ANNOUNCEMENT!!

There will be an exhibition done by Sabah State Library for the opening ceremony of Bandar Sri Indah in Tawau on the 8th of March, 2011. There would be several prints of Tawau old photos on display and the Kee Family book by Kee Faridah as well. Please stop by and visit if you have the time :)

Saturday, December 13, 2008

Surabaya, Batu, Malang - Catatan Pengembaraan 3 Kee part 5

Salam dan selamat pagi semua. Apa khabar? Harap semua sihat. Hari ni saya akan sambung kisah perjalanan kami tiga bersaudara Kee menjelajah Indonesia. Dalam catatan terdahulu kami sudah sampai di Surabaya, bandaraya metropolitan kedua terbesar selepas Jakarta. Kali ni trip kami meliputi banyak tempat menarik, dari Surabaya sampai ke Malang di mana aku betul2 malang sehingga terpaksa berurut di sini...


25th November 2008
Surabaya, Indonesia

Hari ni aku bangun cam biasalah agak lewat iaitu jam 5.30 pagi. Kenapa aku cakap lewat, lupa pula aku memberitahu kamurang, matahari terbit di Yogyakarta dan Surabaya ni lebih awal. Jam 5.30 tu sudah terang benderang umpama jam 8.00 pagi. Breakfast di Ibis ni start jam 4 pagi, hehehe.. Lepas bersiap2 si Faye mencadangkan kami breakfast di luar, maklumlah sudah berapa hari ni breakfast di hotel saja.. mana2 hotel pun lebih kurang saja menunya bilang si Faye. Sudah boring. Jadi si Faye request si Bakrul bawa kami tempat yang ada jual Roti Mariam. Kesian si Bakrul, punyalah dia terkejut sebab belum pernah lagi ada guest dia minta bawa makan Roti Mariam. Jadi si Faye pun cadangkan kami pigi ke Arab district di Jalan Ampel (kalau tidak silap la aku pun lupa nama jalan tu... ehehe..) Kelangkabut si Bakrul menelepon kawannya menanya di mana ada jual Roti Mariam, apalagi restoran pertama dia nampak terus dia stop. Kami terkejut2 jugalah sebab kawasan pasar. Hmm.. Tapi si Faye relaks jak seberang jalan pigi restoran kecil tu. Si Faye biasalah order kopi Jahe, dan of coz Roti Mariam. Owh... Roti Mariam ni rupa dia (bagi aku la) macam roti canai segera tapi dibuat pakai minyak sapi. Rupa dia la tapi bila makan lain pula sket rasa dia. Si Faye pun cerita family di Tawau pun selalu buat roti ni tapi namanya bukan Roti Mariam. Dia pun cerita proses membuat roti tu sambil kami makan satay kambing. Hmm.. First time pula aku makan satay kambing yang sedap cam gini, tiada bau hanyir langsung maknanya memang pandai orang yang sembeli kambing ni. Roti Mariam ni di makan sama Gulai Kari Daging, dan si Faye tambah satu menu iaitu Gulai Kacang Ijo, basically kari daging yang ada bercampur kacang hijau.. yakah tu Faye? Aku mengantam satay kambing jak, maklumlah bukan selalu aku buli makan satay kambing ni. Selalunya lepas jak aku makan kambing mesti aku rasa panas yang amat dan pusing kepala.. Ini kali tiada apa pula terjadi sama aku. Alhamdullilah.. Lagipun enak banget sih!

Roti Mariam

Lepas makan breakfast kami menuju ke Sidoarjo. Mcm biasalah aku ni mesti tertidur punya, sedar-sedar jak sampai sudah kami. Wah! Aku sukalah Sidoarjo ni, sebab bersih dan teratur.. seingat aku town di Malaysia pun aku belum jumpa yang bersih macam ni. Cantik betul tempat ni. Di sini kami membeli kain2 untuk dibuat baju kebaya atau kurung. Kain2nya cantik ya amat dan kualiti memang pas! Khabarnya sinilah Dato Siti beli kain2 dia yang mewah dan cantik tu. Tapi harga kain Dato' Siti beli tu mahal la.. Kami nda pun beli yang gituan. Mau beli pun pakai pigi mana juga? Lainlah kalau celebrity. Kami di dalam toko adalah lebih kurang 2 jam juga. Sebelum pulang aku singgah membeli baju t-shirt di toko sebelah. Bajunya murah2, kainnya agak nipis sikit la tapi design memang cute berabis. Menyasal pula aku nda memborong T-Shirt ni sebab boleh tahan juga printingnya tidak cepat rosak walaupun ku cuci pakai washing machine. Aku sangka nda lama tercabut la tu segala glitters hahaha.. rupanya nda juga. Isk isk.. Menyasal! Aku tu bukan apa, aku takut abis duit awal pasal target konon mo beli T-Shirt Mooks pebret ku.. Nama kedai? hehehe.. rahsia!

Lepas tu kami ke kawasan perusahaan pembuatan kulit di Permata Tangulangin. Sempat juga kami bergambar di sini. Hehehe. Sini kami nda lama, aku beli beg besar sebab masa aku datang aku bawa beg kicil konon... Lepas dari Sidoarjo kami singgah di Tunjungan Plaza. Aku nda tau la kenapa malang nasib aku apa yang aku mo cari aku tiada berjumpa. Bukan apa juga aku tau sedia aku nda dapat membeli kasut kalau di Indonesia ni sebab kaki aku telampau kecil. Saiz paling kecil dorang saiz 36 sedangkan kaki aku saiz 34 yang jarang jarang ada. Jadi aku round2 sajalah mall. Lepas berjalan2 di Tunjungan Plaza kami sempat menengok panorama malam di kota Surabaya ni, tapi bersiar2 dalam kereta sajalah dan merakam dengan video aktiviti manusia di waktu malam.


26th November 2008
Batu & Malang (Jawa Timur) Indonesia

Hari ni kami breakfast awal di hotel, nampaknya ada ramai orang beruniform turun breakfast macam peserta kursus. Lepas breakfast kami menuju ke Malang, tempat si Faye belajar menanam epal 28 tahun yang lampau. On the way, kami singgah menengok Lumpur Lapindo. Cuma aku dan si Yah yang turun. Kami terpaksa melintas landasan keretapi sebelum memanjat tebing tinggi yang dibina untuk menghalang air banjir lumpur dari keluar memutuskan jalan. Jalan-jalan di sekitar ni sudah dua kali terputus kalau nda silap aku. Masa hari raya Eidulfitri yang baru lalu pun terputus lagi tapi area mana aku pun nda tau la. Banjir lumpur ni dianggarkan melibatkan 14 buah perkampungan, ada yang musnah ditimbus lumpur dan ada yang diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa kerana bimbang atas dua kemungkinan. Kemungkinan pertama lumpur tu akan terus melimpah keluar dari benteng yang dibina, kemungkinan kedua dikhuatiri akibat banjjir lumpur, tanah disekeliling takungan tu akan menyebabkan tanah menjadi mendap dan runtuh akhirnya membinasakan kawasan kampung di sekitarnya.


Lumpur Lapindo yang memusnahkan beberapa perkampungan di area Sidoarjo



Semasa kami sampai kami nampak asap berkepul2 dari jauh, menurut bekas penduduk kampung, disitulah letaknya ledakan lumpur utama dan juga yang pertama. Menurut mereka lagi lumpur ni bukan saja panas malahan juga berminyak. Tidak jauh dari tempat kami berdiri muncul satu lagi titik luapan lumpur yang sedang membuak2 dalam ukuran yang bagi aku cukup besar, tapi kata penduduk tempatan itu cuma luapan kecil berbanding dengan luapan yang pertama yang ada asap berkepul2 tu. Oleh kerana hilang pekerjaan penduduk kampung ini menjual dvd tragedi letusan lumpur untuk menjadi sumber pendapatan. Menurut mereka lagi sebelum kami pun ada sekumpulan tourist dari Malaysia yang singgah menengok kawasan tragedi. Memang dalam betul lumpur tu, sampaikan kami cuma boleh nampak hujung bumbung tinggalan rumah yang setinggi dua tingkat yang musnah akibat banjir. Infact di sepanjang perjalanan banyak toko dan kawasan perumahan yang sudah dikosongkan kerana bimbang lumpur akan melepasi tembok. Menurut si Bakrul, walaupun ada kawasan yang boleh dikatakan agak selamat tapi tidak ada orang sanggup menyewa toko2 tu kerana bimbang keselamatan dan kerugian kalau terjadi malapetaka.

Setelah beberapa jam perjalanan kami akhirnya sampai di kota Batu. Kami menuju ke kebun epal Kusuma Agro Wisata. Di sini ada sebuah hotel & resort yang menghadap pemandangan kaki bukit dan kota Malang. Memang cantik dan kiut2 cottagenya, kos satu malam aku baca dalam 1 juta RP. Waduih kalau aku tu mahal tu tapi si Faye bilang kalau cottage tu sudah kira murah. Hmm betul juga kan sebab cottage kan rumah. Masa kami sampai di kebun epal cuaca sudah mendung macam mo hujan. Bila kami sampai, pengunjung sudah dilimitkan hanya boleh memetik dua biji buah epal seorang sahaja tidak macam sebelumnya. Musnah impian aku mo petik satu bakul (aiya lagaknya). Tapi bagus jugalah sebab nda juga aku termakan kalau ambil banyak2 pun, membazir saja. Kami mengambil pakej tour termasuk sewa mobil dan makan tengahari. Aku sengaja pilih nasi goreng epal sebagai menu, yalah bila lagi dan di mana lagi mo makan ini barang? Hehehe.. Di sini mainly dorang tanam epal hijau, walaupun bilang guide kami "yaa... lumayan kecil tapi lumayan manis!!" Nasib baik kami ambil pakej bermobil, sebab kebun tu di lereng bukit.. turun nda apa kan tapi kalau time naik tu pamacam??? Selain epal ada juga di tanam pokok Buah Naga (Pitaya), buah Markisa sama pokok Jeruk (limau la... hehehe). Pakej ni kamu boleh pilih sebenarnya mo petik epal ka limau? tapi isk aku membesar disekeliling rumah yang punya la banyak pokok limau, bermacam jenis lagi. Limau manis, limau kasturi, limau purut, limau gajah.. apa lagi..jangankan putik aku panjat lagi. Lebih baiklah putik epal sebab nda pernah kan? hehehe....

Kebun Epal Kusuma Agro Wisata di Batu, Indonesia


Yang uniknya ini kebun epal, ada juga mini zoo di sepanjang jalan. Tapi bukan semua binatang ada, yang paling banyak ayam la. Macam2 jenis ayam ada, dalam hidup aku cuma pernah nampak ayam kampung, ayam karan ma ayam serama jak. First time aku nampak ayam2 yang bermacam2 rupa ni. Kelawar pun ada. Memang aku sudah pernah nampak kelawar, malahan aku pernah digigit kelawar di bibir lagi gara2 buat kerja bodoh time aku skula rendah, adakah menyuluh pokok ciku waktu malam.. manalah nda kena gigit heheheh. Tapi ini kelawar besar la, pastu mana2 aku pusing dia pun ikut juga pusing2 tengok aku. Aik, kenal ka?

Di dalam kebun epal ni ada juga kebun bunga, aaaaa inilah kegemaran dua orang kakak aku ni. Apa lagi punya lama dorang di dalam, membeli bibit bunga dalam botol. Memang bunga2 di sini cantik2 la.. puas ku gambar2 walaupun aku nda tau bunga apa kecuali yang basic. Masing2 dorang ni membeli empat botol bibit bunga anggerik bermacam2 jenis dan warna. Memang la kalau dorang dua ni, kalau kamu pigi rumah dorang masing2 ada taman bunga. Dua2 rumah ni aku suka pigi sebab buli duduk2 di luar meningu taman. Dorang tu risau juga takut kena tahan di imigresen bibit bunga tu. Ialah mana boleh bawa tanaman masuk sesuka hati ooo. Jadi pada masa aku menaip ini dengarnya dorang sudah pun menanam bibit2 bunga dorang tu dan berjaya juga membawa pulang bunga kesayangan dorang...

Lepas beli bibit bunga, barulah kami makan di restoran kecil yang ada kami tiga orang saja. Ialah restoran ni khas untuk pengunjung kebun epal saja jadi manalah ramai orang. Tapi ada satu lagi keistimewaan restoran ni, ada menu Nasi Goreng BATU... mana mau cari ooo. Ooo tidak2 bukan juga dia gorang batu tapi sebab nama kawasan ni adalah BATU jadi nasi goreng tempatan la tu. Hehehe..Lepas makan2 kami pun bertolak ke Malang. Si Faye balik2 sudah sebut bakso special yang dia selalu makan masa dia belajar di hantar KPD di sini. Bila kami sampai, tiadalah sudah gerai bakso tu, yalah imagine sajalah kalau yang menjual tu adalah seorang pakcik tua pada 28 thn yang lampau. Si Faye ketawa jak bila kami cakap jangan2 pakcik tu arwah sudah, dia bilang mana tau anak dia sambung menjual.. Kami pun pusing2 area Malang sambil si Faye bercerita.

Pada zaman dulu2 semasa penjajahan Belanda ada satu jalan di Malang ni di bahagi kepada dua bahagian. Satu jalan hanya boleh digunakan oleh orang Belanda. Wah! Jalan pun ada kasta, kami pigi juga melawat jalan tu tapi sekarang zaman modern semua orang pun guna jalan tu. Di sepanjang jalan boleh lihat rumah2 lama dari zaman Belanda. Besar2 dan kaya raya dorang ni. Kagum2.. Dulu2 cuaca di Malang ni sejuk, sepanjang jalan tu di tanam bermacam berjenis2 bungaan dan pemandangan sama macam waktu spring saja, bilang si Faye. Sebab tu Malang ni digelar Kota Bunga. Tapi sekarang cuacanya nda lagi sesejuk dulu dan bunga2 pun sudah ditukar mengikut cuaca yang lebih sesuai jadi nda la banyak bunga sangat. Selain tu di Malang ni masih ada banyak bangunan2 lama yang cantik2. Memang puas hati la dapat pigi Malang walaupun pigi balik saja.

Sudah meronda2 si Bakrul bawa kami cari makan bakso. Wah! Mula2 terkejut juga ingatkan dia mo hantar kami makan bakso di gerai2 kecil di tepi jalan, rupanya dibelakang tu ada satu restoran namanya Basko Presiden. Ada ramai artis2 popular makan di sini. Tapi yang paling menarik ialah restoran ni betul2 disebelah landasan keretapi. Memang unik, si Yah pun apalagi cepat2 sms si Yus. Si Yus bilang dia pernah nampak di tv pasal restoran bakso tepi jalan tu dalam rancangan Wisata Kuliner (macam Jalan2 Cari Makan la). Oleh kerana terlampau excited, tulang belakang aku terslip menyebabkan aku punya belakang adoi mak tuan sakitnya. Ini juga kesalahan sendiri la sebab posture duduk dan berdiri aku ni nda betul. Ini kali kedua la terkena, pertama kali masa awal tahun 2002 kali. Ntah lupa sudah. Jadi lepas makan si Bakrul pun tanya orang2 tempatan tempat berurut. Nasib baik dekat2 situ ada orang memang pandai mengurut. Aku ni mana pernah berurut jadi ada sikit blur procedure apa yang patut aku buat, abis aku kena ketawa oleh dorang si Yah ma si Faye! Aku nda mo cerita apa.. Anyway tukang urut ni memang mewarisi skill mengurut dari datuk dia, kadang2 dia dipanggil orang untuk berurut juga. Bagus juga sebab baik pula aku punya belakang beransur2. Memang terel la dia mengadjust balik tulang aku yang terslip tu. Hehehe tapi aaa sakit ooo...

Lepas tu kami pun bertolak pulang ke Surabaya, on the way pulang kami singgah2 di tiga tempat. Pertama kami singgah bergambar di KFC... hah! Memang la banyak KFC tempat kita tapi ini KFC special, satu2 nya design yang paling unik dan tidak ada di tempat lain. Kamu pigilah di mana sekali pun di dunia ni cuma di sini saja kamu buli jumpa KFC yang special ni. Unik habis! Rupanya bukan KFC saja, mall disebelah pun ada rekabentuk yang hampir sama. Cantik2!!!! Lepas menggambar bangunan KFC tu, kami singgah pigi makan durian di tepi jalan. Kalau di sini musim durian baru saja mau mula jadi harga durian masih mahal lagi. Aku pula nda tau la apa kes samada kesedapan makan durian ka atau kes lagak saja.. buli aku terantuk buah durian yang bergantung2 tu dua kali. Nasib nda berdarah kepala aku kena duri durian yang karaaas dan tajam tu. Kalau luka sikit pun aku nda perasan dan nda peduli, tetutup juga oleh rambut. Isk ketara kaki durian, tapi nda juga telawan si Faye ma si Yah bah... Salute salute! Si Faye lagi nda la buli ternampak gerai durian mesti dia mo mention kuat2 dan teringat si JJ.. Sampaikan terjatuh lagi dia gara2 durian nasib baik nda ada kecederaan serious. Hehehe.. Lepas tu kami singgah lagi di sebuah masjid yang unik bermotifkan seni bina yang sangat menarik, iaitu Masjid Muhammad Cheng Ho. Apa lagi kami pun bergambar2 di perkarangan masjid. Mula2 tu aku sangka laksamana Cheng Ho yang punya masjid tua rupanya masjid baru. Yalah manalah tau, Laksamana Cheng Ho kan merantau seluruh Asea mengembangkan agama Islam. Yang membawa ajaran Islam di Melaka tu adalah Laksamana Cheng Ho la, kalau belum tau pi kaji sejarah Melaka pula. Heheheeh...

Masjid Muhammad Cheng Ho di Sidoarjo, ada satu masjid Muhammad Cheng Ho lagi di bandaraya Surabaya dan lebih cantik dan comel. Masjid2 ni dibina oleh kumpulan penganut Tionghua Islam di Indonesia. Hmm... decendants of the great man?

On the way balik, hujan la pula jadi jalan jam teruk so si Bakrul pun propose supaya ikut jalan alternatif. Jalan alternatif yang kami ikut ni melalui kawasan perkampungan, tapi mo masuk kampung kena bayar tol juga. Bukan tol kerajaan tapi tol yang diadakan sendiri oleh belia kampung kepada orang luar yang mau menggunakan jalan kampung dorang. Best juga dapat masuk kampung ni, dapat tengok sawah padi dan dari jauh boleh juga nampak kepulan asap lumpur Lapindo. Bila sampai Surabaya jalan ada banjir kilat tapi tidak la terlalu dalam. Itupun kami masih juga sempat menyingah di Galaxy Mall. Di sini aku ditimpa malang kali kedua, sebab tengah aku ma si Yah bercerita2 di dalam toko Zara boleh pula aku mo terbalik terjatuh dan teteriak, sempat konon aku balance badan aku tapi sandal aku terpelanting pigi dua arah berbeza. Apa lagi ketawa la orang di dalam Zara. Nasib baik si Faye sudah siap membayar jadi buli la kami chow cepat2. Ish malunya aku. Hehehehe. Sebelum pulang kami singgah minum di Coffee Beans, itu pelayan asyik senyum2 saja tengok aku dari kami duduk sampailah kami mo pulang, dia babai lagi aku sambil senyum2. Adakah dia ternampak atau terdengar berita aksi akrobatik aku di dalam kedai Zara tu? Almaklumlah Coffee Bean tu di luar kedai Zara jak. Tidak apalah, mudah2an dia senyum2 bukan sebab tu tapi sebab ada duri durian tercucuk di kepala aku. Hehehe..


16 comments:

X-Extra said...
This comment has been removed by the author.
X-Extra said...

I was in Jakarta on the 2nd till 4th December 2008. I thought I saw you in the Soekarno Hatta Airport Jakarta. And I thought we were on the same flight to KK.

But, I dared not to say hi or anything because then who knows suddenly you would say "waduh, kamu kok anak siapa yach?"

I saw you or the other spoke to trio from Indonesia who were on their trip to climb the Mount Kinabalu.
...

Nazri Aldusuni said...

bukan alang2 pkl kamu keliling indon aaaaaa . berapa angaran balanja setiap satu urang kalau makan angin di indon ... ? bagi tau konon mana tau tahun 2009 ada rajiki mcm mau plk aku pigi ....

Yu$ said...

haha, kalu mahu cari bajet utk trip ko ikut apa sa buat nazri aldusuni. mana tahu ada rejeki.

akibaragon said...

sia suka tinguk itu epol tapi sia lebih lagi suka tinguk tu amoi yang pigang itu epol.lain kali kamurang pigi kamurang bawa la ba aki....

Anonymous said...

just a comment. y don't u write your travel documentaries in proper bahasa so people like me can understand what u r rambling about. i do understand some parts of your diaries but most of them r quite difficult to imagine. anymore rantings to your travels? i notice, u stopped your diaries at the ferry crossing at Ketapang. what happen to the rest of your travels?

Anonymous said...

Simply want to say your article is as surprising.
The clearness in your post is just cool and i could assume you're an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your RSS feed to keep up to date with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the gratifying work.
Here is my site ; fast loans

Anonymous said...

It's actually a cool and helpful piece of information. I'm happy that you shared this useful info with us.
Please keep us informed like this. Thanks for sharing.
My site :: www.quickloanscentre.com

Anonymous said...

It's appropriate time to make some plans for the future and it is time to be happy. I have read this post and if I could I want to suggest you some interesting things or suggestions. Perhaps you could write next articles referring to this article. I want to read more things about it!
Also visit my web blog - unsecured personal loans

Anonymous said...

An outstanding share! I have just forwarded this onto
a coworker who had been conducting a little homework
on this. And he actually ordered me lunch because I found it for him.
.. lol. So let me reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanks
for spending the time to discuss this issue here on your internet site.
Visit my web blog ... same day payday loans

Anonymous said...

Hi! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout out and
say I truly enjoy reading your blog posts.
Can you suggest any other blogs/websites/forums that go over the same subjects?
Thanks a ton!

My page let me watch this
My page: watch movies online

Anonymous said...

Hi! I understand this is sort of off-topic but I needed to ask.
Does operating a well-established blog like yours take a massive amount work?

I'm brand new to operating a blog however I do write in my journal everyday. I'd like to start a
blog so I can easily share my own experience and feelings online.
Please let me know if you have any kind of recommendations or tips for new aspiring
blog owners. Appreciate it!

Feel free to visit my homepage: guide2oz.com.au

Anonymous said...

cheapest ativan ativan dosage overdose - how to buy ativan from canada

Anonymous said...

xanax 2mg xanax 1mg image - effects of .75 mg xanax

Anonymous said...

I do not even know how I finished up here, but I believed this post used to
be good. I don't know who you're but definitely you are
going to a well-known blogger in the event you aren't already. Cheers!

My page: how to kill bed bugs

Anonymous said...

Magnificent goods from you, man. I've understand your stuff previous to and you're just too fantastic.
I really like what you've acquired here, really like what you're stating and the way in which you say
it. You make it entertaining and you still
take care of to keep it sensible. I can't wait to read much more from you. This is actually a terrific site.

my webpage ... aapn.org