Wednesday, September 17, 2008

AL-QU'RAN - KALAMULLAH









Sabda Nabi saw. : " Yang terbaik diantara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain".






Tempat bersejarah , Gua Hira'



Ulama' bahasa Arab berselisih pendapat mengenai kata asal al-Qur'an. Setengah pendapat berkata ia berasal daripada al-qar'u dan seerti dengan al-jam'u yang bermaksud "himpunan."

Ada pula pendapat ia berasal daripada kata qira'ah yang bermaksud " bacaan." Pendapat inilah yang paling masyhur dikalangan ulama' bahasa Arab.
Definasi Al-Qur'an daripada sudut syara' juga mempunyai berbagai-bagai pendapat. Walaupun begitu ulama' usul al-din, usul al-fiqh, fiqh dan ulama' bahasa Arab bersetuju bahawa definasi al-Qur'an itu adalah Kalamullah.

Al-Qur'an telah diturunkan ke dunia melalui wahyu yang di sampaikan kepada Nabi Muhammad secara berperengkat-perengkat.
Adalah sukar untuk mengesahkan bagaimana pengalaman Muhammad bin Abdullah yang sebenar ketika pertama kali menerima wahyu. Banyak terdapat kisah-kisah yang samar dan bercanggah. Walaubagaimana pun yang penting ialah beliau telah menerima wahyu yang pertama ketika berada dalam Gua Hira' . (Sila lihat gambar).

Sudah menjadi tradisi keterunan Ismail iaitu terdapat seorang atau dua daripada setiap jenerasi Ismail akan pergi ke Gua Hira' untuk bersendirian dan beribadah. Perkara ini dilakukan pada setiap tahun dibulan Ramadhan. Muhammad juga turut melakukan ibadah ini
seperti keterunan-keterunan Ismail yang sebelumnya.

Muhammad telah bersendirian dan beribadah di gua ini sebelum dilantik menjadi Rasul lagi. Setiap kali Muhamad pergi ke gua ini , beliau akan membawa bekalan makanan dan keperluan-keperluan lain.
Seperti boleh dilihat dalam gambar, gua ini hanya boleh muat satu atau pun dua orang. Gua Hira' ini terletak di puncak bukit , di luar kota Mekah. Gua ini mempunyai dua lubang iaitu satu untuk keluar dan masuk dan satu lagi hanya setakat dapat melihat Kaabah.

Tiapkali Muhammad berulang alik dari rumahnya ke gua tersebut beliau akan terdengar satu suara memberi salam kepadanya. Apabila beliau berpaling kearah suara itu , yang kelihatan hanyalah batu-batu bukit dan pokok-pokok yang berada dipersekitarannya. Kejadian ini berlaku selama beberapa tahun setiap kali dalam perjalanan dari rumahnya ke gua tersebut pada setiap bulan Ramadhan.

Pada tahun 610 Masehi, tatkala umur Muhammad sudah mencapai 40 tahun, beliau merasakan satu tekanan didalam jiwanya untuk mencari kebenaran. Perasaan ini menjadi lebih kuat lagi apabila melihat kaumnya iaitu orang-orang Quraisy telah menyempang dengan menyembah
berhala dan patong.

Akhirnya sampailah pada hari yang bersejarah , dimana berlaku satu perubahan besar kepada dunia dan juga sejarah manusia. Mengikut pandangan ulama', tarikh kejadian yang bersejarah itu adalah pada malam 27 Ramadhan pada tahun 610 Masehi.

Mengikut apa yang diriwayatkan oleh al-Tabari, ketika itu Muhammad sedang berdiri didalam gua Hira' apabila datangnya wahyu buat pertama kali. Ini telah menyebabkan Muhammad terkejut terus jatuh melutut dan merangkak keluar.

Menurut Ibn Hisham pula, wahyu datang dalam mimpinya tatkala Muhammad sedang tidur didalam gua itu. Ada pula riwayat mengatakan Muhammad sedang duduk bertafakur dalam gua dengan tiba-tiba beliau merasakan suatu kehadiran yang tidak kelihatan telah menghampiri dan memeluknya dengan begitu erat. Muhammad cuba melepaskan dirinya daripada pelukan itu namun tidak berjaya. Muhammad merasakan dirinya tidak dapat bergerak. Beliau terasa terpegun dalam satu kegelapan.
Muhammad rasa dadanya sungguh sakit sehingga menyebabkan dia tidak dapat bernafas dan seakan hampir mati. Beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tatkala itu
satu cahaya dan suara yang mengemparkan memandi dirinya seumpama terbitnya fajar.

Suara itu pun menyuruh dia ," Iqra' ! " ( bacalah ).

Muhammad pun menjawab, " Aku tidak boleh membaca. "

Suara itu datang menghampiri Muhammad dan memeluknya lagi dengan erat sehingga membuat Muhammad tidak bernafas. Muhammad dilepaskan kedua kali.

Suara itu pun menyuruh lagi , " Iqra' !"

Muhammad pun menjawab lagi , " Aku tidak boleh membaca."

Sehingga selepas kali ketiga kejadian ini berulang maka suara itu pun berkata ..

" Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan ,
Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah. Tuhanmu Yang Maha Pemurah
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya....."
( surah Al-'Alaq , bermaksud segumpal darah
ayat 1-5 )


Kata-kata itu datangnya daripada suara yang telah menunjukkan dirinya sebagai seorang lelaki. Lelaki ini adalah malaikat Jibril.

Wahyu pertama ini menurunkan surah yang pertama ke dunia, iaitu surah Al-'Alaq.
Ada pun surah ini mengandungi sebanyak 19 ayat. Walau pun ianya surah
yang pertama diturunkan ke dunia tetapi mengikut penyusunan surah-surah dalam al-Qur'an ianya adalah surah yang ke 96.

Terdapat percanggahan pendapat mengenai tarikh datangnya wahyu pertama dimana surah ini diturunkan. Selain daripada setengah ulama mengatakan surah ini diturunkan pada 27 Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadr. Ada juga yang berpendapat bahawa kejadian ini berlaku samada pada 14, 17, 18, atau 24 hari bulan Ramadhan.

Bagi menghormati hari yang sejarah ini Malaysia menyambutnya pada 17 Ramadhan setiap tahun dan disebahagian negeri diistiharkan sebagai cuti umum. Pada bulan yang bersejarah lagi penuh rahmat ini umat islam digalak memperbanyakkan beribadah dengan membaca al-Qur'an selain daripada mengerjakan amal-amal ibadah yang lain.

Amin.



rujukan :
1. Biografi Muhammad bin Abdullah oleh Zulkifli Mohd Yusoff/Noor Naemah Abd.Rahman
2. Muhammad by Martin Lings
3. No God But God by Reza Aslan
4. Ringkasan Shahih Al-Bukhari
5. Al-Qur'an Mushaf Malaysia





7 comments:

Anonymous said...

Tahniah Meng - pos yg baik lebih-lebih lagi sempena Ramadhan Al-Mubarak. Tapi sayang walaupun ayat pertama yang diturunkan menyuruh umat Muhammad saw 'membaca' tetapi orang kita nampaknya sangat kurang membaca' Kenapa ya?

Kee Heritage said...

emm.. Sujini tu Kak Pah, jadi artikel ni Kak Pah yang tulis. So tahniah kepada Kak Pah ^^.

Bunga Negara said...

Congrats Tipah for a very enlightning simple and easy to follow write-up. Thanks, looking forward for more. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Lahir dan Bathin.
Love - Liau

Kee Rock said...

Meng, baiknya pos Al-Quran-Kalamullah. Bertepatan waktu.

Cik Liau kalau boleh call lah Cik Hang minta pula rahsia agar-agar kering dan halwa kepayas nya yang unik. tu agar-agar kalau kurang gula pandai berkulat ndak tahan lama. kalau terbanyak gula pulak terabang gigi kalau makan. Rock

Bunga Negara said...

Ba nanti kan kita jumpa 4 Oktober ni. Bolelah kita jumpa sama-sama minta dia resipi-resipi keluarga yang istimewa tu seperti bahulu picha, sagun, sagun arab dan lain-lain. Ko minat juga masak ka? Si Iduk ada compile masakan-masakan dia buat buku tapi belum publish sebab sebuk buat tu buku Keluarga Kee. Aku tengu segala 'sagul' pun ada.

sujini said...

Salam semua pembaca/pengomen blog,

Terima kasih kpd KNorliah & Meng,
Kami sekeluarga juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Eid Fitri.
Mohon maaf daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Kalau dapat ilham boleh blog lagi.

Wassalam.

p/s Blog to bind family ties.

Kee Heritage said...

ia... waiting eagerly for the next blog ^^