sama si Faye la.. Aku punya copy yang complete ntah mana aku simpan... Yang aku jumpa ni ada sikit saja bercampur-campur dengan trip kami di Bali pada tahun yang sama bulan March. Anyway, sudah dapat main salji dan kena tamparan blizzard sikit aku kira puas hati jugaklah!! Semasa orang lain sibuk-sibuk membeli barangan cenderahati, aku beli satu bell kecil dan dua keping postcard.. Apa aku buat? Aku tulis ayat-ayat minta puji kepada kawan aku di Sunway, aku dengan besar lubang hidung mengumumkan yang aku berada di Jungfraujoch, Top of Europe!! Satu lagi aku kirim kepada diri sendiri... Hahaha.. Aku post disitu juga sebab cop tu yang paling mahal tu! Aku rasa inilah bukti yang paling kukuh aku di sini bwahahahaha...!!! Kembang kempis lubang hidung aku sepanjang menulis.. Si Yoli complain kepala dia sakit, orang lain pun sudah mulai sakit kepala dan pening... Aku masih lagi blur sebab terlalu syok sendiri dengan postcard aku! Bila sudah post barulah aku mulai sakit kepala.. rupanya kami kekurangan oksigen, maklumlah di tempat tinggi kan.. orang pun sesak... Si Faye pula sibuk melayan dua orang kanak-kanak riang yang sibuk mahu membelikan souvernir kepada kawan-kawan dorang... Wah! Gara-gara sibuk mencuci mata group kami terpisah.. Kak Pah dan si Raisah sudah naik train tapi kami tertinggal. Mujur lah handphone ada roaming dapat pesan supaya turun berjumpa di salah satu stesen di kawasan pergunungan. Kami pun singgahlah makan di sini.
Aku sampai di bawah ni masih lagi excited! Sementara tunggu makanan sampai aku dan si Yoli berlari pergi kedai souvernir comel di bangunan sebelah. Sempat juga bergambar-gambar! Tengah aku menggigil kesejukan lalu pula seorang cewek hindustan, pakai skirt mini dan tank top! Terkejutnya aku!!! Aiseh orang tempatan pun pakai sweater tebal-tebal dia pakai tank top sama skirt mini yang nipis macam musim summer la pulak!!! Lepas tu dia berjumpa dengan boyfriendnya dan jalan berpelukkan di sana sini entah mana juga tujuan dia pakai baju tipdak cukup fabrik tu.. bukan aku judgemental tapi alamak, boyfriend dia pun pakai sweater laaa.... sejuk la!!!
Okey, cukup sampai sini.. nanti lain kali saya cerita pengalaman kami yang lain pula.. Hehehe...
2 comments:
nda pa... pas ni giliran aku ar. wei... macam sama aku pun ada ko kirim tu poskad ooo. hahahah. org putih ni banyak yg temberang jga bah. dan heran aku, ramai org kita masi lagi terjajah minda hormat gila babi sama dorang ni. kalau yg layak tu inda apa lah. ni yg samsing pun kana hormat pula oleh remaja2 kita sekarang. pernah tu aku maki hamun orang putih di kundasang sebab dia menghina org tempatan. ngam2 aku terdengar terus sakit telinga aku. aku cakap kau bodoh berani cakap mcm tu, dan byk lagi. laaassst sekalia aku teriak "fuck you" sama dia. hahaha, setiap kali dia nampak aku terus dia lari mengelak. baru dia tau.
yang mana satu tu ah? yang dari Jungfraujoch ka atau Montreaux?? Atau dua-dua? Masa di sempadan France pun aku ada mo post lagi tapi sampai masuk kampung sudah aku teda aku terjumpa pejabat pos...
ia betul tu... banyak kali pula aku terjumpa orang putih yang nda sopan masa kami travel, bukan pun pandai cakap english pula tu jadi mengambil kesempatan menggadu.... apa lagi aku pun membalas juga la...
cakap sabah...!!!
wah! hahaha... pa tu buleh buat di kk ooo? umban di laut la..
Post a Comment