Monday, September 1, 2008

Kota Derbent, berlindung dari serangan Ya'juj dan Ma'juj dibalik tembok yang tinggi

** Entri ini telah ditambahakan dengan beberapa fakta berikutan dengan perkembangan arkeologi terkini. Bersesuaian dengan perubahan isi kandungan yang kini telah disertakan dengan lebih banyak maklumat, saya menukar nama entri blog ini dari tajuk asalnya iaitu The Great Wall (Caspian Gates) dibina oleh Alexander atau Cyrus the Great? Isi kandungan entri asal ini tidak banyak berlaku perubahan tetapi lebih banyak ditambah maklumatnya. Terima kasih.

Caspian Gates (atau juga dikenali sebagai Alexander Great Wall) ini terletak di Derbent. Selain dari itu ia turut dikenali dengan nama Darban di dalam bahasa Parsi. Ia merupakan bandar tertua di Russia dan telah wujud sebelum adanya 'bandar abadi' Rome. Umur bandar ini sudah melebihi 5000 tahun lamanya. Tarikan utamanya merupakan kompleks kubunya, selain daripada bangunan-bangunan bersejarah, pemandangan gunung dan alam sekitarnya yang cantik.

Ramai pengkaji berpendapat Caspians Gates adalah merupakan dinding batu yang di bina oleh Alexander The Great, seperti yang tercatat dalam Alexander Romance. Mengikut catatan tersebut, Alexander telah memburu musuhnya Bessus; seorang bangsawan Persia dan bergelar Satrap bagi Bactria. Pada masa itu Bactria lebih dikenali sebagai Balika di Arab dan India, sementara di China ia dikenali sebagai Daxia. Pada masa kini, Bactria merupakan sebahagian dari Utara Afganistan dan dikenali sebagai Balkh. (Satrap adalah gelaran bagi pemerintah di wilayah jajahan empayar Median dan Persian di zaman kuno). Siapakah Bessus ini? Dia ialah pengkhianat yang menyebabkan kematian Darius III kerana takut dengan kekuatan tentera Alexander dan ingin menyerah kalah.

Kononnya Alexander telah mengejar musuhnya sehinggalah tiba di laluan antara dua puncak pergunungan di banjaran Caucacus. Di sini Alexander telah bertemu satu kaum yang tidak bertamadun iaitu kaum yang sering menyerang penduduk di sebelah selatan lembah tersebut. Alexander kemudiannya membina sebuah dinding yang dibuat daripada besi yang memisahkan kedua-dua lembah dan menghalang kaum itu daripada  terus menyerang.

Gambar dipinjam dari Iranian Backpackers

Kisah yang sama ada diceritakan di dalam Al-Quran, di catatkan bahawa ianya dibina oleh Zul-karnain untuk menghalang kaum Yakyuj dan Makjuj. Bagaimanapun para ulama Islam menolak kemungkinan Alexander dan Zulkarnain adalah orang yang sama. Mengikut para ulama Islam ciri-ciri Zulkarnain lebih serupa kepada Kursy al-Farisi, Raja dari Parsi (Iran) yang juga dikenali sebagai Cyrus II The Great yang memerintah selama 30 tahun dari 559 SM hingga 529 SM.

Caspian Gates terletak di antara sempadan Russia dan Georgia. Terdapat satu laluan yang sempit yang terletak di antara dua gunung dan dikenali dengan nama Daryal Pass atau Dariel Gorge. 

Di dalam surah Al-Kahfi ada mengisahkan tentang kisah Zul-Karnain di masa lampau. Di dalam surah Al-Kahf, Nabi Muhammad S.A.W berasa duka cita kerana orang-orang musyrik yang tidak mahu beriman. Maka Allah S.W.T menyuruh Rasulullah menceritakan kisah-kisah yang sudah lepas sebagai peringatan kepada manusia bahawa Allah Maha Mengetahui. Di dalam surah ini kaum Ya'juj dan Ma'juj yang dijelaskan sebagai kaum membuat bencana.

Zul-Karnain dikatakan menemui satu kaum di antara dua gunung yang bahasanya tidak di fahami. Kaum ini membuat aduan tentang kaum Ya'juj dan Ma'juj yang sering datang membuat bencana. Mereka menawarkan bayaran kepada Zul-Karnain supaya membina satu tembok supaya dapat menghalang kaumYa'juj dan Ma'juj.

Mereka berkata: "Wahai Zul-Karnain, sesungguhnya  kaum Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan di bumi, maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?"  
-(Surah Al-Kahf 18:94)

dia berkata : "Apa yang Pemeliharaku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik, maka bantulah aku dengan kekuatan, dan aku akan membuatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka"
 -(Surah Al-Kahf 18:95)





"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi" sehingga apabila dia telah membuat separas  antara dua tebing tinggi, dia berkata: "Tiuplah!" sehingga apabila dia telah membuatnya api, berkatalah dia: "Bawalah,  supaya aku tuangkan leburan tembaga kuning di atasnya".

 -(Surah Al-Kahf 18:96)



Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya.

-(Surah Al-Kahf 18:97)


dia berkata: "Ini ialah suatu rahmat dari Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang, Dia menjadikannya debu dan janji Pemeliharaku  adalah benar."
-(Surah Al-Kahf 18:98)

Dan pada hari itu, Kami membiarkan mereka menyerbu antara satu sama lain, dan trompet ditiupkan, dan Kami mengumpulkan mereka berkumpul-kumpul.
-(Surah Al-Kahf 18:99)


Dan pada hari itu kami mengemukakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya dan berpaling dengan jelas.
-(Surah Al-Kahf 18:100)


Yang mata mereka ditudung dari peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.
-(Surah Al-Kahf 18:101)


Apa, adakah orang-orang yang tidak percaya menyangka bahawa mereka boleh mengambil hamba-hambaKu sebagai pelindung, selain daripada Aku? Kami menyediakan Jahanam kepada orang-orang yang tidak percaya.
-(Surah Al-Kahf 18:102)


Jikalau menurut pendapat Jehan de Mandeville, Ya'juj dan Ma'juj ialah Gog dan Magog merupakan sebahagian daripada sepuluh kaum Israel yang lenyap selepas kejatuhan Kingdom of Israel akibat serangan Assyria. Gog dikatakan merupakan seorang anak raja, atau kaum, sementara Magog merupakan tanah asal atau tanah jajahannya. Bagaimanapun ada yang berpendapat Ya'juj dan Ma'juj merupakan bangsa Tartar dan Mongol yang terkenal sebagai bangsa yang kuat dalam peperangan dan suka menjajah. 

Bagaimanapun mengikut catatan sejarah, pada masa lampau Derbent memang selalu diserang oleh pelbagai pihak pada tahun-tahun yang berbeza antaranya kaum Scythian, Sarmats, Hun, Alans, Avars,  Khazar, Tartar dan lain-lain. Malahan ia juga pernah berada dibawah pemerintahan Empayar yang berbeza.

Jika dilihat dari sudut sejarah, kaum Hun merupakan sebahagian dari suku kaum proto-Turk  dan sering berperang dan menjajah sebelum bersatu dengan suku kaum Turk yang lain di dalam Empayar Mongol.  Selain itu  terdapat pula suku kaum Tartar yang bermastautin di antara pergunungan Derbent dan Circaffia. Tetapi ada pula sejarahwan yang bependapat Ya'yuj dan Ma'juj merupakan kaum Scythian. Jadi siapakah pula sebenarnya kaum Ya'yuj  dan Ma'juj ini? 



Kaum Ya'juj dan Ma'juj disebut dua kali di dalam Al-Quran, pertama di dalam surah Al-Kahf, dan kedua kali di dalam surah Al-Anbiya'.  Surah Al-Anbiya' merupakan ingatan bahawa manusia masih lalai dan berpaling daripadaNya. Di dalam surah ini banyak disebut kisah-kisah masa lepas seperti kisah Nabi Ibrahim A.S, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S. sebagai peringatan kepada umat selepasnya dan menegaskan Nabi Muhammad merupakan Rasul  yang diutus memberikan rahmat serta memberi peringatan kepada umat manusia. Di dalam surah ini Ya'juj dan Ma'juj akhirnya berjaya melewati benteng yang menghalang mereka.


Satu pengharaman bagi penduduk suatu negeri yang telah Kami binasakan, mereka tidak akan kembali.
-(Surah Al-Anbiya' 21:95) 


Sehingga, apabila dibukakan Ya'juj dan Ma'juj, sedang mereka melongsor turun dari tiap lereng-lereng
-(Surah Al-Anbiya' 21:96)  

Dan telah hampir janji yang benar, dan tiba-tiba mata orang yang tidak percaya menatap dengan tajam,  "Celakalah kami, kami lalai dari yang ini, tidak, kami adalah orang-orang yang zalim.
-(Surah Al-Anbiya' 21:97)  



Mengikut catatan sejarah Dagestant, Russia, Derbent pernah dijajah oleh tentera Empayar Mongolia yang terdiri daripada kaum Goturks dan Tartar yang bergabung dibawah pemerintahan Borjigin Temüjin, atau lebih terkenal dengan gelaran Genghis Khan, pada 1239.

Berbalik dengan Caspian Gates (The Great Wall), pada tahun 1971 satu carigali purba (archaeological excavation) telah dijalankan dan satu penemuan yang mengejutkan dimana wujudnya asas kepada bandar Derbent seawal abad ke-3 dan akhir abad yang ke-4 SM iaitu lebih 5000 tahun dahulu. Jadi boleh juga diandaikan kewujudan tembok ini adalah berada di dalam tempah yang sama dengan pemerintahan Alexander (356-323 SM). Jadi memanglah tidak mustahil jika mengandaikan bahawa Alenxander juga merupakan orang yang datang membina dinding batu seperti yang tersurat di dalam Al-Quran.

Antara pemerintah Derbent yang berpengaruh pada awal kurun ke-8 ialah seorang komander militari Arab, Maslama ibn Abd al-Malik, yang digelar 'bapa kedua Derbent' di atas kejayaannya dari segi town planning dan menjadikan Derbent sebagai pusat ketenteraan dan politik yang mashyur. Maslama ibn Abd al-Malik adalah anak kepada Khalifah bani Umaiyah iaitu Abd al-Malik ibn Marwan. 


**Ada banyak lagi kisah2 menarik mengenai kota Derbent ini dan juag Caspien gate serta kaitannya dengan tembok batu terpanjang dan tertua di dunia iaitu Red Snake. Mungkin saya akan menulis di dalam entri yang lain. Terima kasih.

All pictures are taken from a website called Small town of Russia

11 comments:

sujini said...

Salam Meng,

Ada hantar emel semalam ( 5 September)
tapi tak berjaya. Sistem masih mencuba
sehingga jam 11 mlm ni( 6 September) .
Tujuan emel ialah untuk
mengucapkan tahniah mengenai posting
ini. Was a good read. Well done.
Boleh tahu siapa penulisnya?

Kee Heritage said...

Oh, terima kasih, ada juga orang baca artikel ni. Hmm.. artikel ni meng buat selepas baca beberapa tulisan, antaranya Cyrus the Great by Jacob Abott, The Greek Alexander Romance translated by Richard Stoneman, Iran Chamber Society, Tafsir Quran oleh Pro. Dr. H. Mahmud Yunus, dan yang paling banyak kajian mengenai Derbent oleh sekumpulan penulis Russian Traveller untuk Open Society dan banyak lagi.

Anonymous said...

Salam. Semoga Allah memberkati anda shg terus berkarya memandaikan umat dan bangsa.

Ada buku bahru tajuk "ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN" sila tengok
http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/
dalam buku itu dikata bahwa Zulqarnain sbenarnya adalah Alexander the Great (356-323 SM) yang berjaya mengalahkan bangsa Yakjuj (Scythian Asiatik/mongolia) dan Makjuj (Scythian Eropa). dan membina tembok besi (hadiid) bertapis tambaga (qithr) di pergunungan Ferghana, Asia Tengah tahun 328-327 SM.
Dalam buku itu dijelaskan bahwa tembok yakjuj makjuj itu ada dua macam:
pertama:Tembok Semula jadi, iaitu: tembok pergunungan tinggi P. Kaukasus, P. El Bruz, P. HinduKush, P. Pamir, P.Tien shan, P Himalaya.
kedua: tembok buatan tangan manusia, iaitu: tembok batu di derbend azerbaijan (4 km), tembok gorgan (200 km) di iran utara, tembok Besar China (5000 km, dan tembok besi buatan Alexander the Great di pergunungan Fergana asia tengah (di aliran sungai Naryn/SyrDarya, skrang tembok besi itu terendam air sungai/tasik toktogul.
fergana ini terletak di antara dua gunung, coba tengok map fergana ini:
http://politicspeaksvalleys.files.wordpress.com/2009/05/ferghana-valley-unep.jpg
atau boleh juga map ini:
http://www.kroraina.com/ca/ca_map5b.jpg

Kee Heritage said...

Terima kasih anon, saya akan baca dan lawat web tersebut :)

Anonymous said...

Hello friends, how is the whole thing, and what
you want to say concerning this article, in my view its truly amazing in support of me.
Also see my web site > www.fastloanshub.com

Anonymous said...

My programmer is trying to convince me to move to .net from PHP.
I have always disliked the idea because of the expenses.
But he's tryiong none the less. I've been using WordPress on a number of websites for about a year and am nervous
about switching to another platform. I have heard good things
about blogengine.net. Is there a way I can transfer all
my wordpress posts into it? Any kind of help would be greatly appreciated!
Here is my page quick cash loans

Anonymous said...

You need to be a part of a contest for one of the best websites on
the net. I'm going to highly recommend this website!
Review my web-site - addictinggames.com impossible quiz

Anonymous said...

This is my first time pay a quick visit at here and i am actually pleassant to read all at single place.
Take a look at my site ... http://kawasaisei.Exblog.Jp/

Anonymous said...

You should be a part of a contest for one of
the best websites on the web. I most certainly will recommend this
website!

Visit my web blog :: nokia e5 specification
Also see my website :: www.alotofpages.com

Anonymous said...

I've read several good stuff here. Definitely worth bookmarking for revisiting. I wonder how a lot effort you place to create this kind of wonderful informative web site.

Check out my web page - right hotmail support

Anonymous said...

This article offers clear idea in support of the new viewers of blogging, that really how to do blogging.


Also visit my web-site free.fr