Tuesday, June 24, 2008

Trip Info - Must Take Note!

Edited : 16 - 30 November 2008

NEWS EDITED : 9.37 am 18 July 2008


Okay kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program percutian Bali/Jawa Tengah boleh la membeli tiket pergi ke bali tu, sekarang tiket air asia murah saja pergi balik below RM500. Jadi baik beli sekarang. Info flight adalah seperti berikut:

pergi : 16 Nov 2008 Destination: Denpasar, Bali

balik : 30 Nov 2008 Destination: KKIA

Untuk trip 15 hari Jogja/Solo - Surabaya-Bali masing2 kena bayar touring fee RM3200 seorang (Harga belum confirm sedang cuba mendapatkan harga lebih rendah lagi, amin..) Boleh bayar ansuran 2 kali seperti berikut:

1. sebelum 15 Oct 2008 - RM1600

2. sebelum 21 Nov 2008 - RM1600 { ** belum confirm

Untuk maklumat lanjut boleh emel kepada saya Meng di Keeiz@hotmail.com atau terus kepada c Faye di feah_kaj@yahoo.com.my

Untuk aturcara programme boleh refer di link Route Tour <

Secret Pleasure Room di Taman Sari?!

Okay, sebelum aku cerita tu benda yang aku sebut di tajuk aku cerita dulu pasal main castle dia iaitu Kraton bermaksud istana dan Kraton yang kita mo lawat ni dibina pada kurun ke 18 dan merupakan kediaman sultan di era pemerintahan Mataram. Kita boleh masuk di dalam istana ini dengan bayaran 3000 Rp dan extra 500Rp kalau bawa kamera (kalau aku tidak silap) dan ada guide yang akan bawak kita melawat istana, tetapi mestilah berpakaian yang bersopan (properly dressed) maklumlah masuk istana... Jangan la pula pakai yang bukan2 contohnya celana pindik singlit atau cawat tidak dibenarkan sama sekali!!!

Di dalam Keraton ni kita boleh lihat banyak display barang2 raja2 pemerintah yang gugulu termasuklah salasilah keturunan raja Mataram, jadi siapa yang perasan atau angan2 mo jadi raja tu check la tu salasilah manatau ada termasuk sikit2.. hahaha... Jangan lupa nenek kita ni memang keturunan diraja Sulu pun, cuma kingdomnya saja sudah tiada andu bah... jadi kalau dapat menyelit keturunan Mataram boleh lah menuntut periuk belanga sultan ke-9 Sri Sultan Hamengkubwono IX di Kraton kuang kuang kuang... Aik jan kamu main2 Sultan Hamengkubwono IX ni la yang memberikan kemerdekaan kepada Indonesia daripada jajahan Dutch. Jadi kalau dapat periuk pun sudah kira hebat tu!

Meja yang digunakan untuk sain dokumen kemerdekaan Indonesia pada 17 August 1945 pun masih ada disini. Apa?! Boring ko cakap? Apa mo heran barang meja? Bah kalau aku bilang itu pavilion dihiasi dengan emas apa macam? Chandelier nya pula dibuat dari Italian crystal! Baru ko tau!! Anyway kita akan spend 5H/5M di area ini sebab kita mo tengok perarakan dari istana pada hari raya Aidiladha. Ini mesti record di video semua ni baru lah "dikoboiri".

Di sebelah Kraton adalah Taman Sari (Water Castle), topik yang ditunggu2 dan aku pun nda sabar sudah mo kestau... Kalau Kraton istananya yang lebih kepada urusan formal, Taman Sari ni tempat raja berehat2 dan bersuka ria atau pun femes sebagai "pleasure palace". Pernah sudah aku cerita pasal itu 3 swimming pool besar, perempuan2 mandi dan raja menyubuk dan memilih teman tidur kan? Hehehe... Aku pun ada mention pasal secret underground passage yang dibina tembus pigi laut untuk escape dari serangan musuh. Nah ada satu benda aku lupa mention, architect Portugis yang mendesign Taman Sari ni di bunuh oleh sultan supaya tiada siapa dapat cari itu "secret pleasure room" di dalam istana ini. Aku wonder lah, apa dan dimana kah itu "secret pleasure room" itu dan apa yang ada di dalam? Adakah orang yang berjaya jumpa? Tiada lah ku rasa kalau ada musti tidak secret lagi namanya. Mungkin akibat kejadian gempa bumi hilang sudah jalan masuk ataupun orang jak yang nda tau macam mana mo unravel the mystery. Apa boleh buat si Yus sama si Sly nda jadi ikut, kalau tidak baru aku angan2 mo ajak dorang jadi Indiana Jones sekejap. Hehehe... Nda apa, siapa berani ikut aku cari "secret pleasure room"? angkat tangan?!! Kalau ada harta semua aku punya bukan Ahmad Albab yang punya... kuang kuang kuang!!!

Saturday, June 21, 2008

Apa kejadian di Candi Prambanan?

Satu lagi temple yang kita akan pigi tu namanya Candi Prambanan, kononnya kuil Hindu terbesar di Indonesia yang di bina dari 1918 dan belum siap2 lagi sampai sekarang. Kononnya ada 1000 statues di Candi ini. Mengikut hikayat ada seorang pemuda bernama Bandung Bondowoso yang jatuh cinta sama satu cewek bernama Roro Jonggrang. Roro Jonggrang ni mau menolak cinta si Bandung Bondowoso jadi dia bilang sama tu cowok, "ko bikinkan aku 1000 statues dalam tempoh satu malam saja". Jadi hebat juga si Bandung Bondowoso dapat pula dia bikin 999 biji, pakai ilmu apa nda tau la. Tapi panik la si Roro Jonggrang ni dia pun suruh orang2 kampung kasi marak api supaya nampak macam sudah mo pagi. Marah la si Bandung Bondowoso sekali dia kedapatan si Roro Jonggrang mo menipu dia, terus dia sumpah jadi patung!!! Jadi adalah cukup 1000 termasuk si Roro Jonggrang yang sudah jadi batu... Kesimpulannya mestilah si Bandung Bondowoso ni bidak dan banyak jerawat berabis sampai si Roro Jonggrang mintak yang bukan2 sampai main tipu lagi. Jadi marilah kita pigi meningu si Roro Jonggrang yang sudah jadi batu di sini, mari kita lihat cantik betul ka dia sampai si Bandung Bondowoso sanggup bikin 999 statues dalam tempoh satu malam. Cantik kah??? Tapi yang mana satu? Nda pun kita kira jak la patung tu cukup ka sampai 1000? Tapi apa kaitan ini cerita sama ni Candi yang tidak pandai siap2 sampai sekarang? Kononnya ada saja orang mencuri batu Candi tu, tapi kamu jangan la buat pula nanti marah si Bandung Bondowoso kena sumpah jadi si Batu Tunggang pula. Kalau batu berlian nda apa juga. Khahahaha.... Apa kejadian si Bandung Bondowoso? Tidak tau la... mungkin dia pigi Bandung lepas tu hehehe...

Oh satu lagi yang aku excited, Taman Sari (Water Castle). Kenapa? Sebab aku mo tinguk itu 3 swimming pool BEEEEEEEESAAAAARRRRRR di compound dia! Kononnya Raja suka duduk dan meningu dayang2nya mandi sambil memilih siapa mo jadi teman tidur. Kotoh!!! Lepas tu ada lorong pigi bawah tanah, di bawah tanah ada surau yang di bina oleh Raja, dan ada secret underground path yang tembus pigi laut, di bina untuk escape kalau diserang musuh. Originally Taman Sari ni kubu dan juga istana tempat raja2 bersantai menyubuk orang mandi. Hahahah..

Okaylah.. Itu saja dulu. Dengar cerita saja tidak best, pergi dan lihat sendiri baru ada thrill!!! Ada berani??

-Meng