18 November 2008
Jakarta, Indonesia
Aku bertolak ke Jakarta menaiki Air Asia. Aku pigi saturang dari KL, nanti di Jakarta baru aku berjumpa dengan si Faye ma si Yah. Flight dorang sampai tengah malam, tapi nda kesah lah sebab aku ada kawan di sana. Sampai saja aku di airport kawanku ambil aku dengan supirnya, kami meronda2 sekejap kemudian makan di restoran Jepang di Mangga 2 dan beli Wacom Bamboo (padahal di Malaysia lebih murah... no comment la.. hehehe. Mengikut kata kawan aku, "kalo barangan elektronik mendingan beli aja di Malay kerna disini barangan elektronik diimpor lebih mahal". Tapi kami pigi juga membeli Wacom di sana, mahalnya lebih kurang saja banding di Malaysia itupun selepas tawar-menawar harga. Inilah keistimewaan di Mangga 2, buli menawar harga barangan elektronik pun hahahaha...
Lepas tu kami bertolak pigi Taman Anggerik Mall. Tiada juga beli apa2 cuma jalan2 saja. Aku terjumpa pula kedai menjual dvd anime murah meriah, ada lagi kedai figurine yang memang bagus2 dan berkualiti tapi yang aku mau teda jual dimana2 pun sebab yang ku mau mo kena main order seja.. hahaha.. Sementara membuang waktu kami minum2 kopi. Kawan ku berabis menghafal jalan mo pigi Menteng (si Faye request mo pigi sana.. heheheh..). Baru kawan aku ni mana pernah drive sendiri, asyik di antar drivernya saja jadi nda la dia pandai ikut jalan2 tikus (lorong).... memang ajaib kami sampai juga di airport malam tu mengambil si Faye ma si Yah, dan lebih ajaib lagi bila si Faye yang tunjuk jalan macam mana mo pigi di Mangga 2. Hahahaha... beketawaan kami dalam kereta bila tesalah masuk jalur pigi Pluit 2. Manakan nda masa kami jalan dari Taman Anggerik Mall kami memang lalu area Pluit untuk menuju ke airport jadi confuse la kawan aku ni... kesian. Menurut kawanku di Pluit ni kebanyakkan orang Medan yang tinggal sana. Lepas tu dia bilang di Menteng tu kawasan elite, lepas tengok map baru dia tau ada juga pasar sana. Adeh... Apa mo buat kawan aku ni skula di Malaysia bah, kalau jalan di KL terel lagi dia dari aku kakakakakaa...
Malam tu kami sampai di Le Grenduer Hotel mau jam 2 juga la. Baru di jakarta ni awal satu jam dari waktu Malaysia. Kami begurau alang2 sudah pagi tunggu sampai breakfast saja la konon. Tapi nda juga la, tidur juga kami. Kami tinggal di tingkat 8, mo naik sana mo kena pakai kad khas untuk penghuni tingkat 8 saja. 8 adalah nombor yang special sebab sepanjang percutian kami asyik sebut perkataan laaapaan saja. Lapan dan durian. Entahlah kenapa hahahaha...
19 November 2008
Jakarta, Indonesia
Kawanku hantar kami ke terminal 1 Seokarno Hatta Airport sebab kami akan berlepas ke Yogyakarta naik pesawat Air Asia. Flight kami jam 3.05 ptg tapi kami sangka macet jalan ke airport jadi kami jalanlah awal2... mana tau luas saja tu jalan. Yang kelakarnya ada pula lori bepusing2 di highway, macam salah haluan tapi dia muncul dari mana pula tiba2 salah haluan...? Kawanku pun bilang "kok bisa gitu sih?" sambil ketawa heran. Maklumlah dia pun baru 2 bulan balik di Jakarta, ada2 jak komplennya.
Penerbangan kami cuma memakan masa satu jam. Aku nda kesabaran sudah... di sinilah letaknya Candi Borobudur, Prambananan dan Istana Taman Sari (Water Castle). Airport Adi Sucipto kecil saja. Kami naik teksi ke hotel kami di jalan Timuran, iaitu Duta Garden Hotel. Memang terasa perbezaan mendadak, suasana Jakarta yang sibuk sudah bertukar suasana yang lebih aman. Jalan di Jogja tidak sibuk dan orangnya bercakap penuh dengan sopan santun. Memang bagus suasananya. Orangnya pun tidak juga mengambil kesempatan, tambang teksinya masih sama tidak mengira "local kek tourist kek sama aja" bilang driver teksi kami yang si Yah bilang macam ada bau2 tuttt... ades.. nda la pula aku tercium almaklum la aku ni kadang2 jak dapat cium bau. Ada kelebihan juga tu...
Sampai saja di Duta Garden Hotel punyalah kami happy. Ini hotel memang comel betul. Ambience nya paling best!!! Setiap kamar ada taman dan kolam ikan koi nya sendiri. Susah aku mo cakap, tapi yang pasti memang terasa macam kami tinggal di kampung yang cantik aman damai dan ada layanan mesra gitu. Kamar kami mengadap swimming pool, cuma 3 langkah saja, lepas tu ada pokok kelapa, bambu, bunga2an, kolam ikan koi. Ish ish siuknya ini hotel. Ketibaan kami disambut dengan air teh wangi dan swiss roll yang sadap!!! Rupanya bukan itu saja, setiap petang memang akan di hantarkan minuman petang ke setiap kamar (gratis tau!). Oleh kerana terlampau kesiukan bersantai di taman di rumah (kamar), kami hampir lupa mo berjalan kemana-mana. Macam kalau duduk2 saja sana pun nda apa. Tapi rugilah kalau gitu kan.
Malam tu si Faye bawa kami pi makan di Puriwisata, buffet macam2 makanan ada. Lepas makan kami meningu tarian Ramayana. Tarian Ramayana tidak sama macam di Bali, tariannya lebih berseni sampaikan penari lelaki yang tua tu punya jari jemari lebih lembut dan lentik dari tu penari perempuan. Tengah siok2 meningu tarian di pentas terbuka, hujan la pula. Terpaksa kami berpindah ke dalam dewan yang lebih kecil. Lepas tamat tarian kami antara orang terakhir keluar. Masa tu aku tengok si Faye sedang bercakap sama satu pemuda. Pemuda tu menulis2 di kertas. Bila dorang nampak aku ma si Yah si Faye pun introduce kami. Rupanya pemuda tu journalist dari paper Kompas. Dia pun tanya pendapat kami pasal tarian Ramayana itu. Kami cakap la bagus bagus bagus... terlupa pula aku mo komen, bagus tapi aku nda paham heheheheee....
21hb November 2008
Yogyakarta, Indonesia
Jam 4.30 pagi sudah mulai terbit matahari di sini. Adeh. Pukul 5 sudah terang benderang macam pukul 8 pagi. Acara kami hari ni melawat Kraton sama Istana Taman Sari (Water Castle) dengan menaiki beca. Tukang beca si Faye seorang lelaki tua yang kurus, tapi jangan main2 kurus2 tua2 dia mengayuh beca pakai satu kaki oooo...
Mula-mula sampai di Kraton. Kraton ni adalah bahasa Jawa yang bermaksud istana, iaitu kediaman raja Jawa, hingga sekarang masih ada yang tinggal sana cuma tidak sama seperti zaman dahulu kala. Kawasan istana ni memang lah luas, dalam kawasan istana saja ada muzium sendiri, ruangan bersantap formal, ruangan muzik, dan macam2 lagi la. Besar eh. Dan ada certain area pengunjung tidak boleh masuk, simennya pun nda boleh pijak ooo. Isk. Dapat juga aku tinguk itu hiasan dinding dan siling yang bersalut emas tu, dan meja Raja ke-9 yang ada hobi memasak. Rupanya banyak lagi hobi dia yang lain2. Ada satu gambarnya duduk sama persis stail atuk Kee Kim Swee duduk begambar. Lawatan kami di Kraton di iring oleh guide wanita, dia cerita sama kami kalau zaman dulu2 anak raja akan dimasukkan ke sangkar dan disuruh membuat pilihan. Setiap pilihan yang dibuat tu menggambarkan masa depannya sama ada menjadi seorang yang berharta atau bijaksana. Gitu ka tu? Ingat2 lupa sudah ni. Mo kena hafal tu ayat2 penguat daya ingatan yang aku belajar ni sebelum aku jadi lali.. hehehe...
Bergambar kenangan di depan kompleks kediaman raja2 Kraton
Selepas di Kraton kami pigi singgah makan bakso di sebuah restoran kecil yang di bawa pakcik pengayuh beca. Kami makan Bakso Campur sama Es Sari Buah. Bakso ni mo kena campur sikit cuka, cili ma kicap baru saaaaaaaaaaadap!!! Itu pendapat aku la. Es Sari Buah tu bukan main macam2 buah ada, nangka ada, kelapa ada, ciku ada... macam2 la. Yang paling bikin terkejut harganya untuk 3 orang makan minum baru dalam lingkuangan RM6 lebih. Adessssssssssss!!!! Punyalah murah!
Lepas tu kami pigi melawat Taman Sari (Water Castle), Taman Sari ni pada awalnya merupakan sebahagian daripada Kraton. Ia berfungsi sebagai tempat persinggahan raja2 untuk bersantai. Sekarang sudah menjadi historical heritage untuk tatapan awam. Mula-mula kami masuk pintu gerbang kami nampak macam rumah2 kecil di kiri kanan jalan menuju ke satu lagi gerbang yang ada tangga menuju ke kolam mandi. Rumah2 kecil tu tempat tinggal gundik2 raja. Ada 3 kolam mandi besar, zaman dulu-dulu sebelum raja Jawa memeluk agama Islam, dia akan duduk di tempat tinggi memandang dari atas gundik2nya mandi. Lepas tu kepada siapa dia berkenan dia akan baling bunga. Jadi dayang / gundik yang dapat bunga ni akan ikut raja ni pigi mandi di kolam mandi private sebelum tidur bersama di sebuah kamar. Dessss.... ini la rupanya secret pleasure room? Secret dari bini dia saja rupanya. Aku ingat kan apa!
Salah sebuah daripada tiga kolam mandi besar dikenali sebagai Kolam Mandi Umbul Binangun, Taman Sari Kraton Yogyakarta. Kolam mandi ni terletak di bahagian kedua istana Taman Sari Kraton Yogyakarta. Terdapat empat bahagian keseluruhan istana ini tapi kami cuba dapat melawat dua bahagian sahaja. Taman Sari pada asalnya merupakan sebahagian daripada Kraton tapi kini sudah menjadi salah sebuah pusat tourism.
Kami meneruskan perjalanan, tidak tau sejak bila tiba-tiba ada tour guide yang pandai2 sendiri mengikut2 kami melantik dirinya menjadi guide kami padahal kami tidak panggil atau minta guide pun. Tapi tidak mengapalah sebab dia bawak kami jalan di lorong bawah tanah dari Istana ke Taman Sari. Kononnya pada zaman dulu kala sekeliling istana itu adalah dikelilingi air. (Sekarang disekitar istana sudah ada jadi kawasan rumah penduduk setempat). Sementara permaisuri dan puteri-puterinya bersampan2 di atas air, raja kononnya ikut jalan bawah tanah pergi ke Taman Sari bermain sama gundik2 nya tanpa pengetahuan permaisuri. Itu lah menurut kata tour guide yang tidak diiktiraf itu. Dia tunjukkan juga kami masjid yang ada tingkat bawah tanah tu. Tapi kami nda masuk, aku pun kurang konfiden memandangkan masjid tu terbiar dan tidak dijaga, takut teperosok pula aku di ruang bawah tanah nda dapat keluar2 barulah menyasal...!! Tapi kalau tidak silap di dalam masjid inilah yang ada tangga lima cabang dan tempat satu lokal band indonesia buat video clip. Heee... Rugi juga la nda turun tapi nda apa aku faham.. Tapi aku sedih sebab tu istana nda buli masuk sudah, sudah rosak dan runtuh kesan gempa bumi.
Puing ini merupakan sebahagian daripada runtuhan istana yang digelar Pulo Kenongo. Merupakan kompleks utama dan tertinggi di Taman Sari Kraton, Yogyakarta. Disekeliling istana ini dulunya merupakan danau buatan tapi kini sudah mejadi kawasan kediaman penduduk setempat. Terdapat beberapa buah jalan bawah tanah di istana ini dan salah satunya menghubungkan kompleks utama ini dengan Kolam Mandi Umbul Binangun.
Aku ni angan2 juga cari tu jalan bawah tanah yang banyak cabang di bawah istana tu. Aku ada terbaca pasal tu laluan bawah tanah yang bercabang2 (bukan yang diguna raja untuk ke kolam mandi Taman Sari aaa.. itu lurus jak jalannya pun. Lagipun jalan bawah tanah tu dari istana menuju ke laut.) Tapi nda apalah, aku terpigi sana pun sudah cukup bagus. Tamat lah pengembaraan kami di Taman Sari, kami pun naik beca pulang ke hotel yang macam rumah kami ni... hehehhee... Malamnya kami naik lagi beca ke Malioboro, disinilah kami membeli skirt batik bersulam manik yang cantik2 dan exclusive. Napa aku bilang exclusive? Sebab tempat kami beli ni tidak buat mass produce, jadi tidak ada kemungkinan orang lain memakai skirt corak dan sulaman manik yang sama... hehehehe...
Okay, cukuplah dulu setakat ni... aku ni baru jak pulang dari Bali hari ni. Masih lagi penat. Nanti lepas rehat aku sambung cerita lagi... Banyak lagi kisah menarik kami sepanjang pengembaraan di Indonesia.
11 comments:
waaa... bestnya kamurang. nasib aku kena keja, kalu nda, aku pun ada menyibuk sama d sana hehe.
ya bah tu la ko rugi ooo..
di malaysia menari joget pakkk ... di indon menari apa kamu pak .... heheh siuk kamu aaaa ba kasi abis cerita kamu aaa mana tau tahun depan ni aku plak cuci mata di sana
uish....besh nya kamu kan....nda lagi tue mengasi taw nie...huhuhu buah tangan teda ka?huhu buah ati pun ok jgk tue taw...
uish....besh nya kamu kan....nda lagi tue mengasi taw nie...huhuhu buah tangan teda ka?huhu buah ati pun ok jgk tue taw...
ish ish bestnya kamu ni bejalan, kalu aku nda ada temujanji tentu aku ikut kamu. Tapi ndaapa harap-harap ada lain kali InsyAllah. Si Din bilang lain kali pigila Sumatra sana pun best. Aku pula baru balik dari KL semalam. Tapi nda sempat pigi mana2 bab ada kerja sikit.
Need some extгa іnfo on this - any гecommеnds as to
anything I сould read or what websitеѕ I might go to?
?
Visit my blog ... fast loans on weekend
Sο - "Jelajah Indonesia 2008 - Catatan pengembaraan 3 Kee part 1" - I wouldn't have thought it would be so good a read as this. Now I must really go and do some WORK.
My web site - small personal loans
A droopу boob said to thе other saggy boob: 'If we don't
get ѕome suppогt soοn, everyone will thinκ we're nuts."
my web blog; best unsecured loans
Howdy! I know this is sort of off-topic but I had to ask.
Does managing a well-established website such as yours take a massive amount work?
I am brand new to writing a blog however I do write in my journal
every day. I'd like to start a blog so I can easily share my own experience and feelings online. Please let me know if you have any suggestions or tips for brand new aspiring blog owners. Thankyou!
my website :: dryer repair Wesley Chapel
e cig reviews, e cigarette, electronic cigarettes, electronic cigarettes, smokeless cigarettes, electronic cigarette starter kit
Post a Comment