Saturday, December 6, 2008

Borobudur - Catatan Pengembaraan 3 Kee part 2


Read this article in English, click here :)

Salam dan selamat pagi semua...(masa aku taip ni masih pagi la tapi siap taip nda pula tau jam berapa nanti). Aku tadi kira2 mo mop lantai, berabuk sudah lepas sebulan bejalan (seminggu sebelum pi Indonesia aku balik kk pula satu minggu hehehehe). Tapi terseliuh pula otot aku di tulang paru2 balik (entahlah apa nama tulang yang macam gitar tu, tapi bahagian belakang.... Kenapa aku cakap balik.. nanti kamu baca la catatan pengembaraan aku baru kamurang tau kenapa). Hehehe... Orait, ini sambungan kisah pengembaraan kami 3 Kee bersaudara..Gambar2 Insyaallah aku upload nanti lepas dapat copy dari si Yah. Macam yang aku cakap sebelum ni aku kan lupa mo ambil gambar untuk koleksi sendiri hehehe...

Bergambar dari jauh sebelum mula mendaki Candi Borobudur

Hari ini kami naik mobil sewa Pak Joko, plan hari ini memang banyak jadi kami bertolak dari jam 7.30 pagi. Acara kami yang pertama ialah ke Candi Borobudur, one of the eight wonders of the world. Ia sekarang bukan lagi 7 tapi sudah jadi lapan... tengok, memang nombor lapan tu nombor bertuah kami hehehehe...


Sampai sana kami mengambil official tour guide untuk explain kisah Borobudur, aku tidak dapat ingat namanya. Sepanjang perjalanan dia banyak juga bercerita tapi most of the time kami nda paham sebab loghat Jawanya pekat betul (aku especially sentiasa LOST saja hahahaha... lost blur aaa bukan lost sasat..) Anyway mengikut tradisi Buddhist, acara Pradaksina dibuat dengan mengelilingi candi dari pintu sebelah timur sebanyak tiga kali sebagai tanpa hormat kepada temple ni. Nda kira la putar dari bawah ke atas atau di tingkat yang sama saja. Tapi aku tidak rekomen orang2 yang ada sakit2 lutut ka, atau warga emas untuk memanjat naik candi Borobudur. Ini kerana tangganya ni agak curam dan tinggi mo daki. So, kalau ada penyakit kurang kalsium nda payah lah panjat sebab sini tiada buruh tukang bobo... paling ada pun tukang kipas ma tukang payung saja. Ya lah aku serious, memang ada buruh2 yang bersedia bersama payung2 dan kipas2, kalau kamu mau kamu upah la dorang ni untuk memayung atau mengipas kamu. Tapi kami nda juga la hire any helpers dan si Faye pakai payung sendiri. Time kami datang ada terlalu ramai orang, maklumlah musim cuti skolah. Adei na mo begambar pun terpaksa take turn dan ada saja gangguan (orang limpas2). Sampaikan ada orang German tu salah paham, kami ni mo suruh dia jauh2 sebab kami mo bergambar tapi dia salah paham dia ingat kami mo bergambar sama dorang... adeii... kuang3x. Ya lah, bukan semua orang Eropah pandai cakap English. Pengalaman aku selama mengembara di Eropah membuktikan hal ini, dorang tidak pandai cakap English melainkan itu tempat pelancongan!!!

Masa kami sampai, ada ramai pekerja sedang membuat restoration ke atas candi yang rosak kesan gempa bumi. Ada juga antara patung ukiran Buddha yang tiada kepala, dicuri oleh relics hunter dan dijual dengan harga tinggi. Mengikut ceritanya candi ni ditemui pada 1812 oleh Sir Thomas Raffles (aku tepikir dia ka juga yang jumpa bunga Rafflesia di Borneo tu aa? hehehe...). Candi ni di jumpai dalam semak samun belukar kemudian dibersihkan dan dibaik pulih semula. Di kaki Borobudur ni ada tersembunyi 160 panel relief Karmawibangga yang dan juga Unfinished Buddha. Unfinished Buddha ni menurut tour guide kami bukan lah belum siap tetapi memang sengaja direka oleh orang terdahulu yang membawa maksud, untuk mencapai kesempurnaan bukanlah sesuatu yang mudah. Para cendikiawan membuat kesimpulan bahawa pembinaan Borobudur membawa erti perwujudan realisasi pencerahan (pembersihan) seorang manusia berusaha menyempurnakan kebajikan dan kebijaksanaan yang dirangkum ke dalam relief2 dan arca2 menjadi satu candi.

Baru memulakan pendakian, Tingkat Pertama di Lapisan pertama Candi Borobudur

Candi ini terdapat 3 lapisan. Lapisan pertama, Kamadhatu menggambarkan sikap manusia yang masih materialistik terhadap kehidupan duniawi. Lapisan kedua Rupadhatu pula menggambarkan kehidupan manusia yang sudah mengalami peristiwa atau pengalaman hidup dan lapisan teratas iaitu Aruphadatu yang menggambarkan keadaan manusia yang sudah menerima pencerahan hidup. Kalau pandangan aku dalam erti kata lain sudah memahami erti kehidupan... mengkali la. Di dinding2 candi ini ada panel berukiran yang ada cerita2 tersendiri. Di setiap tingkat ada kisah antaranya kisah Sidharta yang boleh berjalan sejurus selepas kelahirannya. Aku rasa most of us yang pigi skolah mesti tau kisah ini sebab ada belajar dalam subjek Sejarah jadi aku nda perlu la kisahkan disini. Kisah Sidharta ini diukir di panel dinding candi di Lapisan pertama atas relif Lalitavistara sebanyak 120 panel. Antara kisah lain yang menarik minat aku adalah kisah Manohara. Kisah ini juga diukir di tingkat satu juga, di bawah relif Manohara dan Avadana sebanyak 120 panel. Kononnya pada zaman dahulu kala ada seorang pemburu telah berjaya menyelamatkan seekor naga dan sebagai balasan dihadiahkan sebuah lasso. Pada suatu hari pemburu yang bernama Halaka ini ternampak seorang bidadari yang sangat cantik jadi dia pun menjerat bidadari ini mengunakan lasso. Tetapi oleh kerana bidadari cantik yang bernama Manohara ni terlampau cantik jadi si Halaka hadiahkan dia kepada pangeran Sundana. Ada banyak lagilah kisah yang kami pun tidak dengar atau tidak paham apa si tour guide kami cerita. Lagipun aku banyak merayau2 di sekitar waktu dia bercerita, nda juga mendengar betul2 sebab hmm... besar bah tu candi aku mo tinguk semua kalau boleh tapi masa kami kan singkat dan tu tour guide pun becakap sudahlah main laju pekat lagi loghatnya, berjalan pun aku rasa dia laju sebab tau2 di atas lapisan ketiga sudah kami. Hahaha... Oh yah mungkin kamu confuse, tiga lapisan bukan bermakna tiga tingkat. Tingkatnya ada banyaaaaaaaaaaak berapa tingkat aku pun nda pasti. Setiap beberapa tingkat tu mewakili satu lapisan. Selain tu Borobudur ni dikelilingi 8 buah gunung (lapan lagi... tgk, nombor kami.. hehehe). Gunung kesembilan ialah Borobudur sendiri. Jadi mengikut kiraan selepas nombor sembilan ialah kosong jadi Borobudur ialah mewakili gunung kesembilan yang merupakan jalan kembali kepada pencerahan. Begitula adanya.. Antara gunung yang mengelilingi Borobudur ni adalah Gunung Merapi (gunung Merapi ni gunung berapi tau...)

Ada sebuah danau di kaki Borobudur, dan sesetengah saintis / pengkaji mempercayai dulunya Borobudur ini dikelilingi air dan mereka ni yakin arkitek yang membina Borobudur sudah membuat perkiraan lokasi berikutan kedudukan 8 gunung disekelilingnya. Borobudur ni walaupun sudah wujud sejak zaman kuno tapi mempunyai teknologi yang canggih. Antaranya ada ratusan laluan air, dan binaan Borobudur yang tidak ada foundation tetapi menempel batu batan saja mengikut alur bukit. Di sekeliling terdapat sungai yang bermuara ke danau Borobudur ni dan paling menarik ada beberapa mata air menyembur di kawasan ini, kalau tidak silap yang paling hebat ialah mata air ni mata air masin..? Kurang pasti, sudah terlupa.. Mungkin kalau zaman dulu kala, kalau pandang dari tempat tinggi mesti cantik pemandangan Borobudur yang dikelilingi air. Wah wah wah... hebat arkitek Borobudur ni...

Pemandangan dari tingkat teratas Candi Borobudur, dibelakang kami tu adalah antara salah sebuah daripada lapan gunung yang mengelilingi Candi Borobudur.

Di tingkat teratas tu kami pun bergambar2, sedang sibuk bergambar aku nampak orang ramai macam sibuk2 mo masukkan tangan mencapai sesuatu di dalam stupa. Aku keheranan, lepas tu aku dengar dorang mengeluh tidak dapat sampai konon tangan mereka tu. Tidak sampai apa aku pun tidak tau. Jadi aku pun tanyalah. Si Faye sudah pernah ke sini jadi dia cerita sama kami, ada kepercayaan penduduk setempat dan juga pengunjung candi, sekiranya memasukkan tangan ke dalam stupa dan berjaya menyentuh ibu jari kaki buddha (pagi orang perempuan) atau ibu jari tangan (bagi lelaki), sekirannya membuat niat kepada Tuhan mengikut kepercayaan agama masing2, ada kemungkinan niat tu termakbul. Sebelum pulang tour guide kami membawa kami pergi ke stupa yang tersebut untuk memasang niat. Aku tengok orang lain kepayah2an menghulur tangan tapi tidak dapat pun sentuh kaki buddha di dalam stupa. Bila kami punya turn tidak payah jangkau lebih2 terus dapat sentuh. Aku masih ingat dengan clear, aku sambil senyum2 rest pipi aku di stupa sambil pegang jari kaki Buddha tu. Jangan pula kamurang salah paham, bukannya kami meminta pertolongan dari patung Buddha.. Tapi kami memang kehairanan la sebab orang lain kepayah2an kami senang2 jak. Terus aku bilang sama si Faye ma si Yah, "mengkali dorang tu penjaat atau ada niat jaat jadi sebab tu la nda sampai tangan." hehehehe... gurau saja lah..


Di lapisan ketiga dan tingkat teratas Candi Borobudur, orang dibelakang kami tu cuba masukkan tangan dalam stupa untuk sentuh kaki Buddha. Nampak macam kecik ja kan? Tapi bukan semua orang dapat capai tidak kisah la dia tinggi ka atau kiut cam aku.. wahaha..(perasan)

Lepas dari melawat candi setiap kumpulan pengujung digalakkan memberi derma kepada penjaga candi Borobudur. Keluar saja dari pintu gerbang kami dikejar penjaja yang berabis haggle si Yah sama si Faye. Ia betul, dorang yang kena haggle... kena paksa supaya membeli. Hahaha.. Ada aku rekod video dorang yang kena kerumun macam celebrity ni. In fact semasa kami singgah minum air kelapa masih lagi kami kena kejar penjual T-Shirt. Oh ya, selepas melawat candi Borobudur mesti mencuci tangan kerana candi ni sudah di sembur chemical supaya tahan lama batu batannya ( I think semua candi ka, puing ka, artifak ka mesti kena sembur punya) jadi dikhuatiri tangan tu ada racun. Jadi sebaiknya cuci tangan dulu. Alah.. memang juga kita dilatih mencuci tangan dari kecil sebelum makan minum kan? Hehehehe...

Yes!! We've been to one of the eight wonders of the world! Lepas ni? Great Wall of China?..

Selepas melawat candi Borobudur kami pigi singgah makan tengahari di restoran Moro Lejar. Restoran ni bermotif pondok2 di atas air (kepada sesiapa yang pernah ikut kami punya trip di Bali dulu, sama la restoran ni macam restoran Kokak di tepi sawah tu..). Kami order banyak lauk ni, Ayam Goreng Utuh, Lele Mangut, Tauhu Goreng, Ca Tumis Kangkung, Sambel Tomat, Gurame Bakar Pedas dan of coz la ada nasi.. hehehe.. Si Faye mengorder bir Jawa namanya Pletok, alaah bukan apa2 la... itu air yang ditaruh Jahe sama apa benda bulat2 putih tu? Selalu dalam minuman juga atau ABC juga. Untuk mengetahui rasa tu air Pletok tu silalah tanya si Faye sendiri sebab dia saja yang minum tu, aku ma si Yah minum air Jeruk saja kuang3x. Jahe tu dalam bahasa Malaysianya bermaksud Halia. Tapi sejak terminum Pletok ni itu saja yang si Faye mau tapi dia nda dapat cari, jadi dia minum apa saja yang ada Jahe.. Yang paling mengejutkan bukan saja rasanya enak... yahh hargannya murah sekali!!! Begini banyak lauk campur minuman baru RM50. Waduh bisa gendut ni kalau setiap hari makan gini.. hehehe..

Pengembaraan kami hari ini belum habis lagi tapi panjang sudah aku taip ni. Nanti aku sambung lagi ya... da~!..

7 comments:

Kak Jayn said...

mcm menarik oh....apalah ko niat meng? hehehe

Kak Jayn said...

Hujung bulan 12 ni aku ngan partner aku gi china ambil sample produk. Mau jadi saudagar kunun2. Hehehe...sapa2 yang nak berniaga boleh ambil supply dari kami...psst! bumiputra lg bah! ( I' m not racist!)

Kak Jayn said...

http://zara-collection.blogspot.com/

Anonymous said...

mmm.. aku punya niat ka... aku niat "Jawaban kepada semua persoalan" waiseh geng... kuang3x

Aiso said...

betul lah rugi aku nda tepigi ini kali. buduh si halaka kasi hadiah tu bidadari sama org lain. pakai la bah sendiri. aku mungkin kana injak tangan oleh kaki budhha bila kasi masuk tangan hahahaha... bah... capatlah taruh gambar arr..

AragangTandik said...

Oiii na begaya-gaya ba kamurang ni - lain kali aku ikut lah - best butul dengar cerita si Faye hehehe kami dapat first hand cerita lo.

Jati Wijaya said...

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport

Harga bermula dari: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb