Salam semua. Orait hari ini saya akan menyambung lagi kisah pengembaraan kami menjelajah di Indonesia. Di post yang terdahulu cerita saya sampai makan tengahari di Moro Lejar selepas kami melawat candi Borobudur, one of the eight wonders of the world. Seterusnya pada hari yang sama iaitu 22hb November 2008, kami meneruskan perjalanan menuju ke candi Prambanan. Tapi sebelum itu saya mau buat pembetulan, sebelum kami pergi makan di Moro Lejar, kami singgah di Temple Mendut.
22hb November 2008
Yogyakarta, Indonesia
Candi Mendut (Mendut Temple.. sama la baitu..)
Candi Mendut terletak lebih kurang 3 kilometer dari Candi Borobudur. ni adalah sebuah candi kecil yang cuma boleh dinaiki oleh seramai maximum 20 orang sahaja pada satu masa. Di sepanjang jalan menuju ke Temple Mendut ni samalah seperti candi2 yang lain, mesti ada gerai berjualan souvernir. Ada satu kedai menarik hati kami, mini stupa yang ada lampu di dalam. Mula2 tu aku ingat mo beli kasi si Aiso, boleh la kalau dia kelangkabut mo pi kerja dia taru tu lampu lip lap stupa macam kereta polis.. tinggal buat bunyi nenonenoneno saja hahahaha... gurau jak Aiso jan marah. Tapi kan masa kami sampai tu uncle sudah memasang dinding di tokonya, tutup sudah la pula... punyalah awal lagi. Jadi nda la dapat dibeli tu lampu stupa yang unik tu pasal tiada pula di jual di mana2 tempat lain cuma ada di satu kedai itu saja di Mendut. Tempat lain pun teda jual... aiseh Aiso, teda rejeki ko belampu stupa.. hahahaks..
Kali ini si Faye nda mo masuk, panas dia bilang. Dia duduk dalam mobil saja. Tinggal la aku ma si Yah jak yang sibuk2 masuk meningu Temple Mendut yang kicil ini. Kami masuk juga, semasa kami masuk ada tourist dari Jepun sedang dengar penjelasan.
Memandangkan kami tiada tour guide kami pun nda berapa tau apa tu cerita. Paling pun yang ku sibuk curi2 dengar bilang tour guide orang Jepang tu cakap ceritanya begini, ada tiga candi yang berkaitan dibina dalam satu garisan lurus iaitu Borobudur, Pawon ditengah dan Mendut yang sedang kami lawat tu, Mendut adalah yang paling tua antara tiga candi ni. Terus aku teringat cerita si Aiso pasal tiga piramid yang dibina dalam satu garisan. Hmmm... macam ada kaitan saja ni. Memang sepanjang aku melawat2 candi ni aku cuba mengaitkan dengan ancient civilazation lain yang aku sedang study sekarang ni. Inilah hobi aku hehehe, aku paling suka part2 misterious begini dan aku mau tau jawapannya, sebab tu lah masa aku buat wish di Borobudur aku buat wish "the answer to everything". Waiseh telampau ka tu permintaan? Hehehe....
Pintu masuk candi ni adalah dari barat dan ada 3 patung buddha di dalamnya. Tapi inilah yang aku tidak tahan, masa aku buat rakaman video tu aku rasa mo terketawa... Memang nda patut, tapi aku tahan saja perasaan geli hati dan pikiran aku yang nda2 tu. Tidak bagus bah kalau ketawa, tidak hormat.. lagipun kena ketuk pula aku dengan orang2 Jepun yang sibuk buat wish di dalam. Lepas menengok2 dalam temple yang kecil ni kami pun keluar, begambar2, kayu ara di tepi tu pun aku gambar... untuk mencuci pikiran aku yang nda2 tu. Tapi masih juga aku tidak dapat lupa. Tapi aku diam saja. Aku sangka aku saja bepikir begitu tapi rupanya si Yah pun ada tepikir tapi lain sikiiiiiiit dari aku. Ni semua salah tu pengukir la, gara2 ukiran yang nda berapa ngam (pada pendapat aku) menyebabkan aku punya ilmu pencerahan di Borobudur terbatal...Kuang3x. Dua tiga kali bah aku study tu ukiran patung sebab keheranan. Bila sudah lama aku pun tunjuk sama si Yah tu rakaman video dan luahkan pikiran aku barulah dia berabis ketawa macam mo pecah perut. Hehehe... Rupanya tu ukiran tu lipatan kain yang nipis, aku sangka ukiran aliran air. Itulah kalau nda mo pakai spek mata, imej kabur lain2 yang otak aku pi translate tu data imej. Eceh... Aku malas la mo cerita apa yang aku sangka tu, biarlah menjadi rahsia kami bertiga. Kuang3x.
Lepas tu aku ma si Yah pi pula bergambar di Mendut Monastery. Saja ja pasal cantik untuk bergambar. Kami tinguk anak2 kecil tempatan dengan gembiranya bermain2 di kawasan monastery tu. Oh ya, untuk makluman semua... saya asyik lupa saja mo kestau. Jangan memanggil kanak2 atau orang lain budak di Indonesia ya sebab perkataan budak tu bermaksud hamba. Haruslah menggunakan perkataan anak2. Orait, tamat kelas bahasa Indonesia.
Selepas melawat candi Mendut barulah kami menyantap makanan tengahari di Moro Lejar, ni barulah urutan pengembaraan yang betul. Lepas bersantapan tengahari di Moro Lejar, kami menuju ke candi Prambanan (kami tidak singgah di candi Pawon). Tapi on the way ke candi Prambanan kami singgah di satu tempat yang tidak ada dalam perancangan asal kami.
Merapi Ruins
Nama kampung ni aku tidak berapa pasti jadi aku gelar dia Merapi ruins sajalah pasal banyak terdapat puing kesan tinggalan kampung yang musnah akibat letusan gunung Merapi pada tahun 2006. Dari jauh boleh lihat kesan aliran lava yang sudah kering mengalir dari gunung Merapi, melalui celahan bukit bukau hingga ke perkampungan tersebut. Aku pun sibuk la ke sana sini menggambar puing2 tinggalan perkampungan yang sudah musnah ni. Ada penjaja berjualan sourvernir, gambar sebelum dan sesudah tragedi pun ada di jual. Boleh tahan rupa kampung ni sebelum musnah, cantik juga. Menurut mbak yang menjaja gambar tu, kalau cuaca bagus kami masih boleh lihat kepulan asap gunung Merapi. Kalau waktu malam kami boleh lihat cahaya merah lava. Wow. Apakan daya, cuaca macam mendung la pula. Sejuk pula tu, orang2 tempatan pun bersweater kami saja lenggang2 pakai t-shirt hahahaha..
Sekarang, puing2 nya pun sudah diconteng2 oleh orang tidak bertanggungjawab. Aku tengok banyak couple ABG (anak baru gede) berjalan berpegang2 tangan dari belakang area deretan rumah. Ntah apalah dorang buat di sana tu? Dorang tidak tau ka kesan lava ni beracun? Duduk lama2 lagi sana mental baru tau.. Aku pun lama2 situ pening2 kepala aku. Mungkin juga bukan pasal tu tanah lava, mungkin juga pasal pemandangan telampau luas pening kepala aku. Mungkin juga kekurangan oksigen.. banyak kemungkinan. Kononnya ada dua penduduk terkorban, masa amaran gunung Merapi mau meletus orang2 kampung sibuk melarikan diri ke tempat lain tapi yang dua orang ni bersembunyi di dalam bunker, jadi bila lava mengalir dorang ni terperangkap di dalam. Pada pandangan aku bunker nda berapa sesuai untuk menyelamatkan diri dari bencana alam seperti letupan gunung berapi, sebab lava ni terlalu panas dan sejenis bendalir, lagipun asap gunung berapi kan beracun. Tapi kalau puting beliung tu memang ngam la, tapi kalau banjir lagilah nda ngam, sia2 jak lemas dalam bunker.
Sebelum beredar kami sempat bergambar dengan anak pokok yang baru mau tumbuh semula. Semua gambar2 kami ada sama si Yah. Yah, bila yah mo upload tu gambar? Nanti orang ingat aku temberang jak ni sbb teda gambar. Hahahah...
Candi Prambanan
Haaa, lepas dari tengok puing kesan letusan gunung Merapi kami pun akhirnya sampai juga ke Candi Prambanan. Kalau candi Mendut dan Borobudur ni candi agama Buddha, Prambanan ni candi agama Hindu. Di sini kami ambil tour guide untuk bercerita pasal candi ni, namanya Pak Sukirman. Setakat ni aku paling suka Pak Sukirman jadi tour guide kami pasal dia ni orangnya lucu, sampai aku rakam aksi dia bercerita kisah Loro Jongrang sama si Yah dan si Faye. Aku tidak la sibuk mendengar sebab aku sudah tau kisah tu. Awal2 lagi bila aku tau plan dibuat untuk kami melawat tempat2 ni aku sudah study sikit supaya aku tau apa bendanya yang aku pigi tingu tu hehehe.. barulah ada feel kan. Tapi memang best la lawatan kami sebab kami boleh tanya apa saja sama Pak Sukirman, dia cuba jawab sebaik mungkin dengan cerita yang diselit dengan lawak jenaka. Jadi nda la serious sangat macam kelas sejarah.
Waktu kami melawat ni pun Candi Prambanan sedang dalam baik pulih, banyak kerosakan kesan gempa bumi. Sayang betul, kami cuma boleh masuk candi Wisnu saja. Sama macam candi2 lain, di dinding candi Prambanan pun ada banyak panel yang berukir dan bercerita. Antara panel yang aku tertarik ialah panel ukiran pohon Kalpataru (pokok hayat atau pokok hidupan), pokok ni diapit oleh dua ekor singa yang sedang duduk. Memang ukiran inilah antara historical carvings yang aku cari2, bukan apa kan aku sudah bilang tadi aku mo cari perkaitan antara ancient civilizations yang ada di dunia ni. Sebenarnya di candi Borobudur pun ada ukiran seperti ini juga. Pernahkah kamu terpikir dalam agama apa sekali pun pasti ada menyebut pokok hayat walaupun dalam nama yang berbeza? Permulaannya kisah hidup manusia mesti berlaku bersama wujudnya pokok ni. Mana sudah tu pokok sekarang? Mana? Mana? Aku pernah tanya si Aiso ni soalan sebelum aku menjelajah Indonesia ni, si Aiso bilang sama aku lupakan saja sebab tu pokok sudah kena tapuk oleh Annunaki.. Huahahaha. Okeylah aku tidak mau bincang itu disini, itu aku punya personal research for fun, tiada kena mengena dengan kisah trip ini. Hehehe.. Sedang aku siok2 menghayati ukiran2 kisah di dinding candi Prambanan ni tiba-tiba si Faye teriak, "yai.. ada ukiran kamasutra!!" Apalagi penghayatan aku pun terus hilang dan pindah ke tempat si Faye. Hahaha. Puas la juga aku mencari tapi teda pula aku terjumpa. Hmm... Mungkin aku ni 'baik' sangat. Aku kan Ishtar, Ishtar mana buli tingu benda2 macam tu.. kuang3x.
Ada banyak lagi kisah menarik disini, cerita Pak Sukirman pasal arca2 disini antaranya arca Ganesha dan kenapa Ganesha berkepala gajah. Ada dua kisah. Kisahnya yang pertama, ketika Durga ni mengandungkan Ganesha, dia sedang tidur2an. Tiba-tiba ada seekor gajah lalu jadi Durga ni sangat marah sebab tidurnya tergannggu. Oleh kerana terlampau marah Durga asyik teringat Gajah itu saja, jadi bila anaknya Ganesha lahir dia dilahirkan berkepala gajah. Kisa kedua pula seperti ini. Ganesha ni anak kepada Durga dan. Siwa. Pada suatu hari Durga ni mau pigi mandi jadi di berpesan sama anaknya Ganesha supaya menjaga agar tiada siapa pun dibenarkan masuk ke dalam rumah. Oleh kerana Siwa ni sudah pergi berburu dengan sangat lama maka anaknya Ganesha pun sudah besar dan tidak kenal dia. Tiba-tiba pada hari itu Siwa pulang, jadi Ganesha tidak benarkan dia masuk walaupun balik2 si Siwa kasitau dialah bapa kepada Ganesha. Tapi si Ganesha ni nda juga mo percaya, jadi oleh kerana marah Siwa potong kepala Ganesha. Tapi oleh kerana Ganesha ni berketurunan dewa (Siwa kan dewa), jadi dia tidak juga mati. Jadi Siwa pun bilang, apa saja binatang yang lalu kepala binatang itulah yang menjadi kepala Ganesha. Kebetulan pula gajah yang lalu sebab itulah Ganesha berkepala gajah.
Ada banyak lagilah cerita, kisah naga ada, rusa berkaki 6 ada.. macam2 lah. Yang paling famous kisah Loro Jongrang la. Aku rasa aku sudah pernah cerita pun di posting yang terdahulu. Teerlampau banyak pula kalau mo cerita sini. Mendingan lho liat candinya sendiri, bilang orang Jakarta.
Ketika kami meninggalkan candi Prambanan hari sudah senja, kami sempat bergambar berlatarbelakangkan candi Prambanan di waktu sunset yang aaaaaaaaaaaaamat lah cantik ini, thx to Pak Sukirman yang pandai ambil gambar, memang terer dia ambil gambar. Cantik2 gambar kami.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke station keretapi iaitu Stasiun Tugu untuk membeli tiket keretapi Argo Willis kelas Eksekutif menuju ke Surabaya untuk tanggal 24 Nov. Memang lain cara membeli tiket disini, kami mesti mengisi borang terlebih dahulu. Mesti mengisi nama penumpang, nama keretapi, destinasi, jam bertolak dan jenis coach samada bisnes atau eksekutif. Sudah diisi semua barulah boleh mengambil nombor giliran untuk membuat pembelian di kaunter. Inilah rupa tiket saya... hehehe... (gambar nanti aku kasi masuk, scanner aku pula buat hal... cis..) Lepas beli tiket kami singgah di sebuah convenient store untuk beli makanan ringan. Pastu kembali semula ke hotel.
Macam biasalah, lepas balik hotel yang comel ni kami pun bersantai2 sambil minum kopi/teh dan makan swiss roll di laman kamar yang menghadap swimming pool. Malam tu aku ma si Yah continue bercerita di luar sambil makan kui dan minum kopi..
Okey cukup sampai ni, pengembaraan seterusnya aku akan cerita lagi di lain post. Hehehe..
21 comments:
buli lagi di ulang kaini trip tapi aku ada menyelit la aaa. Hehe... mana gambar wooo. Nda pa bah, ada juga stupa kici aku beli di jakarta dulu. Sama kepingan replika ukiran dinding candi borobudur. hm... nda pa, aku akan lawat juga ni tampat tampat semua. hehehe.
hehhehe best jgk nampaknya pengembaraan kamu ni.. wa suka itu gambar candi tu..
gambar masi lawaaa ooooo hehehe
keeheritage.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading keeheritage.blogspot.com every day.
payday loans edmonton
payday loans
Hey there just wanted to give you a quick heads up.
The text in your article seem to be running off the
screen in Chrome. I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I'd post to let you know.
The design look great though! Hope you get the issue resolved soon.
Thanks
Feel free to visit my web blog : fastloanshub.com
I visit day-to-day a few sites and blogs to read
posts, however this webpage provides quality based posts.
Also visit my web page : www.personalloanscapital.com
Your mode of telling the whole thing in this article
is truly good, all be able to simply understand it, Thanks a lot.
My web page: uktop40charts.com
Never minԁ. Get yourself a glass of milk, run a bath and let go.
Нere іs my weblоg; fast cash advance online
Yοu cover thіs much more cleaгly than I еver сοuld - which іs
perhaps ωhy Ι don't have a blog of my own!
Here is my website; http://www.videohippy.com
That's what I meant.... You'd have to be іgnorant
to think any dіffеrent.
Visit my web-site - best value loans
It may dissolve the best in incredibly hot coffee.
Offers you insight into serves up health
care program strategies for assorted presenting scenarios.
On earth do you feel as if what is anxiety these great factors will likely be living room?
my site ... coffeemakersnow.com
I feеl like I've been on the bad end of a stampeed after reading this. It's bloody tеsting concentгаting with a hangovеr.
Alsο visіt mу webpagе .
.. tatankanation.org
Foг somе reаѕon I nеaгlу had
а female moment at a dog thаt died near thе end of a futuгama cаrtοon.
Nοω Ι got to watch а mаn
film to maκe up for my miѕtаkе.
my wеb blοg - Www.Grillcamp-Stockdorf.De
Foг some strange reaѕon I almоst had a female
mοment at a dog that died neaг the
end of a futurama show. Now I gоt to catch a
man mοvie to maκе up foг
my mistake.
Here is my page; loan broker
That's what I meant.... You'd have to be blіnd to think othегwisе.
mу web page; personal loans
Right noω I feel as though I could гead about this all day, it's absorbing. I don't еvеn neеԁ a
cuppa yet.
Feel free to visit my homepage best loan offers
For supper We would commit to a blended thoroughly tomato sauces inside
my Vitamix combined with tomato plants, gong pepper, garlic clove, extra virgin olive oil,
cayenne, and in addition sodium chloride. Vita Unite shows a A year cutlery system assurance.
On the, consisting of coming of superefficient home appliance known as mixing machine and as well , juice extractor, imitate simple
to perform spectacularly all of these features.
Review my blog post - blender for baby food
This approach simple per se is a fantastic discount, as it ultimately ends up finding
money on its own down the road. Sopping numerous instantaneous correct selection related with white vinegar while water in the house is
usually necessary pertaining to tall brown or redish colors or pulp erasure.
You shouldn't have to finally get by durable making juice computer program because of it type complete enhances very easy making juice limit. Most likely, referring to away, we dispose of care to their wrap, furthermore eat out the entire time.
My webpage; Blender Reviews
Aѕ far аs I'm concerned, there's no pοint getting out of
bed foг less than a grand, so this doesn't seem as though it'ѕ
wоrth it in mу mind.
Feel freе to viѕіt my blog - personal loans
Having a juicer is quite sticky and furthermore wearisome pimple remedies
find out what you are seeking. It's got helpful to help establish inside a impede improve and then increase power since you need. A great alongside cost-effective computer system that features Three main hurry vita mixer grinders and allows accessories varied businesses such Quite a few cutters, method jugs additionally the unique sounds utensil, integrating, chutney mincing, soaked unique sounds, joining together, free of moisture night time in addition to the juice company that allows quick to take out charge using the toughest veggies significantly oatmeal too as the carrots.
Here is my blog post :: best juicer buy consumer reports
Ѕeеmѕ like mу phone hаѕ ԁecided to work properly thіs weеk, I
can finally reply. Just to say, I ωοuld not bother mуself.
Here iѕ my homepage; Best loans For Bad credit
Post a Comment