ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Wednesday, October 8, 2008

JKKKee 2008 Photostream





Seperti yang kita semua maklum, pada tanggal 4 October 2008 yang baru lalu telah belangsung majlis Jejak Kasih Keluarga Kee di Dewan Masyarakat Tawau. Memang besar ahli keluarga Kee, saya tidak pernah menyangka ada begitu ramai sekali descendant Kee Abdullah. Gambar-gambar sepanjang reunion ini berlangsung boleh dilihat di Album JKKKee 2008. Buat masa ini saya belum ada kesempatan untuk upload kesemua gambar pada hari tersebut, hanya sebilangan kecil sahaja. Saya akan cuba upload kesemua gambar dalam masa terdekat ini. Di atas adalah antara gambar-gambar yang terdapat di dalam album ini.

Ucapan tahniah kepada para AJK yang telah menjayakan majlis ini kerana bukan mudah untuk mebuat acara sebegini, tambahan pula acara ini merupakan benchmark kepada acara reunion yang seterusnya. Kalau mengikut persetujuan, acara ini akan diadakan setiap dua tahun sekali. Tahniah juga diucapkan kepada Kee Faridah kerana berjaya mengumpulkan gambar-gambar lama dan sedikit biodata anak-anak Kee Abdullah, saya difahamkan dia sudah mula mengumpul segala maklumat sejak lapan tahun yang lalu.

Tidak ada banyak komen dari pihak saya, cuma beberapa perkara yang boleh diperbaiki lagi di majlis akan datang. Feedback yang saya terima daripada ahli keluarga yang menyertai acara ni rata-ratanya berharap diadakan aktiviti suai kenal supaya dapat berkenalan antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang mengadu masih terdapat banyak kesilapan didalam buku yang telah ditulis. Bagi saya dia (Kee Faridah) sudah melakukan sebaik yang mungkin, tambahan lagi kesuntukkan masa untuk menyediakan mock-up untuk tatapan ahli keluarga menyulitkan dia untuk memeriksa setiap dokumen. Saya difahamkan bahawa buku ini belum lagi siap 100%, masih ada lagi yang perlu diubah dan diperbetulkan. Menurut Kee Faridah sendiri buku ini mungkin hanya dapat dikeluarkan pada Hari Raya Haji nanti.

Bagaimanapun saya mendapati sedikit percanggahan maklumat tentang ibu kepada Kee Kim Swee, mengikut apa yang tercatat didalam buku catatan arwah bapa saya Hj Kee Abdul Jalil (anak lelaki bongsu Kee Abdullah), Kipas bukanlah ibu kandung kepada Kee Kim Swee. Selain daripada itu, saya juga difahamkan bahawa Jumatiah bukanlah isteri pertama Kee Kim Swee, beliau sudah pernah beristeri sebelum itu dan mempunyai zuriat dari isteri sebelumnya. Ini juga pernah dimaklumkan kepada saya oleh arwah ayah saya Hj. Kee Abdul Jalil bahawa dia mempunyai saudara lain yang bukan beragama Islam. Mungkin di reunion yang akan datang boleh menjemput mereka bersama sekiranya mereka berminat? Itupun kalau dapat dicari la..

Saya juga berharap cerita berkaitan nenek saya Jumaatiah turut dimasukkan ke dalam buku ini kerana tanpa nenek Jumaatiah, tidaklah wujud generasi kita yang ada sekarang. Saya paling suka mendengar arwah bapa saya bercerita tentang ibunya Jumatiah, saya berasa kerugian sekiranya cerita tentang nenek tidak disertakan sekali.

Apa sekali pun, saya berharap keluarga Kee dan generasi seterusnya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada ahli keluarga Kee yang sudah pun meninggal dunia, semoga roh mereka sentiasa di rahmati Allah S.W.T.


12 comments:

Yoku said...

setinggi-tinggi tahniah kpd mereka (kebanyakkannya semua suda bersara, senior...) yg merealisasikan reunion ini. setuju dengan kee heritage masih ada yg boleh dibaiki lagi seperti aktiviti suaikenal & dokumentasi nenek jumaatia. apa pun, untuk reunion kali ini sudah sangat bagussss... tahniah.

AragangTandik said...

Mau keluar airmata kakak membaca tulisan meng. Memang betul kakak pun ada mendengar bapa becerita yang Kee Kim Swee itu pernah beristeri selain daripada Jumaatiah. Menurut bapa, arwah c Inah (itulah panggilan bapa pada emaknya nenek kita) pandai menari dan bermain gitar.

LaiNi said...

salam..

mau tanya bah... ni nenekku kah atau tuak ku? aku anak kee jamal bin kee sulaiman.. nenek/tuak ngan bapakku sepupu ka? kalau sepupu tuak ku la ni kan.. confuse bah.. besar betul family kita.

Iya .. bapakku cakap kurang cerita pasal moyang perempuan (Jumaatia) masa reunion ari tuh.. dianggar lebih kurang 50 jak bah rangkaian dari keluarga Jumaatia di semporna datang, tapi x sangka banyak yang datang. Nametag pun x cukup..

apapun.. bukan senang mo buat reunion sebesar tu, semoga reunion akan datang bertambah baik dan tahniah kepada semua AJK² yang bertungkus lumus menjayakan reunion ni.

Anonymous said...

aku setuju memang kira ok sudah tu reunion tu tapi...macam masih ada kurang nya lagi..mmmmmmmmmm

yah said...

Tahniah kepada semua ajk yang telah berjaya mengadakan reunion ini, Tahniah juga kepada Kee Faridah yang telah bertungkus-lumus mencari data keluarga Kee. Tidak ketinggalan kepada semua individu yang telah dengan rela hati memberikan sumbangan wang ringgit dan tenaga sehingga berlangsungnya acara yang sangat bersejarah ini...Apapun saya sangat setuju sekali dengan pndpt kee heritage...cerita & gambar2 mengenai nenek Jumatiah perlu dimasukkan dalam pameran dan buku keluarga itu...Nenek Jumatiah telah memainkan peranan yang besar dalam melahirkan keturunan Kee Kim Sui, tanpa nenek Jumatiah tidak akan ada genarasi kee sekarang ini. Sebagai tambahan arwah bapa pernah bercerita bahawa nenek Jumatiah pandai mengait stokin. Stokin2 ini dijual kepada kakitangan charted company dan antara pembelinya adalah arwah datuk Kee Abdullah.

AragangTandik said...

Kami yang datang ari tu adalah anak-anak Kee Abdul Jalil (termasuklah juga cucu-cucu, menantu dan cicit) adek bungsu Kee Sulaiman. Maknanya kami ni Makcik2 dan pakcik2 mu. Makcik dulu sekolah di Tawau dan tinggal di RC. Selalu juga Makcik pigi rumah tua Sulaiman di Ice Box. Pernah juga makcik pigi rumah Babu Tainah di Batu Dua.

Anonymous said...

aku lak komen, masa tu abis jak acara cabutan bertuah tu banyak yang lari,tak kan dorang datang pasal cabutan tu jak, p majlis tu mantap, biasa la first time memang ada kelemahan. Next time pasti lebih baik.

Lagi tu pasal barangan "I'm Kee" tu, kebanyakan cam aku tengok kena buat untuk korang-korang ja, nak kempen pun da nak habis, baik tak usah kempen benda tu.

Lagi... pasal barangan lama tu, sebenarnya korang tak cari menyeluruh kat rumah aku ada satu peti simpanan pakaian yang di perbuat daripada kayu, dari apa yang aku paham peti tu dapat dari nenek Munah aku berusia kira-kira 100 tahun, itu yang aku dengar, kalau aku dengar tu tipu, tipu la aku ni, hahaha.. Kalau simpan baju kat peti tu mesti baju ada bau cam minyak kayu putih, yang ni aku pasti sangat!

nafri said...

Salam,
utk makluman anonymous kami adalah diantara beberapa orang yang terpaksa balik sebelum acara selesai, bukan kami tak nak stay lama2 tapi kami datang dari jauh dan flight kami pula jam 5 petang hari tu..keesokan harinya pula terpaksa g keja, kalau kami ni dari sekitar Tawau sudah semestinyalah kami akan tunggu hingga acara selesai dan siap tolong kemas lagi...oleh itu adalah diharapkan untuk reunion yang akan datang pilihlah tarikh yang masa cutinya lebih panjang supaya kami pun dapat stay lebih lama di Tawau dan seterusnya dapat menziarah sanak saudara di sana...

yah said...

alaaaa biasalah mula2 byk kekurangan tapi lama2 ok ba tu...

Anonymous said...

paham la jugak kalo yang tinggal jauh tu, aku nampak yana tinggal area twau pun balik.

Anonymous said...

ya, betul-betul-betul, aku pun dari KK terpaksa balik awal nak packing barang, sorry la ye, maafkan kami ye yang tinggal jauh ni.

killer_corp@yahoo.com

rasta-roots said...

Content buku yang tidak seimbang, lebih banyak berkisar kepada Kee Sulaiman berbanding anak-anaknya yang lain.