Saturday, February 21, 2009

Ragam ahli politik berkempen...

Salam semua, apa khabar? Aku hari ni awal2 pagi sudah kena pergi meeting.. Ada pencalonan wakil penduduk. Hmmm... Aku tidak kenal satu orang pun yang datang hari ini.. Ini meeting pertama wakil penduduk Kristal dan pihak pemaju, dan meeting ni pun pasal baru mo tubuhkan jawatankuasa bersama (joint management). Best jugalah meeting ni walaupun pada mulanya aku tensen sebab terpaksa bangun pagi-pagi. Itu pun nyaris aku nda terbangun dan terlajak tidur gara-gara meningu tv sampai lewat semalam. Tapi meeting hari ni aku terpaksa pergi juga, bila time buat aduan dan komplen tu gemuruh betul aku sampai sakit dada...

Anyway, seronok juga aku dengar la kisah penduduk ni. Kebanyakkan komplen pasal student yang bersikap 'rude' dan suka curi parking orang. Ada yang kisah orang buang sampah dirumahnya. Kesian juga tu.. Tapi paling ramai komplen pasal kunci pintu yang tidak berkualiti, sampaikan ramai orang yang pigi meeting tu kata dorang semua pernah terkunci di dalam tandas! Aisehmen, nasib baik aku nda pernah terkunci.. kalau terkunci sama siapalah aku mo minta tolong. Anyway, ada satu benda aku mau komplen, masa perlantikan presiden dan setiausaha. Pengerusi majlis ni macam tidak pernah buat meeting saja. Tiada sesi suai kenal macam mana mau mengundi dan buat pencalonan. Tak kan undi dan buat pencalonan sebarangan saja. Aku ingat time belajar dulu, pilih perwakilan pelajar pun ada berkempen.. tapi kami tadi dua jam saja sudah dapat president. Nasib baiklah macam okay sija. Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya tapi setakat ni penuh semangat dia mo buat lanjutan meeting untuk ajk penduduk. Baru naik takhta la katakan... hihihihi...

Aku rasa zaman sekarang ni mana ada orang tidak berkempen promote diri untuk menjadi wakil apa-apa persatuan, parti dan lain-lain. Kena promote dulu bah.. tidak promote mana siaorang tau apa ko boleh offer??! Mo jadi idol pun pakai sms voting juga ooo... Ini lagi kalau pilih wakil penduduk. Betul tidak... di Indonesia tidak lama lagi musim pemilihan wakil rakyat. Masing-masing calon buat poster yang beraneka ragam untuk promote diri sendiri sebab mo ambil hati pengundi. Macam tu la baru orang ramai dapat pilih calon yang dirasakan betul2 layak sebagai wakil rakyat. Tapi bila tengok poster dorang ni, aku pun confuse sebab kadang-kadang macam promote orang lain pun ada... sungguh konfius... konfius betul ni sampai tiga kali sebut perkataan konfius.. Susah-susah kamu tinguk la gambar ini sendiri. Walaupun macam tidak masuk akal tapi ini lah ragam ahli politik berkempen...

Hmm... aku rasa memang selama ni semua orang makan pakai tangan kanan...


Ejaan saja sudah ada yang salah... Kalau betul2 serious mesti dia tidak terima typo error macam ini...


Sudah almahrum, mukanya dikasi putih saja.. lepas tu gantung pula banner ni dilokasi yang menakutkan... ada pokok pisang segala..

Ini siapa? Barrack Obama punya long lost brother...


Lebih besar gambar David Beckham dari gambar calonnya. Yang mau diundi siapa?

Wuish seram!!! Belum apa-apa lagi sudah bawa golok (parang)


Macam iklan jamu...


Wah... ayat manis...


Step aside batman or cicakman... ini aku harimau jadian man...


hmm... no komen..


Sebetulnya ini poster apa? Ada underground gig ka nanti malam?


David Beckham lagi... berapa dia bayar royalti ni?


Macam album lagu kanak-kanak...


Macam jual anak pula...


Tidak takut anaknya kena culik...


Ini macam muka Ahmad Dhani....


Akhir sekali... salam metal pak!!!!


Nah kan? Apa ku bilang? Kalau betul mau menang atau jadi perwakilan mesti mau kempen dulu. Ini gambar-gambar aku terima dari teman aku di Jakarta. Hehehe... Anyway pengajarannya, kalau mo jadi calon mesti mau ambil hati pengundi. Sebab tu aku tidak hairan sangat bila ada wakil rakyat di Malaysia yang ambil gambar menjuluk mataku. Itu semua hanyalah taktik kempen dia, bukan dicuri gambar dari lubang kunci. Ialah zaman moden ni mana sudah ada pintu yang ada lubang kunci boleh tembus ke sebelah dinding. Lubang kunci grill adalah. Mungkin kalau di kampung2 yang jauh dari pembangunan ada kut tapi itu pun aku rasa adalah dalam dua tiga saja... Jadi aku rasa tiada siapa curi gambar dia melainkan dia sendiri beraksi dalam pose yang menarik hati untuk kempen terbarunya, "berbakti sepenuh jiwa dan raga kepada rakyat. Tiada gunting dalam lipatan, tiada musuh dalam selimut dan tiada niat terselindung. Segalanya ikhlas... jelas dan nyata". Jadi apa lagi, undilah dia atas kejujuran dan keihlasannya... Jadi jangan kutuk2 dia. Anda ada berani ka macam dia?



5 comments:

Aiso said...

hahahah... aku hari2 nampak kalu poster2 di jakarta ni. besalah trans tv kan. ada lagi tu aku nampak poster...begini... jangfan undi aku pasal: aku tidak amanah, aku penipu, aku korupsi.... dan macam2 sija bah hehe.

woi, bila ko lepak tempat aku ni, nada org masak bah kekeke. sini buli tgk cerita indon 24 jam. paling best termehek2, org ketiga, sekiranya aku menjadi, cofee bean show, akhirnya datang juga, dll.

NONG said...

Hahaha..macam2 pula banner di atas tu..Paling kesian yang muka almarhum kena kasi putih saja. Jumadi dot antu bangkit kieobo(palis2)... bikin lamas itu

Kee Heritage said...

Aiso... ko mo sa masak apa ooo? telur guring masak blackpeper? atau masak air? ekekekek...

wuik buang duit sija bikin poster tapi nda suruh mengundi hahaha... kalau kana undi juga gila la sudah pengundi tu..

Nong, sa setuju ooo... adakah patut dibuat bagitu... ish ish ish..

Anonymous said...

Aku pun pernah nampak poster2 lucu mcm diatas tu tapi yang paling aku suka ada satu poster time a first time pi Bali. Simple & straight forward. Bunyinya macam ni "tunggu apa lagi, undi aja gue & lupakan yang lain"....

Junid Bin Gunsalam said...

hhe..sy blm kenal ko. tapi harap2 kita kenal satu hari nanti. selamat kita berblog. komen dan pandangan ko amat diperlukan dalam blog sy. tq