Tuesday, June 24, 2008

Trip Info - Must Take Note!

Edited : 16 - 30 November 2008

NEWS EDITED : 9.37 am 18 July 2008


Okay kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program percutian Bali/Jawa Tengah boleh la membeli tiket pergi ke bali tu, sekarang tiket air asia murah saja pergi balik below RM500. Jadi baik beli sekarang. Info flight adalah seperti berikut:

pergi : 16 Nov 2008 Destination: Denpasar, Bali

balik : 30 Nov 2008 Destination: KKIA

Untuk trip 15 hari Jogja/Solo - Surabaya-Bali masing2 kena bayar touring fee RM3200 seorang (Harga belum confirm sedang cuba mendapatkan harga lebih rendah lagi, amin..) Boleh bayar ansuran 2 kali seperti berikut:

1. sebelum 15 Oct 2008 - RM1600

2. sebelum 21 Nov 2008 - RM1600 { ** belum confirm

Untuk maklumat lanjut boleh emel kepada saya Meng di Keeiz@hotmail.com atau terus kepada c Faye di feah_kaj@yahoo.com.my

Untuk aturcara programme boleh refer di link Route Tour <

Secret Pleasure Room di Taman Sari?!

Okay, sebelum aku cerita tu benda yang aku sebut di tajuk aku cerita dulu pasal main castle dia iaitu Kraton bermaksud istana dan Kraton yang kita mo lawat ni dibina pada kurun ke 18 dan merupakan kediaman sultan di era pemerintahan Mataram. Kita boleh masuk di dalam istana ini dengan bayaran 3000 Rp dan extra 500Rp kalau bawa kamera (kalau aku tidak silap) dan ada guide yang akan bawak kita melawat istana, tetapi mestilah berpakaian yang bersopan (properly dressed) maklumlah masuk istana... Jangan la pula pakai yang bukan2 contohnya celana pindik singlit atau cawat tidak dibenarkan sama sekali!!!

Di dalam Keraton ni kita boleh lihat banyak display barang2 raja2 pemerintah yang gugulu termasuklah salasilah keturunan raja Mataram, jadi siapa yang perasan atau angan2 mo jadi raja tu check la tu salasilah manatau ada termasuk sikit2.. hahaha... Jangan lupa nenek kita ni memang keturunan diraja Sulu pun, cuma kingdomnya saja sudah tiada andu bah... jadi kalau dapat menyelit keturunan Mataram boleh lah menuntut periuk belanga sultan ke-9 Sri Sultan Hamengkubwono IX di Kraton kuang kuang kuang... Aik jan kamu main2 Sultan Hamengkubwono IX ni la yang memberikan kemerdekaan kepada Indonesia daripada jajahan Dutch. Jadi kalau dapat periuk pun sudah kira hebat tu!

Meja yang digunakan untuk sain dokumen kemerdekaan Indonesia pada 17 August 1945 pun masih ada disini. Apa?! Boring ko cakap? Apa mo heran barang meja? Bah kalau aku bilang itu pavilion dihiasi dengan emas apa macam? Chandelier nya pula dibuat dari Italian crystal! Baru ko tau!! Anyway kita akan spend 5H/5M di area ini sebab kita mo tengok perarakan dari istana pada hari raya Aidiladha. Ini mesti record di video semua ni baru lah "dikoboiri".

Di sebelah Kraton adalah Taman Sari (Water Castle), topik yang ditunggu2 dan aku pun nda sabar sudah mo kestau... Kalau Kraton istananya yang lebih kepada urusan formal, Taman Sari ni tempat raja berehat2 dan bersuka ria atau pun femes sebagai "pleasure palace". Pernah sudah aku cerita pasal itu 3 swimming pool besar, perempuan2 mandi dan raja menyubuk dan memilih teman tidur kan? Hehehe... Aku pun ada mention pasal secret underground passage yang dibina tembus pigi laut untuk escape dari serangan musuh. Nah ada satu benda aku lupa mention, architect Portugis yang mendesign Taman Sari ni di bunuh oleh sultan supaya tiada siapa dapat cari itu "secret pleasure room" di dalam istana ini. Aku wonder lah, apa dan dimana kah itu "secret pleasure room" itu dan apa yang ada di dalam? Adakah orang yang berjaya jumpa? Tiada lah ku rasa kalau ada musti tidak secret lagi namanya. Mungkin akibat kejadian gempa bumi hilang sudah jalan masuk ataupun orang jak yang nda tau macam mana mo unravel the mystery. Apa boleh buat si Yus sama si Sly nda jadi ikut, kalau tidak baru aku angan2 mo ajak dorang jadi Indiana Jones sekejap. Hehehe... Nda apa, siapa berani ikut aku cari "secret pleasure room"? angkat tangan?!! Kalau ada harta semua aku punya bukan Ahmad Albab yang punya... kuang kuang kuang!!!

Saturday, June 21, 2008

Apa kejadian di Candi Prambanan?

Satu lagi temple yang kita akan pigi tu namanya Candi Prambanan, kononnya kuil Hindu terbesar di Indonesia yang di bina dari 1918 dan belum siap2 lagi sampai sekarang. Kononnya ada 1000 statues di Candi ini. Mengikut hikayat ada seorang pemuda bernama Bandung Bondowoso yang jatuh cinta sama satu cewek bernama Roro Jonggrang. Roro Jonggrang ni mau menolak cinta si Bandung Bondowoso jadi dia bilang sama tu cowok, "ko bikinkan aku 1000 statues dalam tempoh satu malam saja". Jadi hebat juga si Bandung Bondowoso dapat pula dia bikin 999 biji, pakai ilmu apa nda tau la. Tapi panik la si Roro Jonggrang ni dia pun suruh orang2 kampung kasi marak api supaya nampak macam sudah mo pagi. Marah la si Bandung Bondowoso sekali dia kedapatan si Roro Jonggrang mo menipu dia, terus dia sumpah jadi patung!!! Jadi adalah cukup 1000 termasuk si Roro Jonggrang yang sudah jadi batu... Kesimpulannya mestilah si Bandung Bondowoso ni bidak dan banyak jerawat berabis sampai si Roro Jonggrang mintak yang bukan2 sampai main tipu lagi. Jadi marilah kita pigi meningu si Roro Jonggrang yang sudah jadi batu di sini, mari kita lihat cantik betul ka dia sampai si Bandung Bondowoso sanggup bikin 999 statues dalam tempoh satu malam. Cantik kah??? Tapi yang mana satu? Nda pun kita kira jak la patung tu cukup ka sampai 1000? Tapi apa kaitan ini cerita sama ni Candi yang tidak pandai siap2 sampai sekarang? Kononnya ada saja orang mencuri batu Candi tu, tapi kamu jangan la buat pula nanti marah si Bandung Bondowoso kena sumpah jadi si Batu Tunggang pula. Kalau batu berlian nda apa juga. Khahahaha.... Apa kejadian si Bandung Bondowoso? Tidak tau la... mungkin dia pigi Bandung lepas tu hehehe...

Oh satu lagi yang aku excited, Taman Sari (Water Castle). Kenapa? Sebab aku mo tinguk itu 3 swimming pool BEEEEEEEESAAAAARRRRRR di compound dia! Kononnya Raja suka duduk dan meningu dayang2nya mandi sambil memilih siapa mo jadi teman tidur. Kotoh!!! Lepas tu ada lorong pigi bawah tanah, di bawah tanah ada surau yang di bina oleh Raja, dan ada secret underground path yang tembus pigi laut, di bina untuk escape kalau diserang musuh. Originally Taman Sari ni kubu dan juga istana tempat raja2 bersantai menyubuk orang mandi. Hahahah..

Okaylah.. Itu saja dulu. Dengar cerita saja tidak best, pergi dan lihat sendiri baru ada thrill!!! Ada berani??

-Meng

Friday, June 20, 2008

Route Tour - Apa kita buat sepanjang 15 hari?

Ini antara info yang baru aku terima tadi. Memang mengancam sungguh ini trip ni. Memang sesuai untuk kaki pengembara, tapi jangan bimbang kaki shopping pun ada can juga. Kalau tidak percaya sila baca...

30 November
Arrived di Denpasar Airport, Bali jam 4.45 pm ETA and overnight at Febri's Hotel or equivalent. Rilek2 dulu sebab ni kita ada acara padat yang menggiurkan.. hehehe..

1 December
Bertolak ke Mt. Bromo jam 6.30 pagi dari Bali. Sesampai di sana kita overnight di Bromo Permai 1 Hotel or equivalent. Dinner & rest.

2 December

Jam 3.30 pagi wake up call, bangun dan bersiap-siap untuk trekking ke Mt. Bromo, duduk atas ledge dan tengok sunrise. Aaah... classic! Kabarnya pemandangan yang tercantik lah! Sampai masuk Discovery Channel!

Macam dalam previous post aku sudah kestau di sini sejuk jadi jangan lupa bawa baju tebal2 dan bawak kasut trekking. Suhu kesejukkan boleh mencapai antara 0 hingga 5 degree celcius.

Selepas itu jam 8.30 pagi kita bertolak menikmati panorama keindahan gunung dan bertolak ke Sea of Sand naik kuda.. horseback ala koboi kalau nda pun Indiana Jones.. pewitt, koboi begagar kesejukan bilang si Faye hahaha... Anyway Jam 9.00 am Balik ke hotel untuk mandi dan sarapan. Jam 12 tgh kita check out.

3 - 4 December
Tour & Shopping di Surabaya. Kabarnya barang murah meriah jadi inilah masanya kamu menggunakkan kotak kotak yang kamu bawa siap sedia tu hahaha..

5 - 7 December
Bertolak ke Jogja dan stay di Istana Batik Hotel or equivalent. Tour ke Candi Borobudur, Prambanan Temple, Kraton (The Sultan Palace), Taman Sari (Water Castle), tengok Ramayana Dance dan shopping di Mali0boro Street.

8 December
Leave to Solo Day Trip. Shopping at antique market dan mungkin overnight di Riyadh Palace Hotel (optional).

8-9 December
Arrived in Malang dan stay di Kartika Wijaya Hotel. Di sini acara kita visit apple farm, kita putik... makan... makan dan makan semua.. eat all you can kotoh! Selepas itu kita pigi ke Singosana Temple dan city tour.

10 December
Kita bergerak balik ke Bali, this time kita stop di Lovina dan overnight di Aneka Lovina Hotel or equivalent. Jam 6 a.m bangun dan sailing untuk dolphin sighting. Pewitt!!

11-14 December
Kita kembali ke Kuta, Bali dan stay di Febris Hotel. On the way kita stop di Bedugul Flower Park cuci mata dan ambil gambar. Selepas itu kita acara bebas free and easy.

15 December
Balik KK / KL.. bye bye Bali

Next trip, Korea 2009 - Spring. Mari kita menabung!! Yahoooooo!!!

-Meng

Thursday, June 19, 2008

Bali Trip 15N/14D 2008

Kepada pengembara yang sudah sign up nama kepada ketua rombongan Kee Faye. Ini ada sedikit info pasal trip kita. Pengesahan selanjutnya mestilah di confirm sama ketua, aku cuma penyampai berita saja. Kalau tidak tepat tu minta maaf kerana kadang2 mungkin ada perubahan rancangan ataupun kerana aku salah baca sms. Antara nama2 yang sudah cakap mau pigi tu adalah seperti dalam senarai.

1. Faye (ketua rombongan)
2. Yah (pemborong)
3. Nun (pemborong jugak)
4. Meng (pemberita diskobori cenel.. perasan)
5. Yus (pemborong jugak ni walaupun tidak mengaku)
6. Leon (si yus bilang dia ikut aku tidak pasti tiada confirmation dari dia)

Ini saja nama yang ada ura2 mau pigi, sama ada bertambah sudah atau tidak, itu tidak pula ku tau. Tapi kalau ada sesiapa yang kami kenal (yang kami kenal betul2 ni..) mau ikut sila hubungi pengaturcara majlis Faye.

Okay sekarang cerita trip. Hahahaha... okay here goes!!!

Adventure Trip bermula dari Bali - Jogja-Solo-Surabaya dan balik semula ke Bali, total trip selama 15 hari (5 hari akhir free and easy di Bali). Pasal pigi Mt. Bromo, naik kuda tengok sunset atas gunung yang dingin2 tu setakat ni aku belum dapat pengesahan dari ketua. C Faye bilang tunggu adik kawan dia confirm dulu. Tapi kalau jadi tu memang cun la sebab pernah masuk discovery channel. Kalau jadi tu kena prepare baju tebal2 sebab suhu below 20 kono, tetapi walaupun begitu saya rasa bagus bawa la sunglass dan sunblock kerana takut kena sunburn matahari. Walaupun kita tidak rasa panas, hakikatnya itu matahari masih lagi kena kulit. Betul ka tu mentor? Untuk trip 15 hari ini kita masing2 perlu bayar touring fee sebanyak RM3200 seorang (ini termasuk hotel fee 5 hari di Bali). Boleh bayar secara ansuran sebanyak 2 kali. Info selanjutnya akan di emel kepada orang2 yang tersenarai sahaja.

1. Before 15 Oct - RM1600
2. Before 21 Nove - RM1600

Berdoa la banyak2 mudah2an bisa dapat lebih murah lagi hahaha.

Kepada kaki shopping, bawalah 2 atau 3 kopor kerna mengikut pengalama c Faye, murah meriah tu di Solo. Jadi siapa2 yang mau memukal barang tu sedia2 lah bag 3 dalam 1. Nda pun aku rasa cam ni la, bawa satu beg besar tapi dalam beg itu ada 2 kotak besar juga. Jadi lebih ringan kamu membawa barang2 kargo kamurang. Huahahaha...

Selepas beberapa hari mengembara, kita balik semula ke Bali. Di sini kita akan tinggal di Febris Hotel lagi selama 5 hari. Kepada sesiapa yang mau begambar sama Agung, kamu tidak perlu buat adat istiadat mengadap di istana sebab dia ada kerja sini dan nama dia saja Agung.. hahahaha.. Tiada acara touring just free and easy. Masa ni la yang sangat sesuai untuk pigi berspa, berebonding, scalp treatment atau mandi lulur.. eceh. Aku angan2 mo buat hair treatment lagi, best berabis..mana juga mo cari urang urut kepala 1 jam dengan harga murah. Hehehehe.. C Faye lang kalau jadi ke Bali dia mo belanja kita Sunset Dinner Cruise yang ada cabaret, fuh mana mo cari aramaiti atas kapal hahahhaha...

Si Faye dan si yah sudah beli tiket. Kepada sesiapa yang belum beli tiket tu beli la sekarang sebab dari KK ke Bali pergi balik murah saja, kalau termasuk xpress boarding dan 3 package handling pun baru dalam RM500 lebih saja . Untuk itinerary trip, saya akan emel kepada nama2 dalam senarai (Leon update info dari c yus jak la ok kerana aku sudah terhilang ko punya emel.. sori. Nun, ko pun update dari c Faye jak kerana aku tidak tau emel ko.).

Yang dari Sabah ambil flight bertolak pada 30 Nov jam 1.55pm ke Denpasar dan balik ke KK pada 15 Dec jam 11 pagi.

Aku ni tidak sabar2 sudah mo jalan tapi terpaksa sabar dulu pasal mesti menabung dulu ma. Aku tidak kisah yang penting aku boleh jalan2, satu ja aku kesah.. dari KL ke Bali lebih mahal, kurang asam!!!

-Meng