ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Tuesday, October 21, 2008

Hati-hati makan biskut

Hati-hati makan biskut bukan saja kerna isu melamine tapi ada banyak sebab. Antaranya seperti yang terjadi di dalam gambar ini. Tengok gambar saja pun geli, bila baca email yang difowardkan tu rasa cam mo muntah terus. Nasib la saya ni nda suka makan biskut..

Tidak payah cerita panjang lihat gambar pun cukup..



Mengikut ceritanya ini gambar satu jenama biskut terkenal. Yang putih tu bukan gula, kacang atau cebisan buah ya tapi semacam telur ulat atau serangga. Jadi kalau makan biskut tu jangan ngap terus. Kononnya kes ni terjadi di negara jiran. Apa pun kes-kes begini memang sudah pernah berlaku di Malaysia. Seingat saya sewaktu sekolah menengah seorang lelaki telah menuntut ganti rugi dari sebuah jenama coklat terkenal sebab di dalam coklat tersebut terdapat cebisan kaca. Sama ada betul atau tidak bukan la isunya kerana sejak akhir-akhir ni banyak betul kes makanan yang membahayakan kesihatan. Antaranya artificial sugar, siapa yang ambil tu baik berhenti. Nanti lah kalau ada masa saya akan tuliskan sebabnya. Itu panjang mo explain.

Teringat kisah semasa menuntut di sebuah kolej tempatan, saya dan kawan-kawan konon mau pergi lunch di sebuah restoran kecil yang murah. Kami ni memang selalu makan di sana dan juga merupakan pelanggan tetap, sampailah satu hari. Seperti biasa saya ni order nasi goreng kampung, nasib baik la ada tabiat suka menguis makanan. Kuis punya kuis terkuis anak lipas tersepit di celah-celah garfu. Eeee... Saya pun cepat-cepat komplen, ambil balik wang saya dan balik (hilang selera makan..). Kebetulan saya terserempak dengan kawan-kawan lain, cepat-cepat saya ceritakan pengalaman saya. Terus kawan saya menyampuk, katanya baru dua hari lepas dia pun mengalami kejadian yang sama. Cuma dia makan nasi telur bistik, cuma di dalam bungkusan telur bukan lah lauk daging dan ayam saja tapi ada cebisan lipas sekali. Lepas itu saya pun tidak sanggup makan tengahari restoran tu lagi..

Bukanlah tujuan saya ni buat kamu yang membaca geli sampai hilang selera. Cuma sampaikan pesan supaya lebih berhati-hati apabila makan..

4 comments:

e'Odu said...

Eeeee....susah sudah mo makan skrg ni, nmpk gaya lbh selamat makan kui tompek atau jemput2 jak...atau ndak payah makan kui la, mkn nasi jak...hehe

Anonymous said...

Iskk... bikin kembang bulu. Geli aku eh!!
Mimi

AragangTandik said...

Itu la - ertinya kita kena rajin-rajin tanam ubi, pisang dan sayur sendiri. Bikin kui sendiri dan makan sendiri - back to basic ka itu?

Aku suka kui dulu-dulu - kui telinga gaja, roti kudat - nda ada suda di jual.

meng said...

Ia meng pun suka betul kui telinga gajah. Di rumah dulu arwah bapa selalu beli lepas tu kami rendam dalam kopi pasal keras telampau arwah bapa nda dapat makan.. hehehe..