Tuesday, October 14, 2008

Kee Heritage Forum is under maintenance!

Dear family members,

I have removed the link to the forum due to technical problem. Please do not post anything until I've come up with a solution, as I might have to replace it with a new one. I will fix the problem a.s.a.p. and it will be free to use once again. Sorry for the inconvenience.

Saturday, October 11, 2008

More Photographs From JKKKEE 2008 Events



More photos will be added soon, when I have the time *hehehe... I hope other team member can contribute photographs from the event as well. Thx.

If the picture takes too long to upload you may view the photo collection in the photo album in the JKKKEE 2008 Photo Album link on the top of this page or click here to view photo collection.

Wednesday, October 8, 2008

JKKKee 2008 Photostream





Seperti yang kita semua maklum, pada tanggal 4 October 2008 yang baru lalu telah belangsung majlis Jejak Kasih Keluarga Kee di Dewan Masyarakat Tawau. Memang besar ahli keluarga Kee, saya tidak pernah menyangka ada begitu ramai sekali descendant Kee Abdullah. Gambar-gambar sepanjang reunion ini berlangsung boleh dilihat di Album JKKKee 2008. Buat masa ini saya belum ada kesempatan untuk upload kesemua gambar pada hari tersebut, hanya sebilangan kecil sahaja. Saya akan cuba upload kesemua gambar dalam masa terdekat ini. Di atas adalah antara gambar-gambar yang terdapat di dalam album ini.

Ucapan tahniah kepada para AJK yang telah menjayakan majlis ini kerana bukan mudah untuk mebuat acara sebegini, tambahan pula acara ini merupakan benchmark kepada acara reunion yang seterusnya. Kalau mengikut persetujuan, acara ini akan diadakan setiap dua tahun sekali. Tahniah juga diucapkan kepada Kee Faridah kerana berjaya mengumpulkan gambar-gambar lama dan sedikit biodata anak-anak Kee Abdullah, saya difahamkan dia sudah mula mengumpul segala maklumat sejak lapan tahun yang lalu.

Tidak ada banyak komen dari pihak saya, cuma beberapa perkara yang boleh diperbaiki lagi di majlis akan datang. Feedback yang saya terima daripada ahli keluarga yang menyertai acara ni rata-ratanya berharap diadakan aktiviti suai kenal supaya dapat berkenalan antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang mengadu masih terdapat banyak kesilapan didalam buku yang telah ditulis. Bagi saya dia (Kee Faridah) sudah melakukan sebaik yang mungkin, tambahan lagi kesuntukkan masa untuk menyediakan mock-up untuk tatapan ahli keluarga menyulitkan dia untuk memeriksa setiap dokumen. Saya difahamkan bahawa buku ini belum lagi siap 100%, masih ada lagi yang perlu diubah dan diperbetulkan. Menurut Kee Faridah sendiri buku ini mungkin hanya dapat dikeluarkan pada Hari Raya Haji nanti.

Bagaimanapun saya mendapati sedikit percanggahan maklumat tentang ibu kepada Kee Kim Swee, mengikut apa yang tercatat didalam buku catatan arwah bapa saya Hj Kee Abdul Jalil (anak lelaki bongsu Kee Abdullah), Kipas bukanlah ibu kandung kepada Kee Kim Swee. Selain daripada itu, saya juga difahamkan bahawa Jumatiah bukanlah isteri pertama Kee Kim Swee, beliau sudah pernah beristeri sebelum itu dan mempunyai zuriat dari isteri sebelumnya. Ini juga pernah dimaklumkan kepada saya oleh arwah ayah saya Hj. Kee Abdul Jalil bahawa dia mempunyai saudara lain yang bukan beragama Islam. Mungkin di reunion yang akan datang boleh menjemput mereka bersama sekiranya mereka berminat? Itupun kalau dapat dicari la..

Saya juga berharap cerita berkaitan nenek saya Jumaatiah turut dimasukkan ke dalam buku ini kerana tanpa nenek Jumaatiah, tidaklah wujud generasi kita yang ada sekarang. Saya paling suka mendengar arwah bapa saya bercerita tentang ibunya Jumatiah, saya berasa kerugian sekiranya cerita tentang nenek tidak disertakan sekali.

Apa sekali pun, saya berharap keluarga Kee dan generasi seterusnya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada ahli keluarga Kee yang sudah pun meninggal dunia, semoga roh mereka sentiasa di rahmati Allah S.W.T.