Pernahkah kamu terima email berantai yang mengirimkan gambar-gambar patung ini disertakan mesej yang kononnya patung ini diperbuat daripada kulit dan rambut manusia yang asli? Apabila saya membaca email tersebut saya berasa terkejut, nyaris percaya tapi saya pikir lagi, esh nda mungkin la... Kalau rambut, saya masih boleh terima kerana memang ramai orang yang menjual rambut mereka untuk dijadikan rambut palsu berkualiti tinggi, tapi kalau mau pakai kulit manusia untuk membuat patung adalah mustahil kerana kulit akan menjadi kering, kasar dan bertukar warna. Saya pasti ini adalah antara gambar-gambar patung yang anda pernah terima kan?
Di Jepun pembuatan patung yang serupa manusia memang sudah jadi culture mereka, tiada yang pelik tapi tidak lah sampai ke peringkat mengunakan kulit manusia. Sebenarnya patung-patung yang terdapat didalam gambar itu dibuat oleh seorang sculptor terkenal di Jepun, Yoshiko Hori. Dia menggelarkan koleksinya "iki-nin-gyou" atau bermaksud "living dolls" atau juga dikenali sebagai "dolls in the flesh". Bukannya dia membuat statement yang patungnya dibuat menggunakan human flesh tapi dia mo kestau patung dia hebat betul sampai macam orang betul in flesh.. hahaha bikin lawak saja email berantai ni... Tapi rasanya gossip pasal patung dia ni buat dia bertambah popular. Anda boleh lihat koleksi patung-patungnya di official websitenya sendiri, di situ gambar-gambar patungnya sudah diedit dengan menggunakan photoshop supaya kelihatan realistik.
Di Jepun ada segelintir orang akan mengambil patung yang bersaiz ukuran manusia sebenar sebagai companion. Bila mereka-mereka ini sudah betul-betul bertemu pasangan yang bernyawa dan akan berkahwin mereka akan membuat upacara pengebumian untuk patung mereka ni (sending off ritual). Hmm.. tetapi bukan ramai yang begitu hanya segolongan kecil. Memang aneh but who are we to judge others kan...?
Semasa saya menyertai acara KLIFF (Kuala Lumpur International Film Festival) yang lalu saya juga pernah menemukan patung yang sangat-sangat mirip dengan manusia benar. Patung itu digunakan oleh produksi filem di Korea untuk menggantikan watak-watak stuntman. Pertama kali saya nampak saya sangka ada seorang lelaki separuh umur berbangsa Korea sedang berdiri, sambil matanya tertutup, tetapi alangkah terkejutnya saya bila saya lihat betul-betul... eh! Mana kaki dia? aaaaaahh! Bila tengok dekat-dekat aisehmen patung bah pula. Tapi bila lagi dekat tiba-tiba patung itu membuka matanya dan tersengih memandang saya. Wah!! Terperanjat betul. Rupanya inilah teknologi Korea yang terkini dalam produksi perfileman. Setiap otot mukanya boleh digerakkan dengan controller. Hmm saya mo explain pun terlalu panjang dan teknikal jadi tidak perlulah sampai situ. Cukuplah saya katakan patung ni memang serupa manusia, dibuat dengan begitu teliti sampaikan kulit mukanya pun ada pori-pori dan bintik-bintik seperti kulit manusia yang betul, macam patung tadi pun tidak boleh challenge la hahahaha.. nyaris saja saya pegang nasib baik ternampak sign di tepi "PLEASE DO NOT TOUCH!"
Patung-patung robotic ini mengantikan tempat stuntman dalam filem, juga digunakan untuk adengan-adengan yang terlalu mengerikan contohnya orang yang terbakar, mayat-mayat, aksi pembunuhan, pembedahan, csi dan lain-lain. Teknologi mereka ni banyak digunakan oleh pembuat filem Hollywood. Saya rasa mungkin negara kita ni belum mampu untuk membeli teknologi ni, mahal.. lagipun sudahlah mahal scene yang macam begitu akan dipotong (tapis) jadi buang duit saja. Sebab tu kali ramai produser filem tempatan buat jalan selamat dengan cara terbitkan cerita cinta saja. Budget nda terlalu besar, tiada special effect dan tidak kena tapis.. Saya rasa seronok sepanjang menyertai KLIFF sebab dapat jumpa banyak pakar pembuatan filem dari Korea terutamanya satu pakcik yang selalu datang berkunjung melawat tempat pameran kami. Tak tahu namanya kami panggil dia 'ajishi' saja, perkataan korea yag maksudnya pakcik.. Oh sudah melalut pigi tempat lain pula sorry..
Kalau kita banyak berjalan lebih banyak ilmu yang boleh perolehi. Kita boleh lihat culture yang berbeza dan ada pula yang hampir serupa. Bagaimanapun nampak jangan percaya, dengar jangan percaya tapi kaji dan siasatlah terlebih dahulu, kalau tidak nanti jadi fitnah.. orait geng jangan tensen sana..